cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

۞ الروح الجديد ۞

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
310
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

إذا بلغك عن رجل بالمشرق صاحب سنة وآخر بالمغرب فابعث إليهما بالسلام وادع لهما ما أقل أهل السنة والجماعة. Sufyan ath-Thauri yang merupakan salah seorang ulama' tabi' tabi'in. Beliau berkata : "apabila telah sampai kepada engkau tentang seorang lelaki yang berada di timur dan dia adalah pengikut sunnah. Dan lelaki yang lain yang berada di barat dan juga pengikut sunnah, maka sampaikanlah salamku kepadanya. Dan doakan untuk keduanya. Betapa sedikitnya ahlussunnah wal jama'ah". Jadi penggunaan ahlussunnah wal jama'ah sudah diguna. Kata Ibn Sirin juga merupakan seorang tabi'in : لم يكونوا يسألون عن الإسناد "Adalah manusia mereka tidak tanya tentang sanad periwayatan". Jadi ketika zaman Rasulullah, apabila Rasulullah berkata begini, orang lain terus sahaja menerima. Tidak pernah ditanya mana sanadnya, mana rawinya. Maka kata beliau lagi : فلما وقعت الفتنة قالوا : سموا لنا رجالكم Lalu terjadilah fitnah. Fitnah ketika ada orang yang membunuh Uthman ibn Affan. Baru terlihat ada nya orang-orang yang menyimpang. Maka bermula dari situ mereka bertanya : فيُنْظَرُ إلى أهل السنة فيُؤْخذ حديثُهم ويُنْظَر إلى أهل البدعة فلا يؤخذ حديثهم "Maka dilihat pada ahlussunnah, diambil hadithnya, dan dilihat kepada ahlul bid'ah, maka tidak diambil hadithnya". Maka dari sini bermulanya istilah ahlussunnah wal jama'ah. Sunnah itu lawan nya bid'ah. Jama'ah lawan nya furqah (perpecahan). Kerana itu kata Syeikhul Islam dalam mendefinisikan ahlussunnah : هم المتمسكون بالكتاب والسنة وما اتقف السابقون الأولون من المهاجرين والأنصار ومن تبعهم بإحسان "Mereka adalah orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya. Dan akan disepakati oleh orang-orang terdahulu yang lebih awal dari muhajirin dan ansar dan orang yang mengikut mereka dengan baik". Ada pandangan beliau yang lain : ومذهب أهل السنة والجماعة قديم، معروف، قبل ان يخلق الله أبا حنيفة ومالكا والشافعي وأحمد. "Dan mazhab ahlussunah wal jama'ah itu sudah lama, dikenali, sebelum Allah menciptakan Abu Hanifah, Malik Syafi'i dan Ahmad." Siapakah itu ahlussunnah wal jama'ah? فإنه مذهب الصحابة الذين تلقوه عن نبيهم. ومن خالف ذلك كان مبتدعا عند أهل السنة والجماعة "Mazhab ini lah yang diambil dari para sahabat dari nabiNya. Dan siapa yang berlawanan dari jalan para sahabat maka dia adalah ahlul bid'ah disisi ahlussunnah wal jama'ah." — Fawaid dari Ust. Dzulqarnain M. Sunusi.
Показати все...
Tidak pelik dengan kenyataan para ulama : Sekiranya seseorang yang sedang bersedih itu mendengar bacaan Surah Yusuf, nescaya dia akan berasa tenang. ‎لَا يَسْمَعُ سُورَةَ يُوسُفَ مَحْزُونٌ إِلَّا اسْتَرَاحَ إِلَيْهَا ‎Maksudnya : Tidak ada orang yang bersedih yang mendengar (bacaan) surah Yusuf melainkan dia akan berasa tenang. ‎Rujuk Ma’alim Al-Tanzil, Al Baghawi (4/212) Ini kerana, dalam Surah Yusuf ini ada penceritaan tentang perubahan fasa kehidupan manusia : 1- Dari hina dan hamba kepada mulia dan penguasa. 2- Dari perpisahan kepada penyatuan. 3- Dari kesedihan kepada kebahagiaan. 4- Dari kesempitan kepada keluasan. 5- Dari kesusahan dan kesulitan kepada kesenangan dan ketenangan. Saat kita menghayati dengan mendalam Surah Yusuf ini, apa sahaja kesedihan yang sedang kita lalui, ia akan memberikan suatu ketenangan kepada kita bahawa setiap kesulitan itu, pasti akan diakhiri sesudahnya dengan kebahagiaan.
