uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 258 підписників, посідаючи 965 місце в категорії Діти та сім'я та 2 351 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 258 підписників.

За останніми даними від 27 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -114, а за останні 24 години на -5, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.48%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.55% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 891 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 415 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 28 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 258
Підписники
-524 години
-217 днів
-11430 день
Архів дописів
photo content

Self Esteem is The Key Self esteem atau Estim Diri adalah sub kepada konsep kendiri, siapa saya. Dalam Self Esteem ada 7 sub lagi.😂 Panjang pula jika go thru teoritikal nya. Saya diminta bos masa kerja NGO dulu untuk buat modul Self Esteem untuk kanak-kanak prevention iaitu pencegahan kepada penderaan seksual kanak-kanak. Jelas, kanak-kanak diajar seni pertahan diri, atau skill dalam 'personal safety' cegah penderaan seksual, tetap tidak mampu pertahankan diri kerana low self esteem. Mudah nya, bila rasa diri tak bagus, tak penting dsb, Estim diri jatuh, keyakinan diri jatuh. Saya ada projek buku self esteem untun Fateh. Akan dikongsikan. Panjang asal usul macam mana saya trigger nak buat. Ianya memang ilham Allah. Nantikan ya. Maznah Ibrahim.

Tidak dapat share video Jog Fateh di FB Page, saya share di sini ya. . Ya, amat penting ruang dalam rumah selain luar rumah untuk bergerak pantas luahkan emosi. . Antaranya jogging sihat macam ni. . Biasanya saya minta buat secara 20 pusingan. . Video atas ni bila dia nak bakar kalori sebab nak makan aiskrim 😂. . Dulu, bila dia ada buat hal, saya tidak pernah denda untuk berdiri statik, tapi saya lebih kepada berlari bulatan. . Dia memang sesuai. Pabila tak ingat surah hafazan pun, sambil recite surah dan berlari bulatan, dia akan mudah ingat. . Raikan caragaya unik anak. . Boleh cuba jika sesuai dan berkesan. . Intipati penerangan saya berkenaan ini, mengapa dan bagaimana, banyak dalam Seminar EHSABAR berkaitan emosi di badan, bahagian badan mana secara spesifik. . Jika anak jenis di tangan, boleh punching bag/contengan lukisan. . Jika anak emosi marah dan stres banyak di kaki, sesuai jogging, lompat tranpoline dan tendang bola/kayuh basikal. . Cubalah, . Doakan dapat hadiri Seminar EHSABAR untuk pelajari Sains Anggota Badan berkaitan Emosi unik masing-masing, ya. . Terdekat pada 29 Julai 2017. InsyaAllah. . . Maznah Ibrahim. t.me/ehsabar

