Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 143 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 897 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 143 名订阅者。
根据 05 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -290,过去 24 小时变化为 -23,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.67%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 06 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 143
订阅者
-2324 小时
-847 天
-29030 天
帖子存档
35 137
Ramainya manusia bermain media sosial dan mahu menulis #content namun tak tahu bagaimana nak mula. Okey ikuti langkah ini:
1. Pilih beberapa topik yang anda boleh tulis secara konsisten. Maksud konsisten ialah mesti ada pada setiap minggu. Sama ada 1 kali, 2 kali, 3 kali, itu kalian susunkan sahaja. Setiap hari lagi bagus.
2. Topik tersebut mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Tak perlu jadi rare. Contoh saya sendiri, saya tulis hal memasak, tips menulis, cerita kemanusiaan, kisah yang saya dapat serta pengembaraan (travel) saya. 5 topik okey.
3. Kemudian, start enjin kereta terus pergi ke kedai buku dan beli 5 naskhah buku (ikut berapa topik yang kalian dah pilih, kalau satu, satulah, saya ada 5 topik, jadi 5 buku lah kan).
4. Baca buku itu dan habiskan dalam tempoh seminggu.
5. Selepas itu mula menulis. Akan ada banyak bezanya.
Membaca akan menambah perkataan dalam kepala, menyebabkan otak kita dapat berfikir tanpa sangkut, minda kita cergas tanpa semput. Semua jadi lolos, jadi segar dan tembus kepada banyaknya perkara.
Fikir pun tak serabut, nak tulis pun semuanya tersusun dan terkawal.
Ingat ini kawan-kawan, orang yang sekadar tahu nak tulis sesuatu dengan orang yang berilmu untuk tulis sesuatu ada banyak bezanya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Berusaha habiskan 4-5 buku seminggu. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Tenang sahaja jika apa yang kalian sampaikan di media sosial itu dapat 1 share, 10 share, 15 share.
Itu pun sudah cukup banyak. Selagi ia memberi kebaikan, apa sahaja yang dihebah dan dikongsi kembali kemudian mereka buat dan amalkan adalah pahala yang berpanjangan.
Yang penting ialah membuat dan menulis posting kebaikan dengan konsisten.
Ingat kawan, biar sedikit, namun konsisten. Macam kita mengaji, tak apa dapat sehelai dua sehari, namun apabila buat setiap hari, ia konsisten.
Juga seperti kita solat 5 waktu sehari. Hanya sekitar 25-30 minit sahaja diambil dari 24 jam sehari untuk solat, namun jika konsisten, ia akan mengubah keseluruhan hidup kita ini.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
#KongsiKebaikan
35 137
FAKTA 2019 TENTANG PEMBANGUNAN CONTENT DUNIA.
Menulis dengan #content di media sosial boleh ubah hidup anda, hari ini:
1. 3.8 billion manusia menggunakan media sosial dari 7.7 billion manusia.
2. Lebih 2 billion akaun Facebook sudah di daftarkan hari ini dan Instagram juga sudah punya lebih 1 billion user.
3. Hanya kurang 8% user tersebut membina content di wall mereka.
4. 72% adalah silent reader yang suka membaca, membeli dalam diam dan mengikuti perkembangan secara sambilan.
5. 10% aktif namun hanya meluahkan perasaan.
6. 10% lagi adalah peniaga yang aktif menggunakan Ads namun di personal akaun mereka tidak aktif dan tidak mahu menonjol.
(Rujuk data dari ThinSliceMarketing).
*** sebagai pengguna Facebook dan Instagram, membuat duit di medan ini adalah satu peluang besar.
Ada 72% dari jumlah user yang sering membeli secara diam-diam untuk dikejar.
Mereka ini hanya melihat kepada:
* penjual yang menjual produk yang dia sedang cari.
* yang tidak memaksanya membeli.
* yang akan bantu masalah apa yang dia sedang hadapi.
Dan semua hal ini hanya boleh ditulis dengan content.
Kebiasaannya, content hanya memberi penerangan, menjual tanpa memaksa dan tidak memberi ruang tak selesa kepada audien.
Ia adalah tulisan yang tersusun dan berstrategi, yang menjadikan orang yang guna akaun media sosial itu ada pengikut setia yang rajin melihat postingnya, kemudiannya dia percaya, bangga dapat meluah setia dengan klik butang follow dan terus membeli apa yang dijualnya.
