Mukmin Perintis
Відкрити в Telegram
Pertubuhan Mukmin Perintis Non-Governmental Organisation (NGO) No Pendaftaran: PPM-017-10-25112024 Layari laman sesawang: https://mukminperintis.com/
Показати більше1 586
Підписники
+224 години
+97 днів
+5630 день
Архів дописів
1 586
At-Takaful bermaksud saling menanggung beban di antara ahli — esensi nyata daripada ukhuwah. Persaudaraan tidak cukup sekadar mendoakan dari jauh. 🤲
Takaful yang sebenar dipraktikkan melalui sokongan konkrit: sumbangan kewangan melalui tabung usrah jika rakan hilang kerja, bantuan tenaga jika rakan perlukan pertolongan di rumahnya, dan sokongan emosi dengan hadir secara fizikal saat dia ditimpa musibah.
Takaful adalah jaminan sosial bahawa dalam jemaah ini, anda tidak akan dibiarkan menanggung sakit seorang diri.
Sumber: Buku At-Tarbiyah Al-Islaamiyah Al-Harakiyah
Mukmin Perintis
https://mukminperintis.com/
1 586
Rasa susah untuk beriltizam dengan islam yang syumul, lebih-lebih lagi di zaman ini dapat diatasi jika memiliki kumpulan sokongan yang mempunyai pemikiran yang sekufu.
Kerana itu, setiap muslim amat berhajat kepada lingkungan islami, circle yang boleh mendorong dia untuk beramal, walau apa namnya.
Mukmin Perintis
1 586
Wakil Mukmin Perintis di Sabah mengunjungi Ust Yus di Kudat dalam sesi ziarah dakwah.
Kisah dakwah Ust Yus amat menginspirasikan.
Seorang pemuda kelahiran Kelantan yang sanggup meninggalkan dunia tipu-tipu demi mengejar pahala yang tiada batas; menyebarkan islam di pedalaman Sabah dan mendidik anak-anak Sabah tentang asas agama.
Kunjungan ke "markaz" Ust Yus boleh dikatakan acara wajib apabila ada program kembara ke Bumi di Bawah Bayu itu.
Semoga lebih ramai pemuda yang mencontohi pengorbanan Ust Yus demi agama-Nya. Tidak dilupakan juga sosok pasangan Ust yang menjadi tulang belakang yang membiayai usaha mulia itu.
Kisah pasangan ini seakan mengembalikan memori pengorbanan harta Saidatina Khadijah dalam mendanai dakwah islam.
Benarlah yang memuliakan itu islam!
Mukmin Perintis
1 586
Ketika menceritakan pertolongan Allah (an-nasr) dan kemenangan melalui pembukaan kota Mekah, Allah SWT menjelaskan tanda-tandanya adalah berbondong-bondong manusia menyertai agama Islam.
Ini adalah ukuran kemenangan yang jarang sekali dilihat oleh parti-parti politik. Akan tetapi, itulah objektif amal islami.
Ukuran kemenangan ini menjadikan kita semua tidak pernah putus asa kerana selagi ada manusia beriman, selagi mana ada sambutan terhadap dakwah, selagi mana ada sasaran dakwah yang kembali ke jalan fitrah..itulah kemenangan..
Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
1 586
+1
"Salam Min, nampak team Mukmin Perintis ni banyak update aktiviti lelaki je, ada tak untuk perempuan..?"
Eh mestilah ada.
Baru sahaja saff Selangor rata-rata siswi tahun 1 berkumpul hampir 100 orang di Serdang untuk Perkampungan Tarbiah.
Antara slotnya adalah Wahai Pemuda(i)!
Dalam islam, kedudukan amal adalah sama penting antara lelaki dan perempuan walaupun jenis dan bentuknya mungkin berbeza.
****
Barangsiapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki mahupun perempuan dalam keadaan hatinya beriman kepada Allah, maka Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik. Hayatan Thoyyibah.
Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
1 586
+4
Momen yang sempat dirakam bagi aktiviti tarbiah di seluruh Negara.
Ramai orang menyangka kekuatan sesuatu gerakan dan pemikiran terletak pada aspek luaran seperti aset kebendaan yang ia miliki, media yang ia kuasai, dananya, keterlibatan selebriti dll.
