Friends Of Shafiq Halim
Ir al canal en Telegram
Malaysia Merdeka menyediakan ruang diskusi politik Malaysia yang terkini dan relevan. Kita akan membincangkan perkembangan politik semasa, menganalisis dasar-dasar kerajaan, serta mengupas isu-isu penting yang mempengaruhi negara.
Mostrar más4 528
Suscriptores
-224 horas
-227 días
-10930 días
Carga de datos en curso...
Canales Similares
Nube de Etiquetas
Sin datos
¿Algún problema? Por favor, actualice la página o contacte a nuestro gerente de soporte.
Menciones Entrantes y Salientes
---
---
---
---
---
---
Atraer Suscriptores
julio '26
julio '26
+1
en 0 canales
junio '26
+95
en 0 canales
Get PRO
mayo '26
+66
en 0 canales
Get PRO
abril '26
+7
en 0 canales
Get PRO
marzo '26
+25
en 0 canales
Get PRO
febrero '26
+75
en 0 canales
Get PRO
enero '26
+129
en 0 canales
Get PRO
diciembre '25
+43
en 0 canales
Get PRO
noviembre '25
+37
en 0 canales
Get PRO
octubre '25
+43
en 0 canales
Get PRO
septiembre '25
+41
en 0 canales
Get PRO
agosto '25
+104
en 0 canales
Get PRO
julio '25
+44
en 0 canales
Get PRO
junio '25
+43
en 0 canales
Get PRO
mayo '25
+140
en 0 canales
Get PRO
abril '25
+612
en 0 canales
Get PRO
marzo '25
+449
en 0 canales
Get PRO
febrero '25
+144
en 0 canales
Get PRO
enero '25
+518
en 1 canales
Get PRO
diciembre '24
+3
en 0 canales
Get PRO
noviembre '24
+2
en 0 canales
Get PRO
octubre '24
+29
en 0 canales
Get PRO
septiembre '24
+5
en 0 canales
Get PRO
agosto '24
+17
en 0 canales
Get PRO
julio '24
+158
en 0 canales
Get PRO
junio '24
+59
en 0 canales
Get PRO
mayo '24
+49
en 0 canales
Get PRO
abril '24
+41
en 0 canales
Get PRO
marzo '24
+49
en 1 canales
Get PRO
febrero '24
+100
en 1 canales
Get PRO
enero '24
+2 046
en 3 canales
Get PRO
diciembre '23
+3 286
en 1 canales
| Fecha | Crecimiento de Suscriptores | Menciones | Canales | |
| 07 julio | 0 | |||
| 06 julio | 0 | |||
| 05 julio | +1 | |||
| 04 julio | 0 | |||
| 03 julio | 0 | |||
| 02 julio | 0 | |||
| 01 julio | 0 |
Publicaciones del Canal
https://www.facebook.com/share/p/1Roc41aJGg/?mibextid=wwXIfr
Wahai Shamsul Iskandar,
Ingatlah bahawa setiap jawatan ialah amanah, dan setiap amanah akan dipersoalkan di dunia serta di akhirat.
Jika datang seseorang menawarkan wang, maka tolaklah, jangan kamu terima.
Jika datang membawa perabot, barangan elektrik, hadiah, habuan atau apa jua pemberian yang boleh mempengaruhi keputusan dan mencemarkan integriti, maka jauhilah ia.
Sesungguhnya pangkat akan berakhir, jawatan akan berganti, dan pujian manusia akan lenyap. Yang kekal hanyalah amanah, kejujuran dan amal yang baik.
Semoga kita semua dipelihara daripada godaan harta, kuasa dan kedudukan, serta sentiasa diberi kekuatan untuk menegakkan kebenaran dan berlaku adil.
Amin.
| 2 | https://www.facebook.com/share/p/1D5rvYqesc/?mibextid=wwXIfr
Pada pandangan saya, institusi perbankan perlu dipertanggungjawabkan untuk melindungi serta memelihara keselamatan akaun pelanggan dengan memperkukuh sistem Transaction Monitoring System (TMS) agar setiap transaksi yang mencurigakan dapat dikesan, dipintas atau dibatalkan sebelum kerugian berlaku.
