uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 181 підписників, посідаючи 284 місце в категорії Маркетинг і PR та 903 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 181 підписників.

За останніми даними від 01 липня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -376, а за останні 24 години на -11, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.79%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 735 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 02 липня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 181
Підписники
-1124 години
-777 днів
-37630 день
Архів дописів
Dulu Saudagar Kain http://bit.ly/2YUyHtM

8 Perkara Menulis Dengan Baik http://bit.ly/2MgEusj

Ramainya yang nak hadir kelas menulis #content namun tak sempat atau tak cukup modal. Namun jujurnya kalian boleh dapatkan ebook yang murah sangat sempena jualan raya ini. Hanya #RM120 dapat 5 ebook terus. Semuanya memudahkan untuk kalian menulis di media sosial dengan baik. Harga asal ialah #RM431. Diskaun RM311 untuk 300 orang sahaja! Dapatkan di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya

Hai semua kawan-kawan, Mulai semalam hingga 28hb Mei, 5 Ebook #Content tulisan saya dijual dengan harga RM120 sahaja. khas bu
Hai semua kawan-kawan, Mulai semalam hingga 28hb Mei, 5 Ebook #Content tulisan saya dijual dengan harga RM120 sahaja. khas buat 300 pembeli sahajaaaa! Harga asal ialah RM431. Kalian boleh klik di link ini untuk baca apa isi kandungan ebook tersebut ya. https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya

Kami berangkat dulu ya. Jumpa lagi insya-Allah. Doakan perjalanan kami Team Cinta Syria Malaysia ke kem-kem pelarian Syria di
Kami berangkat dulu ya. Jumpa lagi insya-Allah. Doakan perjalanan kami Team Cinta Syria Malaysia ke kem-kem pelarian Syria di Turki, Syria dan Lubnan diberkati, dimudahkan dan jika ada ujian, biarlah ujian yang kami semua boleh terima, hadap dan lalui dengan hemah. 10 orang kali ini, Noh, MizzNina, Altimet, Abdullah (anak Altimet), Aizat, Musa Nuwayri, Fira, Cikgu Ahmad, PokYa, Puteri, Dan saya sendiri. Terima kasih ya, jalan dulu! #KHM

Kawan-kawan penulis, Di Facebook, 90% apa yang dikongsikan menimbulkan persepsi. Oh baik orangnya. Mesti dia ini lawak. Bestnya dapat berkawan dengannya. Sedangkan penulis tersebut mungkin seorang introvert, mungkin juga kaki sembang, mungkin juga percakapannya tidak teratur. Mungkin. Untuk elak persepsi negatif, kekal tulis: 1. Perkara kebaikan. 2. Kongsi informasi, maklumat dan ilmu dengan tersusun. 3. Elak menulis perkara sensitif dan melibatkan perbalahan. 4. Ulas sesuatu perkara dengan hemah. 5. Bergurau dengan adab. 6. Kurang cerita perihal diri sendiri. 7. Kekalkan momentum tentang kesukaan, minat dan kerjaya diri. 8. Banyak-banyak bersabar apabila membaca sesuatu post yang mungkin melibatkan daya sensitif diri sendiri. 9. Luah geram dengan menulis sesuatu berdasarkan ilmu. 10. Kawal diri untuk menulis bukan berasaskan emosi. Sekian. Khairul Hakimin. Muhammad, Penulis Baru (yang kacak).

Ini isi kandungan ebook 93 muka surat tersebut
Ini isi kandungan ebook 93 muka surat tersebut

Assalamualaikum semua keluarga besar #KHM. Sekiranya kalian masih mahu dapatkan 77 Tips Pandai BerFacebook, kalian boleh dapatkan dengan harga RM62 (harga sebenar RM79) dengan guna kupon PREORDER77A. Guna semua huruf besar dan jaga ejaan. Kalau tak memang tak berjaya. Kalian boleh beli di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

