uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 292 підписників, посідаючи 962 місце в категорії Діти та сім'я та 2 359 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 292 підписників.

За останніми даними від 18 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -121, а за останні 24 години на 0, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.62%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.50% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 915 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 407 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 19 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 292
Підписники
Немає даних24 години
-247 днів
-12130 день
Архів дописів
6 Pit Stop Dalam Kehidupan ‘Parenting Journey’ Kita… Dalam kehidupan parenting dan perjalanan parenting kita semua, sangat penting untuk ada, sedar dan punyai matlamat jelas, yang dinamakan matlamat keibubapaan diri kita, dan terus fokus apabila kita sudah jelas dan tahu apa yang nak dicapai (ia berbeza setiap individu/keluarga). https://maznahibrahim.com/6-pit-stop-dalam-kehidupan-parenting-journey-kita/

Sungguh saya kagum kepada anda semua Yang sentiasa berusaha nak beri yang terbaik kepada anak-anak, Yang berusaha memahami pasangan, Yang berusaha break the cycle dan meraih ilmu parenting. Allah tengok usaha kita. InsyaAllah. Terus positif dan beri yang terbaik, Never stop learning and doing, Be with the right circle, Do the self care. . Maznah Ibrahim Telegram channel saya terbuka untuk semua, keibubapaan positif dan psikologi anak 🧩🧩🧩T.mazn.me/chan

photo content

Dah puji pasangan kita ke? Mereka memang takkan sempurna mana, Namun mereka merupakan ibu ayah ter 'perfect' pada pandangan mata anak-anak, Hargai mereka, pujilah mereka. Nyatakan ia sebelum terlambat. Bila asyik komplen aja, anak-anak pun pandai sangat la komplen mak ayah dia kan 😏. Jum ubah. *Boleh ubah skrip ikut kesesuaian karektor pasangan kita, mungkin dia paling rajin sebab kita paling 'tak rajin' nak basuh kencing/berak anak, jadi katakan ajalah dia paling rajin dalam dunia ni 😁(dunia keluarga kecil kita yang tak sama dengan dunia besar sedunia tu, gitew...) Maznah Ibrahim. Jum join channel telegram saya untuk sentiasa mendapat motivasi positif sebagai #ibubapakini di sini: t.mazn.me/chan

photo content

photo content

photo content

Tambahan sharing mengenai pujian kpd anak yang belum bercakap 🥰 Terima kasih Pn Siti Said 👇

Kehidupan memang tidak ada yang mudah. Kejayaan hadir setelah hadapi susah. Nampak indah di atasnya atau di luarnya, Ketahuilah mereka telah ada jerih payah di bawah atau di belakangnya. Pelangi amat indah dan berlapis-lapis 7 warna, Ia hadir setelah hujan turun, Bersama panas setelah itu. Wahai IbuAyah, Menangis hari ini, mungkin anda akan tersenyum di kemudian hari, Ketahuilah bersama kesulitan itu ada kemudahan sekali, Sentiasa kembali kepada Dia Yang Maha Tahu, Kerja kita sentiasa perbuat dan usaha, Menuruti landasanNya, Doa tidak putus. Selamat malam dan teruskan hari esok dengan sinar positif, Bahagia, indah, menghargai. Senyum lebar lebar tau. Maznah Ibrahim.