Selain itu, saya mencadangkan supaya sistem Risk-Based Authentication (RBA) dilaksanakan secara lebih menyeluruh. Sebagai contoh, sekiranya berlaku tiga hingga empat transaksi berturut-turut ke akaun berbeza dengan nilai yang mencurigakan, bank hendaklah mendapatkan pengesahan tambahan daripada pemilik akaun sebelum transaksi diteruskan.
Bagi mengurangkan risiko penipuan dalam talian yang sering menyasarkan golongan warga emas, pelanggan berusia 50 tahun ke atas boleh diberikan pilihan untuk menamakan anak sebagai pengesah kedua dalam proses RBA. Begitu juga bagi pasangan suami isteri yang boleh saling bertindak sebagai pengesah tambahan bagi meningkatkan keselamatan transaksi kewangan.
Langkah proaktif seperti ini diyakini mampu memperkukuh perlindungan pengguna serta mengurangkan kes penipuan kewangan yang semakin membimbangkan. | 932 |
| 3 | https://www.facebook.com/share/p/18jzjsAd48/?mibextid=wwXIfr
Pada hemat saya, antara punca utama perpecahan dalam kepimpinan Melayu ialah perebutan jawatan dan kerusi pilihan raya. Sejak dahulu hingga kini, terlalu banyak perselisihan berlaku semata-mata kerana perkara tersebut sehingga ada yang sanggup mengetepikan jasa, bakti dan prinsip perjuangan demi kepentingan sendiri.
Persoalannya, sampai bilakah budaya ini akan berterusan? Sudah tiba masanya setiap pemimpin mengutamakan keikhlasan, kejujuran dan amanah berbanding mengejar kedudukan. Budaya lobi-melobi serta usaha menjatuhkan sesama sendiri perlu dihentikan. Pemimpin tertinggi juga wajar menolak amalan sedemikian kerana selagi ada pihak yang melayan, selagi itulah akan ada pihak yang menyusun percaturan.
Kita juga perlu berhenti mempertikaikan sama ada seseorang itu layak atau tidak layak. Sebaliknya, tanyalah kepada diri sendiri sama ada kita benar-benar layak dan bersedia sekiranya diberikan peluang untuk memikul amanah tersebut. Kepimpinan bukan sekadar soal kedudukan, tetapi soal tanggungjawab dan integriti.
Saya turut berpeluang menghadiri satu program PAS baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah penekanan terhadap dua perkara utama, iaitu tarbiah yang mantap sebagai asas perjuangan, bukannya kekuatan jentera atau wang ringgit, serta keikhlasan dan kejujuran dalam melaksanakan setiap amanah. Nilai-nilai inilah yang sewajarnya menjadi teras dalam membina kepimpinan yang dihormati dan diyakini rakyat.
Saya percaya kemenangan dalam PRU16 tidak akan ditentukan oleh jawatan yang disandang atau siapa yang dipilih sebagai calon semata-mata. Sebaliknya, kemenangan bergantung kepada gelombang keyakinan yang berjaya dibina melalui perpaduan, kepimpinan yang berintegriti dan kepercayaan rakyat. | 1 359 |
| 4 | https://www.facebook.com/share/p/18t5BaVU1R/?mibextid=wwXIfr
Politik juga mempunyai had dan batasnya. Dalam perjuangan, kita mesti berpegang teguh kepada prinsip yang jelas serta tidak menggadaikan nilai semata-mata demi meraih sokongan.
Dalam era media sosial hari ini, sesuatu yang tular mungkin memberikan kelebihan politik, tetapi hakikatnya viral tidak pernah menyucikan seseorang.
Apakah kita sanggup menghalalkan individu yang terlibat dalam kegiatan bapa ayam dan pemerdagangan manusia hanya kerana mereka lantang menentang kerajaan?
Jika suatu hari nanti kita menjadi kerajaan, adakah mereka akhirnya akan menjadi bapa ayam dan pedagang manusia yang mendapat perlindungan daripada kerajaan yang kita pimpin?