Inilah sifir content untuk 8% pembina content di media sosial hari ini. Mereka bermula dengan 0 follower, hari ini beratus ribu, juga waktu itu boleh jadi RM0, hari ini jualannya berjuta ringgit.
Begitulah.
Bina, bangun, bangkit, buat, susun.
Khairul Hakimin Muhammad,
Ubah hidup anda di media sosial. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
35 137
Hari ini ramai pengembara, traveler, backpacker berjalan serata dunia. Mereka ini mengambil gambar, menunjukkan sisi negara lain dengan sangat baik sekali.
Dalam dunia media sosial hari ini, ada beberapa orang antara mereka ini membina kredibiliti dan buat duit dengan apa yang mereka ada.
1. Photographer.
2. Tour Guide.
3. Ejen Pelancongan.
4. Pengusaha Homestay / AirBnB.
5. Penulis.
6. Personal Shopper.
Dan ramai lagi.
Namun disebalik semua itu, ada 1 tugas besar yang mereka perlu buat di media sosial, iaitu menulis #Content.
Dalam dunia travel, ia boleh dibahagikan kepada:
1. Lokasi.
2. Makanan.
3. Budaya.
4. Tempat shopping.
5. Orang.
6. Buku.
7. Agama.
8. Pengangkutan.
9. Penginapan.
10. Aktiviti.
11. Itinerari.
12. Minat.
13. Kaitan dengan buku.
14. Kaitan dengan drama atau filem.
15. Sejarah.
16. Demografi, Ekonomi, sosio budaya.
Dan sebagainya.
Dan semua perkara besar ini boleh dibahagikan kepada banyaknya pecahan kecil. Contoh kita ambil nombor 1, lokasi:
- 10 tempat menarik wajar dilawati.
- susunan aktiviti di tempat tersebut.
- dos and donts.
- sesuai untuk bujang atau berkahwin atau keluarga.
- tips menyusun itinerari.
- makanan / halal atau tidak / senang atau tidak / bento dan sebagainya.
Kemudian, pecahkan lagi dan lagi.
Sekiranya kalian buat “bank content” ini dengan baik, perjalanan kalian yang 5 hari, atau 10 hari atau 14 hari atau berapa hari pun akan ada banyaknya content untuk kalian tulis. Boleh jadi akan ada 20-30 write up yang boleh kalian kongsi di wall kalian, ada banyak dan susunlah setiap satu hari ada 1 content.
Yang kalian perlu buat sebelum travel ialah study, membaca dan mengkaji serba sedikit, kemudian pergi kedai buku dan beli buku tentang tempat tersebut. Baca dan hadam.
Semasa travel, apa yang anda baca akan keluar sendiri, kemudian ambillah gambar, buat database, susun semuanya perlahan-lahan.
Tak perlu up terus status tersebut. Tulis sahaja dulu di note atau wordpad atau Ms Word, kemudian susun satu demi satu posting tersebut pada esoknya atau bila-bila. Tenang-tenang dan tak perlu kelam kabut.
Kebanyakan traveler sifatnya banyak tenang. Mereka mengerti tentang erti perjalanan dan banyaknya melihat, mendengar dan selalu nampak perkara yang boleh banyaknya belajar berbanding seronok bersuka tanpa apa tujuan.
Ingat, apa yang kalian tulis, pastikan ada impak positif kepada audien dan pembaca. Jika banyaknya benda tak elok semasa kembara, tulislah ia sebagai peringatan bukannya memburuk-burukkan lagi.
Bisnes kalian akan okey, kalian juga akan naik kredibilitinya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips content lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini.
6 bulan = 182.5 hari.
Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari.
182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini.
Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari.
182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini.
***
Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya.
Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content.
1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku.
2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word.
3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini).
4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja
5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya.
6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story.
7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content.
8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan.
9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up.
10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.”
Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi.
Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus.
Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kaya, mulakan sekarang. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
35 137
Di dalam membina content, saya sering sekali merujuk buku serta bahan bacaan di media social. Ianya membantu banyak hal dalam penulisan saya.
Yang utamanya ialah ia sampai kepada pembaca. Ini yang saya buat:
1. Saya beli buku yang ada kaitan dengan positioning yang saya buat di media social. Di sini saya putuskan untuk kongsikan tentang pembangunan content Facebook, dunia memasak dan hal-hal travel. 40% buku-buku saya ada kaitan dengan 3 hal ini.