Tetapi ramai yang mengabaikan aspek kekuatan ruhiyah pada setiap pendokong.
Kerana itu, projek membangunkan kesedaran ruhiyah adalah usaha yang sentiasa diperlukan pada mana-mana peringkat pengembangan dakwah.
Ini kerana, kekuatan kesedaran ruhiyah adalah engin yang akan menggerakkan amal.
Apabila rohani lesu, amalpun akan merudum jatuh dan cita-cita dakwah akan tampak mustahil.
Semoga para aktivis terus maju membangunkan umat ini.
Mukmin Perintis
1 586
Rukun pertama usrah adalah At-Ta'aruf. Tapi saling mengenal dalam usrah bukan setakat tahu nama, tempat kerja, dan status perkahwinan. 🤝
Ia adalah proses mengenal hingga ke dasar "hati dan jiwa" — memahami kecenderungan pemikirannya, kekuatan kerohaniannya, cabaran hidup harian yang dia hadapi, dan wataknya apabila dia sedang tertekan.
Puncak ta'aruf adalah bila kita kenal perincian harian saudara kita. Usrah yang ta'arufnya dangkal hanya akan melahirkan ukhuwah yang rapuh apabila diuji.
Sumber: Buku At-Tarbiyah Al-Islaamiyah Al-Harakiyah
Mukmin Perintis
1 586
Selatan - Bengkel meneroka Surah Nuh bersama Ust Tuan Fazrul Ismail telah dijayakan oleh aktivis Mukmin Perintis dengan kerjasama institusi setempat.
Surah Nuh merupakan "laporan dakwah" Nabi Nuh AS kepada Allah SWT yang sarat dengan ibrah & hikmah yang amat dekat dengan para pendakwah.
Sentuhan ruhiyah yang dibawah oleh surah ini tidak sewajarnya dilalaikan oleh aktivis.
Kegigihan Nabi Nuh berdakwah siang dan malam adalah inspirasi buat kita semua.
{ قَالَ رَبِّ إِنِّی دَعَوۡتُ قَوۡمِی لَیۡلࣰا وَنَهَارࣰا }
[Surah Nūḥ: 5]
Moga-moga bengkel ini apatah ia dikelola oleh al-Ustaz yang cukup disegani bakal menjadi bekalan untuk para peserta melonjakkan amal tarbiah dan dakwah tanpa jemu di medan masing-masing.
Mukmin Perintis
1 586
[SELAMAT BERCUTI SEMESTER]
Cuti semester bukan bermakna rehat, tiada amal dan beku dari bergerak buat aktivis dakwah.
Tetapi kita harus belajar daripada para nelayan di musim tengkujuh.
Ketika laut bergelora, mereka membaiki jala, memperelok bot dan kapal masing-masing.
Guna kesempatan ini untuk menajamkan alat dakwah masing-masing; tambah ilmu, tingkatkan kemahiran, perbanyak hafalan dan sebagainya.
Agar kelak, kita kembali ke medan dengan lebih bertenaga dan bersedia.
Mukmin Perintis
1 586
Baru-baru ini saya diberi peluang untuk berkongsikan satu risalah yang cukup hebat tulisan Imam Hasan al-Banna kepada sekumpulan aktivis barisan hadapan Mukmin Perintis.
Risalah berkenaan adalah, Dakwah Kita Di Era Baharu.
Saya cukup tersentuh apabila sang Imam bercerita tentang kedudukan Arab dalam fikrah dan dakwah Islam.