#Unfollow: Supaya kita tidak lagi diberikan feed tentang status atau mana-mana posting tentangnya lagi. Namun orang itu masih dalam ruang berkawan #Unfriend: Tindakan memutuskan hubungan di media sosial namun jika salah satu pihak atau ke dua-dua belah pihak masih memuat naik status secara public, ianya masih boleh dibaca dan diberi reaksi. #Block: Tindakan menghalang satu-satu pihak supaya tidak lagi dapat membaca mana-mana posting dari pihak yang menghalangnya (block). Ke tiga-tiga tindakan ini tiada notifikasi. Ianya dibuat secara diam-diam. Facebook menggalakkan persahabatan, berkawan, keseronokan, pergaulan serta hubungan baik di dalam komuniti (circle) yang kita sendiri bina. Jika ada yang kita tidak suka, tak perlu luahkan dengan menulis ugut-ugutan untuk berbuat begitu begini. Jika mahu buat, buat sahaja. Inilah media sosial, dahulu menjadi kesukaan kepada banyaknya persamaan, dengan sedikit geseran, boleh jadi ianya saling membenci walau kehidupan kita tak pernah sama. Kita tak mahu berlapang dada dan masih mengakui ketidakselesaan itu beriya-iya. Sedangkan ini hanya media sosial. Komuniti positif datang dari pembacaan yang positif. Jika kebaikan yang ditulis, dibaca dengan kebencian, maka adalah lebih baik kita putuskan untuk bertindak salah satu dari 3 perkara di atas. Tak perlu buang masa. Ramadan bulan kebaikan. Fokus untuk beri lebih banyak kepada mereka yang suka. Yang tidak, abaikan sahaja, jalan terus dan enjoy. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terima kasih semua yang masih follow!

Soalan: Ada masa saya tengok tuan selfie. Siap ada caption macam yakin sangat. Haha. Kenapa ya tuan? Apa fungsinya? Ke memang saja-saja ja? Jawapan: Dalam positioning media sosial, memang ada 3 pecahan. 1. Crowd - Posting yang kita nak orang klik share. Posting ini beri double engagement kerana kebiasaannya ada share (1 engagement) dan like, komen (1 lagi engagement) sebab itu disebut double. 2. Monetize - Posting yang kita up namun menjana kewangan. Buat sales dan sebagainya. Ia memang disebut sebagai monetize kerana posting itu agak rendah engagementnya, kurang reaction namun memberi kita duit / sales. 3. Side - Sampingan. Iaitu posting yang memberi single engagement (like dan komen sahaja). Posting ini adalah posting yang sekadar orang like atau react atau sekadar komen, tidak ada share. Namun ia beri banyak engagement dan sangat bagus untuk pemain media sosial. Ia datang dari posting selfie, jenaka, satira, pick up line, lawak, punchline dan sebagainya. *** tentang selfie, saya membaca buku Good Selfie dari Turia Pitt seorang wanita (jurutera juga seorang atlet cantik) yang kehilangan wajahnya sendiri kerana kebakaran dan kini mengalami kecacatan kekal. Di dalam buku tersebut banyak perkara saya belajar tentang menghargai diri dan melihat banyaknya kebaikan orang lain hari ini adalah sebuah proses untuk kita belajar. Selfie terutamanya, membawa kepada naiknya keyakinan diri, melawan ketakutan dan media sosial hari ini mendatangkan komen bagus yang membangunkan kuasa dalaman diri sendiri. Bagus sekiranya kita memuat naik 1-2 keping gambar selfie seminggu. Sekadar memberitahu kita sihat, melawak jenaka dengan apa yang kita ada. Reaction kita dapat (engagement), keyakinan juga kita ada. Hei, tak semua yang berani selfie, dan orang-orang ini kerap memberi alasan “orang suka selfie adalah orang sakit otak.” Jujurnya, orang yang bahagia adalah yang bahagia melihat orang lain bahagia. Kita yang putuskan sama ada mahu jaga hati sendiri atau sakit hati melihat orang. Orang yang berlapang dada, hidupnya tenang. Orang yang banyak tidak berpuas hati, perjalanannya penuh malang. Sama ada dia sedar atau tidak, dia sedang lalui hal itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lantakkan orang nak kata apa. Tulis #content (dapat share), #selfie (dapat #engagement) dan buat duit, boleh bantu ramai orang! Alhamdulillah.

Soalan: Mengapa tuan kata #StoryTelling lebih bagus dari menulis #Content biasa? Jawapan: Kerana kita semua suka dengar cerita. Agama kita datang kepada kita dalam bentuk bercerita, kisah Nabi (selawat) juga dalam bentuk bercerita, kisah ibu bapa, keluarga, kasih sayang, kejayaan, keseronokan, kebahagiaan, kekecewaan, semuanya dalam bentuk cerita. Cerita biasanya impaknya lebih baik, lebih bagus, lebih seronok berbanding penulisan rencana dan content biasa yang ditulis dalam bentuk poin atau nombor. Itu normal. Bagaimana nak tulis cerita di media sosial? Tengok kembali bagaimana kita bertutur, bercakap dan berbuat. Itu adalah teknik paling bagus. Media sosial medan interaksi, tulis dengan bahasa mudah namun dieja dengan betul. Itu sahaja! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya suka story telling!

