uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 285 підписників, посідаючи 962 місце в категорії Діти та сім'я та 2 359 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 285 підписників.

За останніми даними від 19 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -118, а за останні 24 години на -2, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.83%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.61% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 950 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 426 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 20 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 285
Підписники
-224 години
-237 днів
-11830 день
Архів дописів
TIPS KEIBUBAPAAN #81 ( Nak Kurangkan Anak Guna Gajet ) Antara strategi berkesan nak kurangkan anak guna gajet ialah, Jadikan BUKU sebagai gajet istimewa. Anak kini ramai tak suka menulis. Mereka nampak kita, ibubapa kurang menulis guna pensil pen ni. Kita lebih banyak menaip di laptop dan handphone atau ipad. Maka, jadilah anak-anak ini pengguna tegar gajets walau belum usia, dan fungsi gajet mereka sekadar banyak hiburan bukan pelajaran (ada juga yang berjaya guna gajets more to learning dan terima/beri manfaat yang baik sekali). Cara nak elak anak guna banyak gajets ini ialah kita modelkan dulu. Satu darinya, Marilah membaca buku fizikal di waktu mereka leka bermain dan tidak kelihatan perlukan engagement tinggi dari kita (waktu dia free play/ unstructured play tu). Buku kita kan banyak. Tak habis habis baca, asyik beli aja 😆 Dapat dua mukasurat pun jadik lah. Orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit tu. Dapat puluh puluh mukasurat laaagilah baik 🤣. Nanti anak qurious apa mak ayah buat tu? Macam khusyuk aja. Nak join lah. Mulalah si cenonet toddler ni confirm akan menyelit dan nak tengok sekali apa dibaca tu Oh, tulisan banyak, tak faham, tapi mesti best. Sebab mak ayah macam khusyuk sangat (anak tak boleh baca buku tulisan kecil tu tapi mereka sangat expert dalam 'membaca' emosi mak ayah dia). Lepas tu, Tulislah atau lukislah semula apa dah baca dan faham tu ke atas kertas besar kosong. Explain balik, cerita kat anak. Secara tak langsung kefahaman #IbuBapaKini akan meningkat, Dan menguji kekreativitian mak ayah dalam menjelaskan kepada orang lain, special group iaitu crowd anak kecil, dengan cara yang menarik nak bagi depa faham, heheh. Slot ini juga amat unik sebab takda guru dia di sekolah buat pdp macam ni 😆👍👍👍.cerita topik orang besar tapi cara dan perspektif orang kecil. . Kebaikan Membaca dan Terang Balik -------------------------------------------------- Biasanya kefahaman akan lebih baik sebab berlaku proses sintesis - baca, faham, ulang balik, timbul idea baru dari apa difaham tu 😍 (level master tuh). Katakan pada anak, mak ayah dapat konten ajar tadi ni dari buku nun di sana tu.. Best kan baca buku, ada perkara menarik yang tak ada dalam tv. Anak-anak juga boleh jadi macam tu, cuma beza bahan buku sajalah iaitu buku kanak-kanak. Siapa nak baca dan cerita semula kepada penonton (seluruh isi keluarga)? Nanti mak ayah beri hadiah istimewa ya. . Mudahan kita membentuk generasi ulul albab yang cintakan buku, cintakan ilmu, dan menghormati dan sukakan proses pembelajaran yang menggunakan kaedah manual, tradisi dan induktif. Sekian, celoteh pagi ini (rescheduled post, malam2 refleksi) Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Ibu Ayah di sini ada jerit jerit banyak kepada anak untuk kontrol anak di sepanjang #dudukrumah ni? Ataupun ada dengar orang sebelah, orang belakang, jerit kat anak, dan outputnya anak juga banyak jerit kat mak ayah dia 😣 Buku Screaming Free Parenting masih ada baki 6 buah 😍 Boleh dapatkan dengan Pn Farahliza Ismail Di www.wasap.my/60177080038/ScreamingFree Buku yang highly recommended sebab mudah faham dan banyak latihan membetulkan kepercayaan silap kita selama ini 👍👍 (elok sangat bagi suami baca, sebab penulisnya lelaki dan dia banyak touch on tugas keibubapaan ni lebih kepada bahu ayah sebenarnya...😊) Kalau anda bukan jenis jerit pun, buku ni sangat bagus, buka minda dan beri paradigma baru dalam parenting yang lebih positif dan empati kepada anak-anak kita.👍 Saya dah dua kali baca balik, memang tak rugi miliki dan baca banyak kali, sebab ia best sangat, harga pun sangat berbaloi. Bawah RM20 aja. Boleh juga hadiahkan kat orang belakang rumah beri suprise kat dia, maybe dia tak tahu cara lain selain jerit kat anak..... p/s Pat Pat Siku Lipat.. 😉 Maznah Ibrahim