Apakah kita juga mahu menghalalkan perasuah yang melobi projek kerajaan sehingga menindas dan mematikan peluang kontraktor Melayu Bumiputera?
Jika golongan seperti ini diterima atas nama kepentingan politik, akhirnya apabila kita memegang tampuk pemerintahan, mereka pula akan menjadi perasuah yang dilindungi oleh kerajaan.
Janganlah kita menghalalkan perkara yang haram semata-mata kerana kepentingan politik. Kemenangan yang dibina di atas pengorbanan prinsip bukanlah kemenangan yang sebenar.
Ingatlah, jika kita menghalalkan kemungkaran demi kuasa, nescaya Allah SWT akan menghukum kita dengan hukuman yang lebih berat serta menghinakan kita di dunia dan di akhirat kelak | 322 |
| 5 | https://www.facebook.com/share/p/1cT9QThLL2/?mibextid=wwXIfr
Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas untuk menolak Pakatan Harapan (PH), tindakan paling jelas ialah melaksanakannya segera di tiga negeri yang diterajui bersama, iaitu Melaka, Perak dan Pahang.
Di Melaka, BN memiliki 21 kerusi, melebihi majoriti mudah sebanyak 15 kerusi. Justeru, kerajaan negeri boleh diteruskan tanpa bergantung kepada PH. Namun, perkara itu tidak berlaku.
Di Perak pula, saya yakin Perikatan Nasional (PN) bersedia memberikan sokongan kepada Menteri Besar sedia ada sekiranya BN memutuskan kerjasama dengan PH. Dengan hanya menarik sokongan terhadap PH, kerajaan baharu boleh dibentuk tanpa pertukaran Menteri Besar. Namun, langkah itu juga tidak diambil.
Situasi yang sama berlaku di Pahang apabila PH yang hanya memiliki lapan kerusi tetap menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri hasil kerjasama dengan BN.
Bagi saya, jika BN benar-benar komited terhadap agenda Muafakat Nasional, tiga negeri ini sepatutnya menjadi bukti paling awal dan paling nyata. Selagi tiada tindakan diambil, sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa penolakan terhadap PH benar-benar diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Pada masa yang sama, langkah ini juga menjadi ujian kepada Perikatan Nasional (PN) sama ada benar-benar bersedia menjalin kerjasama dengan BN demi kepentingan yang lebih besar atau masih mempunyai pertimbangan dan pendirian lain yang menghalang usaha tersebut. | 1 584 |
| 6 | https://www.facebook.com/share/p/1c2Zza1kjj/?mibextid=wwXIfr
Ramai yang bertanya kepada saya sama ada dalam keadaan sekarang berbaloi atau tidak untuk mereka melaburkan masa, tenaga dan wang ringgit demi kemenangan seseorang calon. Hakikatnya, setiap pengundi perlu berkorban untuk hadir ke pusat pengundian. Oleh itu, persoalan tersebut sememangnya wajar dipertimbangkan.
Jawapan saya, jika anda merupakan pengundi Pakatan Harapan (PH), anda perlu berfikir semula. Kuota subsidi bahan api hanya 200 liter. Jika anda pulang untuk mengundi, kuota tersebut akan berkurangan. Berdasarkan analisis saya, PH juga sukar untuk menang di Johor. Jadi, mengapa perlu membelanjakan wang dan menggunakan kuota subsidi untuk sesuatu yang peluangnya amat tipis?
Namun, jika anda ialah pengundi Barisan Nasional (BN) atau PAS, amat penting untuk anda pulang atau keluar mengundi. Undi anda merupakan isyarat penting kepada Kerajaan Persekutuan supaya mendengar keluh kesah rakyat. Jika anda tidak mengundi, kerugiannya amat besar. Walaupun sesuatu kawasan mempunyai kira-kira 60 peratus pengundi Melayu, kemenangan masih sukar dicapai kerana undi Melayu berpecah dan jumlah pengundi yang keluar mengundi semakin berkurangan. | 398 |
| 7 | https://www.facebook.com/share/p/193S9p4cJn/?mibextid=wwXIfr
Alhamdulillah, hari ini Allah SWT mengizinkan saya menikmati juadah makan tengah hari bersama YB Datuk Dr. Haji Ustaz Nik Muhammad Zawawi.
