uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 222 підписників, посідаючи 281 місце в категорії Маркетинг і PR та 906 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 222 підписників.

За останніми даними від 27 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -380, а за останні 24 години на -14, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.34%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 574 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 28 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 222
Підписники
-1424 години
-787 днів
-38030 день
Архів дописів
Di dalam membina content, saya sering sekali merujuk buku serta bahan bacaan di media social. Ianya membantu banyak hal dalam penulisan saya. Yang utamanya ialah ia sampai kepada pembaca. Ini yang saya buat: 1. Saya beli buku yang ada kaitan dengan positioning yang saya buat di media social. Di sini saya putuskan untuk kongsikan tentang pembangunan content Facebook, dunia memasak dan hal-hal travel. 40% buku-buku saya ada kaitan dengan 3 hal ini. 2. Saya juga sering membuka beberapa laman web resipi, content management serta banyak tentang travel, story telling dan copy-writing. Setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1 jam membaca di sana. 3. Saya akan paksa diri membaca sirah, terjemahan Al-Quran serta banyaknya kisah-kisah nabi dan Rasul untuk jadikan ia sebagai medan sempadan kepada diri saya sendiri semasa menulis. Biasanya dapat 1 helai sehari pun dah cantik. Yang penting konsisten. 4. Novel adalah sebahagian dari dunia menulis cerita. Membaca novel yang bagus akan mencantikkan penulisan kalian. Pilih novel yang betul supaya stail kalian terbentuk dengan baik. 5. Praktis menulis di media social dengan yakin. Kurangkan membebel dan banyakkan menulis di Microsoft word terlebih dahulu supaya apa yang kita tulis mesti dalam perasaan sudah rasional, terhindar dari marah, gelisah dan resah. Begitulah. Semoga ia juga membantu kalian yang semakin ramai suka menulis. Alhamdulillah. Tahniah! Selamat mencuba ya, Andrea Hirata kata: “Berpikirlah tiga langkah ke depan, sebelum langkah pertamamu kamu ambil.” Khairul Hakimin Muhammad Baru nak jadi penulis, semoga bermanfaat.