Показати все...
The body will never benefit by its freedom as long as the heart is held captive by evil desires. لن ينتفع البدن بحرّيته إذا كان القلب أسيراً للهوى https://t.me/shaykhtarefe
Показати все...
Repost from Nota Musaddad
[Seni Buat-buat Tidak Peduli] Ibn al-Jawzi rahimahullah berkata, "Antara sifat yang paling mulia adalah buat-buat tidak perasan kesalahan orang lain. Setiap manusia sentiasa terdedah untuk melakukan silap. Jika seseorang itu sibuk mengira satu, satu kesilapan dan kelanjuran orang lain, dia akan penat — dan memenatkan orang lain juga. Orang cerdik ialah orang yang tidak mengaudit satu per satu kesilapan keluarga dan teman-teman. Dia sengaja mengabaikannya supaya mereka tidak kekok ketika berbual atau berhubung dengannya." _ Antara level master dalam seni buat tidak peduli ini ialah kisah yang diceritakan Abu Ali al-Daqqaq, tentang Hatim Si Pekak. Hatim ini tidak pekak pun. Tetapi suatu hari, ada seorang wanita datang menemuinya untuk bertanya sesuatu hukum. Tiba-tiba, wanita tersebut terkentut. Terus wanita tersebut menjadi segan untuk bertanya. Namun Hatim berkata, "Kamu ada cakap apa-apa, ke? Kuatkan sikit suara kamu." Beliau cuba buat wanita itu menyangka, yang dia pekak dan tidak mendengar bunyi kentut tersebut. Wanita itu kembali gembira, dan percaya yang tiada siapa mendengarnya terkentut. Getusnya, "Oh, dia ni pekak." Sejak hari itu, Hatim digelar Si Pekak. __ Kesalahan, atau kegelinciran yang remeh-temeh kita lihat pada orang sekeliling, buat-buat tidak nampak sahaja. Itu ciri-ciri orang mulia. Tetapi seni ini hanya dilakukan kepada kesilapan peribadi sahaja. Kesilapan dalam menyampaikan agama pula, ia sentiasa perlu ditegur, walau sekecil mana pun ia. ✍ Musaddad Shaʿlami
Показати все...
Repost from Nota Musaddad
10 malam terakhir Ramadan bermula malam ini Allah bersumpah dengan malam-malam yang kita berada kini, sebagaimana menurut sebuah tafsiran bagi ayat ولَيَالٍ عَشْرٍ "Aku bersumpah dengan sepuluh malam." Imam Ibn Saʿdī berkata: Allah bersumpah dengan 10 malam Ramadan, kerana di dalamnya terdapat malam Lailatulqadar yang terlebih baik daripada 1000 bulan. Perbanyakkan zikir dan doa pada malam-malam ini! Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih baik daripada yang berlalu. ✍ Musaddad Shaʿlami
Показати все...
Repost from Nota Musaddad
Istighfar Pada Waktu Sahur Pada waktu sahur, selain bersahur, antara ibadah yang agung ketika itu ialah beristighfar memohon keampunan daripada Allah. Antara ciri-ciri orang yang memperhambakan diri kepada Allah yang disebutkan dalam Quran ialah: الْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأسْحَارِ "Orang-orang yang beristighfar pada waktu sahur." • • • • • Walaupun istighfar disyariatkan untuk dilakukan setiap waktu, tetapi waktu sahur ada keistimewaannya, iaitu yang disebutkan dalam hadis agung ini— Nabi ﷺ bersabda, "Allah akan turun ke langit dunia pada hujung sepertiga malam, lalu Dia menawarkan, "Ada sesiapakah yang mahu meminta untuk Aku penuhi? Ada sesiapakah yang mahu berdoa untuk Aku mustajabkan? Ada sesiapakah yang mahu meminta ampun untuk Aku ampunkan?" —Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Allah sudah tawarkan, ada sesiapa yang tidak mahu menyahut tawaran-Nya? • • • • • Beristighfar pada waktu sahur juga merupakan kebiasaan para salaf. • Ibn ʿUmar selalu berjaga malam untuk mendirikan solat sunat. Usai solat, beliau akan bertanya kepada anak murid rapat beliau, Nafi‘, "Adakah sudah tiba waktu sahur?" Jika sudah, beliau akan mula fokus untuk berdoa dan beristighfar sehingga masuk waktu subuh. —Riwayat ibn Abi Hatim. • Seorang tabiin pernah memasuki masjid sebelum subuh, tiba-tiba dia terdengar rintihan suara berdoa, "Tuhanku, perintah-Mu telah kulaksana. Ini sudah waktu sahur, maka ampunkanlah aku." Apabila diperhatikan, rupanya itu ialah suara sahabat yang mulia, Ibn Mas‘ud. —Riwayat al-Tabari. • Sahabat yang mulia, Anas bin Malik, berkata, "Kami diajarkan untuk jika mendirikan solat malam, kami akhiri dengan istighfar 70 kali sebelum subuh." —Riwayat ibn Mardawayh. Semua riwayat ini dinukilkan oleh al-Qurtubi dalam al-Jami' li-Ahkam al-Qur'an. • • • • • Barangkali ketika bangun sebelum subuh, kita rasa lemah untuk solat malam, atau membaca al-Quran. Tetapi jangan lemah untuk beristighfar. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan semua untuk melaksanakannya. ✍ Musaddad Shaʿlami
Показати все...
