Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 318 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 275,并在 马来西亚 地区排名第 892 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 318 名订阅者。
根据 19 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -265,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 20 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 318
订阅者
-1224 小时
-597 天
-26530 天
帖子存档
35 316
Semalam saya ceritakan bagaimana #bankcontent itu terbentuk. Prosesnya panjang, sekali sahaja buat namun akan dapat idea sehingga beribu posting muncul di wall kita semua.
Sebab itulah ramainya influencer ada posting yang tersusun di wall mereka.
Dari pemilihan topik, kemudian dibawa ke proses menyediakan mapping, layer by layer hinggalah kepada proses plotting, kita akan nampak banyaknya posting boleh dibangunkan.
Kita susun siap-siap mana posting untuk nak naikkan #Follower, mana pula posting untuk buat #Sales juta-juta.
Semalam juga saya ceritakan ada suri rumah buat jualan sampai RM2.52 juta dari rumah sahaja dengan menyusun content.
Ada kawan kami di Kuching sana, buat jualan cecah RM5 juta juga menyusun content.
Iya kawan-kawan, rezeki Allah itu seluas langit. Buat sungguh-sungguh, berusaha betul-betul, gunakan platform dengan baik, Allah beri semula hadiah rezeki itu kepada kita.
Tinggal kita nak guna sahaja dengan ilmu atau pakat belasah, kita yang decide.
Begitulah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad
35 316
5 perkara dalam hidup yang buat kita makin kuat dan hebat:
1. Kasih sayang tak bertepi dari keluarga walau kita gagal banyak kali.
2. Pengkhianatan dari kawan rapat.
3. Gagal dalam usaha bersungguh-sungguh.
4. Tak berdaya melawan bencana atau kemalangan.
5. Dihina melalui perkataan atau perbuatan dari orang yang kita hormat.
*
Ingat, sentap 2 minit sahaja. Kemudian bangun dan usaha kembali. Mula dan terus fokus.
Buang negatif dalam kepala. Alihkan semuanya dengan kerja keras. Terus buat baik kepada semua orang, undur diri dari mereka yang khianat dan jahat, jalanlah sendiri dan peluklah kasih sayang keluarga.
Kalian akan temui kejayaan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit!
35 316
"Rul tolong acik, acik berniaga dari bulan 8 itu hari. Nak tolong anak acik, tapi lagi berniaga lagi tak ada duit. Orang beli ramai je, tapi duit tak cukup. Tak apalah kena bayar Khairul pun, acik nak tau mana pergi duit acik."
Saya pun ke rumahnya. Dekat ja, sepelaung orang Pahang kata.
Beliau berniaga karipap, donut dan cakoi.
Saya minta semua resit pembelian barang. Kemudian saya kirakan semua bahan mentah terlebih dahulu.
Dalam costing, kos utama ialah bill of material, kena kira semua bahan mentah yang digunakan untuk menyiapkan satu-satu produk. Kira 1 batch berapa kos.
Bukannya kira kos beli barang. Itu hal cash flow. Ini ramai salah faham.
Dah kira 1 batch. Barulah kita masukkan ke dalam format feasibility study. Barulah kita letak selling price. Baru nampak berapa % contribution margin.
Untuk Acik Ipah ini;
Karipap 13%
Donut 17%
Cakoi 6%
Belum tolak Opex dan Capex.
Benarlah tak ada duit, apabila tolak je rental, loan, transport semua, semua produk jadi negatif. Sahih tak ada duit.
Jadi saya susun balik. Saya minta Acik Ipah repair bab tempat beli barang. Tak boleh beli di kedai runcit biasa, kena beli di pemborong. Jauh beza harga. Kemudian saya minta Acik Ipah bezakan mana keperluan perbelanjaan sendiri dan perbelanjaan syarikat.
Akhir sekali saya minta ubah selling price supaya semua produk DVC dapat lebih 30%.
Alhamdulillah, semua profit semula.