Soalan: Tuan, saya sering tengok ada ahli keluarga yang tulis status-status tergantung. Ceritanya itu tiada nama, namun menjurus kepada seseorang yang kami kenal. Dan di situ ada sangat banyak komen yang bukan-bukan. Bagaimana saya nak tegur dia tuan? Jawapan: Kita pendiri #content. Perkara begitu kita tak perlu layan dan jangan masuk dalam kepala. Orang begini, biasanya dia sering kata orang mengumpat dia, berkata tentang dia, namun dia tak perasan yang status dia itu menjadikan orang bercakap-cakap. Yang berdosa besar ialah dia. Dan dia akan kata orang yang bercakap tentang hal tersebut adalah yang paling berdosa. Dia yang up, dia yang mulakan. Dia kata dia berasa hati sekian-sekian, kemudian dia luah di media sosial, ini semua golongan mengadu domba. Hati-hatilah dengan ayat-ayat jahatnya. Nak tegur, Pm sahaja. Kalau tak, unfriend atau block terus supaya dah tak baca lagi. Abaikan sahaja mereka ini. *** Ini isu besar di media sosial. Kita suka luahkan perasaan di sini. Orang bisnes, orang yang nak menjual, elakkan terus dari meluah perasaan di mana-mana wall media sosial yang kalian ada. Ia menjatuhkan kredibiliti, Ia mengurangkan rasa percaya, Ia buat orang jelak, muak dan menyampah. Ini semua akan menyebabkan sales jatuh, follower kurang. Ada masalah, hadapi. Bukannya pergi tulis di wall. Kita orang hebat, takkanlah benda kecil dalam keluarga pun mahu ditulis sampai hilang rasa sayang, buang rasa hormat. Ruginya lebih banyak dari untung. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus guys! Nak tips content lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Gunakan prinsip 3:4:5 semasa menulis #content. 3 = ada 3 niche penting untuk menyebarkan content, ia adalah crowd, side dan money. 4 = 4 asas content ialah fakta, bahasa, emosi dan memberi impak positif. 5 = 5 matlamat menulis content ialah to educate, to inform, to inspire, to entertain dan to convert to money. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Soalan: tuan, saya jual tudung, dan #content saya tak banyak. Hari-hari masuk kerja, uruskan hal tudung, kakitangan, kurier, balik. Dah sampai rumah dah sibuk uruskan rumah tangga. Bantu saya tuan. Jawapan: Realiti kehidupan yang boleh dijadikan content: 1. Bangun tidur, uruskan anak - posting tips uruskan anak. 2. Siapkan sarapan anak dah suami - posting resipi atau tips siapkan sarapan, buat bekal (bento) dan sebagainya. 3. Hantar anak ke sekolah, bersembang dengan anak, posting side. 4. Masuk kerja, nampak ada 20 warna kain, 100 design, selfie dulu sebab menarik - posting side. 5. Tunjuk bagaimana cara gosok tudung, tutorial cara pakai tudung (ada 18,321 cara haha) buat semua dan susun posting tersebut pada setiap hari. 6. Lunch pergi makan di luar. Posting review kedai makan. 7. Kecoh nak kurier, ambil gambar dulu kasi hype. 8. Balik rumah siapkan dinner, resipi. Settle dapat 8 jenis posting! Apa benda tak ada idea? Ee geramnya saya. Di media sosial orang nak tengok kehidupan kita. Jadi kita susun sahaja. Itu yang akan beri orang percaya dan yakin kita ini orang yang ada integriti. Tak perlu cerita hal peribadi, tukar semuanya dalam bentuk content. Ia akan menjadi dengan baik. Follower dapat, duit pun dapat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks-relaks susun. Nak tips lagi mari ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Facebook = Teks. Berbeza dengan media sosial yang lain, Facebook membawakan “perkataan” untuk kita memahami apa yang nak disampaikan melalui posting yang kita muat naik sama ada ianya #content atau tidak, #storytelling atau tidak. Oleh itu pembangunan teks yang mereka buat sampai ke tahap - menterjemah setiap perkataan kepada lebih 240 bahasa. - meneliti posting sama ada ianya betul membawa kepada komuniti positif atau tidak. - sebaiknya memberi impak positif kepada pembaca. - menggunakan sistem / software tertentu untuk mengesan ejaan yang betul atau tidak. - mengesan perkataan yang membawa emosi untuk menaikkan reach. - mengesan kegiatan plagiat, copy-paste dengan berkesan apabila dilaporkan kegiatan itu. Dan banyak lagi. Alangkah ruginya jika kita memuat naik posting tanpa menggunakan ejaan yang betul tanpa sedikit pun singkatan. Ianya beri impak yang sangat baik untuk posting, profile serta semua kegiatan kita di media sosial hari ini. Kita mula hari ini ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu-dulu pun mengeja kelaut juga. Nak tips lagi, kesini ya https://t.me/ContentKHM

Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan: Engagement tinggi. Follower ramai. Duit berkepuk. Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya. Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli. Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi. Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja. Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari) 7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower) 9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit) 11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula) 1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit) 3.00 petang - crowd (dapat follower) 5.00 petang - side (naikkan engagement) 8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit) 10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower). Susun sahaja kawan-kawan. Buat bank content, susun status. Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah! Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Ini yang saya buat di akaun media sosial saya untuk dapatkan 100,000 follower setahun. 1. Elak dari ter-add orang yang bukan kawan sebenar. Memasukkan orang yang kita tak kenal akan menyebabkan fokus kita lari apabila baca apa yang dia tulis. Tak kenal, tak tahu dan tak akan faham apa yang dia maksudkan. Tak perlu penuhkan friends, hanya setkan butang follow sahaja. 2. Susun #content dan fokus. Dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam, susun posting crowd, side dan RM. ke tiga-tiga posting ini beri hasil berbeza. 3. Crowd beri follower, Side beri engagement, RM beri duit. 4. Belajar dari kesilapan. Viral sekali tak naik follower dengah banyak. Kena banyak kali. Dan tak boleh penat atau bosan kalau nak hasil. 5. Ambil kelas menulis dalam dan luar negara. Asah kemahiran dengan pergi belajar. Di situ akan jumpa ramai orang dan dapat lagi banyak idea. 6. Berkawan dengan buku. Baca lebih 4 buku sebulan. Nak menulis, kena membaca. Hanya dengan membaca buku akan jumpa perkataan. Dah itu satu-satunya cara nak luahkannya semula dalam penulisan. 7. Banyak ambil sisi positif dalam melihat dan mendengar. Elakkan negativity, itu semua akan menjauhkan diri dari nak menulis perkara baik. Fokus, sabar, konsisten. Akan dapat hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menuju ke 300,000 pula. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Bagaimana melihat satu-satu perkara itu boleh dijadikan sebagai #content? (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/car
Bagaimana melihat satu-satu perkara itu boleh dijadikan sebagai #content? (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cara-melihat-perkara-sebagai-content/ )

