ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 35 013 подписчиков, занимая 277 место в категории Маркетинг и PR и 912 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 35 013 подписчиков.

Согласно последним данным от 13 октября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -360, а за последние 24 часа — 0, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.49%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 3.24% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 622 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 1 134 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 14 октября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

35 013
Подписчики
Нет данных24 часа
-1247 дней
-36030 дней
Архив постов
Saya akan buka kelas content secara online (dalam Group FB) buat secara live selama 1 jam. Ada yang berminat? RM68/pax sahaja.
Anonymous voting

Ada 3 posisi posting yang kita kena sentiasa guna di media sosial kita ini. Ia adalah susunan #content yang dibangunkan secara tersusun. Posisi 1 - Untuk dapatkan #crowd - ia adalah posting menarik perhatian ramainya orang yang akan klik butang share. Share = naik follower. Posisi 2 - Untuk teruskan game #engagement - ia adalah untuk sentiasa pastikan orang memberi reaksi kepada posting kita. Yang ini hanya untuk dapatkan like dan komen sahaja. Reaksi = engagement. Posisi 3 - Untuk buat #duit. - Ia adalah posting iklan sama ada #hardsell atau #softsell. Dua-duanya betul. Cuma yang perlu disusun ialah waktu posting. Sales = RM

Ok tak kalau saya forward Resipi dan Tips Travel saya dalam Channel ini?
Anonymous voting

5 Perkara teknikal yang wajib dibuat jika menulis #content di media sosial. 1. Buat perenggan pada setiap 4 atau 5 baris ayat. 2. Perenggan itu mesti terputus dengan perenggan seterusnya. 3. Seperti ini. Ia terputus dengan nombor 2. 4. Gunakan ejaan yang betul. Walau dalam DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun fungsi “see translation” di Facebook masih tidak dapat kesan perkataan apa yang ditulis melalui singkatan. 5. Jika tulisan kita boleh dibaca dengan baik melalui banyaknya bahasa (menggunakan see translation) maka akan lebih ramai audien mendapat manfaat. Tak kisah anda nak tulis apa untuk dapatkan crowd. Resipi, hal memancing, bersukan, jaga badan, tips pakai tudung dan sebagainya, yang penting beberapa hal teknikal ini anda jaga baik-baik. Ia memudahkan audien membaca dan audien akan rasa suka, rasa selesa dengan posting kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka tulis panjang-panjang namun masih orang baca.

Bagaimana #komen di sesebuah #posting boleh menjadikan kita ini “mangsa” kepada butang unfriend dan block? 1. Tidak membaca posting / #content tersebur hingga habis. 2. Memberi komen yang menyakitkan hati penulis. 3. Menyatakan ketidaksetujuan dengan bahasa kasar, kesat, dan memaki hamun. 4. Menggunakan akaun tipu (fake akaun). 5. Mempermainkan dan menjenakakan isu tersebut. Untuk jadi pengguna bijak di medan media sosial, komen juga perlu sentiasa pandai dan berhemah. Mendahulukan emosi sendiri berbanding ambil masa untuk fikir sebelum menulis / memberi komen biasanya menghancurkan diri. Ini medan media sosial, silap sikit, kawan boleh jadi musuh, saudara boleh jadi musuh, malah keluarga sendiri juga boleh berantakan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tips Content pertama selepas raya. Cewah.

Selamat hari raya semuaaa

Malam tadi dalam 10.00 lebih singgah sekejap minum kopi di sebuah stesen minyak. Dah beli, saja berdiri depan kereta. Saya duk tengok ada seorang abang naik motor dengan pakai mesin potong rumput. Dia parking motor dia betul-betul depan saya. Kemudian dalam 2-3 minit, ada sebuah Myvi lama pun parking juga. Keluar seorang perempuan dengan 2 orang anak perempuan. Beriya si anak-anak ini peluk mamat yang naik motor tadi. Terkejut juga dibuatnya. “Ayah, ayah jom masuk kedai ayah!” Ayahnya duk geleng kemudian berbisik ke anak-anak dia. Anaknya memandang ja saya. Saya pun senyum sahajalah semula. Isterinya ke tandas bawa anak-anak sekali, saya pun tanyalah si ayah, mereka nak ke mana. Jawabnya nak ke Gombak. Balik beraya. Saya tanya lagi kenapa asing-asing, ada naik motor, ada naik kereta. Jawabnya, “Saja ja bawa mesin ni bang. Ada sehari lagi esok. Mana tahu ada orang nak bersihkan rumah, dapat juga 100-200. Ini nak balik bukan senang, kena bawa duit, raya ni bang.” Saya angguk sahaja. Mereka ber-4 dari Kemaman mahu pulang beraya. Semua nampak ceria sahaja walau si ayahnya ini siap bawa mesin potong rumput. Saya tak tanyalah dia kerja apa atau itu hanya kerja part-time beliau. Yang saya duk jadi terfikir itu ialah baiknya si ayah ini masih nak cari rezeki walau duk balik kampung. Tak tunggu, tak menanti ada yang turun dari langit, namun berusaha sampai ke akhir. Kita tak tahu susah orang. Namun apabila lihat mereka ini berusaha, kita jadi faham. Entah-entah mesin itu pun pinjam. Mana kita tahu kan? Saya siap semak semalam berapa jarak antara 2 kawasan tersebut, dalam 300km juga. Kalau naik kereta dalam 3-4 jam juga. Ini mereka tak tahulah duk konvoi motor-kereta, rasanya lebih lagi. Itulah kesusahan orang, saya naik kereta dan teruskan perjalanan seperti biasa. Sampai di rumah bersyukur yang kita semua ini dah cuti untuk raya. Namun masih ada yang berusaha sangat mencari rezeki semata nak balik beraya ke rumah emak ayah masing-masing. Mana yang cukup tahun ini bab belanja, bab itu bab ini, bersyukur. Dan bantulah mana-mana yang lompong terutama adik beradik. Yang tidak, kita sama-sama belajar dari abang mesin rumput ini. Tak pernah putus harap dalam berusaha. Kita semua tahu yang Allah itu maha pemurah, dan untuk kita dapat kemurahan itu, kita sendiri perlu pemurah juga. Bab tenaga, bab berusaha, semua kena ada pemurahnya. Bangun, bangkit, cari. Semua itu Tuhan suka. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salam sahur terakhir semua!

