uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 350 підписників, посідаючи 285 місце в категорії Маркетинг і PR та 911 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 350 підписників.

За останніми даними від 17 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -383, а за останні 24 години на -20, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 7.97%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 2 898 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 18 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 350
Підписники
-2024 години
-997 днів
-38330 день
Архів дописів
Facebook bukan medan sosial media bersifat hiburan 100%. Ia berlatar belakangkan dunia pendidikan (education). Sebab itu banyak posting viral adalah tentang: - Inspirasi. - Tips. - Kaedah / langkah demi langkah. - Cerita. - Hebahan. #Content tular adalah perkara yang: 1. Apabila orang baca, orang faham. - rujuk posting para Doktor, Pegawai Farmasi, Guru, atau sesiapa sahaja yang sering beri informasi tentang berbagai ilmu. 2. Apabila orang baca, orang boleh buat terus. - rujuk posting DIY, Travel, Berkebun, Resipi dan sebagainya. 3. Apabila orang baca, orang boleh beli terus. - rujuk posting bersifat hebahan kedai makan, makanan sedap, tempat menarik, dan sebagainya. Semua ini disebut sebagai impak positif. Sekiranya posting kalian tiada impak positif, amatlah jarang untuk dapat orang klik butang share. Ia disebut sebagai posting side (sampingan sahaja). Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jika kalian sedang mengembara, kalian tulis di media sosial selepas kalian sudah sampai di hotel atau mana-mana tempat yang kalian boleh rehat. Semasa mengembara, ambil gambar dan dapatkan maklumat sahaja dahulu. Tulis kemudian. Rehat boleh jadikan kalian lebih rasional. Tidak tertinggal perkataan dan dapat menulis dengan relaks dan tenang. Untuk post pengembaraan, boleh bahagikan posting seperti ini: 1. 1 posting 1 lokasi. Contohnya, mahu kemaskini tentang perjalanan ke Bangkok. Tulis: Kami sudah sampai di Bangkok jam 3.00 petang tadi menaiki pesawat AirMalaysia. Dari Lapanga terbang ke hotel kami singgah menikmati tom yam kung di sebuah restoran muslim, Restoran Sofia. Restoran ini terletak berhampiran dengan Universiti Ramkhamheng yang mana betul-betul berdiri di sebelah hotel muslim di sini. Kalian boleh rasai kenikmakan masakan Muslim-Thai dengan pelbagai seleksi makanan dari makanan berat hinggalah ke pemanis mulut yang cukup enak. Kemudian kalian sertakan dengan gambar. Posting seterusnya tulis tentang perjalanan lain pula. Ia lebih tersusun dan lebih menarik perhatian. 2. Posting Story-Itinerari Sekiranya mahu tulis semuanya dalam 1 posting, tulis dalam bentuk story-itinerari. Ia perlu ditulis mengikut gambar yang disediakan. Semua gambar yang diambil diletakkan dalam satu posting dan setiap satu gambar punya story di caption yang disediakan. Biasanya posting ini boleh jadi viral seluruh negara. #KHM

Soft sell = ayat yang tidak menyuruh, tidak memaksa, tidak memberi arahan. Contoh: Tudung ini material senang gosok. Hanya RM25 sehelai sahaja. Nombor dan link nak order ada di bawah ya. (Link Whatsapp). Hard sell = ayat menyuruh, memaksa, memberi urgency dan arahan. Contoh: Tudung ini material senang gosok. Hanya RM25 sehelai sahaja. Dapatkan sekarang, nanti habis menyesal, klik link ini supaya kalian dapat membelinya hari ini juga! Cepat! (Klik sini ya! - link whatsapp). * Ke dua-dua teknik ini menjadi dengan baik untuk buat #content iklan. Susun sahaja iklan kalian. Isnin berapa kali, selasa bagaimana, rabu jam berapa, khamis, jumaat sabtu dan ahad. Susun sahaja apa produknya, kalian akan dapat hasil. Tenang-tenang selang selikan dengan posting crowd dan side. Supaya tidaklah semua posting di wall kalian adalah menjual. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc

Sentiasa rasa kita kurang baik dari orang lain. Sentiasa rasa orang lain lebih baik, lebih banyak pengalaman, lebih banyak ilmu dan amal. Itu sifat orang merendah diri dan sentiasa nak baiki diri. Kita akan dapat banyak belajar dan timba berbagai ilmu. Berbeza dengan jika kita rasa kita paling pandai. Kita paling betul, kita paling benar. Perbuatan ini akan buat kita tersisih dari ilmu dan banyaknya pengetahuan. Ingat ini, waima kita ada berbuat baik kepada sesiapa, lupakan sahaja. Tak perlu kita ingatkan diri sendiri kita dah buat itu kita dah buat ini. Namun jika mereka berbuat baik kepada kita, sentiasa ingati, sentiasa berdoa, sentiasa berharap banyaknya kebaikan dapat kembali kepada dia. Kawan-kawan, Buat baik sahaja di mana-mana tanpa ada rasa kita ini sangat baik. Kita hamba yang banyak dosa. Sentiasa kena bertaubat, sentiasa kena memohon keampunan Allah pada setiap masa. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Apabila bermain di media sosial, perbanyakkan memakai topi manusia berbanding topi kedai. Susun atur posting perlu lebih meriah tentang kehidupan berbanding iklan-iklan. Media sosial berputar tentang manusia yang punya titik persamaan yang tinggi. Tentang makanan, pengembaraan, perjalanan, kehidupan, pekerjaan, keTuhanan, malah boleh sahaja tentang kesukaan.

photo content

Ramai yang dah mengikuti saya di Facebook mungkin tahu saya suka berkongsi bermacam perkara Namun kali ini saya nak circle un
Ramai yang dah mengikuti saya di Facebook mungkin tahu saya suka berkongsi bermacam perkara Namun kali ini saya nak circle untuk saya kongsi perkara lebih "deep" dan lebih “big”. Yang pasti, saya hanya nak sampaikan kepada orang yang betul-betul berkehendak dan dahagakan perkongsian sebegini. Jom, siapa yang nak sertai group ini, daftarlah sekarang. Sebagai permulaan, saya tak nak buka pendaftaran dengan harga terlalu mahal. Juga pada sama tidak percuma kepada semua. Tak mahal pun mahar komitmen untuk sertai group ini. RM65 sahaja. Harga asal RM79. Klik sini untuk sertai. Jadi orang terawal, boleh kita berkenalan dan beramah mesra. Nanti dah beribu, jadi macam kenduri berkejaran nak jumpa pakar itu pakar ini. Sertai sekarang jom! https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc

Untuk menulis iklan, gunakan formula ini: 5 status kehidupan : 1 status iklan. Setiap 5 kali posting kehidupan, pekerjaan, ketuhanan, perjalanan, kesukaan dan maklumat, barulah diletakkan posting iklan. Perbanyakkan posting untuk menambah 'crowd' dengan cara memberi ikan makan. Selepas ikan-ikan berkerumun, tebar jala.

Sekadar nak cerita bagaimana saya ubah cara berfikir lepas emak cakap kepada saya perkara ini: 1. Apabila kita rajin memasak, lantakkan orang malas. Allah beri keindahan kesedapan makanan itu dan pahala itu kepada kita, jangan hancurkan pahala itu dengan berbuat dosa mempertikai orang malas. Biarkan sahaja. 2. Apabila kita rajin mengemas, lantakkan orang malas. Allah beri kemahiran itu kepada kita untuk kita buat dan buat orang selesa. Maka kita buat sahaja tanpa pertikai orang lain. Jaga pahala sendiri. 3. Apabila kita rajin membasuh, rajin menolong itu ini, maka fokus kepada diri kita. Apa yang kita boleh buat, boleh bantu dan sebagainya. Kita takkan ada masa nak lihat kemalasan orang lain. Kawan-kawan, Dalam keluarga, akan ada yang super rajin. Ataupun dia sahaja yang kena suruh. Buat itu buat ini serba serbi dia kena. Waktu dia penat, dia akan fikir kenapalah diri dia sahaja, sedangkan orang lain juga ada. Ha itulah pesan emak. Bersyukur emak panggil kita bukan orang lain. Suara emak sebut nama kita itu sahaja pun sudah dikira sebagai keindahan paling besar semasa emak ayah kita masih ada. Maka, bersyukur dan gunakanlah sebaiknya. Orang malas, orang taknak buat, orang tak peduli, itu hal orang. Kita buat sahaja sebab kita rajin, kita ada kemahiran, kita ada keistimewaan itu. Semua itu pahala yang buat murahnya rezeki, mudahnya perjalanan dan memakbulkan doa-doa kita Jadi mula hari ini, berhenti merungut, berhenti mempertikai, berhenti melihat orang lain dan berhenti persoal. Buat sahaja okeh. Kita takkan penat dengan berbuat baik. Semua itu janji Allah untuk dapat masuk syurga. Jaga pahala sebaiknya supaya tidak dirosakkan oleh dosa yang kita sendiri tak sedar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Orang rajin tak ada masa nak tengok orang lain.