Pagi ini Acik Ipah mesej, bulan 11 baru ini dia ada lebihan profit sebanyak RM1,700. Alhamdulillah saya happy. Syukur.
Kawan-kawan, saya boleh bantu bab kalian nak belajar costing paling mudah. Saya ceritakan kepada kalian 3 jenis pembahagian pengiraan kos. Kemudian kita kira sama-sama.
Kelas pada 22hb ini. 8malam.
Tak dapat tonton live, rakaman ada disediakan.
RM65 sahaja.
Klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-dec
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-dec
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-dec
35 316
Syukur alhamdulillah. Sebab ramai yang minta kelas ini diadakan semula, maka kita buat pada 22hb nanti.
Ikutkan semua dah nak cuti. Tak apa kita ambil 2 jam sahaja untuk buat kelas.
Sertai okeh. Kelas Secara online sahaja. RM65 sahaja. Berbaloi untuk permulaan nak berniaga.
Kelas Costing For Beginner.
Klik sini segera:
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-dec
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-dec
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcfb-dec
35 316
Facebook bukan medan sosial media bersifat hiburan 100%. Ia berlatar belakangkan dunia pendidikan (education).
Sebab itu banyak posting viral adalah tentang:
- Inspirasi.
- Tips.
- Kaedah / langkah demi langkah.
- Cerita.
- Hebahan.
#Content tular adalah perkara yang:
1. Apabila orang baca, orang faham.
- rujuk posting para Doktor, Pegawai Farmasi, Guru, atau sesiapa sahaja yang sering beri informasi tentang berbagai ilmu.
2. Apabila orang baca, orang boleh buat terus.
- rujuk posting DIY, Travel, Berkebun, Resipi dan sebagainya.
3. Apabila orang baca, orang boleh beli terus.
- rujuk posting bersifat hebahan kedai makan, makanan sedap, tempat menarik, dan sebagainya.
Semua ini disebut sebagai impak positif.
Sekiranya posting kalian tiada impak positif, amatlah jarang untuk dapat orang klik butang share.
Ia disebut sebagai posting side (sampingan sahaja).
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 316
Jika kalian sedang mengembara, kalian tulis di media sosial selepas kalian sudah sampai di hotel atau mana-mana tempat yang kalian boleh rehat.
Semasa mengembara, ambil gambar dan dapatkan maklumat sahaja dahulu. Tulis kemudian.
Rehat boleh jadikan kalian lebih rasional. Tidak tertinggal perkataan dan dapat menulis dengan relaks dan tenang.
Untuk post pengembaraan, boleh bahagikan posting seperti ini:
1. 1 posting 1 lokasi.
Contohnya, mahu kemaskini tentang perjalanan ke Bangkok. Tulis: Kami sudah sampai di Bangkok jam 3.00 petang tadi menaiki pesawat AirMalaysia. Dari Lapanga terbang ke hotel kami singgah menikmati tom yam kung di sebuah restoran muslim, Restoran Sofia.
Restoran ini terletak berhampiran dengan Universiti Ramkhamheng yang mana betul-betul berdiri di sebelah hotel muslim di sini.
Kalian boleh rasai kenikmakan masakan Muslim-Thai dengan pelbagai seleksi makanan dari makanan berat hinggalah ke pemanis mulut yang cukup enak.
Kemudian kalian sertakan dengan gambar.
Posting seterusnya tulis tentang perjalanan lain pula.
Ia lebih tersusun dan lebih menarik perhatian.
2. Posting Story-Itinerari
Sekiranya mahu tulis semuanya dalam 1 posting, tulis dalam bentuk story-itinerari. Ia perlu ditulis mengikut gambar yang disediakan.
Semua gambar yang diambil diletakkan dalam satu posting dan setiap satu gambar punya story di caption yang disediakan.
Biasanya posting ini boleh jadi viral seluruh negara.
#KHM
35 316
Soft sell = ayat yang tidak menyuruh, tidak memaksa, tidak memberi arahan.
