uk
Feedback
Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

Відкрити в Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨

Показати більше
5 133
Підписники
-324 години
-227 днів
-3130 день
Архів дописів
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 110 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Halo guys, Dipper here :D Dipper dah kabulkan request korang untuk nota & latihan, so nak tambah apa lagi? :) { Request for exercise & note, Part 2 }

Halo guys, Dipper here :D

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 111 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 112 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Guys, good luck untuk sejarah trials, you can do it!!!💪

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 113 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Halo, Dipper again Selamat petang semua, harap semua sihat. Untuk yang dah trial SK, macam mana? Dapat jawab ke tak? Cuba selit sikit subtopik mana yang masuk 😋 Dan untuk yang belum jawab macam Dipper lagi ni, ulangkaji lah ye, Trial nak dekat, pastu kelip-kelip mata, dah masuk sebenar 😭. So, jom kita fight semampu kita, dan kita bomkan satu negara (maksudnya dengan result yang cemerlang lah, bukan bom betul 😭)

Never gonna give you up Never gonna let you down Never gonna run around and, Deserve you { Petikan lirik dari lagu, "Never Gonna Give You Up" } - Admin Dipper

Never gonna give you up,

*COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE* DATE : 18 DECEMBER 2025 114 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Tarikh - tarikh penting for spmnetic intake 2026! 👊🏼
Tarikh - tarikh penting for spmnetic intake 2026! 👊🏼

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 125 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

TRIAL SPM SAINS KOMPUTER 2023 🪐 SELANGOR 🪐 PERAK 🪐 MELAKA 🪐 PERLIS 🪐 KEDAH 🪐 PAHANG 🪐 KELANTAN 🪐 SABAH

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 126 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

1 Day 1 Note SK :D Day 5 Tingkatan 4 Bab 1 —> 1.6 STRUKTUR DATA MODULAR —————————————————————————————— • STRUKTUR DATA : Satu kaedah tertentu untuk menyimpan secara tersusun data-data dalam ingatan supaya senang dicapai untuk diproses menjadi maklumat mengikut kehendak pengguna • Data boleh disusun dalam bentuk tatasusunan (Array) dan vector (vector), senarai pautan (linked list), timbunan (stack) dan giliran (queue) • Gunakan struktur yang sistematik untuk pemboleh ubah dan arahan semasa membangunkan atur cara • Pemboleh ubah boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dipanggil TATASUSUNAN • Arahan-arahan komputer juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dipanggil FUNGSI • Apabila diperlukan sahaja, kumpulan yang berkaitan akan dipanggil —————————————————————————————— 1.6.1 MENERANGKAN STRUKTUR TATASUSUNAN (ARRAY) SATU DIMENSI • Tatasusunan ialah pembolehubah yang membenarkan pengumpulan beberapa nilai data (elemen) pada satu masa dengan menyimpan setiap elemen dalam ruang memori yang diindeks • Pemboleh ubah ialah slot memori yang telah dikhaskan untuk menyimpan data • Biasanya, pembolehubah mudah hanya menyimpan satu nilai data pada satu masa Pengisytiharaan Tatasusunan
jenisData [] namaTatasusunan;
namaTatasusunan = new jenisData [saizTatasusunan];
Contoh:
int [] senaraiMarkah;
senaraiMarkah = new int [6];
Pengumpukan Tatasusunan • Pengisytiharan tatasusunan menyediakan ruang memori yang masih kosong • Nilai perlu diberikan melalui proses pengumpukan • Selepas diisytiharkan, nilai disusun dengan memanggil elemen tatasusunan satu demi satu Contoh:
senaraiMarkah [ 0 ] = 34 ;
senaraiMarkah [ 1 ] = 56 ;
senaraiMarkah [ 2 ] = 78 ;
senaraiMarkah [ 3 ] = 89 ;
senaraiMarkah [ 4 ] = 56 ;
senaraiMarkah [ 5 ] = 95 ;
{ Nak lagi nampak, rujuk pada gambar pertama } Pengumpukan Nilai Awal Tatasusunan Contoh:
int senaraiMarkah [ ] = { 34,56,78,89,56,95};
• Umpukan dibuat ketika melakukan pengisytiharan • Saiz dalam tatasusunan tidak perlu dimasukkan dalam tanda [ ] • Saiz tatasusunan ditentukan secara automatik berdasarkan bilangan data dalam kurungan { } • Semua data yang hendak disimpan ialah satu jenis yang sama Perbezaan Struktur Memori antara Pemboleh Ubah Mudah dengan Memori Tatasusunan Pemboleh Ubah Mudah,
int markah1 = 56, markah2 = 78, markah3 = 34;
Tatasusunan,
int markah [ ] = { 56,78,34};
Aturcara yang Menggunanakan Tatasusunan
package NamaFolder;

public class NamaFail {
    
    public static void main (String[] args) {

        String[] senaraiNama = {"Adam", "Alia", "Wong", "Devi"};
        int[] senaraiUmur = {16, 17, 16, 17};
        double[] senaraiTinggi = {182.1, 172.5, 173.2, 175.0};