2. Saya juga sering membuka beberapa laman web resipi, content management serta banyak tentang travel, story telling dan copy-writing. Setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1 jam membaca di sana.
3. Saya akan paksa diri membaca sirah, terjemahan Al-Quran serta banyaknya kisah-kisah nabi dan Rasul untuk jadikan ia sebagai medan sempadan kepada diri saya sendiri semasa menulis. Biasanya dapat 1 helai sehari pun dah cantik. Yang penting konsisten.
4. Novel adalah sebahagian dari dunia menulis cerita. Membaca novel yang bagus akan mencantikkan penulisan kalian. Pilih novel yang betul supaya stail kalian terbentuk dengan baik.
5. Praktis menulis di media social dengan yakin. Kurangkan membebel dan banyakkan menulis di Microsoft word terlebih dahulu supaya apa yang kita tulis mesti dalam perasaan sudah rasional, terhindar dari marah, gelisah dan resah.
Begitulah. Semoga ia juga membantu kalian yang semakin ramai suka menulis. Alhamdulillah. Tahniah! Selamat mencuba ya, Andrea Hirata kata:
“Berpikirlah tiga langkah ke depan, sebelum langkah pertamamu kamu ambil.”
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak jadi penulis, semoga bermanfaat.
35 137
Soalan: Tuan, saya sering tengok ada ahli keluarga yang tulis status-status tergantung. Ceritanya itu tiada nama, namun menjurus kepada seseorang yang kami kenal. Dan di situ ada sangat banyak komen yang bukan-bukan. Bagaimana saya nak tegur dia tuan?
Jawapan: Kita pendiri #content. Perkara begitu kita tak perlu layan dan jangan masuk dalam kepala.
Orang begini, biasanya dia sering kata orang mengumpat dia, berkata tentang dia, namun dia tak perasan yang status dia itu menjadikan orang bercakap-cakap.
Yang berdosa besar ialah dia. Dan dia akan kata orang yang bercakap tentang hal tersebut adalah yang paling berdosa. Dia yang up, dia yang mulakan. Dia kata dia berasa hati sekian-sekian, kemudian dia luah di media sosial, ini semua golongan mengadu domba. Hati-hatilah dengan ayat-ayat jahatnya.
Nak tegur, Pm sahaja. Kalau tak, unfriend atau block terus supaya dah tak baca lagi. Abaikan sahaja mereka ini.
***
Ini isu besar di media sosial. Kita suka luahkan perasaan di sini. Orang bisnes, orang yang nak menjual, elakkan terus dari meluah perasaan di mana-mana wall media sosial yang kalian ada.
Ia menjatuhkan kredibiliti,
Ia mengurangkan rasa percaya,
Ia buat orang jelak, muak dan menyampah.
Ini semua akan menyebabkan sales jatuh, follower kurang.
Ada masalah, hadapi. Bukannya pergi tulis di wall. Kita orang hebat, takkanlah benda kecil dalam keluarga pun mahu ditulis sampai hilang rasa sayang, buang rasa hormat. Ruginya lebih banyak dari untung.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Fokus guys! Nak tips content lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Gunakan prinsip 3:4:5 semasa menulis #content.
3 = ada 3 niche penting untuk menyebarkan content, ia adalah crowd, side dan money.
4 = 4 asas content ialah fakta, bahasa, emosi dan memberi impak positif.
5 = 5 matlamat menulis content ialah to educate, to inform, to inspire, to entertain dan to convert to money.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Soalan: tuan, saya jual tudung, dan #content saya tak banyak. Hari-hari masuk kerja, uruskan hal tudung, kakitangan, kurier, balik. Dah sampai rumah dah sibuk uruskan rumah tangga. Bantu saya tuan.
Jawapan:
Realiti kehidupan yang boleh dijadikan content:
1. Bangun tidur, uruskan anak - posting tips uruskan anak.
2. Siapkan sarapan anak dah suami - posting resipi atau tips siapkan sarapan, buat bekal (bento) dan sebagainya.
3. Hantar anak ke sekolah, bersembang dengan anak, posting side.
4. Masuk kerja, nampak ada 20 warna kain, 100 design, selfie dulu sebab menarik - posting side.
5. Tunjuk bagaimana cara gosok tudung, tutorial cara pakai tudung (ada 18,321 cara haha) buat semua dan susun posting tersebut pada setiap hari.
