Mukmin Perintis
Открыть в Telegram
Pertubuhan Mukmin Perintis Non-Governmental Organisation (NGO) No Pendaftaran: PPM-017-10-25112024 Sertai Perintis 4 Siswa: https://tinyurl.com/PERINTIS4SISWA
Больше1 531
Подписчики
+124 часа
+77 дней
+1930 день
Архив постов
1 531
[Siri Qalam Qudama']
Antara Kemampuan & Kemahuan
Memang kemampuan kita tidak sama. Kebolehan kita berbeza-beza. Keupayaan menanggung beban yang berlainan.
Namun, batas kemampuan luaran ini boleh ditingkatkan dengan latihan, pengalaman dan amal yang berterusan.
Namun di sana ada satu aspek yang lagi penting.
"Perlu diingatkan bahawa kemampuan itu padanya ada satu sudut kejiwaan yang mendorong kepada kemampuan, dia akan bekerja untuk melaksanakan (kemampuan) itu dengan izin Allah Taala. Apabila tidak ada sudut ini (irodi nafsi), maka seseorang itu akan jadi lemah" (Qawaid Dakwah)
Kemahuan adalah daya tolak utama kepada kemampuan.
Jika tiada atau lemah kemahuan diri ini, maka lemahlah individu berkenaan.
Bahkan tanpa kemahuan, kemampuan yang ada pun akan disia-siakan.
1 531
Lupa Kematian, Permulaan Penyimpangan.
إن الذي يعيش مترقباً النهاية يعيش معداً لها
"Sesungguhnya orang yang hidup dalam keadaan sentiasa menanti-nantikan pengakhiran, dia hidup dalam keadaan bersedia untuknya."
— Ar-Raqaiq / Syeikh Abdul Mun'im Salih al-'Ali Rahimahullah
Hujung minggu lepas para aktivis dakwah Mukmin Perintis berkesempatan menyelami bab-bab pertengahan dari kitab Ar-Raqaiq karya Syeikh Abdul Mun'im Salih al-'Ali Rahimahullah, khususnya bab-bab yang menjadikan zikrul mawt sebagai tema utama perbahasan beliau.
Satu diagnosis yang jelas timbul sepanjang sesi tersebut.
Kita semua menghidap penyakit yang sama — angan-angan yang terlalu panjang. Apabila kita lupa bahawa kita akan mati, kita mula mengejar perkara yang salah. Mula membina untuk dunia seolah-olah kita tinggal selamanya. Mula menangguhkan amal seolah-olah esok masih pasti ada.
Ubatnya satu. Ingat mati.
Dan ini bukan sekadar cadangan amalan sunat. Dalam tradisi tarbiah gerakan Islam, zikrul mawt adalah keperluan asas. Kerana apabila seseorang benar-benar faham bahawa dia akan berdiri di hadapan Allah dengan hanya amalnya sahaja — bukan hartanya, bukan namanya, bukan jawatannya — dia akan bergerak dengan cara yang berbeza. Lebih pantas. Lebih berani. Lebih ikhlas.
Lupa kematian adalah permulaan penyimpangan. Dan mengingatinya semula adalah jalan untuk kembali.
Sesi ditutup dengan sesuatu yang meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir — ziarah ke kubur Syeikh sendiri. Mendoakan beliau di pusaranya. Dan menghidupkan semula pesan-pesan zikrul mawt di sisi penulis yang sepanjang hayatnya menulis tentangnya.
Wallah, ada sesuatu yang sukar diungkapkan apabila berdiri di sisi pusara seorang da'i yang meninggalkan warisan ilmu sebegitu. Anak-anak harakah Islam pasti lebih mesra mengenali beliau melalui sapaan Syeikh Muntalaq — sempena kitabnya yang paling masyhur di kalangan ahli dakwah. Namun di sebalik Muntalaq yang menggerakkan jiwa-jiwa pejuang itu, ada seorang da'i yang sama dalam kejelasan dan kedalaman memahami tabiat dakwah ini, hingga mampu menjadikan pesan-pesan kerohanian yang ditinggalkan sebagai sumber bakar perjalanan dakwah buat generasi seterusnya.
Moga Allah merahmati Syeikh Abdul Mun'im Salih al-'Ali dan menjadikan kita dalam kalangan yang menghidupkan warisannya.
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis
1 531
"Hidup ini sangat singkat untuk dibazirkan dengan marah, sedih, putus asa dan kecewa. Hidup kita ada tanggungjawab."
Kata-kata ini pernah dikongsikan oleh Dr. Muhammad Talhah Ajmain @ Jima'ain, alumni UTM yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) pada tahun 2021.
Kecemerlangan beliau terus terserlah apabila diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai Ikon Belia Karismatik dalam Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN).