Antara alat yang kita boleh guna untuk menulis di media sosial ini ialah: 1. Notes. 2. Microsoft Word. 3. Word Pad. 4. Group Whatsapp (namun hanya ada diri sendiri sahaja) Saya antara yang guna nombor 2 dan nombor 4. Saya suka tulis awal, kemudian saya edit dan baiki. Baru saya susun untuk dimasukkan ke Facebook saya. Adalah amat jarang untuk saya tulis dan up terus di wall ini. Dapat menulis di ruangan lain, kemudian emel kepada diri sendiri, lalu kita copy paste dari emel tersebut dan masukkan ke wall kita akan beri kita masa yang rasional. Kadang-kadang terlalu teruja nak up status akan banyak elemen tertinggal. Lalu kita kecewa hasil yang tak seberapa. Rancang, susun dan sabar dalam menyiapkan #content termasuk buat iklan. Ia akan beri impak berbeza. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada lagi 200 status belum up.

Fungsi “copy” di Facebook adalah untuk di “paste” kan di luar Facebook. Jika ia digunakan walau meletakkan kredit, kita report kepada Facebook, orang yang copy-paste tetap dikenakan hukuman: 1. Delete posting. 2. Atau delete akaun / suspend akaun (biasanya apabila kena report banyak kali). Ingat ini, Facebook tidak membenarkan mana-mana status dicuri (copy paste) atau yang diambil kemudian diubah sedikit (biasanya disebut plagiat). Nak copy, boleh, cuma pastekan di luar Facebook seperti blog, Instagram, Whatsapp, dan lain-lain. Untuk page, sekiranya pemilik post adalah admin, tak jadi masalah. Ok ja. Terima kasih. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

Untuk kelas #content saya, ini sahaja yang ada tahun ini. 1. #Bootcamp 2 hari 1 malam ada di lokasi berikut: Cherating 21-22hb September. Kota Kinabalu 26-27hb Oktober. Kuching 23-24hb November. Johor Bahru 21-22hb Disember. Harga ialah RM1,499/pax termasuk penginapan 2 orang sebilik, makan minum, buku dan modul. Lihat modul dan Daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmb2019 2. #MasterClass Content. Hanya dibuat di Bandar Baru Bangi sahaja. Masih ada 8 sesi lagi tahun ini, hanya RM359/pax. Boleh lihat semua modul dan jadualnya di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 Sekiranya ada soalan, boleh hubungi 0139874824. Terima kasih ya. Khairul Hakimin Muhammad, 12 sesi sahaja lagi, alhamdulillah.

Soalan: Mengapa saya tengok tuan, Cikgu Fadli, Dr. Kamarul up jam berapa pun masih ada orang yang tekan like, komen dan share? Saya buat tak jadi pun. Jawapan: Orang-orang ini sudah ada follower. Engagement mereka juga tinggi. Posting mereka berkualiti, #contentnya sentiasa menarik minat orang lain. Asasnya, apabila ada sebilangan jumlah follower, ia memudahkan untuk kita membuat posting untuk mendapatkan reaction pada bila-bila masa. Yang belum ada follower, bangunkan pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Waktu itu adalah “waktu rasmi” orang di Malaysia bermain dengan media sosial. Tenang-tenang sahaja. Kami semua juga bermula dengan 0. Kami tulis tanpa henti, naik sikit-sikit ke 100, 1,000 hari ini semua orang sudah 200,000 pengikut. Syukur. Tak bermula tak tahu, dan proses itu bukan sehari kawan-kawan. Ia bertahun untuk sampai ke tahap ini. Tenang ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat, konsisten, sabar.