6. Lunch pergi makan di luar. Posting review kedai makan.
7. Kecoh nak kurier, ambil gambar dulu kasi hype.
8. Balik rumah siapkan dinner, resipi.
Settle dapat 8 jenis posting! Apa benda tak ada idea? Ee geramnya saya.
Di media sosial orang nak tengok kehidupan kita. Jadi kita susun sahaja. Itu yang akan beri orang percaya dan yakin kita ini orang yang ada integriti.
Tak perlu cerita hal peribadi, tukar semuanya dalam bentuk content. Ia akan menjadi dengan baik.
Follower dapat, duit pun dapat!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Relaks-relaks susun. Nak tips lagi mari ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Facebook = Teks.
Berbeza dengan media sosial yang lain, Facebook membawakan “perkataan” untuk kita memahami apa yang nak disampaikan melalui posting yang kita muat naik sama ada ianya #content atau tidak, #storytelling atau tidak.
Oleh itu pembangunan teks yang mereka buat sampai ke tahap
- menterjemah setiap perkataan kepada lebih 240 bahasa.
- meneliti posting sama ada ianya betul membawa kepada komuniti positif atau tidak.
- sebaiknya memberi impak positif kepada pembaca.
- menggunakan sistem / software tertentu untuk mengesan ejaan yang betul atau tidak.
- mengesan perkataan yang membawa emosi untuk menaikkan reach.
- mengesan kegiatan plagiat, copy-paste dengan berkesan apabila dilaporkan kegiatan itu.
Dan banyak lagi.
Alangkah ruginya jika kita memuat naik posting tanpa menggunakan ejaan yang betul tanpa sedikit pun singkatan. Ianya beri impak yang sangat baik untuk posting, profile serta semua kegiatan kita di media sosial hari ini.
Kita mula hari ini ya!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu-dulu pun mengeja kelaut juga. Nak tips lagi, kesini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan:
Engagement tinggi.
Follower ramai.
Duit berkepuk.
Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya.
Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli.
Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi.
Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja.
Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi.
Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari)
7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower)
9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit)
11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula)
1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit)
3.00 petang - crowd (dapat follower)
5.00 petang - side (naikkan engagement)
8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit)
10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower).
Susun sahaja kawan-kawan.
Buat bank content, susun status.
Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba!
Khairul Hakimin Muhammad,
Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah!
Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
35 137
Ini yang saya buat di akaun media sosial saya untuk dapatkan 100,000 follower setahun.
1. Elak dari ter-add orang yang bukan kawan sebenar. Memasukkan orang yang kita tak kenal akan menyebabkan fokus kita lari apabila baca apa yang dia tulis. Tak kenal, tak tahu dan tak akan faham apa yang dia maksudkan.
Tak perlu penuhkan friends, hanya setkan butang follow sahaja.
2. Susun #content dan fokus. Dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam, susun posting crowd, side dan RM. ke tiga-tiga posting ini beri hasil berbeza.
3. Crowd beri follower, Side beri engagement, RM beri duit.
4. Belajar dari kesilapan. Viral sekali tak naik follower dengah banyak. Kena banyak kali. Dan tak boleh penat atau bosan kalau nak hasil.
5. Ambil kelas menulis dalam dan luar negara. Asah kemahiran dengan pergi belajar. Di situ akan jumpa ramai orang dan dapat lagi banyak idea.
6. Berkawan dengan buku. Baca lebih 4 buku sebulan. Nak menulis, kena membaca. Hanya dengan membaca buku akan jumpa perkataan. Dah itu satu-satunya cara nak luahkannya semula dalam penulisan.
7. Banyak ambil sisi positif dalam melihat dan mendengar. Elakkan negativity, itu semua akan menjauhkan diri dari nak menulis perkara baik. Fokus, sabar, konsisten. Akan dapat hasilnya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Menuju ke 300,000 pula. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 137
Bagaimana melihat satu-satu perkara itu boleh dijadikan sebagai #content? (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cara-melihat-perkara-sebagai-content/ )
35 137
Carta Menulis #Content di Media Sosial untuk pendiri bisnes:
Pilih Niche (yang punya titik persamaan besar dengan audien)
⬇️⬇️⬇️
Asingkan Niche ikut keutamaan, wajib ada 3, untuk Crowd, Untuk Side dan untuk RM. 3 jenis ini berbeza postingnya.