Menemani Anak Sedang Belajar di Kelas MA ================= 8 April, 10am. . Fateh jenis pemalu sebenarnya. . Dengan otak Thinking dan darah O nya, konflik. Thinking menyebabkan dia berfikir, boleh fokus sebenarnya, namun darah O membuatkan dia sangat suka berkawan dan boleh redah, tak malu dan feeling. . Ketika dia menjalani kelas MA, saya dimintanya menemaninya. . Teringat Pn Lina kata, memang tidak mudah untuk dorong dan motivasi anak akan sesuatu yang kita mahu anak belajar tetapi anak nampak liat tak mahu belajar. . Tetapi, once dia sudah boleh kuasai satu-satu ilmu itu, dia akan suka dan hargai sesangat. . Fasa Fateh dan MA ni sederhana. . Boleh tapi banyak lupa. Perlu latihan. Banyak interrim dia, gangguan fokus dan sebagainya. . Taknak di center cikgu sebab bosan tak da kawan. . Tuka strategi, pergi Sabtu rumah teacher ada anak2 teacher dan murid lain beginner. . Teacher ini sangat baik, sabar, dan Feeling. . Jika saya mengajar Fateh, saya Ibu Intuitung yang ditaklukinya, amat amat mencabar. . Jadi sementara menunggunya di belakangnya (di rumah teacher), saya hanya mampu usaha membacakan doa ini serentak dengannya belajar MA ini. . Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rasyid, Ya Allah kurniakan kepada anakku Muhammad Al Fateh ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi cemerlang dalam ilmu matematik ini dan dapat membantu rakan dan ummah bumi Mu ini kelak. . Amin Allah sahaja yang bantu. . Doa ibu insyaAllah maqbul. . Selalu kan doa untuk setiap anak, spesifik. . Selalu kan beri KATA NASIHAT YANG BAIK BERULANG kepada anak. Bukan membebel emosi yang negatif, melemahkan atau menjatuhkan maruah, . tetapi berikan selalu kata-kata yang baik berulang, walau dia bosan, tapi nasihat berulang cara berhikmah akan menjadi satu pendinding ingatan dalam dirinya. . Ingat kisah kawan saya Amni HoH? . Katanya pabila saya puji usaha ibunya, "yeke kak maz, amni selama ini ingatkan amni membesar dengan ibu yang membebel sahaja. rupanya kak maz nampak ibu Amni sangat bagus". . Saya trigger, . Ya, ibu saya juga amat kuat membebel. . Ya, kami anak anak menjadi manusia yang berimpak, berbakti, insyaAllah. . Klien saya semalam, ibunya juga sama. Nasihat macam membebel kerana ambil berat. Saya yakin anak-anaknya akan menjadi. Selamat dan berjaya. . Boleh. Cuma cara nya sahaja, usaha tidak garang beremosi, tetapi penuh kasih sayang. Refleksi, Maznah Ibrahim. *takdapat snap picture sebab hp lama ini cameranya x sihat.

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Isu Kemurungan, Sedih Berpanjangan dan Amat Dalam -------------------------------------------------- Benar, antara solusi awal untuk pendidikan emosi anak sejak awal usia ialah: . 1) raikan apa jua perasaan anak, walau rasa sedih, gembira, takut, malu, cemburu, geram, kecewa, bangga dsb. . 2) galakkan anak luah perasaannya, jika anak tak pandai luah, boleh berikan vokabulari perasaan kepadanya. . Fateh nampak sangat marah bila xxyyzz . Khairunnisa nampak sangat sedih sebab tak dapat xxyyzz . Kemudian, akhiri dengan idea solusi, atau tindakan susulan untuk bantu anak luah emosi dengan positif. . Contoh : Fateh nak lompat tranpoline atau joging keliling rumah. . - Hasil, anak akan boleh luah perasaannya dengan vokab yang tepat. . - Fateh rasa marah ni dengan ayah dan mami. Sebab ayah dan mami asyik bercakap aja tak tengok Fateh. . 3) Adakah medium luahan rasa di rumah, kertas krayon, tranpoline, ruang kosong untuk berlari, ruang tumbuk /punching, sandtray (pasir dalam kotak), punching cushion, bagi emosi, sama da beri lepas bebas cepat kuat (lari, lompat, tumbuk) atau lepas perlahan (melukis menulis dsb). . Ini agar rumah kita penuh dengan ruang luah emosi bersesuaian dengan kadar segera. Usah tangguh. . 4) Modelkan konversasi emosi dan solusi. . Contoh: Mami rasa amat sedih bila dapat tahu Fateh main main tak solat di sekolah. Mami nak doa kat Allah agar Fateh suka dan ikut solat. . Kesan : anak rasa empati dengan feeling kita. Sebab kita berbicara level emosi bukan kognitif (pemikiran). . Anak akan rasa bersalah dan terkesan dengan emosi kita dan mungkin akan bawa kepada perubahan tingkahlaku yang kita inginkan. . Klien saya hari ini, akhir remaja, dan saya dapati sama pattern, . 'tiada sokongan emosi dan tempat luahan genuin untuk emosi terkapai, dibiarkan, rindu, sedih sepanjang di asrama penuh/ 5 tahun pembesaran remajanya (13-17 thn)'. . Kesan mungkin lead kepada depresi dan juga anxiety. . Tak semua, tapi antara punca utamanya, tiada sokongan emosi semasa tumbesarannya. . Ingat, emosi mula membuak-buak, bercampur aduk, roller coaster bila fasa remaja kerana faktor hormon dan tekanan rakan sebaya. . Namun pattern luahan rasa boleh kita mulakan sejak anak kecil lagi walau bayi. . Doa agar kita mampu menjadi emotional coach untuk emosi anak di sepanjang pembesarannya hingga dewasa. Refleksi, Maznah Ibrahim t.me/ehsabar