Dalam pertemuan tersebut, kami sempat berbual mengenai beberapa perkara yang memberikan saya gambaran sebenar tentang apa yang berlaku.
Barulah hari ini saya faham mengapa PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan BERSATU. Menurut penjelasan yang saya terima, keputusan itu bukan berpunca daripada isu semasa semata-mata, sebaliknya merupakan rentetan daripada kesabaran PAS terhadap pelbagai perkara yang telah berlaku sejak sekian lama.
Antara yang dikongsikan ialah ketika pembentukan Jemaah Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelapan, PAS termasuk Presiden PAS langsung tidak dirunding , manakala Majlis Syura Ulama PAS juga tidak dirujuk berhubung cadangan wakil parti PAS dalam Kabinet.
Perkara yang sama juga berlaku dalam pelantikan jawatankuasa Perikatan Nasional ketika Muhyiddin menjadi Pengerusi, apabila keputusan berkenaan perlantikan jawatankuasa dibuat tanpa perbincangan dengan PAS. PAS dilihat hanya diminta menerima sahaja keputusan yang telah ditetapkan.
Selain itu, PAS turut menganjurkan usrah khas untuk wakil rakyat pada setiap bulan. Namun, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kumpulannya tidak pernah menghadiri program tersebut.
Daripada penjelasan yang dikongsikan, saya memahami bahawa PAS telah lama bersabar terhadap pendekatan membuat keputusan tanpa musyawarah yang menyeluruh dan tanpa mengambil kira pandangan parti PAS. Kesabaran tersebut akhirnya mencapai kemuncaknya susulan perkembangan yang berlaku di Perlis. | 1 628 |
| 8 | Sin texto... | 470 |
| 9 | https://www.facebook.com/share/18mBibCE41/?mibextid=wwXIfr
Saya berpandangan Perikatan Nasional (PN) Selangor wajar memperkenalkan dasar sifar DAP sebagai salah satu teras manifesto bagi menawarkan hala tuju baharu kepada rakyat Selangor.
Pendirian ini berasaskan keyakinan bahawa DAP tidak lagi wajar diberikan ruang dalam pentadbiran negeri berikutan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan parti tersebut. Antara isu yang sering menjadi perhatian ialah kontroversi ladang babi serta pendedahan berkaitan projek LRT3 yang telah mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.
Selangor mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai negeri yang lebih maju, berdaya saing dan berintegriti melalui pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat.
Setelah hampir dua dekad di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, sudah tiba masanya rakyat membuat penilaian terhadap pencapaian kerajaan negeri dan menentukan hala tuju baharu demi masa depan Selangor yang lebih baik. | 445 |
| 10 | https://www.facebook.com/share/p/1BTNiJ4caW/?mibextid=wwXIfr
Pada pandangan saya, momentum Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor semakin terhakis bukan kerana kelemahan isu yang dibawa, tetapi akibat konflik dalaman yang berlarutan antara PAS dan BERSATU.
PAS dilihat cuba mengekalkan fokus terhadap isu rakyat, namun pada masa yang sama terpaksa berdepan serangan berterusan daripada BERSATU sehingga sebahagian besar tenaga dan perhatian dihabiskan untuk mempertahankan diri. Akibatnya, naratif mengenai kebajikan rakyat tenggelam di sebalik pertikaian sesama rakan gabungan.
Dimana logiknya keadaan ini masih berlaku sedangkan PAS telah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan BERSATU sebelum PRN Johor. Lebih mengelirukan, kedua-dua parti masih berada di bawah payung PN dan menggunakan logo yang sama hasil rundingan pembahagian kerusi. Keadaan ini mewujudkan persepsi bahawa PN gagal menyelesaikan percanggahan dalam kalangan anggotanya sendiri.
Dalam politik, persepsi sering kali menjadi penentu sokongan. Selagi konflik ini dibiarkan berpanjangan, keyakinan rakyat terhadap kestabilan dan hala tuju PN akan terus terjejas.
