Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 292 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 962,并在 马来西亚 地区排名第 2 359 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 292 名订阅者。
根据 18 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -121,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.62%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.50% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 915 次浏览,首日通常累积 407 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 19 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 292
订阅者
无数据24 小时
-247 天
-12130 天
帖子存档
16 292
6 Pit Stop Dalam Kehidupan ‘Parenting Journey’ Kita…
Dalam kehidupan parenting dan perjalanan parenting kita semua, sangat penting untuk ada, sedar dan punyai matlamat jelas, yang dinamakan matlamat keibubapaan diri kita, dan terus fokus apabila kita sudah jelas dan tahu apa yang nak dicapai (ia berbeza setiap individu/keluarga).
https://maznahibrahim.com/6-pit-stop-dalam-kehidupan-parenting-journey-kita/
16 292
Sungguh saya kagum kepada anda semua
Yang sentiasa berusaha nak beri yang terbaik kepada anak-anak,
Yang berusaha memahami pasangan,
Yang berusaha break the cycle dan meraih ilmu parenting.
Allah tengok usaha kita.
InsyaAllah.
Terus positif dan beri yang terbaik,
Never stop learning and doing,
Be with the right circle,
Do the self care.
.
Maznah Ibrahim
Telegram channel saya terbuka untuk semua, keibubapaan positif dan psikologi anak
🧩🧩🧩T.mazn.me/chan
16 292
Dah puji pasangan kita ke?
Mereka memang takkan sempurna mana,
Namun mereka merupakan ibu ayah ter 'perfect' pada pandangan mata anak-anak,
Hargai mereka, pujilah mereka.
Nyatakan ia sebelum terlambat.
Bila asyik komplen aja,
anak-anak pun pandai sangat la komplen mak ayah dia kan 😏.
Jum ubah.
*Boleh ubah skrip ikut kesesuaian karektor pasangan kita,
mungkin dia paling rajin sebab kita paling 'tak rajin' nak basuh kencing/berak anak, jadi katakan ajalah dia paling rajin dalam dunia ni 😁(dunia keluarga kecil kita yang tak sama dengan dunia besar sedunia tu, gitew...)
Maznah Ibrahim.
Jum join channel telegram saya untuk sentiasa mendapat motivasi positif sebagai #ibubapakini di sini:
t.mazn.me/chan
16 292
Tambahan sharing mengenai pujian kpd anak yang belum bercakap 🥰
Terima kasih Pn Siti Said 👇
16 292
Kehidupan memang tidak ada yang mudah.
Kejayaan hadir setelah hadapi susah.
Nampak indah di atasnya atau di luarnya,
Ketahuilah mereka telah ada jerih payah di bawah atau di belakangnya.
Pelangi amat indah dan berlapis-lapis 7 warna,
Ia hadir setelah hujan turun,
Bersama panas setelah itu.
Wahai IbuAyah,
Menangis hari ini, mungkin anda akan tersenyum di kemudian hari,
Ketahuilah bersama kesulitan itu ada kemudahan sekali,
Sentiasa kembali kepada Dia Yang Maha Tahu,
Kerja kita sentiasa perbuat dan usaha,
Menuruti landasanNya,
Doa tidak putus.
Selamat malam dan teruskan hari esok dengan sinar positif,
Bahagia, indah, menghargai.
Senyum lebar lebar tau.
Maznah Ibrahim.
16 292
Bila ditanya, bila boleh mula puji anak?
Seawal yang boleh, kat saya.
Hatta dalam kandungan (contoh semasa dia respon kepada cahaya yang anda suluhkan atau lagu-laguan spritual/stimulasi yang anda perdengarkan, atau anda sedang makan makanan gembira anda dia summersault berpusing dan dia respon bila ayah dia atau adik beradiknya tiup 'bubble' di perut anda),
Mahupun semasa di labour room setelah berjumpa live dengan dia,
Dia pandai menyusu anda secara semulajadi tanpa diajar,
Dia kelihatan mendengar sewaktu anda berbicara,
Ataupun sewaktu pantang anda,
Bermacam tingkahlaku baiknya,
Mahupun sewaktu usia mobile nya,
Menjulur merangkak berjalannya,
Hmm bebila masa aja.
*contoh-contoh kecil ini adalah sebahagian dari momen sebenar yang saya lakukan untuk ketiga-tiga anak saya sejak dalam kandungan lagi
.
.
Cuma,
pastikan puji usaha dan kelakuannya,
Bukan orangnya.
Biar spesifik bukan umum.
Jelas.
Dan ia berterusan, sampai dia besar.
.
.
Sebab kecil-kecil banyak nak dipuji,
Besar besar banyak nak dimarahi/ditegur kan?
.