Ruhana Mahmod: *DG of Health Newsflash* Hari ini 7 April adalah Hari Kesihatan Sedunia yang disambut bagi memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bersempena dengan Hari Kesihatan bertemakan "Kemurungan: Mari Bincang", saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk memahami dengan lebih mendalam lagi aspek kesihatan mental, di mana ia sebenarnya adalah sama penting seperti aspek kesihatan fizikal. Sesiapa sahaja boleh terkesan dengan kemurungan: lelaki atau wanita, tua atau muda, tanpa mengira bangsa, keturunan atau negara. Ramai yang telah mengalami kemurungan dan mendapatkan bantuan, tetapi lebih ramai lagi yang terus mengalami kemurungan dan tidak mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Kajian Kesihatan Mental dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2011 menunjukkan 1.8% dalam kalangan dewasa berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan. Kajian Kesihatan dan Morbiti Kebangsaan 2015 pula menunjukkan 29.2% dalam kalangan dewasa berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental. Selari dengan saranan WHO, saya menyeru masyarakat awam untuk bersikap terbuka untuk memahami kemurungan dan memberi sokongan kepada individu yang menghadapi kemurungan. Individu yang mengalami kemurungan perlu juga terbuka untuk mendapatkan bantuan atau rawatan, serta bercakap mengenai keadaan yang mereka hadapi. Peranan ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja juga amat penting bagi membantu golongan yang mengalami kemurungan untuk berbincang, membantu dan memberikan sokongan kepada golongan ini untuk pulih. Ini penting bagi menangani stigma di kalangan masyarakat terhadap masalah kesihatan mental. Penyakit kemurungan boleh dicegah dan dirawat. Bercakap, berbincang dan meluahkan perasaan kepada orang yang anda percaya adalah satu komponen penting dan merupakan langkah pertama ke arah pemulihan kemurungan. Marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia bersatu, berganding bahu, bantu membantu dan saling faham memahami dalam menangani kemurungan di kalangan rakyat Malaysia. Negaraku, Sihat Negaraku. *Datuk Dr Noor Hisham Abdullah* *KP Kesihatan* https://www.facebook.com/DGHisham/posts/1514520651905151

