fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید 👈

JTMK Info Hub

JTMK Info Hub

رفتن به کانال در Telegram

Platform ini diwujudkan untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat/hebahan berkaitan dengan jabatan, aktiviti-aktiviti, penasihatan akademik dan sebagainya yg berkaitan. Terima kasih.

نمایش بیشتر
1 957
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-87 روز
-2630 روز
آرشیو پست ها
Shared from vFlat

photo content

*LOST & FOUND* Jika ada pelajar/staf tercicir card holder ni, boleh datang tuntut di JHEP (Kebajikan & Disiplin)
*LOST & FOUND* Jika ada pelajar/staf tercicir card holder ni, boleh datang tuntut di JHEP (Kebajikan & Disiplin)

Photo from 🌹ìtà
Photo from 🌹ìtà

*PROGRAM CAHAYA HIKMAH : MENYULUH JIWA DIGITAL* Tarikh: 6 Oktober 2026 Masa: 2 petang Tempat: Dewan Kuliah, JTMK Mohon kerjasama semua pelajar yang terlibat untuk hadir program tersebut. P/S: WAJIB Hadir & Makanan pelajar disediakan Sekian, terima kasih.

Senarai nama peserta Program Cahaya Hikmah.pdf

Photo from pnmona
Photo from pnmona

PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN PUO BAGI PELAJAR DIPLOMA, ASASI DAN SIJIL KHAS S SESI II : 2026/2027 1. Permohonan penempatan Kolej Kediaman Politeknik Ungku Omar bagi Sesi II : 2026/2027 telah dibuka mulai 29 September - 09 Oktober 2026. 2. Permohonan dibuka secara dalam talian melalui: i. Pelajar Diploma Semester 4 dan ke atas ->Sistem ePortal: https://webapps4.puo.edu.my/eportal/ ii. pelajar Diploma, Asasi dan Sijil Khas Semester 1, 2 dan 3 ->Sistem SPMP: https://spmp.puo.edu.my 3. Keputusan permohonan akan diumumkan pada 20 Oktober 2026. 4. Penawaran Kolej Kediaman adalah tertakluk kepada kapasiti dan kekosongan. JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 29 September 2026

PANDUAN PERMOHONAN ASRAMA SESI II 2026.pdf

Bagi semua yang terlibat, anda dibenarkan untuk berpakaian sukan bagi melancarkan perjalanan program Mohon nama-nama pelajar yang terlibat untuk forwardkan memo kepada pensyarah kelas bagi melancarkan urusan program...tq

Disertakan bersama memo pengecualian kuliah pljr

sesifotografi_pengecualiankelas-09222026160725.pdf

📢 MAKLUMAN PENGECUALIAN KULIAH PELAJAR – ADTB 2026 Assalamualaikum dan salam sejahtera YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan, Untuk makluman, pelajar yang disenaraikan dalam memo yang dilampirkan telah dilantik sebagai Jawatankuasa Persiapan Tempat bagi Program Apple Digital Transformation Bootcamp 2026 (ADTB 2026) dan diberikan pengecualian kuliah/bengkel bagi melaksanakan tugasan seperti ketetapan berikut: 📅 28 September 2026 (Isnin) ⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang 📅 30 September 2026 (Rabu) ⏰ 12.30 tengah hari – 2.30 petang ⏰ 4.30 petang – 6.00 petang 📍 Dewan Jubli Perak Sehubungan itu, mohon jasa baik YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan untuk mengambil maklum berkenaan pengecualian kuliah/bengkel pelajar yang terlibat sepanjang tempoh tugasan tersebut. Memo dan senarai nama pelajar dilampirkan untuk rujukan. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan. 🙏

MEMO PENGECUALIAN KULIAH AJK PERSIAPAN TEMPAT ADTB 2026.pdf

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Disertakan pembetulan masa untuk Memo Pengecualian Kuliah bagi program bersama MSU yang berlangsung pada 17/08/2026 yang lalu. Harap maklum dan terima kasih.

📢 PELUANG MENJADI JAWATANKUASA PELAJAR – CSR MASJID🤝✨ Assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊 JTMK ingin mencari pelajar yang berminat dan komited untuk menyertai Jawatankuasa CSR Masjid Universiti Seri Iskandar, Perak. 📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari 📍 Tempat: Masjid Bandar U, Seri Iskandar 🎁 KEMUDAHAN UNTUK JAWATANKUASA PELAJAR: 🍱 Makan disediakan 🚌 Pengangkutan pergi & balik disediakan 📜 Sijil Jawatankuasa disediakan ✨ Kenapa sertai? ✅ Dapat pengalaman mengurus program CSR ✅ Bina kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan ✅ Tambah pengalaman dalam aktiviti pelajar ✅ Dapat sijil penyertaan sebagai Jawatankuasa ⚠️ TEMPAT TERHAD! Pemilihan adalah berdasarkan konsep FIRST COME, FIRST SERVE. Pelajar yang berminat, sila isi borang disini https://forms.gle/zH5cEe5UTzb84Cis9. Pelajar yang terpilih akan dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan. 🙏 Mohon hanya yang benar-benar boleh memberikan komitmen kehadiran untuk mendaftar. Jom sertai dan sama-sama kita menyumbang kepada komuniti! 💙 “Bersama Berbakti, Bersama Memberi” 🤝✨

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Disertakan hebahan jawatan kosong untuk para graduan dan pelajar yang sedang mencari penempatan latihan industri. Harap maklum dan terima kasih.

*SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA CALON PENERIMA ZAKAT PUO (BANTUAN SARA HIDUP) SESI i 2026/2027* Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan temuduga calon penerima Zakat PUO (Bantuan Sara Hidup) Sesi i 2026/2027 boleh disemak melalui pautan www.zakatpuo.com atau iPUO > ZAKAT PUO. Bermula 17 September 2026 (Khamis). Wang zakat akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat bermula 18 September 2026 sehingga 22 September 2026. Terima kasih. *WAN MOHAMMAD HAFIZ BIN WAN MAT RESAB* Ketua Unit Zakat dan Wakaf Politeknik Ungku Omar

photo content

Photo from 🌹ìtà
Photo from 🌹ìtà