Contoh: Tudung ini material senang gosok. Hanya RM25 sehelai sahaja. Nombor dan link nak order ada di bawah ya.
(Link Whatsapp).
Hard sell = ayat menyuruh, memaksa, memberi urgency dan arahan.
Contoh: Tudung ini material senang gosok. Hanya RM25 sehelai sahaja. Dapatkan sekarang, nanti habis menyesal, klik link ini supaya kalian dapat membelinya hari ini juga! Cepat!
(Klik sini ya! - link whatsapp).
*
Ke dua-dua teknik ini menjadi dengan baik untuk buat #content iklan. Susun sahaja iklan kalian. Isnin berapa kali, selasa bagaimana, rabu jam berapa, khamis, jumaat sabtu dan ahad.
Susun sahaja apa produknya, kalian akan dapat hasil. Tenang-tenang selang selikan dengan posting crowd dan side. Supaya tidaklah semua posting di wall kalian adalah menjual.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc
35 316
Sentiasa rasa kita kurang baik dari orang lain. Sentiasa rasa orang lain lebih baik, lebih banyak pengalaman, lebih banyak ilmu dan amal.
Itu sifat orang merendah diri dan sentiasa nak baiki diri. Kita akan dapat banyak belajar dan timba berbagai ilmu.
Berbeza dengan jika kita rasa kita paling pandai. Kita paling betul, kita paling benar. Perbuatan ini akan buat kita tersisih dari ilmu dan banyaknya pengetahuan.
Ingat ini, waima kita ada berbuat baik kepada sesiapa, lupakan sahaja. Tak perlu kita ingatkan diri sendiri kita dah buat itu kita dah buat ini.
Namun jika mereka berbuat baik kepada kita, sentiasa ingati, sentiasa berdoa, sentiasa berharap banyaknya kebaikan dapat kembali kepada dia.
Kawan-kawan,
Buat baik sahaja di mana-mana tanpa ada rasa kita ini sangat baik. Kita hamba yang banyak dosa. Sentiasa kena bertaubat, sentiasa kena memohon keampunan Allah pada setiap masa.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
35 316
Apabila bermain di media sosial, perbanyakkan memakai topi manusia berbanding topi kedai. Susun atur posting perlu lebih meriah tentang kehidupan berbanding iklan-iklan.
Media sosial berputar tentang manusia yang punya titik persamaan yang tinggi.
Tentang makanan, pengembaraan, perjalanan, kehidupan, pekerjaan, keTuhanan, malah boleh sahaja tentang kesukaan.
35 316
Ramai yang dah mengikuti saya di Facebook mungkin tahu saya suka berkongsi bermacam perkara
Namun kali ini saya nak circle untuk saya kongsi perkara lebih "deep" dan lebih “big”. Yang pasti, saya hanya nak sampaikan kepada orang yang betul-betul berkehendak dan dahagakan perkongsian sebegini.
Jom, siapa yang nak sertai group ini, daftarlah sekarang. Sebagai permulaan, saya tak nak buka pendaftaran dengan harga terlalu mahal. Juga pada sama tidak percuma kepada semua.
Tak mahal pun mahar komitmen untuk sertai group ini. RM65 sahaja. Harga asal RM79.
Klik sini untuk sertai. Jadi orang terawal, boleh kita berkenalan dan beramah mesra. Nanti dah beribu, jadi macam kenduri berkejaran nak jumpa pakar itu pakar ini.
Sertai sekarang jom!
https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc
https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc
https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc
35 316
Untuk menulis iklan, gunakan formula ini:
5 status kehidupan : 1 status iklan.
Setiap 5 kali posting kehidupan, pekerjaan, ketuhanan, perjalanan, kesukaan dan maklumat, barulah diletakkan posting iklan.
Perbanyakkan posting untuk menambah 'crowd' dengan cara memberi ikan makan. Selepas ikan-ikan berkerumun, tebar jala.