photo content

Kata dia, dia bersyukur kerana dia ada suara. Menjadi kaunselor nya dia kerana dia bersyukur dia ada suara. Ya, memiliki SUARA satu kesyukuran amat besar. Saya pernah kehilangan suara kerana sakit tekak dulu, dan semasa itu saya menghargai nikmat ada suara. Subhanallah. Nikmat besar rupanya... Sebelum saya up kan post ini, saya minta izin Amni dan jika dia tak izin, saya takkan up kan. Katanya, yang buat saya terharu: "Ayat akak cukup empati dari sudut amni yg tersendiri. Silakan lah akak. Inilah jua apa yg amni sebolehnya nak ibubapa fahami". .. "Kak maz, amni ada bacakan point2 yg kak maz tulis 👆🏻 mak kata point no. 3 tu sebijik sgt apa yg mak amni buat selama 11 tahun amni bersekolah ( darjah 1-tingkatan 5 ). memang setiap tahun mak akan jumpa cikgu2 sekolah amni, ustazah sekolah agama utk mention yg amni ni kurang dengar. so kalau amni ni senyap @ tak bagi respon tandanya dia tak ok lah tu (tak dengar) dan mak selalu remindkan amni setiap hari sblm ke sekolah "kalau tak dengar,bagitaw cikgu". tujuan mak keep strong remindkan guru2 dan amni supaya guru2 alert, ada empati dan simpati. guru2 kan busy takut2 terlepas pandang ingat amni ni ok2 aje. amni pun sbnrnya tak ingat, tp itulah yg diceritakan mak amni. so mak amni kata betul cara aplikasi kak maznah tu 👍🏻😊" MasyaAllah. Perasankah ibu bapa sekalian? Yang sering saya tekankan ialah komunikasi asertif dan luahan emosi diri dan anak. Ibubapa sekalian, Satu-satunya mesej utama saya. STOP MELABEL ANAK. Fahami dan telusuri iceberg anak. Anak buat hal, tengok dalaman dia. Semalam saya share menulis di Telegram Alumni ehsabar. "Petang tadi sampai aja rumah nenek, Fateh saya pun ada mood x ok sebab terganggu tidur, memang saya marah sebab dia marah saya bercakap 😌 Saya bagi dia masuk bilik dan buka aircond. Dia marah lagi. Saya biar sat dan masuk balik serta cuba explain kat dia. Tak ingat dah camana, dia ok dah pastu. Sah sebab dia ngantuk maka otak tak rasional, otak emosi (half way nak ke sedar tu), Saya minta maaf dan explain, juga saya minta dia minta maaf juga atas kesilapan dia sebab marah (dia marah saya tak beri saya bercakap, semata sebab dia nak tidur, memang tak logik la sebab saya nak bercakap n layan adik dia nak makan kan, pastu pasal dia jelir lidah sebab dia marah saya tegur dia). Kenalpasti dia marah sebab apa dan beritahu dia semula. Cth, Pagi tadi awal pagi, Fateh pukul-pukul juga kami, saya katakan "Fateh marah sebab nak tengok kartun tak dapat, Mummy Ayah ajak turun (dari bilik hotel, untuk makan pagi), Cuma Fateh perlu beritahu Fateh marah sebab xxyz bukan pukul macam ni, Mami tak suka". Fahami kenapa dia marah tu satu kelebihan yang terpuji untuk ibubapa yg bijak dan sabar, serta ambil peluang untuk didik anak jadi asertif dan bijak dalam urus emosi dirinya (EQ skill). Contoh idea gaya si ayah dia. "Fateh bagitahu la ayah, "Ayah, Fateh marah ni sbb xxyyzz, Fateh nak geletek ayah /cium pipi ayah" (sentiasa berikan skrip baik untuk dia dengar dan apply). (tuka terbalik dari sentuhan tak selamat ke lebih selamat) Memang dia terus senyum gelak + dalam marah😁 2. Key point saya kat sini ialah, Marah atau buat hal anak kecil tidak saja saja atau dia suka suka. ada bersebab. link kan sebab itu dalam ayat refleksi kita kepada dia, i) dia tahu nama feeling itu ialah marah/geram/kecewa dll ii) dan marah itu bersebab, kerana xyz, iii) ajar solusi positif. alternatif dia boleh katakan atau lakukan selain yang dia spontan biasa buat Refleksi, Maznah Ibrahim. * mahu join Telegram Maznah Ibrahim's Channel untuk pendidikan psikologi dan parenting? t.me/ehsabar