        System.out.println("NAMA\tUMUR\tTINGGI");

        for (int i = 0; i < senaraiNama.length; i++) {
    
            System.out.println(senaraiNama[i] + "\t" + senaraiUmur[i] + "\t" + senaraiTinggi[i]);
    
        }
    }
}
{ Hasil rujuk pada gambar kedua }

photo content
+1

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 127 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

1 Day 1 Note SK :D Day 5 Tingkatan 4 Bab 1 —> 1.5 AMALAN BAIK PENGATURCARAAN —————————————————————————————— 1.5.1 MEMBEZAKAN JENIS RALAT DALAM ATUR CARA Jenis Ralat Algoritma 1) Ralat Sintaks • Kesalahan tatabahasa seperti salah ejaan atau tatatanda • Penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali 2) Ralat Logik • Berlaku apabila atur cara tidak berfungsi seperti yang diingini • Jarang atau tidak dapat dikesan oleh pengkompil • Hanya pengaturcara yang boleh mengesan melalui output yang dihasilkan • Pengatur cara perlu memeriksa semua aspek output projek 3) Ralat Masa Larian • Ralat yang ditemui ketika aturcara yang sedang berjalan terganggu akibat beberapa faktor • Berlaku sekiranya pengatur cara cuba melaksanakan operasi aritmetik yang mustahil —————————————————————————————— 1.5.2 MENGESAN, MENGENALPASTI, MENTERJEMAH MESEJ RALAT DAN MEMBAIKI RALAT 1) Semak semula atur cara pada bahagian pengisytiharan 2) Pastikan semua tatatanda ditaip dengan lengkap 3) Pastikan nama pemboleh ubah yang diisytiharkan adalah sama dengan nama yang yang akan dipanggil balik dalam atur cara ( semak ejaan & penggunaan huruf besar/kecil) 4) Baiki ralat yang dikenalpasti —————————————————————————————— 1.5.3 MENGENALPASTI NILAI BAGI PEMBOLEH UBAH PADA BAHAGIAN TERTENTU ATUR CARA
public class NamaFail {
    public static void main(String[]args) {
        int jejari = 5;
        double LuasBulatan;
        final double PI = 3.142;

        LuasBulatan = PI * jejari * jejari;

        System.out.println("Luas bulatan ialah" + LuasBulatan);
    }
}
Pemboleh Ubah, Item Pemboleh Ubah = INPUT -> jejari & OUTPUT -> luas Nilai (Data Pemboleh Ubah) = INPUT -> 5 & OUTPUT -> 78.55 —————————————————————————————— 1.5.4 MENGHASILKAN ATUR CARA YANG MUDAH DIBACA DENGAN MENGGUNAKAN GAYA YANG BAIK Gaya Atur Cara yang Baik, i. Guna nama pemboleh ubah yang bermakna • Nama pemboleh ubah yang mempunyai ejaan yang ringkas dan bermakna ii. Inden yang selesa untuk dibaca • Merujuk kepada cara penulisan atur cara yang memudahkan pembacaan • Pembacaan atur cara akan dimulakan dengan inden iaitu barisan teks berada di beberapa kedudukan aksara ke dalam, dari jidar kiri atau kanan halaman iii. Letak komen pada setiap fungsi • Penanda yang dibuat oleh pengatur cara untuk setiap atur cara yang di bina • Dalam Java , kod komen perlu mengikut sintaks yang ditetapkan untuk mengelak ralat sintaks Jenis Komen,
// -> Pengkompil mengabaikan semua teks bermula dengan // hingga teks terakhir ayat yang sama

/* */ --> Pengkompil mengabaikan semua teks yang berada dalam /* hingga ke /* walaupun pada baris berlainan

/** */ --> Komen dokumentasi. Pengkompil mengabaikan komen ini sama seperti komen /*
—————————————————————————————— Source from this website

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 118 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