Memuat naik posting iklan kena banyak bertenang. Jika tidak, hasilnya tidak seberapa. Iklan ada dua jenis. 1. Tidak menjual, namun menerangkan produk. Kita masukkan dalam cerita, susun #content supay orang faham apa produk atau perkhidmatan tersebut lalu orang pun mahu mendapatkannya. Ia dinamakan sebagai soft sell. 2. Menjual, memerintah atau menyuruh orang membeli. Biasanya ia ditulis secara terus tentang apa produknya, bagaimana nak guna, dan terus sahaja dengan nombor telefon semua. Ayat yang biasa digunakan pun lebih kepada hype dan beriya-iya. Ia dinamakan sebagai hard sell. Kita kena susun di mana perlu guna soft sell di mana pula perlu letakkan hard sell. Soft sell perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Hard sell, 5 kali seminggu. Seminggu 7 hari. Susun sahaja buat iklan pada setiap hari jam 12.30 tengah hari (contohnya). Isnin - hard sell. Selasa - soft sell. Rabu - hard sell. Khamis - hard sell. Jumaat- soft sell. Sabtu - hard sell. Ahad - hard sell. Jualan yang biasa masuk ialah melalui hard sell. Namun kalian kena ingat, posting iklan menjadi apabila ada posting kehidupan lain. Tak boleh hanya posting iklan yang ada di wall kita. Selang selikan baik-baik ya. Perlu ada umpan untuk orang hadir ke wall kita (posting kehidupan) dan untuk tebar jala, gunalah posting iklan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang-tenang buat duit.

Sekiranya kalian nak dapatkan Tips-Tips seperti ini, kalian boleh terus beli 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK, masih lagi dengan ha
Sekiranya kalian nak dapatkan Tips-Tips seperti ini, kalian boleh terus beli 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK, masih lagi dengan harga Promosi RM62 sahaja. Ebook 93 muka surat ini akan menjawab banyaknya soalan kalian tentang bagaimana nak menulis di Facebook. Masukkan KUPON PREORDER77A Beli di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

Tulis #content yang banyak titik persamaan dengan orang lain untuk dapatkan “crowd”. Contohnya: Hal Kehidupan: - Makanan. - Berkebun. - Bersukan. - Dekorasi. - Hal Anak-Anak. - Hal Pakaian / Fesyen. - Dunia Travel / Pengembaraan / Perjalanan. - Agama / Renungan / Panduan. - Drama / Filem. - Minat / Hobi. - Shopping. - Pesanan ibu bapa / petua. - Diet - Kesihatan / Ubat-Ubatan. - Rancangan TV. - Buku / Penulis. - Tokoh / Idola / Ikon. - Isu - Kenderaan / Permotoran. - dan sebagainya. Sekiranya kita menulis perkara yang jarang orang tahu, atau hanya kita sahaja yang tahu boleh jadi posting itu menyebabkan tak ramai yang akan beri respon. Lebih dari itu akan menyebabkan persepsi terhadap kita akan menjunam jatuh. Tenang-tenang sahaja. Suka travel, tulis itinerari, tempat menarik, makan apa, tidur di mana, rumah yang macam mana, lokasi apa, aktiviti apa, packing macam mana, tiket murah ke tidak, orangnya bagaimana, budaya apa, dan sebagainya, kan banyak contentnya? Hehe. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Asal memasak, ambil gambar, up resipi! Cewah.

Soalan: Bagaimana saya tengok tuan rileks sahaja buat berbagai posting sehari? Jawapan: Setiap posting, berakhir. Tak payah buat sambungan. Jadi, setiap 1 posting itu selesai terus. Orang baca, ambil panduan. Jadi selepas 2-3 jam dah boleh buat posting baru, tak jadi hal pun. Ini media sosial, bukannya kerja rutin macam di kilang, di pejabat, di tempat kalian berniaga yang kalian kena buat benda sama setiap hari. Jika di Page - ia kedai, jadi postingnya dalam bentuk #Content yang mesti iklan, testimoni, produk, penerangan, kegunaan, kelebihan, promosi dan sebagainya. Jika di akaun personal - ia adalah akaun manusia, postingnya berkisar hal kehidupannya dalam bentuk #content yang beri manfaat kepada orang lain. Bisnes kain, namun suka memasak, tak jadi hal pun nak up resipi, bisnes makan namun suka memancing, up sahaja, selagi ia beri impak positif, apa ada hal. Tak perlu strict sangat sampai ke tahap buat bisnes takaful, pagi petang siang malam nak buat posting insuran, hei hidup seperti biasa okey, orang puasa kita puasa, orang makan kita makan, orang bersukan kita bersukan, bangunkan content bermanfaat, orang suka. Senang! Tak perlu pening kepala nak biar orang fikir apa yang kita nak up, up sahaja, ada share, adalah follower. Follower dah ramai, kita tebar jala! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka tulis tentang hal Memasak, Menulis Content, Mengembara, Kemanusiaan dan Kisah Menarik!

Khairul Hakimin Muhammad - Статистика та аналітика Telegram каналу @contentkhm