⬇️⬇️⬇️
Susun posting crowd sehari sekali.
Target naik follower: 10-50 orang sehari.
50 orang sehari, setahun boleh dapat 18,000 orang.
⬇️⬇️⬇️
Susun posting RM sehari sekali.
Target sales: RM200-500 sehari.
RM500 sehari, setahun boleh dapat RM182,500.
⬇️⬇️⬇️
Susun posting side 1-2 kali sehari.
Target engagement naik 100-200% sehari.
⬇️⬇️⬇️
Ulang semula sampai kaya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis content bermanfaat.
Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
35 137
Sepanjang berbuat bisnes menyediakan content, copy-writing serta servis-servis penulisan media sosial, saya fikir tahun ini merupakan tahun paling mencabar sekali.
Dari berita beberapa orang bisnesman yang tak puas hati begitu begini kepada hal orang lain yang curi modul, ambil hak orang dan sebagainya, penat benar nak layan.
Namun saya suka sekali jika bersembang tentang hal klien-klien yang kami ada. Baru-baru ini kecoh juga ada yang marah kepada salah seorang guru yang mana dikatakan cikgu tersebut tidak memberi “hasil” sebagaimana yang diminta oleh klien.
Apabila tengok kembali kepada perjanjian. Rupanya tak dinyatakan pun tentang hasil dan sebagainya.
Ianya berkisar tentang gerak kerja sahaja.
Cikgu, hanya beri ilmu, beri konsultansi, beri idea, beri cadangan nak begitu nak begini. Yang buat kerja adalah klien.
Kami sendiri juga berhadapan dengan kes yang lebih kurang sama.
Kita beri pakej ada
1 kali Bootcamp - kos dalam RM15k
6 kali Kelas - kos sekitar RM3.5k/kelas - 21k
4 kali personal coaching - kos sekitar RM1.8k
30 Copy writing sebulan - kos sekitar RM150/pcs - RM4.5k/ bulan (RM54k setahun)
Total sekitar RM91,800 kos sahaja tuan-tuan.
Namun mereka ini marah kembali kepada kami kerana kami tak beri hasil.
Apabila kami semak,
1. Kelas tak hadir, hantar wakil, hantar budak akaun (atau yang tak ada kena mengena)
2. Personal coaching juga tak hadir. Sering beri alasan sibuk dan banyak kerja.
3. Bahan dan material untuk copy-writing, untuk content tak diberi. Menjadikan kami semua tak tahu nak bantu bagaimana.
4. Apa sahaja ilmu yang kami dah sampaikan. Siap bantu buat mapping, buat blueprint, akhirnya ia jadi gajah putih. Tak buat dan masih beri alasan berbagai-bagai.
Apabila kami follow up masing-masing penuh alasan, siap kata begitu begini.
Sampai ke tahap kami siap beri 1 orang kakitangan untuk bantu buat juga copy writing dan sebagainya. Pun tak jalan kerana di pihak syarikat tetap tak sediakan bahan dan material yang kami perlukan.
Lalu dah dekat nak setahun, akhirnya saling bergaduh dan saling salah menyalah antara 1 sama lain.
Inilah dunia hari ini.
Semasa bermula nak buat sesuatu, adalah baiknya kita semua rancang mana yang perlu buat itu siapa yang perlu buat ini.
Jika tidak, akan jadilah Customer A - The Thinker, yang tahu marah, tahu salah menyalah antara satu sama lain.
Berbeza dengan Customer B - The Doer, yang mana hasilnya hebat, meriah dan terbaik kerana rajinnya ikut kata cikgu.
Suruh buat, buat.
Suruh siapkan, siapkan.
Inilah dunia bisnes hari ini. Kami telan sahaja apabila banyaknya cerita yang sampai kepada kami sama ada cerita kawan kami atau cerita kami sendiri.
Telan sahaja, jalan terus. Kalau melampau, report sahaja. Hihihi.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Syukur ada ramai customer B.
35 137
Dia tegur kesilapan dan kesalahan orang, dan dia mengangkat dirinya sendiri yang tak buat kesilapan itu. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jenis-orang-di-media-sosial/ )
35 137
Pra Pesanan Album #ManifestaSITI2020.
CD berharga RM46.90. Penghantaran bermula 8hb Julai nanti. Lekas hanya ada 1,500 keping sahaja.
Beli di sini sekarang!
https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/1
https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/1
https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/1