Akan datang, tak lama lagi, 8 orang penulis berkongsi tips penulisan masing-masing dalam Formula Mudahnya Menjadi Penulis Ter
Akan datang, tak lama lagi, 8 orang penulis berkongsi tips penulisan masing-masing dalam Formula Mudahnya Menjadi Penulis Terhebat di Facebook. Siapa nak, lompat bintang dan komen nak. Cewah.

10 Fakta Menarik Media Sosial http://bit.ly/2WyJVqv

Dulu Saudagar Kain http://bit.ly/2YUyHtM

8 Perkara Menulis Dengan Baik http://bit.ly/2MgEusj

Ramainya yang nak hadir kelas menulis #content namun tak sempat atau tak cukup modal. Namun jujurnya kalian boleh dapatkan ebook yang murah sangat sempena jualan raya ini. Hanya #RM120 dapat 5 ebook terus. Semuanya memudahkan untuk kalian menulis di media sosial dengan baik. Harga asal ialah #RM431. Diskaun RM311 untuk 300 orang sahaja! Dapatkan di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya

Hai semua kawan-kawan, Mulai semalam hingga 28hb Mei, 5 Ebook #Content tulisan saya dijual dengan harga RM120 sahaja. khas bu
Hai semua kawan-kawan, Mulai semalam hingga 28hb Mei, 5 Ebook #Content tulisan saya dijual dengan harga RM120 sahaja. khas buat 300 pembeli sahajaaaa! Harga asal ialah RM431. Kalian boleh klik di link ini untuk baca apa isi kandungan ebook tersebut ya. https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya https://bykhm.onpay.my/order/form/promosiraya

Kami berangkat dulu ya. Jumpa lagi insya-Allah. Doakan perjalanan kami Team Cinta Syria Malaysia ke kem-kem pelarian Syria di
Kami berangkat dulu ya. Jumpa lagi insya-Allah. Doakan perjalanan kami Team Cinta Syria Malaysia ke kem-kem pelarian Syria di Turki, Syria dan Lubnan diberkati, dimudahkan dan jika ada ujian, biarlah ujian yang kami semua boleh terima, hadap dan lalui dengan hemah. 10 orang kali ini, Noh, MizzNina, Altimet, Abdullah (anak Altimet), Aizat, Musa Nuwayri, Fira, Cikgu Ahmad, PokYa, Puteri, Dan saya sendiri. Terima kasih ya, jalan dulu! #KHM

Kawan-kawan penulis, Di Facebook, 90% apa yang dikongsikan menimbulkan persepsi. Oh baik orangnya. Mesti dia ini lawak. Bestnya dapat berkawan dengannya. Sedangkan penulis tersebut mungkin seorang introvert, mungkin juga kaki sembang, mungkin juga percakapannya tidak teratur. Mungkin. Untuk elak persepsi negatif, kekal tulis: 1. Perkara kebaikan. 2. Kongsi informasi, maklumat dan ilmu dengan tersusun. 3. Elak menulis perkara sensitif dan melibatkan perbalahan. 4. Ulas sesuatu perkara dengan hemah. 5. Bergurau dengan adab. 6. Kurang cerita perihal diri sendiri. 7. Kekalkan momentum tentang kesukaan, minat dan kerjaya diri. 8. Banyak-banyak bersabar apabila membaca sesuatu post yang mungkin melibatkan daya sensitif diri sendiri. 9. Luah geram dengan menulis sesuatu berdasarkan ilmu. 10. Kawal diri untuk menulis bukan berasaskan emosi. Sekian. Khairul Hakimin. Muhammad, Penulis Baru (yang kacak).