Justeru, saya berpandangan Majlis Tertinggi PN perlu segera bersidang dan membuat keputusan yang muktamad untuk memecat atau mengeluarkan BERSATU dalam gabungan PN. Ketegasan kepimpinan amat diperlukan bagi menamatkan polemik yang berpanjangan, memulihkan keyakinan penyokong dan memastikan PN kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda rakyat. | 543 |
| 11 | https://www.facebook.com/share/v/1JmtFHLoRy/?mibextid=wwXIfr
Penurunan harga diesel dilihat sekadar gula-gula politik selepas rakyat menanggung hampir setahun kenaikan kos hidup. Harga makanan terus meningkat, manakala beban pengguna masih belum benar-benar berkurangan.
#Malaysia #PolitikMalaysia #KosSaraHidup #HargaBarang #HargaMakanan #Diesel #Ekonomi #Rakyat #BeritaTerkini #ViralMalaysia #TrendingNow #shafiqhalim #善心 | 2 133 |
| 12 | Sin texto... | 910 |
| 13 | https://www.facebook.com/share/p/17q4grrjAm/?mibextid=wwXIfr
Kerajaan MADANI tidak seharusnya mengambil kredit secara berlebihan terhadap pembukaan operasi LRT3.
Hakikatnya, projek LRT3 telah diumumkan pada tahun 2015 sebagai inisiatif kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Majlis pecah tanah projek ini telah berlangsung pada 24 Ogos 2016 dan disempurnakan oleh beliau, dengan anggaran kos asal yang diumumkan sekitar RM9 bilion.
Selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2018, projek ini telah melalui proses semakan dan penstrukturan semula. Hasil daripada semakan tersebut, skop pelaksanaan diubah, beberapa stesen ditangguhkan, dan kos projek distrukturkan semula kepada RM16.63 bilion.
Walau bagaimanapun, projek yang pada asalnya disasarkan siap lebih awal akhirnya hanya dapat disiapkan dan mula beroperasi pada tahun 2026. Dengan pengembalian beberapa komponen projek dan pembinaan lima stesen yang sebelum ini ditangguhkan, kos akhir pelaksanaan meningkat kepada RM21.93 bilion. | 2 033 |
| 14 | Sin texto... | 963 |
| 15 | https://www.facebook.com/share/p/1TP9XokYHU/?mibextid=wwXIfr
Kerajaan perlu memberikan penjelasan yang telus kepada rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik bermula Jun 2026, adakai ia disebabkan oleh mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA).
Jika ada kenaikan berapakah surcaj tambahan dikenakan kepada rakyat? Selain itu, berapa kos yang telah diserap melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), dan kenapa kesannya tetap dirasai oleh sebahagian pengguna.
Rata-rata rakyat, khususnya golongan B40 dan M40, semakin terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Kenaikan tarif elektrik bukan sekadar menambah beban bil utiliti, malah memberi kesan rantaian kepada kos operasi perniagaan.
Akibatnya, harga barangan basah mula meningkat dan sebahagian pengusaha restoran serta premis makanan terpaksa menyemak semula harga jualan bagi menampung kenaikan kos operasi.
Kerajaan wajar menjelaskan secara terperinci kepada rakyat faktor sebenar kenaikan AFA, langkah-langkah yang diambil untuk mengawal peningkatan kos penjanaan elektrik, serta perancangan jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api import seperti arang batu.
Ketelusan dalam penyampaian maklumat dan dasar yang berkesan amat penting bagi memastikan rakyat memahami keadaan sebenar serta tidak terus menanggung tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. | 2 103 |
| 16 | https://www.facebook.com/share/p/1Hj66LwE4x/?mibextid=wwXIfr
Di Johor, kerajaan Barisan Nasional–UMNO telah ditubuhkan lebih awal sebelum terbentuknya Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan. Walaupun BN-UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP di peringkat pusat, pendekatan politik di Johor memperlihatkan pendirian yang berbeza apabila kerjasama tersebut tidak diterjemahkan di peringkat negeri.
Pada pandangan saya, antara cabaran yang perlu diberi perhatian ialah perkembangan idea berhaluan kiri dalam wacana politik Malaysia. Fahaman kiri ini merujuk kepada pendekatan yang menekankan kesamarataan sosial yang lebih luas, perubahan terhadap struktur sedia ada serta tafsiran yang lebih liberal terhadap dasar awam dan isu-isu sosial.