MESEJ PENTING UNTUK IBUBAPA YANG ANAK KURANG BERCAKAP Ini kawan saya Amni. Beliau ada hearing problem. Banyak terselindung dari apa yang kelihatan. Tabah, kool dan sempoi. Rupanya Amni baru dikenalpasti bermasalah pendengaran semasa usianya 7 tahun, Mula memakai alat bantuan pendengaran semasa usia 8 tahun. Sebelum itu? Katanya dia dilabel anak pendiam, bermasalah dan selalu buat hal. Yalah, tak dengar kan? 😊 Kategori dirinya adalah unik. Pertengahan. Bukan total loss hearing. Jika di dalam komuniti pekak, dia sukar bergaul atau masuk kerana sign language mereka amat pantas. Amni tak dapat 'catch up'. Jika di komuniti bercakap normal macam kita, Amni tetap sukar nak tangkap keseluruhan butir percakapan, kerana masalah pendengarannya. Beliau dapat tangkap beberapa key word dalam satu ayat dan agak-agak sahaja. Amni bergantung penuh kepada alat bantuan pendengarannya. Bila pulang ke rumah, beliau akan tanggalkan alat ini, untuk fokus sendirian uruskan diri. Tanpa pendengaran. Alat ini ada bateri rupanya. Jadi nak jimat bateri juga katanya. Amni ni pelupa juga macam saya. Pernah pagi ke tempat kerja, beliau lupa nak pakai semula alat bantuan pendengaran, dan perasan eh sunyi aja. Laa rupanya terlupa pasang!😂 Dalam diri, katanya banyak konflik. Isu self esteem, konflik pertengahan dirinya, kes uniknya dan bermacam lagi. Tapi, dirinya ada degree dan master. MasyaAllah. Kerja sama profesyen dengan saya di KKM. Saya cuba cungkil sisi positif dan kekuatannya. Ya, dia akui ramai ibubapa yang anaknya masalah pendengaran, akan berterima kasih kepadanya kerana ibubapa akan lebih fahami anaknya melalui perkongsian Amni. Tapi dalam masa yang sama Amni juga kesal kerana ramai ibubapa kepada kanak-kanak masalah pendengaran fokus kepada perkembangan akademik (IQ) anak, dan bukan perkembangan emosi anak mereka. Saya katakan, di situlah kekuatan dan tanggungjawab Amni. Gap yang Amni perlu 'fit in' dalam bidang ini. Beritahu ibubapa akan keperluan emosi anak-anak ini, bagaimana nak dekati dan lebih empati. Bangunkan anak-anak ini. Saya katakan, Allah tak jadikan sia-sia ujian untuk Amni ini, Amni ada tugas khas, misi dan peranan khusus sebagai khalifah di muka bumi ini. Saya tekankan lagi, the more you share, the stronger you will be. The power of GIVING & SHARING. Sedekah masa, ilmu, advokasi. Ia berpanjangan. Saya juga kerap berkongsi ehsabar kerana saya juga banyak diuji aspek sabar. Saya bukan sempurna. Tetapi saya berniat perbaik diri setiap hari. Setiap hari. Demi generasi penerus kami. Perlu satu keberanian, katanya. Ya, tak apa, mulakan kecil kecil dahulu....... POINT SAYA UNTUK SEMUA IBUBAPA. 1) Sensitif lah kepada keperluan anak. Walau anak tak bercakap, anak tetap mendengar. Walau anak tidak mendengar sekalipun, anak tetap ada hati (perasaan), dan merasai sesuatu. Tekanan, paksaan, jelekan, perbandingan, perbezaan dan sebagainya. 2) Dalami emosi anak. Refleksi selalu perasaannya. Katakan Umi nampak xx macam marah/sedih/kecewa/geram/gembira sangat dan sebagainya, sebab yyzz. 3) Luahkan perasaan kita juga sebagai ibubapa. Umi/mama rasa sangat sedih sebab xx tidak mahu jawab masa guru tanya. Umi sayang xx, Umi minta maaf sebab ada marah-marah dan paksa xx cakap depan teacher tadi. Umi macam tu sebab umi nak xx jadi lebih berani dan teacher tahu xx boleh bercakap, sama macam di rumah (contoh sahaja ya, saya banyak klien kanak-kanak selective mutism, anak memilih untuk mute di satu setting khusus manakala boleh bercakap di satu setting lain). 4) Hargai anugerah dan tanggungjawab yang diberi Allah. Ada sebab tersendiri Allah beri ujian di dunia ini. Malahan kita tahu dunia ini memang tempat ujian dan ia sementara. Di akhirat kekal dan insyaAllah mudahan syurga hakiki kita. Saya katakan, beritahu saya senarai kesyukuran Amni. Amni ada kerjaya, ada orang tak dapat kerja. Amni ada master degree, ada orang tak mampu sambung pengajian ke tahap lebih tinggi. Amni ada ibu yang prihatin. Ada orang tak ada keluarga yang positif macam Amni. Amni ada ruang berbicara, menulis, malahan bercakap.