Kisah Dr. Talhah membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik, tetapi juga melalui keupayaan memberi inspirasi, memimpin masyarakat dan menyebarkan nilai-nilai positif kepada generasi seterusnya.
Kredit FB UTM Alumni
Kini Ust Dr aktif dengan usaha tarbiah di Utara tanah air. Semoga lebih ramai anak muda mengambil inspirasi dari ketokohan beliau.
Mukmin Perintis
1 531
SELAMAT BERWASILAH AKTIVIS DAKWAH PMP
Buat seluruh aktivis dakwah dan pejuang risalah
yang menggerakkan program di lapangan,
salam perjuangan dan selamat berprogram.
Setiap gerak kerja kita
bukan sekadar memenuhi takwim,
tetapi sebahagian daripada mata rantai perjuangan.
Biarlah penat tidak dipandang manusia,
asalkan dicatat di sisi Allah.
Allah ﷻ berfirman:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Sesungguhnya hidup dan ibadahku hanyalah untuk Allah.”
(Al-An‘am: 162)
Hadirilah setiap program
bukan sekadar cukupkan kehadiran,
tetapi untuk pulang membawa kesedaran
dan menggerakkan amal.
Tarbiah bukan program biasa.
Ia wasilah membina jiwa dan menguatkan saf.
Pesanan Imam Hasan al-Banna:
Ikhlas ialah meniatkan seluruh amal hanya untuk keredaan Allah.
Tiga Pesanan Ringkas:
1. Hadir dengan niat kerana Allah.
2. Hadir dengan kesungguhan.
3. Hadir membina ukhuwah.
Selamat berwasilah.
Siiru ‘ala barakatillah
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis
1 531
Asyura, Kemenangan Milik Kita.
فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ
"Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu!"
Itulah respon Nabi SAW dikala melihat orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram dan bertanya tentangnya. Hari di mana Allah selamatkan Musa dan Bani Israel dari Firaun.
Jujurnya, bila baca respon Nabi SAW ni, ada satu rasa yang susah nak describe. Kalau tengok dari kaca mata negatif, nampak macam kaki claim. Tapi inilah sebenarnya aqidah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.
Islam bukan agama baharu yang asing. Ia kemuncak kepada kebenaran sejarah para nabi terdahulu. Dan kita bukan penonton sejarah mereka , kita pewaris kepada legasi itu.
Bila kita sedar perjuangan ini bukan bermula dari kita tapi kesinambungan dari ribuan tahun warisan risalah, ia buat kita jadi lebih teguh. Lebih bersungguh. Sebab kita tahu kita bukan berjuang sorang-sorang , kita berjuang dalam barisan panjang yang bermula dari para kekasih Allah.
Dan ini pula yang patut kita sedar dikala culas dan malas.
Betapa bersusah payahnya para pendahulu mewariskan agama ini turun ke tangan kita. Betapa mahalnya harga yang mereka bayar supaya kita boleh sebut kalimah syahadah dengan tenang hari ini. Kalau kita tahu semua itu, sepatutnya kita malu untuk bermalas-malasan membawa risalah ini kepada generasi seterusnya.
Dan dikala lemah dan diuji, ingat kembali Musa di tepi laut.
Firaun di belakang. Lautan di depan. Pengikutnya mula putus asa. Tapi Musa cakap dengan tenang.
"Sekali-kali tidak. Tuhanku bersamaku."
Pertolongan Allah tidak datang sebelum kita sampai ke tepi laut itu. Ia datang tepat di saat logik manusia dah habis. Di saat kita dah takde lagi tempat untuk berpaling selain kepada-Nya.
Dan laut pun terbelah.
Kemenangan itu milik Allah. Dan Dia tidak pernah ingkar janji-Nya kepada orang yang berjalan di jalan-Nya dengan sungguh-sungguh.
Selamat menyambut Asyura. Hidupkan ruh kemenangan ini dalam dada.
Abu Haajar
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis
1 531
Wakil Mukmin Perintis baru-baru berpeluang menyantuni pelajar baharu yang memasuki alam universiti di Negeri Sembilan.
Dengan topik Kenapa Aku Masuk Universiti (KAMU), berikut juga adalah pesanan kami kepada para siswa/siswi:
✅ pastikan mempunyai tujuan belajar yang jelas
✅ menjaga hubungan dengan Allah
✅ bina jaringan kenalan yang soleh
✅ menghormati tenaga pendidik
✅ sentiasa berhubung dengan ahli keluarga
✅ ingat bahawa ijazah adalah alat, yang utama adalah risalah.
Alam di Universiti adalah waktu keemasan yang tidak patut disia-siakan.
Semoga para pelajar terus dipelihara oleh-Nya 🤲
Mukmin Perintis
1 531
انا لله وانا اليه راجعون
Seluruh keluarga Mukmin Perintis mengucapkan salam takziah ke atas pemergian tokoh awal dakwah & harakah di Malaysia, al-Ustaz yang kami kasihi, almarhum Ust Soid Mohd Amin yang dijemput kembali ke rahmatullah kelmarin.