Alhamdulillah Group pertama dah masuk ke Circle Bisnes saya. Mana yang ada masa nak baca apa dia #KHMBC ini boleh klik di sin
Alhamdulillah Group pertama dah masuk ke Circle Bisnes saya. Mana yang ada masa nak baca apa dia #KHMBC ini boleh klik di sini ya, https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc

Saya dapat duduk dengan guru saya tadi. Saya tanya beliau apa beliau buat selain dari bekerja keras setiap hari dan jadi jutawan, dermawan, hartawan sehingga hari ini? Beliau jawab "bangun pagi, sedekah. Saya bawa duit ke surau masa solat subuh. Kalau time covid ni tak boleh ke surau, saya transfer jelah. Nak tidur nanti, saya sedekah lagi. Pagi sebab saya berterima kasih kepada Allah bangunkan saya lagi. Saya kena bantu orang. Saya kena mulakan hari saya dengan membantu. Malam sebab saya tak mahu kalau-kalau saya tak bangun dah nanti, saya tak nak saya tak ada amalan terakhir. Saya nak sedekah itu jadi amalan terakhir saya. Pun sama saya transfer ja. Saya save siap-siap dah dalam aps bank. Buka ja, transfer." Sampai sekarang saya masih terngiang. Besarnya pembelajaran hari ini. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak menangis pun ada.

photo content

Salam semua nurtizen tersayang. Saya buka 1 akaun back up haha. Klik sini ya https://www.facebook.com/profile.php?id=100088225903516&mibextid=LQQJ4d

Saya di page lah. Haha. Cari Page nama sama Khairul Hakimin Muhammad, ada dalam 18k fans
Saya di page lah. Haha. Cari Page nama sama Khairul Hakimin Muhammad, ada dalam 18k fans

Komen orang lain pun tak boleh nokkk hahahaha
Komen orang lain pun tak boleh nokkk hahahaha

Saya kena penjara dengan FB 2 hari. Hahahaha sebab ada perkataan lemas, tolak jatuh longkang. Jadi bersabarlah semua merindui
Saya kena penjara dengan FB 2 hari. Hahahaha sebab ada perkataan lemas, tolak jatuh longkang. Jadi bersabarlah semua merindui saya gituh.

Gais, kelas costing itu malam ini tauuu. Jam 8.00 malam. Template yang saya janjikan itu akan diberi sebelum kelas. Yang dah terer jangan masuk. Pening nanti kalau persoal sana sini. Ini untuk mereka yang baru nak tahu apa dia hal-hal kos yang kita nak kira. Ini butirannya: Kelas Costing For Beginner. - bagaimana nak kenal apa jenis cost yang ada. - bagaimana nak kira kos ingredient. - bagaimana nak pecahkan 3 jenis kos yang besar-besar. - bagaimana nak letakkan harga produk. - bagaimana nak dapat margin betul. Ada rakaman bagi yang tak sempat tonton live. Harga hanya RM65 sahaja gais. Murah bebenor hanya ada di bumi Malaysia. Galaksi lain pun tak ada harga murah gini. Daftar di sini sekarang ajak sekampung, kawan sekolah, makwe masa U dan team bola masa kerja dulu ya. https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov

Ingat dalam kepala perkara ini: Facebook asasnya ialah teks. Status yang dimuat naik mesti menggunakan ayat dan perkataan. Gambar dan video adalah pelengkap. #Contentnya pula bersifat education (pendidikan). Instagram pula asasnya ialah visual. Status yang dimuat naik mesti menggunakn video atau gambar. Manakala caption atau tulisan adalah pelengkap. Contentnya bersifat entertainment (hiburan). 2 medan ini beza audien, beza cara posting, beza juga cara penerimaan. Influencer Facebook mendapat pengikut melalui perkongsian yang dishare oleh audien. Ia adalah status yang orang rasa boleh buat, rasa terinspirasi dan rasa dapat tahu tentang sesuatu hal. Manakala di Instagram, ia adalah tentang bakat. Sekiranya kalian boleh bercakap, menyanyi, miming, berjoget serta menghiburkan orang walau dengan video resipi, maka kalian akan dapat pengikut. Susun content ikut apa yang kalian ada. Jika tiada bakat, maka boleh sahaja menulis di Facebook, di situ banyak teknik boleh dipelajari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips content lagi, join kelas content power yaaa https://onecookies.onpay.my/order/form/kcp-nov

Minggu hadapan kita ada 2 kelas. 1. Kelas Costing For Beginner. - bagaimana nak kenal apa jenis cost yang ada. - bagaimana nak kira kos ingredient. - bagaimana nak pecahkan 3 jenis kos yang besar-besar. - bagaimana nak letakkan harga produk. - bagaimana nak dapat margin betul. Kelas ini pada 29hb November. 8malam. Ada rakaman bagi yang tak sempat tonton live. Harga hanya RM65 sahaja gais. Murah bebenor hanya ada di bumi Malaysia. Galaksi lain pun tak ada harga murah gini. Daftar di sini https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-nov 2. Kelas Content Power. - tak kiralah nak guna dekat mana. FB ke Tiktok ke Insta ke, semua boleh masuk kelas ini. - kita sembang tentang bagaimana susun atur content yang betul. - tak ada suruh buat benda tak betul, tak ada suruh gimik joget bagai. Ia adalah teknikaliti membangunkan content. Kelas ini pada 30hb November. 8malam juga. Ada rakaman juga mana yang tiba-tiba keluarga dari kampung sampai ke rumah lalu kena masak mihun tak sempatlah kheen nak join kelas live. Harga hanya RM65 sahaja gais. Kalau rasa mahal juga saya tak tahu dah nak cakap apa. Oh yelah gaji lambat lagi ya. Aiyo amma tak ada pulak nak buat ansuran nihhh yihhhh. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcp-nov Ha gitu gambar macam baca perutusan. Itu buku doa kecil okeh. Hihihi lain macam hidung terkembang-kembang.

Kawan-kawan yang baik, Dapat bangun pagi, bersyukur. Dapat mandi, dapat solat, syukur. Dapat makan sarapan, syukur. Dapat pergi kerja, syukur. Dapat lalui jalan yang ok, tak sesak, syukur. Ada orang hadiah makanan, kuih, syukur. Dapat belajar sesuatu walau sekecil-kecil hal, bersyukur. Dapat up posting kebaikan di media sosial, syukur. Skrol-skrol jumpa posting best, syukur. Apa sahaja yang kita dapat buat, dapat lakukan, bersyukur. Saya selalu teringat pesan cikgu saya, "Kalau kita makan, kita tak boleh habiskan sepinggan itu sedangkan kita yang isi, kita yang cedok, kita yang letak segala nasi dan lauk, maka kita tergolong orang yang tak bersyukur. Sedangkan sepinggan nasi pun kita tak boleh habis, bagaimana Allah nak beri beribu pinggan lagi. Bagaimana Allah nak kasi lebih lagi rezeki mencurah-curah. Maka dengan itu, ambil mana perlu, kemudian bersyukur. Lihatlah bagaimana Allah beri lebih banyak lagi selepas itu." Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 667) Dan juga hadis ini: Hadis riwayat Suhaib RA berkata Sabda Nabi SAW: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ Maksudnya: Jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan dia akan bersyukur, maka sesungguhnya itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia mendapat kesusahan, dia akan bersabar, maka sesungguhnya kebaikan baginya Riwayat Muslim (2999). Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur kalian masih support apa yang saya tulis, buat, jual dan beri. Alhamdulillah. Sayang semua. ❤️.