Jadi sesekali anak dah besar tu, panggil dia dan nyatakan apa yang anda kagum kepadanya sangat.
.
.
Tengahari tadi,
Saya peluk kuat-kuat Khairunnisa', cium tepi dahinya dan nyatakan kepadanya betapa saya kagum dengan kesabaran dan kelembutan dia bila Yumna 2 tahun tarik rambut dia, dia tak balas dan tak marah Yumna,
Bila dia kuat semangat dan boleh happy go lucky walau dia ada momen amat sedih dan menjerit kesakitan (mummy pun rasa sakit hati sedih bila dengar jeritannya) bila mandi kerana kesan garuan ekzemanya sesekali.
.
Fateh juga walau amat tegas, garang dan sesekali kasar, namun amat bertanggungjawab dan akan melaksana apa jua arahan, tugasan, mahupun peraturan rumah yang diingatkan,
walau dalam keadaan mulut dia mengomel ngomel bising,
kami nyatakan kebaikan uniknya kepadanya selepas solat jemaah kami sekeluarga bersama.
Dan Yumna yang amat bijak, manis, suka makan buah, panjang akal dan berusaha, untuk fasa autonomi dan 'explorace'nya itu, dia sendiri akan menunjukkan hasilnya (show off budak kecil usia ni), pujian terus diberi untuk hasil kerja, juga selalu dapat ciuman dan tepukan diberi tanda sokongan kepada fasanya ini.
.
.
Setiap anak ada kekuatan, keunikan,
Cari kebaikan kecil dia dan puji besar-besaran,
Ia tangki emosi 'words of affirmation'.
Biar dia penuh dengan penjelasan dalam dirinya, dan fikirannya akan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka tentang perilakunya, dan makna teguran kita,
bukan yang penuh dengan kekeliruan apabila dimarahi tak bertempat tak kira masa, apa aku buat ni semua salah aja ke.
.
Puji.
Berterusan.
Dengan kaedah pujian yang betul.
Ia tak luak, tak mengulit mimpi anak,
Kerana ia diletakkan pada tempat dan haknya,
Ia tangki pengesahan perkataan yang ramai orang dewasa masih terkial-kial mencari dan cuba mendapatkan dari orang lain,
Tiada keyakinan diri, mencari-cari nilai diri.
Asbab masa kecilnya tidak dapat pujian dan pengesahan dari sang Ibu Ayah yang sebenarnya wajib nyatakan kepadanya.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Jom join telegram channel saya untuk sama-sama reminder bagi keibubapaan positif dan supportive di sini :
t.mazn.me/chan
16 292
Kelas Webinar PERCUMA Ini Dibuka Untuk Lima Hari Saja Bermula Hari Ini (5-9 Julai 2020)
Pendidikan Seksualiti Anak: Bila dan Bagaimana Nak Mula?
...
Seksualiti adalah satu ilmu kemanusiaan dan merupakan suatu 'human beings' atau seiring dengan kejadian/fitrah manusia itu sendiri.
Ia bukan asing. Ia sama seperti ilmu perkembangan kanak-kanak dalam aspek lain seperti perkembangan fizikal (pertumbuhan, ketinggian, gigi dll), kognitif (pemikiran), emosi-sosial, bahasa dan moral. Ia juga turut meliputi semua anak tidak kira normal/tipikal atau anak istimewa/berkeperluan khas.
Baca lanjut:
https://maznahibrahim.com/pendidikan-seksualiti-anak-bila-dan-bagaimana-nak-mula/
16 292
Segmen Saya di
Live Astro Prima Mengenai Depresi Di Kalangan Kanak-kanak
Terima kasih kepada anda semua yang selalu memberi semangat dan inspirasi kepada saya secara berterusan, melalui apa jua cara. Semoga kita semua sentiasa cakna mengenai isu kesihatan mental anak-anak kita yang merupakan bakal pemimpin dunia akan datang dan mampu memberi sokongan kepada anak-anak kita pada masa kini dan akan datang pada saat mereka memerlukan...
https://maznahibrahim.com/depresi-kanak-kanak-perspektif-keibubapaan/
16 292
Masa anak usia emas (golden age 0-6 tahun) memang emas kan !!!
Masa kita dah warga emas (> 60 tahun) pula adalah waktu meraih nilai 'emas' sewaktu anak usia emas itu....
Hmm
Maznah Ibrahim
Jum sama sama remind diri untuk hargai momen parentinghood kita, join telegram channel saya di sini 😊
🧩🧩🧩 T.mazn.me/chan
16 292
Setuju ?
Semoga kita menjadi #IbuBapaKini yang humble,
sporting dan disayangi malah dihormati oleh anak-anak semua 😊 ❤👍.
Maznah Ibrahim
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