Semoga almarhum diampunkan segala kesalahan dan ditempatkan di kedudukan yang istimewa di sisiNya.
Salam takziah buat keluarga dan waris yang ditinggalkan.
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis
1 531
Allah SWT yang menguasai hati hamba-hambaNya. Siapa sangka program khusus Pencarian Daie Muda (PDM) mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar di IPT.
Team Mukmin Perintis menawarkan platform grooming Daie Muda, khusus untuk siswa siswi yang minat di bidang dakwah.
Jelajah pencarian mutiara ummah ini akan diteruskan di pelbagai lokasi, kelak.
Sesungguhnya menjadi daie, menyeru manusia kepada Allah adalah sebaik-baik pekerjaan dan sunnah tinggalan para Rasul.
Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada usaha ini, sila hubungi team di ruangan chat.
Mukmin Perintis
1 531
+2
Pesan-pesan terbaik dari tokoh-tokoh dakwah berkenaan intima' yakni berkomitmen dengan amal islami
Muktamar KITA
Mukmin Perintis
1 531
Muktamar KITA - Kampung Iman Teguhkan Amal
Hampir 400 aktivis tarbiah barisan hadapan saff akhwat mewakili semua Negeri berkampung dalam Muktamar KITA tahun ini.
Muktamar kali ini mengajak para aktivis yang hampir kesemunya telah lebih 10 tahun bergiat aktif di lapangan dakwah & tarbiah untuk merenung semula makna bersama (intima') dengan dakwah, antara tuntutan dan realiti.
Pembentangan utama muktamar telah disampaikan oleh al-fadhil Ust Dr Kamaru Salam Yusof.
Pembentangan ini telah dihayati dan dibincangkan dengan teliti dan beberapa resolusi bakal dijayakan bersama.
Intima dengan dakwah adalah satu anugerah dan kemuliaan, maka ia tidak wajar diganti dengan ikatan selainnya.Semoga masa-masa emas di Kampung Iman akan Meneguhkan Amal para akhawat tatkala pulang di lapangan masing-masing. Mukmin Perintis
1 531
Wakil Mukmin Perintis membuat kunjungan mahabbah ke premis NGO HALUAN Malaysia sambil memenuhi undangan mendengar kupasan berkenaan tokoh pendiri HALUAN, Almarhum Ust Dahlan.
Kerja amal islami yang terlalu luas dan banyak ini tidak mampu disempurnakan oleh satu kumpulan aktivis sahaja.
Kerana itu kumpulan-kumpulan islam perlu saling mengukuhkan dan melengkapkan, jauh sekali melemahkan.
Amal yang unik dan penekakan berbeza oleh para aktivis perlu dilihat sebagai usaha islah ke arah kesyumulan islam.
Semoga hubungan erat dan ukhuwwah yang terjalin menjadi pencetus untuk para aktivis terus giat memberikan sumbangan kepada ummah dan bakal memudahkan kerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati.
Mukmin Perintis
1 531
HIJRAH YANG DINANTIA-NANTIKAN
Al-Barra menceritakan, orang pertama dari para sahabat Rasulullah SAW yang datang ke Madinah ialah Mus'ab bin 'Umair dan Ibnu Ummi Maktum.
Dua orang itulah yang pertama kali mengajarkan Al-Qur'an kepada kami. Kemudian menyusul 'Ammar bin Yasir, Sa'ad bin Abi Waqqash dan ‘Umar Ibnul-Khattab bersama kafilah yang terdiri dari dua puluh orang.
Setelah mereka, barulah Rasulullah SAW menyusul.
Saya belum pernah melihat banyak orang bergembira seperti pada saat mereka menyambut kedatangan beliau, sehingga kaum wanita, anak-anak dan para hamba sahaya perempuan bersorak- sorak meneriakkan:
"Itulah dia, Rasulullah SAW telah datang."HR Bukhari Hijrah yang dimulakan dengan tarbiah Quraniyyah dan berhujung dengan berdirinya Daulah Madinah ini sungguh kita rindukan. Mari kita hidupkan semangat dan suasana itu. Salam Maal Hijrah 1448H
1 531
+1
Selamat mendaftar dan menyambung pelajaran buat adik-adik pelajar lepasan SPM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Semoga hijrah ke tempat baharu, meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta membuahkan hasil yang diimpikan.
Pastinya, telah tetap pahala di sisi Allah.