Fahaman ini jika diterapkan secara meluas, ia berpotensi menghakis keseimbangan yang telah menjadi asas pembinaan negara, termasuk kedudukan institusi Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta nilai adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti Malaysia.
Justeru, matlamat kita ialah memperkukuh sebuah kerajaan yang berteraskan prinsip konservatif dan nasionalis, dengan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, memperkukuh institusi negara, memelihara identiti kebangsaan serta memastikan proses pembangunan negara terus berpaksikan nilai yang telah membentuk Malaysia sejak merdeka.
Oleh itu sokongan kita harus diberikan kepada parti yang memberikan keutamaan kepada usaha memperkukuh ekonomi rakyat, meningkatkan peluang pekerjaan, mengawal kos sara hidup dan merancakkan pelaburan.
Fahaman kiri PKR-DAP yang terlalu tertumpu kepada isu-isu identiti atau polemik perkauman hanya akan mengalihkan perhatian daripada keperluan sebenar rakyat yang mengharapkan penyelesaian terhadap cabaran ekonomi dan kesejahteraan hidup. | 1 748 |
| 17 | Sin texto... | 1 004 |
| 18 | https://www.facebook.com/share/p/1E4a26XkhT/?mibextid=wwXIfr
Alhamdulillah, saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Single pertama saya kini telah dilancarkan dan boleh didengarkan di Apple Music, JOOX serta semua platform penstriman muzik dan media sosial.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada FGI Studio, Scoteig Entertainment, khususnya Abang Fauzi Aisunam dan Cikgu Siti Hajar, atas segala bimbingan, tunjuk ajar serta ilmu yang dicurahkan sepanjang perjalanan ini.
Saya amat menghargai sokongan daripada semua sahabat. Mohon bantu saya dengan menggunakan lagu ini sebagai muzik latar untuk Reels, Shorts dan video di media sosial. Setiap perkongsian dan sokongan anda amat bermakna dalam perjalanan seni saya.
Terima kasih atas doa dan sokongan yang tidak pernah putus.
https://music.apple.com/my/album/kaulah-di-hati-single/6784638447 | 1 895 |
| 19 | https://www.facebook.com/share/p/199GmrakaF/?mibextid=wwXIfr
Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga UMNO. Sejak kecil, saya dibesarkan dalam suasana yang dekat dengan perjuangan parti UMNO. Bagi saya, yang lebih penting bukanlah nama sesebuah parti, tetapi idealisme, prinsip dan hala tuju perjuangannya.
Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa parti hanyalah sebuah wadah. Jika wadah itu berubah sehingga tidak lagi selari dengan prinsip perjuangan yang saya yakini, maka saya tidak mempunyai sebab untuk terus kekal di dalamnya.
[Baca selanjutnya di Facebook Page] | 1 642 |
| 20 | https://www.facebook.com/share/p/18zHNJDQww/?mibextid=wwXIfr
Nasihat saya kepada Puad Zarkashi, kalau hendak meletakkan jawatan, itu tidak mengapa. Namun, janganlah sampai melibatkan tomahan terhadap institusi istana.
Saya dimaklumkan bahawa Puad Zarkashi kecewa kerana anak beliau tidak disenaraikan sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Johor. Jika benar perkara itu menjadi puncanya, saya berharap beliau dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Jika benar Istana Johor mencampuri urusan ini, saya sebagai rakyat biasa menyokong pendirian tersebut. Sudah tiba masanya kita menghentikan budaya politik warisan kuasa, nepotisme dan kronisme yang hanya menguntungkan kelompok tertentu.
Sampai bila kepimpinan politik negara mahu diwariskan kepada keluarga tertentu sahaja. Negara memerlukan pemimpin yang dipilih berdasarkan merit, keupayaan, integriti dan rekod perkhidmatan, bukannya semata-mata kerana keturunan atau nama keluarga. Itu yang lebih adil untuk masa depan negara. | 2 241 |
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