35 316
Sekadar nak cerita bagaimana saya ubah cara berfikir lepas emak cakap kepada saya perkara ini:
1. Apabila kita rajin memasak, lantakkan orang malas. Allah beri keindahan kesedapan makanan itu dan pahala itu kepada kita, jangan hancurkan pahala itu dengan berbuat dosa mempertikai orang malas. Biarkan sahaja.
2. Apabila kita rajin mengemas, lantakkan orang malas. Allah beri kemahiran itu kepada kita untuk kita buat dan buat orang selesa. Maka kita buat sahaja tanpa pertikai orang lain. Jaga pahala sendiri.
3. Apabila kita rajin membasuh, rajin menolong itu ini, maka fokus kepada diri kita. Apa yang kita boleh buat, boleh bantu dan sebagainya. Kita takkan ada masa nak lihat kemalasan orang lain.
Kawan-kawan,
Dalam keluarga, akan ada yang super rajin. Ataupun dia sahaja yang kena suruh. Buat itu buat ini serba serbi dia kena.
Waktu dia penat, dia akan fikir kenapalah diri dia sahaja, sedangkan orang lain juga ada. Ha itulah pesan emak.
Bersyukur emak panggil kita bukan orang lain. Suara emak sebut nama kita itu sahaja pun sudah dikira sebagai keindahan paling besar semasa emak ayah kita masih ada. Maka, bersyukur dan gunakanlah sebaiknya.
Orang malas, orang taknak buat, orang tak peduli, itu hal orang.
Kita buat sahaja sebab kita rajin, kita ada kemahiran, kita ada keistimewaan itu.
Semua itu pahala yang buat murahnya rezeki, mudahnya perjalanan dan memakbulkan doa-doa kita
Jadi mula hari ini, berhenti merungut, berhenti mempertikai, berhenti melihat orang lain dan berhenti persoal. Buat sahaja okeh.
Kita takkan penat dengan berbuat baik. Semua itu janji Allah untuk dapat masuk syurga. Jaga pahala sebaiknya supaya tidak dirosakkan oleh dosa yang kita sendiri tak sedar.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Orang rajin tak ada masa nak tengok orang lain.
35 316
Alhamdulillah Group pertama dah masuk ke Circle Bisnes saya.
Mana yang ada masa nak baca apa dia #KHMBC ini boleh klik di sini ya,
https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc
35 316
Saya dapat duduk dengan guru saya tadi. Saya tanya beliau apa beliau buat selain dari bekerja keras setiap hari dan jadi jutawan, dermawan, hartawan sehingga hari ini?
Beliau jawab "bangun pagi, sedekah. Saya bawa duit ke surau masa solat subuh. Kalau time covid ni tak boleh ke surau, saya transfer jelah.
Nak tidur nanti, saya sedekah lagi.
Pagi sebab saya berterima kasih kepada Allah bangunkan saya lagi. Saya kena bantu orang. Saya kena mulakan hari saya dengan membantu.
Malam sebab saya tak mahu kalau-kalau saya tak bangun dah nanti, saya tak nak saya tak ada amalan terakhir. Saya nak sedekah itu jadi amalan terakhir saya. Pun sama saya transfer ja. Saya save siap-siap dah dalam aps bank. Buka ja, transfer."
Sampai sekarang saya masih terngiang. Besarnya pembelajaran hari ini.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak menangis pun ada.
35 316
Salam semua nurtizen tersayang. Saya buka 1 akaun back up haha.
Klik sini ya https://www.facebook.com/profile.php?id=100088225903516&mibextid=LQQJ4d
35 316
Saya di page lah. Haha. Cari Page nama sama Khairul Hakimin Muhammad, ada dalam 18k fans
35 316
Saya kena penjara dengan FB 2 hari. Hahahaha sebab ada perkataan lemas, tolak jatuh longkang.
Jadi bersabarlah semua merindui saya gituh.