Hayati pesanan berikut:
✅ Pilih circle of friends yang betul
✅ Berhubung dengan keluarga
✅ Hormati para guru
✅ Jelaskan tujuan hidup & belajar
✅ Jangan tinggalkan al-Quran
Sertai Mukmin Perintis
Platform Untuk Pemuda
Follow | Share
https://t.me/pmperintis
1 531
Sebahagian aktivits tarbiah Saff Akhawat di Bangi, Selangor berkumpul dalam retreat SAFF untuk memperkukuh ikatan ukhhuwah, memuhasabah amal dan membuat perancangan ke hadapan.
Kecekalan saff akhwat ini mengingatkan kita akan kata-kata guru tarbiyah:
"Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang
bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan,
tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi ujian dan mahir seni memimpin umat"
Semoga setiap langkah para aktivis di jalan-Nya dipandu dengan taufiq dari-Nya.
Mukmin Perintis
1 531
Usaha menyatukan dan melibatkan semua untuk membaiki dan memastikan kebaikan sedia ada dalam Negara terjaga adalah sangat mustahak.
Ramai lagi insan yang berjiwa halus, cintakan kebaikan dan mempunyai iman yang menyala. Namun perlu disusun dan diselaraskan dalam platform yang sesuai.
Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada sejarah untuk merintis perubahan kecil sebelum perubahan besar, ayuh kita satukan hati dan buah fikiran dan bekerja bersama-sama.
Mukmin Perintis
https://t.me/pmperintis
1 531
SELAMAT BERWASILAH KEPADA AKTIVIS SELURUH MALAYSIA
Tahniah buat semua aktivis, pendakwah, murabbi & penggerak dakwah yang terus melangkah sabar, tertib & istiqamah.
Medan dakwah perlukan lebih dari semangat. Ia perlukan Ruhul Istijabah: روح الاستجابة
Iaitu semangat menyahut seruan Allah & Rasul-Nya segera. Tanpa ragu. Tanpa banyak alasan. Amrun wa Tha'atun: perintah datang, ketaatan menyusul.
Allah berfirman:
"Penuhilah seruan Allah & Rasul apabila Dia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu" [Al-Anfal: 24]
Inilah roh para sahabat. Ketaatan dulu, kefahaman menyusul. Amal kecil jadi besar di sisi Allah.
Jaga roh ini dalam setiap wasilah. Jangan biar sibuk, beza pendapat & letih padamkan semangat taat.
Teruskan melangkah dengan hati yang patuh. Di situlah dakwah hidup.
Mukmin Perintis
1 531
[Filem Pendek Tarbawi: Gen. Al-Quran Yang Unik]
Untuk yang jatuh berkali-kali dalam lubang gelap maksiat.
Jom sama-sama keluarr. Jadi Gen-Quran yang belajar & melaksanakan.
Satu karya para penggiat tarbiah pemuda.
https://youtu.be/2x0vQIq4eCo?si=tiqogZ_XRjkqzrXo
1 531
❤️Bismillah❤️
Banyak jemputan walimah musim cuti sekolah ini , izinkan kami menghadiahkan sedikit nasihat & doa buat pasangan pengantin yang bakal diraikan,
ingatlah firman Allah:
هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ
“Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian untuk kamu, dan kamu adalah pakaian untuk mereka.” (Al-Baqarah: 187)
Allah tak jadikan manusia sempurna.
Masing-masing ada kelemahan, ada kekurangan.
Dan di situlah pernikahan menemukan hikmahnya.
Pasangan hadir sebagai libās , pakaian yang menutup, melindungi, dan melengkapi.
Jangan terkejut bila selepas akad nanti, kamu akan nampak sisi kekurangan pasanganmu.
Itu bukan tanda salah pilih,
itu tanda Allah mahu kamu berdua belajar menutup aib, menerima kekurangan, dan menjadi penampung antara satu sama lain.
Rumah tangga bahagia bukan kerana dua orang sempurna,
tapi kerana dua jiwa yang saling melengkapi dalam jalan menuju Allah.
Dan lebih besar dari itu , perkahwinan bukan hanya tentang dua hati yang disatukan.
Ia adalah tapak lahirnya keluarga dakwah.
Keluarga yang mendidik anak, membina generasi,
dan menjadi langkah kecil dalam projek besar taghyir umat ini.
Kalian berdua bukan sekadar pengantin baru.
Kalian adalah sebahagian mata rantai perubahan umat.
Mulakan dengan saling melengkapi dalam rumah,
supaya dari rumah ini lahir cahaya yang menyinari masyarakat.
Semoga Allah jadikan kalian pakaian yang indah satu sama lain, dan keluarga ini pakaian yang menutup, melindungi, serta memperindah umat ini dengan cahaya Islam.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمَا، وَبَارِكْ عَلَيْهِمَا، وَاجْمَعْ بَيْنَهُمَا فِي خَيْرٍ “Ya Allah, berkatilah mereka berdua, limpahkanlah barakah ke atas mereka, dan satukanlah mereka dalam kebaikan.”Selamat Pengantin Baru https://t.me/pmperintis
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
