JTMK Info Hub
Відкрити в Telegram
Platform ini diwujudkan untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat/hebahan berkaitan dengan jabatan, aktiviti-aktiviti, penasihatan akademik dan sebagainya yg berkaitan. Terima kasih.
Показати більше1 947
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-2030 днів
Архів дописів
1 947
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
PERINGATAN TANGGUNGJAWAB MEMATUHI PERATURAN DAN ARAHAN KESELAMATAN KAMPUS PUO
Sila ambil perhatian bahawa keselamatan dan keharmonian kampus adalah tanggungjawab kita bersama. Semua pelajar diwajibkan untuk mematuhi segala peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak institusi pada setiap masa.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan ini. Pihak pengurusan ingin memberikan penekanan serius terhadap beberapa peraturan keselamatan utama berikut:
1. Pamer Kad Pelajar
• Sentiasa mempamerkan kad pelajar dengan jelas sepanjang masa berada di dalam kawasan kampus.
• Kad pelajar amat penting bagi tujuan pengesahan identiti dan keselamatan menyeluruh.
• Pelajar yang tidak mempunyai kad pelajar semasa hadir untuk menduduki peperiksaan akhir boleh menyebabkan pelajar dihalang daripada memasuki dewan/bilik peperiksaan.
2. Keselamatan Menunggang Motosikal
• Wajib memakai topi keledar dengan sempurna bagi penunggang dan pembonceng motosikal.
• Sila patuhi had laju yang telah ditetapkan di dalam kampus demi keselamatan diri dan pejalan kaki.
3. Peraturan Meletak Kenderaan (Parkir)
• Gunakan petak parkir yang telah disediakan dan dikhaskan untuk pelajar sahaja.
• Pastikan kenderaan diparkir dengan betul dan tidak menghalang laluan trafik, laluan kecemasan, atau menggunakan petak khas staf/pelawat.
Kerjasama dan kesedaran tinggi daripada anda semua amatlah dihargai bagi memastikan persekitaran kampus yang selamat, ceria, dan kondusif untuk semua.
Patuhi Peraturan, Utamakan Keselamatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
19 Oktober 2026
1 947
*LOST & FOUND*
Jika ada pelajar/staf tercicir card holder ni, boleh datang tuntut di JHEP (Kebajikan & Disiplin)
1 947
*PROGRAM CAHAYA HIKMAH : MENYULUH JIWA DIGITAL*
Tarikh: 6 Oktober 2026
Masa: 2 petang
Tempat: Dewan Kuliah, JTMK
Mohon kerjasama semua pelajar yang terlibat untuk hadir program tersebut.
P/S: WAJIB Hadir & Makanan pelajar disediakan
Sekian, terima kasih.
1 947
PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN PUO BAGI PELAJAR DIPLOMA, ASASI DAN SIJIL KHAS S SESI II : 2026/2027
1. Permohonan penempatan Kolej Kediaman Politeknik Ungku Omar bagi Sesi II : 2026/2027 telah dibuka mulai 29 September - 09 Oktober 2026.
2. Permohonan dibuka secara dalam talian melalui:
i. Pelajar Diploma Semester 4 dan ke atas
->Sistem ePortal: https://webapps4.puo.edu.my/eportal/
ii. pelajar Diploma, Asasi dan Sijil Khas Semester 1, 2 dan 3
->Sistem SPMP: https://spmp.puo.edu.my
3. Keputusan permohonan akan diumumkan pada 20 Oktober 2026.
4. Penawaran Kolej Kediaman adalah tertakluk kepada kapasiti dan kekosongan.
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
29 September 2026
1 947
Bagi semua yang terlibat, anda dibenarkan untuk berpakaian sukan bagi melancarkan perjalanan program
Mohon nama-nama pelajar yang terlibat untuk forwardkan memo kepada pensyarah kelas bagi melancarkan urusan program...tq