photo content

Penerangan Slot Masa Pilihan Untuk Sesi Live FB Bersama Saya Pilihan Vote: 1) Pukul 10.30 malam setelah anak tidur. Saya perlu siap awal, seperti makan malam, aktiviti dengan anak sebelum tidur, masuk bilik tidur awal agar anak tidur awal dan saya boleh fokus sesi Live dengan Pn Maznah itu. Cumanya saya akan tidur lewat sedikit sekitar 12 am ke atas. Ada kemungkinan tidur lewat saya juga akan bangun lewat. Maka saya juga perlu pastikan saya telah tidur 27 min (sekitar 30min) tengahari agar tidur malam yg sedikit ini dapat dicover oleh tidur tengahari itu kerana tidur tengahari 27 min itu dapat meningkatkan kualiti tidur malam sebanyak 33%. . 2) Pukul 4.30-5.30 pagi. Saya perlu tidur bersama anak awal sekitar 10pm, dan bangun semula sekitar 4am. Kelebihannya anak juga suka mak ayah tidur sekali dengan mereka. Saya dapat tidur kualiti selama 10 jam tidur sebab tidur pukul 9pm-12am ialah 300% kualiti, iaitu: 10-12mlm = 2jam x 3 jam = 6 jam tidur kualiti 12mlm - 4pagi = 4 jam tidur biasa Total jam saya tidur sebenarnya ialah 6+4=10 jam Bangun 4am tu saya boleh siap-siap, mungkin solat sunat, dan sedia untuk sesi Live dengan Pn Maznah. Selesai 5.30 am saya boleh sedia untuk Quran Hour dan Solat Subuh awal, senaman, dan siapkan keperluan rumah seperti memasak dan kejutkan anak. Fresh gitu. *Tidur yang cukup kuantiti dan kualiti bantu clear kan toksin di otak, meningkatkan keupayaan prefontal cortex (pfc) saya dalam membuat keputusan = bermakna tindakan saya akan tidak dipengaruhi banyak oleh emosi (emotional /mammalian brain) tetapi oleh otak rasional (human brain) = mood stabil, kawalan emosi baik, jadi manusia waras (kurang marah anak)

Pukul berapakah anda selesa untuk Sesi FB Live bersama saya ? public poll Pukul 10.30 malam setelah anak tidur (perlu siap awal untuk sediakan anak-anak tidur agar saya fokus). Cumanya saya akan tidur l – 81 👍👍👍👍👍👍👍 70% Pukul 4.30-5.30 pagi iaitu saya tidur sama anak dalam pukul 10pm - 4am, kemudian bangun untuk Sesi Live (boleh tunaikan solat su – 35 👍👍👍 30% 👥 116 people voted so far. Poll closed.

@vote Pukul berapakah anda selesa untuk Sesi FB Live bersama saya ?

LINK BAHAN /SHEET AKTIVITI COPING STRATEGIES WHEEL ANAK BOY AND GIRL https://copingstrategies.zkart.com https://copingstrategies.zkart.com https://copingstrategies.zkart.com

photo content

photo content

photo content

Assalamulaikum, dan Selamat Pagi semua 😍. Terima kasih kepada semua penonton malam tadi. Tak sangka sampai 2 jam, Boleh tonton rakaman semula ya Saya doakan, Kita positif dan mulakan hari ini dengan apa saja yang kita fikir nak dimulakan. Sekecil hari ini nak fokus aktiviti dengan anak, hari ini nak happy happy aja dengan anak, dan hari ini nak cakap baik-baik dengan anak. Haha kecil tapi besar maknanya contoh di atas ini ya 😄. . . Dari sesi live semalam, Dalam telegram channel saya, saya akan add: 1- zikir asmaulhusna untuk suami isteri 2- soalan poll - sesi live saya seterusnya 2 masa cadangan (hehe) 3-link aktiviti coping strategies wheel anak boy and girl . Live saya seterusnya, saya akan pastikan pendek, padat n sweet aja dan cover topik kecil (semalam tajuk besar seluruhnya stress kanak-kanak). . Dalam post seterusnya - saya akan up semula video bersiri pendek pernah saya buat berkenaan gaduh adik beradik (ada 2), mudahan membantu anda dalam tangani anak-anak bergaduh ini ya. *Maklumla mereka ni 24-7 di rumah, sedang lidah lagi tergigit kan (lidah dan gigi duduk dalam mulut sama-sama sejak azali tak pernah berpisah sementara, anak kita dulu sebelum PKP ada laaa berpisah sementara iaitu pergi sekolah/kelas masing-masing, ada aktiviti masing-masing kan. Inilah sebenarnya peluang untuk anak anak nak belajar cara handle konflik adik beradik iaitu pengurusan konflik dalam hidup mereka kelak). . . CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