Ibn ‘Abdul-Barr said regarding being close to rulers, ‘It is said that the worst rulers are far from the scholars and the worst scholars are near to the rulers.’ [Ja‌mi‘ Baya‌n al-‘Ilm, 727] This advice (or any advice) is a reminder that should be given without anyone getting offended, no matter how big the scholar or position they hold is. The appropriate response to a mistake is to humble oneself by admitting to it and distancing oneself from further mistakes. The Prophet ﷺ said, ‘The Religion is sincere advice.’ We said, ‘To whom?’ The Prophet ﷺ said, ‘To Allāh, His Book, His Messenger, the leaders of the Muslims, and their common people.’ [S‌ah‌i‌h‌ Muslim, no. 55] The brothers at 5Pillars shared the story from purely a journalistic angle which is no doubt something which was needed for the English-speaking world to understand the situation. I have written these few as a number of brothers have asked me about this. Having said that, it is time to put the issue aside, dear brothers and sisters, for the last ten nights of this blessed month are upon us. These are the best nights of the year, and as Shaykh ‘Abdul-‘Azīz aṭ-Ṭarīfī wonderfully mentions when talking about the priority of the Prophet ﷺ in these concluding nights: ‘The Prophet ﷺ devoting his time to I‘tikāf in the last ten nights while administering the Islamic state, answering people’s requests for fatwas and the Ummah being in need of him... is all evidence that it is preferable to postpone interests of a general nature for the sake of these ten nights.’ We ask Allāh to keep us steadfast upon His religion and accept our deeds and give us ability to increase in our worship to Him in these last nights of Ramaḍān. Āmīn Your brother, Abū Ismā‘īl 2/2 Read & Share https://t.me/Tarbiyyah_Islamiyyah
Показати все...
Repost from Nota Musaddad
Jika Temanmu Berubah Ibn al-Jawzi berpesan, "Jika kamu ada berkawan, kemudian kawanmu itu berubah menjauhimu, tetaplah seperti biasa. Jangan kamu ikut berubah seperti dia. Maafkan kawanmu itu; bendalir tubuhnya bercampur-baur. Dan jika kamu sendiri tidak mampu tetap teguh seperti biasa, bagaimana kamu mahu harapkan orang lain mahu untuk terus tetap teguh?" —Ṣayd al-Khāṭir, h. 492. • • • • • Faedah sampingan: Perkataannya: "Bendalir tubuh bercampur-baur," merujuk kepada konsep perubatan klasik Yunani, turut disebut humorolisme. Ia bermula dengan dakwaan Alcmaeon bahawa tubuh manusia terdiri daripada banyak; kemudian diringkaskan oleh Hippocrates kepada 4; darah (damawi), lendir (balghami), cairan hempedu hitam (sawdawi) dan cairan hempedu kuning (safrawi). Keseimbangan unsur-unsur ini, menurut Galen, ialah asas kesejahteraan tubuh. Konsep perubatan ini, meskipun ditemui oleh ahli Falsafah Yunani yang kafir, ia tidak ditolak oleh ahli Islam. Sesiapa yang membaca buku-buku bergenre Tibb Nabawi (Perubatan Nabi) akan melihat realiti ini; bahawa pemakanan Nabi ﷺ adalah untuk memastikan keseimbangan unsur-unsur dalam badan ini. Wallahu a'lam. ✍ Musaddad Sha'lami
Показати все...