Carta Menulis #Content di Media Sosial untuk pendiri bisnes: Pilih Niche (yang punya titik persamaan besar dengan audien) ⬇️⬇️⬇️ Asingkan Niche ikut keutamaan, wajib ada 3, untuk Crowd, Untuk Side dan untuk RM. 3 jenis ini berbeza postingnya. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting crowd sehari sekali. Target naik follower: 10-50 orang sehari. 50 orang sehari, setahun boleh dapat 18,000 orang. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting RM sehari sekali. Target sales: RM200-500 sehari. RM500 sehari, setahun boleh dapat RM182,500. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting side 1-2 kali sehari. Target engagement naik 100-200% sehari. ⬇️⬇️⬇️ Ulang semula sampai kaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis content bermanfaat. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Sepanjang berbuat bisnes menyediakan content, copy-writing serta servis-servis penulisan media sosial, saya fikir tahun ini merupakan tahun paling mencabar sekali. Dari berita beberapa orang bisnesman yang tak puas hati begitu begini kepada hal orang lain yang curi modul, ambil hak orang dan sebagainya, penat benar nak layan. Namun saya suka sekali jika bersembang tentang hal klien-klien yang kami ada. Baru-baru ini kecoh juga ada yang marah kepada salah seorang guru yang mana dikatakan cikgu tersebut tidak memberi “hasil” sebagaimana yang diminta oleh klien. Apabila tengok kembali kepada perjanjian. Rupanya tak dinyatakan pun tentang hasil dan sebagainya. Ianya berkisar tentang gerak kerja sahaja. Cikgu, hanya beri ilmu, beri konsultansi, beri idea, beri cadangan nak begitu nak begini. Yang buat kerja adalah klien. Kami sendiri juga berhadapan dengan kes yang lebih kurang sama. Kita beri pakej ada 1 kali Bootcamp - kos dalam RM15k 6 kali Kelas - kos sekitar RM3.5k/kelas - 21k 4 kali personal coaching - kos sekitar RM1.8k 30 Copy writing sebulan - kos sekitar RM150/pcs - RM4.5k/ bulan (RM54k setahun) Total sekitar RM91,800 kos sahaja tuan-tuan. Namun mereka ini marah kembali kepada kami kerana kami tak beri hasil. Apabila kami semak, 1. Kelas tak hadir, hantar wakil, hantar budak akaun (atau yang tak ada kena mengena) 2. Personal coaching juga tak hadir. Sering beri alasan sibuk dan banyak kerja. 3. Bahan dan material untuk copy-writing, untuk content tak diberi. Menjadikan kami semua tak tahu nak bantu bagaimana. 4. Apa sahaja ilmu yang kami dah sampaikan. Siap bantu buat mapping, buat blueprint, akhirnya ia jadi gajah putih. Tak buat dan masih beri alasan berbagai-bagai. Apabila kami follow up masing-masing penuh alasan, siap kata begitu begini. Sampai ke tahap kami siap beri 1 orang kakitangan untuk bantu buat juga copy writing dan sebagainya. Pun tak jalan kerana di pihak syarikat tetap tak sediakan bahan dan material yang kami perlukan. Lalu dah dekat nak setahun, akhirnya saling bergaduh dan saling salah menyalah antara 1 sama lain. Inilah dunia hari ini. Semasa bermula nak buat sesuatu, adalah baiknya kita semua rancang mana yang perlu buat itu siapa yang perlu buat ini. Jika tidak, akan jadilah Customer A - The Thinker, yang tahu marah, tahu salah menyalah antara satu sama lain. Berbeza dengan Customer B - The Doer, yang mana hasilnya hebat, meriah dan terbaik kerana rajinnya ikut kata cikgu. Suruh buat, buat. Suruh siapkan, siapkan. Inilah dunia bisnes hari ini. Kami telan sahaja apabila banyaknya cerita yang sampai kepada kami sama ada cerita kawan kami atau cerita kami sendiri. Telan sahaja, jalan terus. Kalau melampau, report sahaja. Hihihi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukur ada ramai customer B.

photo content

Dia tegur kesilapan dan kesalahan orang, dan dia mengangkat dirinya sendiri yang tak buat kesilapan itu. (Baca selanjutnya di
Dia tegur kesilapan dan kesalahan orang, dan dia mengangkat dirinya sendiri yang tak buat kesilapan itu. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jenis-orang-di-media-sosial/ )