TIPS KEIBUBAPAAN #80 ( KEUTUHAN ELEMEN SPIRITUAL ) Jati diri, kekuatan diri, positiviti seorang ibubapa seluruhnya sebenarnya banyak bergantung kepada hubungannya dengan Pencipta, iaitu elemen spiritual. Ia protective factor, faktor pelindung yang melindungi diri seseorang individu dari perkara kurang elok atau negativiti. Amalan spiritual (tak boleh diukur/judge oleh manusia biasa melainkan Tuhan), faktor genetik dan persekitaran semasa boleh memberi tekanan melampau juga hingga spiritual boleh tergugat dan tak dapat membantu jati diri seseorang individu. Tapi ingat, possibility untuk sembuh atau melawan anasir luar itu ada, dari spiritual yang ditanam sejak awal lagi yang amat kukuh, secara natural dan 'rasa koneksi selamat/percaya', bukan paksa/ikutan (ugutan-rasa tak selamat-takut-->tak percaya Tuhan). God-centered adalah logik, sains, dan benar. Tuhan dan Sains tidak dapat dipisahkan. Kita strategisekan pengurusan stres kita seharian, walau kecil, dengan elemen spiritual. Ia sebahagian kecil penerangan malam ini dalam FB Live untuk anda #IbuBapaKini yang prihatin bagi stress management dan coping skill untuk anak anda sejak kecil. CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

TIPS KEIBUBAPAAN #79 ( JAGA PERUT / MAKAN ) Jaga perut anak dan semua ahli keluarga agar cukup makan. Namun jaga juga 'apa' yang dimakan. Perut adalah otak kedua, ada lebih dari 100 juta saraf/neuron-neuron yang sama macam fungsi otak (otak sendiri mengandungi 86 bilion neuron manakala otak ketiga iaitu jantung mengandungi > 40 ribu neuron); yang juga pengaruhi mood, perilaku dan kesihatan mental kita. Saya bukan pakar pemakanan atau pakar otak, tapi saya suka nak tahu faktor yang pengaruhi emosi, dari pembacaan saya. Lebih dari separuh hormon dopamin dan >90% serotonin, dua jenis hormon yang berkait dengan emosi gembira, dihasilkan oleh bakteria di usus. Sebab tu orang lama kata gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati kan 🤣. Jadi untuk anak sihat minda dan emosi selain fizikal nya:- 🍽 haruslah dijaga makan minumnya = apa dimakan & diminumnya, ⏱ terjaga & teratur timing makan minumnya --> agar emosi mereka terpelihara akan mood gembira nya... dan sihat tubuh fizikalnya juga ok. Ia sebahagian kecil dari strategi yang akan dikupaskan dalam Live FB malam ini insyaAllah. Stay tune..... CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Assalamualaikum, Selamat Pagi! Anda semua ibu hebat yang bersabar dalam tempoh PKP ini, Menjadi ibu sepenuh masa, menjadi pekerja part time, menjadi pelajar kursus online, menjadi cheff terbaik, menjadi pengasuh, menjadi guru, menjadi 'kawan sebaya' anak...menjadi coach anak, menjadi guru tuition anak, menjadi ustaz/ustazah anak, menjadi 'abang/kakak sekolah' anak... Anda memang telah multitask sungguh! Kekuatan rohani/jiwa ahli rumah anda kerana anda adalah ibu awesome! Tak perlu sempurna tapi dah lalui fasa 1 bulan ini. Syabas. Allah dan Rasul sayang anda. Negara Malaysia sayang anda. Anak-anak anda dan suami anda bertuah memiliki anda sebagai ibu awesome dan amat menghargai anda sebenarnya...🌷💝 Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Maaf semua, Tiada rezeki malam ini (tadi). Isu teknikal. InsyaAllah kita akan Live esok, Khamis, 10.30pm ya 😊 Doa doa semuanya baik dan lancar juga ya. Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim - Статистика та аналітика Telegram каналу @ehsabar