ang hati hati manusia ialah hanya Allah. Hanya Allah. Tiada lain. . Refleksi, Maznah Ibrahim

Zikir Ya Sami' ========== Bila Anak Minta Sesangat Barang Mainan, Bagaimana Nak Negosiasi, Seimbangkan Antara Kemahuan dan Keperluan ================================ Semalam di pasar raya besar Tesco, Fateh nak sesangat satu mainan ni masa dia duk tenung semua mainan. Sah dia tak tahu mana satu dia perlu. Last dia pilih satu bola jernih ni berlampu dan ada tali. Ala-ala macam Yoyo pula. Saya terfikir memang dia nak sangat Yoyo dan Gasing. Saya cuma katakan belum jumpa maka tak ada lah belinya. Cara saya semalam. 1. Saya katakan, kita naik atas dulu, mungkin ada benda lain lebih best. Sabar. Kita tengok semua dulu. 2. Dia bising di atas dan masih mahu yang tadi. Jenis anak strong willed dan Otak Thinking ini memang nak menang dan darah O tu buat dia sebut-sebut berulang kali, dia marah. Dia nak cepat. Anak Te memang mahu kejayaan cepat-cepat dan reward j/masa pendek-pendek. 3. Dari sederhana jauh, saya ucapkan dalam hati, komunikasi dengan Allah zikir Asmaulhusna, terbayang skrip untuk pekerja yang saya baca untuk diri ditampal di tepi dinding, "Ya Allah Ya Sami', jadikan aku pekerja yang patuh dan taat kepada organisasiku" Saya modify dan sebut dalam hati dengan penuh rasa, "Ya Allah Ya Sami', jadikan anakku Fateh anak yang patuh dan DENGAR kata-kataku Ya Allah". (3 kali dalam hati laju-laju). 4. Tiba-tiba dia datang kepada saya dan katakan dengan marah tapi surrender, " Oklah Mummy, Fateh DENGAR kata Mummy, kita jalan dulu tengok-tengok. (Perasan tak, perkataan yang sama, 'DENGAR') 5. MasyaAllah apa lagi saya tunduk level dia sambil hug tepi dia dan bisik kepadanya : "Fateh anak soleh dengar kata Mummy. Mummy suka dan syukur pada Allah bila Fateh boleh sabar dan dengar kata Mummy". Dia angguk-angguk. 6. Dari bising-bising tak beri saya masuk kedai DIY, dia follow dan lama lepas tu, dia sendiri pilih mainan ini (dalam video). Saya setuju kerana harga tak mahal dan ia baik untuk aktiviti otot tangan dan matanya. 7. Dia main segera dalam mall ini, dan praktis skill dia. Tingkat atas, tingkat bawah, sampai dia expert. Macam mengail pun ada. Lama saya tenung ada khasiat mainan ini, hehe. Point di bawah bahagian refleksi ya. . . Refleksi: 1. Masa dia nak sangat sesuatu, negotiate kerana tak semua pilihan anak adalah yang terbaik dan dia perlu. Dan biasanya ia adalah 'kehendak/kemahuan' bukan keperluan, kan. - Jika rasa ia keperluan, boleh sahaja asalkan dia bayar dengan sesuatu cth dia kumpul 10 sticker senyum atas pekerjaan baik dilakukan, dia baca surah dsb. Saya amat jarang terus belikan, biasanya saya tangguh keinginannya sama ada beli yang lebih baik dan murah tapi kualiti (beli online) atau saya survey dulu lah. Dia faham style saya sebenarnya. . 2. Mainan ini saya terima untuk beli kerana saya dapati ia lebih baik untuk kedua otot tangannya dan matanya. Point logik saya beri kemudian di dalam kereta ialah, bola tali tadi Fateh akan guna sebelah tangan sahaja, tapi yang ini Fateh guna kedua belah tangan. - kebetulan dia ada masalah mata/visual belum matang, tidak boleh fokus. Jadinya latihan seperti mainan ini amat baik dan sesuai dengannya, iaitu mata fokus pada objek hijau itu walau dia pusing bagaimanapun. Tambahan lagi guna kedua tangan serentak lagi elok skill imbangan dan kawalannya. . 3. Sesuatu miracle telah berlaku. Magic Alalh. Keperluan dia - aktiviti / latihan fokus mata, Kemahuan dia - permainan. Maka keduanya matched! Titik pertemuan antara keduanya. Bagaimana boleh dapat? Sebenarnya Kuasa Suatu Doa. Saya doa / b.a.d dalam hati mohon Allah beri terbaik dan saya tidak silap dalam buat keputusan. . 4. Magic juga bab saya doa guna zikir AsmaulhlHusna. - Tips, semasa anak tak tenang, marah, mengamuk, resah, sebutkan Ya Allah Ya Salam, tenangkan anakku Khairunnisa' / Muhammad Al Fateh (sebut nama penuh anak). Sebutkan dengan penuh rasa dan bergantung kepadaNya. - Tips, Bila anak-anak kurang bermain elok, bergaduh dsb, sebutkan sahaja Ya Allah Ya Jami', himpunkan kedua anakku, jadikan mereka adik beradik yang baik dan selalu bersama menyokong satu sama lain. - InsyaAllah, yang peg