Lagi 180 unit sahaja

Tinggal 800 sahaja lagi

Pra Pesanan Album #ManifestaSITI2020. CD berharga RM46.90. Penghantaran bermula 8hb Julai nanti. Lekas hanya ada 1,500 keping
Pra Pesanan Album #ManifestaSITI2020. CD berharga RM46.90. Penghantaran bermula 8hb Julai nanti. Lekas hanya ada 1,500 keping sahaja. Beli di sini sekarang! https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/1 https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/1 https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/1

Inilah strategi Call-To-Action yang kita semua perlu tahu. (Baca selajutnya di https://khairulhakimin.com/strategi-cta-yang-k
Inilah strategi Call-To-Action yang kita semua perlu tahu. (Baca selajutnya di https://khairulhakimin.com/strategi-cta-yang-kita-perlu-tahu/ )

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara. Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 28,000 pengikut. Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan. Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. Beliau beri step by step, Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu: 1. Orang boleh faham terus 2. Orang boleh buat terus. 3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting) 4. Boleh beli terus. 4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien. Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Maksud nama manusia ialah nama orang. Jika guna nama samaran atau nama popular atau nama panggilan, tidak mengapa. Yang penting nama manusia. Tidak boleh letak nama di Facebook: Kedai Basikal, Bulan Purnama, Gojes, Mangkuk, Wang Besar dan sebagainya. Untuk ruang profil, bina kreadibiliti. Di page, bina produk. Di sana letaklah nama kedai dan nama produk, ia berkesan. Ringkasan Nota dari Naskah Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad.

Perkara penting dalam hal menulis di media sosial ini ialah ia perlu dieja dengan betul. Tanpa singkatan, tanpa bahasa WeChat dan tanpa kesalahan. Walau mengikut DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun tak boleh dalam menulis #content. Ia adalah kerana: 1. Hari ini Facebook sudah menguasai lebih 240 bahasa untuk diterjemah melalui “see translation.” 2. Lebih dari itu algorithm hari ini ada kaitan dengan % ejaan. Dikatakan sekiranya Facebook tidak boleh membaca posting kita kerana terlalu banyak ejaan yang salah / silap, maka “reach” posting itu juga akan dikurangkan, ia dianggap sebagai posting yang rosak. 3. Namun di page, ia masih dibolehkan dan dibahaskan kerana ia berkait rapat dengan bayaran iklan (FBAds). 4. Ia tiada kaitan dengan Instagram. Di sana nak mengeja sesuka hati masih dibolehkan. 5. Facebook Personal Account hari ini meningkatkan daya kredibiliti owner bisnes (bagi pendiri bisnes), ia juga melibatkan integriti seseorang dalam bidang yang diceburi. Bagi yang bermain suka-suka, sekadar membaca dan bersosial, mereka ini dianggap sebagai “the loyal follower” yang mana bertugas sebagai silent reader namun mahu membaca perkara yang senang difahami, mudah diikut dan boleh ditiru. Ia adalah dengan mengeja betul tanpa ada kesalahan yang disengajakan. 6. Secara peribadi, saya sendiri dijemput menjadi tukang masak kepada laman web Cookly pada tahun lalu hanya kerana menulis resipi di dalam bahasa melayu yang dieja dengan betul. Web tersebut bermula di Kanada dan beroperasi di seluruh dunia. Ini memberi makna sekiranya kalian menulis dengan bahasa apa pun namun menjaga ejaan, ianya berkembang ke seluruh dunia melalui features “see translation.” 7. Lebih dari itu, dikatakan di Digital World Media Forum tahun lalu di Amsterdam, hari ini Facebook berusaha mendapatkan perkataan yang ada kaitan dengan emosi untuk memberi features baru setiap hari. Sebab itu jika kita tulis hebat, peluk, dan sebagainya ia memberi impak berbeza yang menarik. Ia juga ada kaitan dengan algorithm yang menaikkan reach sekiranya posting itu memberi kesan positif kepada komuniti. Bagusnya menulis dengan ejaan betul hari ini. Semua orang perlu lakukannya sama ada di Whatsapp, Facebook atau di mana-mana lapangan komunikasi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu pun kelaut, sekarang kita kempen sama-sama. Nak tips content lagi terus ke sini ya, free ja: https://t.me/ContentKHM

Selama ini saya fikir jika kita beri duit, layan dengan baik, semua akan ok. Rupanya ada lagi yang perlu dibaiki. Antaranya i
Selama ini saya fikir jika kita beri duit, layan dengan baik, semua akan ok. Rupanya ada lagi yang perlu dibaiki. Antaranya ialah... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/setiap-rezeki-ada-waktunya-setiap-waktu-ada-rezekinya/ )