Ini isi kandungan ebook 93 muka surat tersebut
Ini isi kandungan ebook 93 muka surat tersebut

Assalamualaikum semua keluarga besar #KHM. Sekiranya kalian masih mahu dapatkan 77 Tips Pandai BerFacebook, kalian boleh dapatkan dengan harga RM62 (harga sebenar RM79) dengan guna kupon PREORDER77A. Guna semua huruf besar dan jaga ejaan. Kalau tak memang tak berjaya. Kalian boleh beli di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

#Unfollow: Supaya kita tidak lagi diberikan feed tentang status atau mana-mana posting tentangnya lagi. Namun orang itu masih dalam ruang berkawan #Unfriend: Tindakan memutuskan hubungan di media sosial namun jika salah satu pihak atau ke dua-dua belah pihak masih memuat naik status secara public, ianya masih boleh dibaca dan diberi reaksi. #Block: Tindakan menghalang satu-satu pihak supaya tidak lagi dapat membaca mana-mana posting dari pihak yang menghalangnya (block). Ke tiga-tiga tindakan ini tiada notifikasi. Ianya dibuat secara diam-diam. Facebook menggalakkan persahabatan, berkawan, keseronokan, pergaulan serta hubungan baik di dalam komuniti (circle) yang kita sendiri bina. Jika ada yang kita tidak suka, tak perlu luahkan dengan menulis ugut-ugutan untuk berbuat begitu begini. Jika mahu buat, buat sahaja. Inilah media sosial, dahulu menjadi kesukaan kepada banyaknya persamaan, dengan sedikit geseran, boleh jadi ianya saling membenci walau kehidupan kita tak pernah sama. Kita tak mahu berlapang dada dan masih mengakui ketidakselesaan itu beriya-iya. Sedangkan ini hanya media sosial. Komuniti positif datang dari pembacaan yang positif. Jika kebaikan yang ditulis, dibaca dengan kebencian, maka adalah lebih baik kita putuskan untuk bertindak salah satu dari 3 perkara di atas. Tak perlu buang masa. Ramadan bulan kebaikan. Fokus untuk beri lebih banyak kepada mereka yang suka. Yang tidak, abaikan sahaja, jalan terus dan enjoy. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terima kasih semua yang masih follow!

Soalan: Ada masa saya tengok tuan selfie. Siap ada caption macam yakin sangat. Haha. Kenapa ya tuan? Apa fungsinya? Ke memang saja-saja ja? Jawapan: Dalam positioning media sosial, memang ada 3 pecahan. 1. Crowd - Posting yang kita nak orang klik share. Posting ini beri double engagement kerana kebiasaannya ada share (1 engagement) dan like, komen (1 lagi engagement) sebab itu disebut double. 2. Monetize - Posting yang kita up namun menjana kewangan. Buat sales dan sebagainya. Ia memang disebut sebagai monetize kerana posting itu agak rendah engagementnya, kurang reaction namun memberi kita duit / sales. 3. Side - Sampingan. Iaitu posting yang memberi single engagement (like dan komen sahaja). Posting ini adalah posting yang sekadar orang like atau react atau sekadar komen, tidak ada share. Namun ia beri banyak engagement dan sangat bagus untuk pemain media sosial. Ia datang dari posting selfie, jenaka, satira, pick up line, lawak, punchline dan sebagainya. *** tentang selfie, saya membaca buku Good Selfie dari Turia Pitt seorang wanita (jurutera juga seorang atlet cantik) yang kehilangan wajahnya sendiri kerana kebakaran dan kini mengalami kecacatan kekal. Di dalam buku tersebut banyak perkara saya belajar tentang menghargai diri dan melihat banyaknya kebaikan orang lain hari ini adalah sebuah proses untuk kita belajar. Selfie terutamanya, membawa kepada naiknya keyakinan diri, melawan ketakutan dan media sosial hari ini mendatangkan komen bagus yang membangunkan kuasa dalaman diri sendiri. Bagus sekiranya kita memuat naik 1-2 keping gambar selfie seminggu. Sekadar memberitahu kita sihat, melawak jenaka dengan apa yang kita ada. Reaction kita dapat (engagement), keyakinan juga kita ada. Hei, tak semua yang berani selfie, dan orang-orang ini kerap memberi alasan “orang suka selfie adalah orang sakit otak.” Jujurnya, orang yang bahagia adalah yang bahagia melihat orang lain bahagia. Kita yang putuskan sama ada mahu jaga hati sendiri atau sakit hati melihat orang. Orang yang berlapang dada, hidupnya tenang. Orang yang banyak tidak berpuas hati, perjalanannya penuh malang. Sama ada dia sedar atau tidak, dia sedang lalui hal itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lantakkan orang nak kata apa. Tulis #content (dapat share), #selfie (dapat #engagement) dan buat duit, boleh bantu ramai orang! Alhamdulillah.