Repost from Nota Musaddad
al-Khatib al-Shirbini berkata: وَمِمَّا يحرم: مَا يَفْعَله كثير من الجهلة من السُّجُود بَين يَدي الْمَشَايِخ وَلَو إِلَى الْقبْلَة أَو قَصده لله تَعَالَى. وَفِي بعض صوره مَا يَقْتَضِي الْكفْر. "Antara perkara yang diharamkan adalah perbuatan ramai orang jahil yang bersujud di hadapan para shaykh, meskipun dia menghadap kiblat, atau niatnya bersujud kepada Allah. Ada juga sebahagian bentuk sujud ini yang menyebabkan kekufuran." —• al-Iqnāʿ
Показати все...
Tafsir al-Quran ⁦ @sunnahscene⁩ (episod 1) ‎Faedah-faedah memahami isti’azah. ‎1) Ikrar manusia bahawa kita hamba yang lemah. Walaupun dalam Quran Allah ﷻ sebut ‎إن كيد الشيطان كان ضعيفا ‎“Sungguh tipu daya syaitan itu adalah lemah” ‎tapi kita tetap tak mampu nak lawan melainkan dengan mohon perlindungan daripada Allah ﷻ. ‎2) Pengiktirafan bahawa Allah ﷻ maha kuasa terhadap segala sesuatu. Pada Allah lah segala pintu kebaikan dan kemudaratan. Segala mudarat dan kebaikan tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Dalam Quran Allah sebut: ‎وإن يمسسك الله بضر فلا كاشف له إلا هو 3) Umat islam hanya minta pertolongan daripada Allah ﷻ. Tidak minta pertolongan daripada makhluk pada perkara yang hanya Allah sahaja mampu lakukan. Dalam hal ini, minta perlindungan daripada bisikan dan kejahatan syaitan, hanya Allah yang boleh beri. 4) Mengiktiraf syaitan sebagai musuh. ‎إن الشيطان لكم عدو فاتخذوه عدوا ‎“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi)” 5) Memahami isti’azah sekaligus akan memahamkan kita akan kepentingan menolak was-was syaitan. Dgn memahami kepentingan ini serta tahu bahayanya hasutan syaitan, kita akan berusaha sehabisnya untuk menolak was-was tersebut. Ada 3 perkara yang kita perlu ada untuk menolak was-was dan hasutan syaitan. 1. Ilmu 2. Amal 3. Doa Ilmu ini, seperti mengetahui perancangan syaitan. Ada banyak Allah sebut tentang kejahatan dan perancangan syaitan untuk menyesatkan manusia dalam al-Quran. Amal pula, setelah kita tahu perihal berkaitan syaitan, belajar tauhid, memahami sunnah, tapi kalau tanpa amal, kita masih lemah dalam menangkis hasutan syaitan. Doa pula ialah meminta perlindungan Allah daripada hasutan syaitan. Antaranya melalui isti’azah. 6) isti’azah mengajar kita untuk mohon dengan penuh iman dan menghadirkan hati. Kenapa ada orang baca isti’azah tapi masih diganggu syaitan? Kata Umar Sulaiman al-Ashqar dalam kitabnya, Isti’azah ini seperti pedang yang hebat. Tapi kalau pedang yang hebat itu dipegang orang yang lemah, maka tiadalah guna pedangnya. Tak boleh nak lawan musuh pon. Jadi kekuatan isti’azah ini bergantung juga pada orang yang mengucapkannya. Kita kena pastikan ada dua perkara ini. Pertama, iman yang benar. Kedua, hadirkan hati semasa berdoa. ‎ أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه ‎”Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” Hasan al-Basri juga ada menyebut berkenaan isti’azah: ‏من استعاذ بالله على وجه الحقيقة وهو ما يكون بحضور القلب، جعل الله بينه وبين الشيطان ثلاثمائة حجاب، كل حجاب كما بين السماء والأرض ‏Barangsiapa mohon perlindungan daripada Allah dengan sebetul betul permohonan, dan dia menghadirkan hati, Allah ﷻ akan jadikan di antaranya dan syaitan 300 hijab, satu hijab menyamai jarak langit dan bumi. ‎- Ustaz Abu Asma’ Yunus Zainal
Показати все...
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.