photo content

Bila ditanya, bila boleh mula puji anak? Seawal yang boleh, kat saya. Hatta dalam kandungan (contoh semasa dia respon kepada cahaya yang anda suluhkan atau lagu-laguan spritual/stimulasi yang anda perdengarkan, atau anda sedang makan makanan gembira anda dia summersault berpusing dan dia respon bila ayah dia atau adik beradiknya tiup 'bubble' di perut anda), Mahupun semasa di labour room setelah berjumpa live dengan dia, Dia pandai menyusu anda secara semulajadi tanpa diajar, Dia kelihatan mendengar sewaktu anda berbicara, Ataupun sewaktu pantang anda, Bermacam tingkahlaku baiknya, Mahupun sewaktu usia mobile nya, Menjulur merangkak berjalannya, Hmm bebila masa aja. *contoh-contoh kecil ini adalah sebahagian dari momen sebenar yang saya lakukan untuk ketiga-tiga anak saya sejak dalam kandungan lagi . . Cuma, pastikan puji usaha dan kelakuannya, Bukan orangnya. Biar spesifik bukan umum. Jelas. Dan ia berterusan, sampai dia besar. . . Sebab kecil-kecil banyak nak dipuji, Besar besar banyak nak dimarahi/ditegur kan? . Jadi sesekali anak dah besar tu, panggil dia dan nyatakan apa yang anda kagum kepadanya sangat. . . Tengahari tadi, Saya peluk kuat-kuat Khairunnisa', cium tepi dahinya dan nyatakan kepadanya betapa saya kagum dengan kesabaran dan kelembutan dia bila Yumna 2 tahun tarik rambut dia, dia tak balas dan tak marah Yumna, Bila dia kuat semangat dan boleh happy go lucky walau dia ada momen amat sedih dan menjerit kesakitan (mummy pun rasa sakit hati sedih bila dengar jeritannya) bila mandi kerana kesan garuan ekzemanya sesekali. . Fateh juga walau amat tegas, garang dan sesekali kasar, namun amat bertanggungjawab dan akan melaksana apa jua arahan, tugasan, mahupun peraturan rumah yang diingatkan, walau dalam keadaan mulut dia mengomel ngomel bising, kami nyatakan kebaikan uniknya kepadanya selepas solat jemaah kami sekeluarga bersama. Dan Yumna yang amat bijak, manis, suka makan buah, panjang akal dan berusaha, untuk fasa autonomi dan 'explorace'nya itu, dia sendiri akan menunjukkan hasilnya (show off budak kecil usia ni), pujian terus diberi untuk hasil kerja, juga selalu dapat ciuman dan tepukan diberi tanda sokongan kepada fasanya ini. . . Setiap anak ada kekuatan, keunikan, Cari kebaikan kecil dia dan puji besar-besaran, Ia tangki emosi 'words of affirmation'. Biar dia penuh dengan penjelasan dalam dirinya, dan fikirannya akan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka tentang perilakunya, dan makna teguran kita, bukan yang penuh dengan kekeliruan apabila dimarahi tak bertempat tak kira masa, apa aku buat ni semua salah aja ke. . Puji. Berterusan. Dengan kaedah pujian yang betul. Ia tak luak, tak mengulit mimpi anak, Kerana ia diletakkan pada tempat dan haknya, Ia tangki pengesahan perkataan yang ramai orang dewasa masih terkial-kial mencari dan cuba mendapatkan dari orang lain, Tiada keyakinan diri, mencari-cari nilai diri. Asbab masa kecilnya tidak dapat pujian dan pengesahan dari sang Ibu Ayah yang sebenarnya wajib nyatakan kepadanya. Refleksi, Maznah Ibrahim. Jom join telegram channel saya untuk sama-sama reminder bagi keibubapaan positif dan supportive di sini : t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Kelas Webinar PERCUMA Ini Dibuka Untuk Lima Hari Saja Bermula Hari Ini (5-9 Julai 2020) Pendidikan Seksualiti Anak: Bila dan Bagaimana Nak Mula? ... Seksualiti adalah satu ilmu kemanusiaan dan merupakan suatu 'human beings' atau seiring dengan kejadian/fitrah manusia itu sendiri. Ia bukan asing. Ia sama seperti ilmu perkembangan kanak-kanak dalam aspek lain seperti perkembangan fizikal (pertumbuhan, ketinggian, gigi dll), kognitif (pemikiran), emosi-sosial, bahasa dan moral. Ia juga turut meliputi semua anak tidak kira normal/tipikal atau anak istimewa/berkeperluan khas. Baca lanjut: https://maznahibrahim.com/pendidikan-seksualiti-anak-bila-dan-bagaimana-nak-mula/

photo content

Segmen Saya di Live Astro Prima Mengenai Depresi Di Kalangan Kanak-kanak Terima kasih kepada anda semua yang selalu memberi semangat dan inspirasi kepada saya secara berterusan, melalui apa jua cara. Semoga kita semua sentiasa cakna mengenai isu kesihatan mental anak-anak kita yang merupakan bakal pemimpin dunia akan datang dan mampu memberi sokongan kepada anak-anak kita pada masa kini dan akan datang pada saat mereka memerlukan... https://maznahibrahim.com/depresi-kanak-kanak-perspektif-keibubapaan/

Masa anak usia emas (golden age 0-6 tahun) memang emas kan !!! Masa kita dah warga emas (> 60 tahun) pula adalah waktu meraih nilai 'emas' sewaktu anak usia emas itu.... Hmm Maznah Ibrahim Jum sama sama remind diri untuk hargai momen parentinghood kita, join telegram channel saya di sini 😊 🧩🧩🧩 T.mazn.me/chan

photo content

photo content

Setuju ? Semoga kita menjadi #IbuBapaKini yang humble, sporting dan disayangi malah dihormati oleh anak-anak semua 😊 ❤👍. Maznah Ibrahim