Terjemahan petikannya:
"Nasionalisme Arab atau Liga Arab, istilah ini juga ada hubungan yang amat ketara dengan dakwah kita. Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan menjadi bangsa pilihan. Tepat sekali apa yang dikatakan,
"Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.”Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan dibangunkan. Setiap inci bumi Arab ini kita anggap sama seperti bumi dan tanahair kita sendiri. Sempadan geografi dan pecahan politik yang ada kini tidak mampu memisahkan kita selama-lamanya dengan kesatuan Arab Islam yang telah berjaya menyatukan manusia dalam satu harapan dan satu matlamat. Kesatuan ini telah berjaya menjadikan seluruh rantau ini menjadi satu bangsa walau apa jua cubaan jahat yang dilaksanakan. Dari sini kita memahami seluruh bangsa yang berada di sepanjang Teluk Parsi hingga ke Tangiers dan Moroko di Lautan Atlantik adalah bangsa Arab yang disatukan oleh akidah dan bahasa. Hubungan ini dieratkan lagi dengan kedudukannya yang terletak di rantau yang sama dan berjiran dengan iklim yang hampir sama; tanpa sebarang pemisah dan tanpa sebarang sempadan. Kita meyakini apabila kita berjuang untuk Arab kita sebenarnya berjuang untuk Islam dan untuk kebaikan seluruh dunia." [Hasan al-Banna, 1942] Imam Hasan al-Banna menaruh harapan yang sangat tinggi akan kesatuan Arab untuk kekuatan Islam. Dan jika dilihat secara realiti, memang bangsa Arab mempunyai potensi. Kedudukan yang berjiran. Demografi yang luas. Hasil bumi yang kaya. Populasi Arab juga tinggi, 450 juta ramainya. Dibandingkan dengan populasi di tanah haram israel yang berada di tengah-tengah bangsa Arab itu, sepatutnya dengan mudah Arab boleh "memakan" Israel. Namun hari ini, sebaliknya yang berlaku. Arab bercakaran sesama sendiri. Sekarang kita dihidangkan dengan serangan demi serangan di rantau itu kerana campur tangan pengaruh asing. Kemudian saya bertanya kepada para peserta, bolehkah fikrah islam yang sifatnya menyatukan ini, yang sifatnya alamiyah yakni untuk alam sejagat ini kembali menguatkan umat islam? Jawapannya ada pada sambungan risalah berkenaan. Nantikan, jika berkesempatan kita kongsikan. Abu Hammad Mukmin Perintis
1 586
Dalam mana-mana gerakan, majoriti pengikut selalunya jatuh dalam kategori 'Al-Mabhuur' — mereka yang terpesona dengan retorik ceramah dan suasana program yang meriah, tetapi kaki belum pernah memijak "bumi perjuangan yang panas". 🔥
Sistem usrah sebenarnya nak membina golongan 'Hawariyyun' (kader aktif / Amilin) — golongan yang benar-benar faham projek dakwah, sanggup berpeluh, dan memikul beban kerja yang sebenar, bukan sekadar menjadi penonton.
Kita di kelompok mana?
Sumber: Wasilah Tarbiyah 'Inda Ikhwan al-Muslimin
Mukmin Perintis
1 586
Mukmin Perintis mengucapkan tahniah kepada Harakah Perjuangan Islamiyah (HAMAS) atas pelantikan Dr Khalil al-Hayya bagi memimpin pergerakan tersebut.
Walaupun barisan pimpinan yang lalu ramai telah syahid, namun perjuangan yang didasari dengan fikrah dan ruh islam tidak akan mampu diberhentikan.
Perjuangan pembebasan bumi suci itu merentasi usia individu. Kerana itu setiap generasi mesti mempersiapkan rijal bagi meneruskan mata rantai perjuangan.
Diharapkan penggantian kepimpinan menjadi harapan baharu buat paksi pertahanan dan warga Gaza khususnya.
Semoga Allah swt mengurniakan petunjuk, taufik, dan kekuatan kepada Dr Khalil bagi mengemudi bahtera perjuangan ini.
Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
1 586
Kadang-kala kita dapati dakwah, ajakan dan taujihat kita tidak berkesan.
Kerana tiada respon daripada mad'u. Tiada sambutan dan tiada perubahan.
Tetapi amati kata-kata qudama tarbiah kita ini.
Kadang kala kata-kata dan nasihat baik kita itu melekat dan tersimpan dalam kotak memori dan pemikiran mad'u. Cuma mungkin ia belum dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Ingatkah kisah seorang lelaki beriman di zaman nabi Musa, ia menyembunyikan imannya.
Namun di hari pertembungan dengan Firaun, dia bersuara dan memberikan pandangan waras meluruskan kaumnya.
Kerana itu para daei perlu bersabar. Teruskan mengajak. Teruskan menyampaikan.
Suatu hari nanti, ia akan ingat kata-kata anda walau mungkin titik perubahannya itu berlaku di tangan daei yang lain.