photo content

Teknik Menunjukkan Cara Aplicable dalam apa jua skil, termasuk cara komunikasi untuk anak kecil. . http://maznahibrahim.com/teknik-mendorong-anak-kecil-berenang/ . Refleksi semula, MUDAH Fateh belajar berenang dengan guru renang, baru-baru ini 10 sesi kelas, kerana, . dimulakan pengalaman awal usia 0-2 tahun renang di kolam/laut dengan kami yang bukan pakar renang. . Apa apa jua skill pengalaman paling mahal iah usia awal, 0-2, . Masa usia ini tidak berulang. . cuma perlu pada gaya dan cara yang betul.. . Anak ikut apa dia lihat berbanding apa diberitahu. . Namun untuk teknik pemilihan perkataan, seperti "please, tolong, terima kasih, maaf" dan sebagainya, boleh sangat dimodelkan dari awal semasa bayi belum berbicara. . Saya lihat KN, dalam setiap permintaan nya bermula dengan "toyon" (tolong), diakhiri dengan "maseehh" (terima kasih), dan "minta" untuk permintaan asertif. . Begitu juga Fateh, perlu diperingatkan untuk minta elok-elok bila dia terlupa, "adik, boleh abang minta satu?" (minta izin, request, bukan arah atau paksa), adik KN otomatik akan jawab "boleh!" "Abang Ateh nak?". . So, mesej nya ialah, . "modelkan apa nak anak jadi, tunjukkan caranya, kerana mereka tiada idea at all apa dan bagaimana nak buat/ucapkan" . . Refleksi, Maznah Ibrahim. . ================================ Jemput join telegram Maznah Ibrahim's Channel, . t.me/ehsabar