Mukmin Perintis
1 586
[MONTAJ HIJRAH 2.0]
JOM tonton montaj Himpunan Jiwa Rabbani Ikhwah (HIJRAH) saff Mukmin Perintis Selatan.
Semoga pertemuan seperti ini dapat menarik lebih ramai anak muda.
Pelaburan paling bernilai pada hari ini adalah melaburkan masa, tenaga, peluh, wang ringgit, idea dan segenap upaya untuk mentarbiah mendidik anak muda.
Manakan tidaknya, ar-Rasul SAW sendiri menerima sekumpulan anak muda "berkampung" dekat dengan baginda selama kira-kira 20 malam lamanya untuk belajar tentang islam, sebagaimana yang diceritakan Malik bin Huwairith.
Ini adalah isyarat kepada kita.
Agar sentiasa mengutamakan tarbiah dan takwin (pembentukan) individu muslim dalam kalangan pemuda.
https://youtu.be/baG5EcPWmkw
1 586
Sebagai melengkapi tarbiah islam yang syumul, program pendidikan modal insan turut merangkumi aspek fiqh ibadat.
Baru-baru ini aktivis di Terengganu mengadakan sesi fiqh sembelihan, teori dan amali.
Program ini telah dimudah cara oleh Ust Zaid Hussein dari Kuala Terengganu.
Di sebalik sembelihan, ada ruang penghayatan yang besar untuk kita sebagai muslim. Bahkan ar-Rasul berpesan,
"..apabila kami ingin menyembeli, maka berlaku ihsanlah pada semeblihanmu.."
Mukmin Perintis
1 586
Ramai yang anggap usrah sekadar kelab perbincangan santai. Hakikatnya, tidak. ⚔️
Sistem usrah secara rasmi diperkenalkan oleh Imam Hassan al-Banna pada Mac 1943 ketika jamaah berhadapan tekanan politik yang sangat keras sehingga pejabat cawangan ditutup paksa.
Usrah direka sebagai "struktur kedua" (Haikal Thani) sebagai jaring keselamatan dakwah. Walaupun jika semua bangunan diruntuhkan atau pemimpin ditangkap, sel akar umbi ini akan memastikan komunikasi dan gerak kerja dakwah tidak lumpuh dan terus hidup di rumah-rumah ahli.
Usrah adalah sistem survival yang kebal krisis.
Sumber: Risalah Nizam Al-Usari
Mukmin Perintis
1 586
Pemandangan di program Himpunan Jiwa Rabbani Ikhwah (HIJRAH) yang sedang berlangsung.
Semoga Allah berkati setiap detik, setiap langkah, setiap keringat, setiap tenaga, setiap sen dan setiap usaha-usaha kecil untuk memahami agama-Nya dan kemudian berjuang di jalan-Nya.
Pasti tidak mudah. Tetapi sesiapa yang bersungguh-sungguh, akan diberi petunjuk untuk melangkah!
Jika berminat atau mempunyai kenalan untuk sertai sesi seperti ini sila ke:
1 586
Selamat berwasilah kepada semua pada hujung minggu ini.
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُواْ فِي سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ }
[Surah Al-Māʾidah: 35]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya; dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
***
Hujung minggu adalah "gerakan", bukan waktu rehat.
Bertebaranlah di muka bumiNya. Santunilah manusia.
Sebarkan fikrah islam yang indah ini.
Mukmin Perintis
1 586
Selamat Berwasilah!
Penat itu benar. Jauhnya safar itu benar. Tetapi ingatlah pesan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi rahimahullah:
"Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukannya beku. Hidup adalah jihad. Akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh? Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur."
Kepenatan di jalan dakwah bukan tanda kelemahan ia tanda kita masih bergerak. Dan selagi kita bergerak, selagi itulah hidup ini bermakna.
Semoga Allah menerima setiap kilometer perjalanan, setiap jam yang dikorbankan, dan setiap penat yang tidak sempat diadukan.
—
🎧 Peneman safar minggu ini:
Untuk perjalanan yang jauh, dengarkan perbualan santai tapi sarat — kisah perjalanan dakwah seorang da'i, Episod pertama podcast rakan kami, Diary of a Da'i :
https://youtube.com/watch?v=VUbGLfWs1w0&si=3nH7G61Vjb3rY-MG
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis
