uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Відкрити в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
1 843
Підписники
Немає даних24 години
-57 днів
-1430 днів
Архів дописів
👑 PAMERAN TANJAK & BUSANA MELAYU Di sebalik sehelai busana dan sebentuk tanjak, tersimpan sejarah, adab serta jati diri sebu
👑 PAMERAN TANJAK & BUSANA MELAYU Di sebalik sehelai busana dan sebentuk tanjak, tersimpan sejarah, adab serta jati diri sebuah bangsa. Ayuh hayati keindahan Pameran Tanjak & Busana Melayu yang menampilkan kehalusan seni, falsafah dan identiti warisan Melayu sebagai lambang kemuliaan serta kedaulatan bangsa yang terus dipelihara hingga ke hari ini. 👑 Saksikan koleksi pelbagai jenis tanjak dari seluruh negara 🥻 Kenali keindahan busana tradisional Melayu lelaki dan wanita 📖 Hayati sejarah, falsafah dan nilai yang tersirat di sebalik setiap persalinan 🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕐 Masa : 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 👑 Lihat • Hayati • Warisi #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PameranTanjakDanBusanaMelayu #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🪙 PAMERAN MATA WANG KERAJAAN KESULTANAN MELAYU NUSANTARA Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, saksikan koleksi ma
🪙 PAMERAN MATA WANG KERAJAAN KESULTANAN MELAYU NUSANTARA Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, saksikan koleksi mata wang yang menjadi saksi kegemilangan pemerintahan, perdagangan dan kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Nusantara. 🪙 Saksikan koleksi mata wang lama Kesultanan Melayu ⚖️ Kenali sejarah perdagangan, pemerintahan dan kedaulatan 🌏 Hayati warisan yang mencerminkan kegemilangan tamadun Nusantara Setiap keping mata wang bukan sekadar alat pertukaran, bahkan menjadi bukti kepada kekuatan ekonomi, identiti serta tamadun kerajaan Melayu Islam yang pernah berkembang di rantau ini. 🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕐 Masa : 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🪙 Lihat • Kenali • Hargai Jangan lepaskan peluang menyaksikan koleksi asli yang membawa kita menelusuri sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Nusantara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PameranMataWang #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🏛️ PAMERAN SEJARAH & KESULTANAN Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, ayuh menelusuri perjalanan sejarah, warisan
🏛️ PAMERAN SEJARAH & KESULTANAN Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, ayuh menelusuri perjalanan sejarah, warisan dan kegemilangan tamadun Islam serta kenali legasi Kesultanan Melayu melalui pelbagai pameran peradaban yang penuh dengan khazanah ilmu. Antara pameran yang bakal dipamerkan ialah : • Salasilah Syeikh Jumadil Kubro • Sejarah Wangsa Mahkota Selangor • Khazanah Fataniah • Peradaban Timur • Mata Wang Kesultanan Islam • Pengalaman Interaktif Al-Quds (My Aqsa VR) • dan banyak lagi 🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕐 Masa : 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 📚 Teroka • Fahami • Hayati Ayuh bersama keluarga dan sahabat meneroka khazanah sejarah yang membentuk jati diri bangsa dan peradaban Islam. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PameranSejarahDanKesultanan #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Memperkasa institusi beraja merupakan satu usaha penting dalam memelihara sistem kenegaraan Malaysia. Institusi ini menjadi lambang perpaduan negara, payung kepada rakyat serta antara tonggak yang menjamin keluhuran Perlembagaan dan kestabilan negara. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengerusi Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, Tuan Basyiruddin bin Dato’ Haji Mahmad Muhtar, serta seluruh barisan Ahli Jawatankuasa masjid atas kesudian menjalin kerjasama dan memberikan komitmen dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 yang akan berlangsung pada 25 Julai 2026. Seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Klang tanpa mengira bangsa dan latar belakang, dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan himpunan mahabbah ini serta mengikuti pelbagai pengisian yang telah disediakan sepanjang hari. 🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Ayuh hadir bersama menghidupkan budaya berselawat, memperkukuh ukhuwah dan menjunjung kedaulatan negara. Oleh : Suhada Md Wan Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Suhada Md Wan Terbitan : Sekretariat MJMD

Masjid : Pusat Ibadah, Pusat Komuniti Sejak zaman Rasulullah ﷺ, masjid bukan sekadar tempat mendirikan solat. Masjid menjadi pusat ibadah, penyebaran ilmu, musyawarah, kebajikan serta pembangunan ummah. Peranan mulia itu terus relevan hingga ke hari ini. Masjid ialah ruang yang menyatukan masyarakat, mengeratkan silaturahim, menyantuni golongan yang memerlukan, serta memupuk perpaduan dalam komuniti. Di Klang, peranan ini dapat dilihat melalui pelbagai masjid yang aktif memainkan fungsi sebagai pusat komuniti. Masjid bukan sahaja menjadi tempat umat Islam menunaikan ibadah, malah berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti yang inklusif. Program keagamaan, kelas pengajian, aktiviti kebajikan serta inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan menjadikan masjid sebagai nadi kehidupan masyarakat setempat. Masjid turut menjadi medan pertemuan pelbagai lapisan masyarakat — dari golongan muda hingga warga emas — yang bersama-sama mengimarahkan rumah Allah. Di sinilah terjalinnya ukhuwah, dipupuk nilai kasih sayang, dan disemai semangat kebersamaan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Apabila masjid diimarahkan, masyarakat turut diperkasakan. Dari masjid lahirnya ilmu, terbina akhlak, diperkukuh ukhuwah, dan berkembangnya semangat kebersamaan demi kesejahteraan ummah. Oleh : Noora Hasan Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Noora Hasan Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Noora Hasan Terbitan : Sekretariat MJMD

Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 1.0 yang lalu telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Menurut Imam Masjid Bandar Saujana Putra, program seperti ini wajar diteruskan kerana berjaya menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah, mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan kecintaan kepada agama, negara dan Institusi Raja Berperlembagaan. Insya Allah, semangat yang sama kini diteruskan ke Bandaraya Diraja Klang. Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta mengukuhkan muafakat demi agama, bangsa dan negara. 🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Selawat Menyatukan Hati. Muafakat Mengukuhkan Negara. Daulat Memayungi Peradaban. Oleh : Suhada Md Wan Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Suhada Md Wan Terbitan : Sekretariat MJMD

Warisan Menyatukan Generasi Warisan bukan sekadar tinggalan masa lalu yang dipamerkan untuk tatapan mata. Warisan ialah amanah yang menghubungkan hati, ilmu dan pengalaman antara generasi. Ia terus hidup melalui setiap didikan seorang datuk kepada cucunya, setiap tunjuk ajar seorang guru kepada anak didiknya, serta setiap kemahiran yang diwariskan oleh tangan-tangan yang berpengalaman kepada pewaris masa hadapan. Dalam tamadun Alam Melayu, warisan sentiasa diperturunkan melalui ilmu, teladan dan amalan. Seni tenunan songket, tulisan Jawi, seni khat, persilatan, kompang, zapin serta pelbagai khazanah budaya bukan sekadar lambang keindahan, bahkan menjadi asas pembentukan jati diri, akhlak dan identiti sebuah bangsa. Warisan tidak akan terus hidup jika hanya tersimpan di muzium atau sekadar dipersembahkan di pentas. Warisan akan terus mekar apabila dipelajari, diamalkan dan diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Apabila ilmu diwariskan, bukan sekadar hasilnya dipertontonkan, warisan akan terus subur menjadi cahaya yang menerangi perjalanan masa depan bangsa. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Marilah bersama-sama menghayati keindahan warisan yang menyatukan generasi, mengukuhkan jati diri dan mempererat ikatan masyarakat. Semoga setiap ilmu yang diperturunkan menjadi amal yang berpanjangan, menyemai rasa cinta terhadap budaya sendiri serta melahirkan generasi yang mengenali akar sejarah, menghargai identiti dan membina masa depan yang lebih gemilang. Oleh : Norfazillah Miskun Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Norfazillah Miskun Terbitan : Sekretariat MJMD

5 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Warisan Menyatukan Generasi Allah SWT berfirman : “Dan orang-orang yang datang kemudian berkata : ‘Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu beriman daripada kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang-orang yang beriman…’” — Surah al-Hasyr : 10 Setiap generasi berdiri di atas pengorbanan generasi yang terdahulu. Ilmu yang dipelajari, adab yang diamalkan dan warisan yang kita nikmati hari ini adalah hasil usaha mereka yang memelihara amanah untuk diteruskan kepada generasi seterusnya. Warisan tidak akan terus hidup jika hanya disimpan atau dipamerkan. Ia akan terus hidup apabila diperturunkan melalui didikan, dicontohkan melalui akhlak dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Daripada datuk kepada cucu, daripada guru kepada murid, lahirlah kesinambungan yang menyatukan generasi serta memperkukuh jati diri ummah. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 mengajak kita bersama menghargai jasa generasi terdahulu, menyambung legasi kebaikan serta menghidupkan warisan yang membina adab, memperkukuh muafakat dan menyemai kecintaan kepada agama, bangsa serta menjunjung kedaulatan negara. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Ayuh hadir bersama keluarga. Semoga pertemuan dalam selawat menjadi jambatan yang menghubungkan generasi, menyuburkan ukhuwah dan meneruskan warisan yang membawa rahmat kepada umat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa, para sukarelawan, petugas lapangan serta team media Jesselton Berselawat atas kejayaan menganjurkan program ini dengan penuh komitmen dan semangat kebersamaan. Apa yang paling membanggakan ialah kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan di Sabah. Walaupun berada jauh di seberang Laut China Selatan, mereka berjaya menggerakkan program dengan begitu tersusun. Pasukan media pula mengambil inisiatif mengkaji pendekatan, template dan bahan-bahan media yang pernah diterbitkan sebelum ini, kemudian mengolahnya mengikut kreativiti serta identiti Jesselton Berselawat dengan sangat baik. Inilah budaya kerja yang wajar dicontohi — proaktif, berdikari dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti. Bukan sekadar melaksanakan program, bahkan membina keupayaan pasukan sendiri di lapangan dan di bahagian media sehingga mampu bergerak dengan yakin serta profesional. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan di negeri dan lokasi lain untuk terus membangunkan pasukan lapangan dan pasukan media masing-masing. Apabila setiap pasukan berkembang dengan kemampuan sendiri, insya Allah syiar selawat akan terus hidup, muafakat semakin kukuh, dan manfaatnya akan dirasai oleh masyarakat. 📸 Saksikan sorotan sekitar program Jesselton Berselawat melalui pautan berikut : Facebook Jesselton Berselawat https://www.facebook.com/share/1DSVt61mE7/?mibextid=wwXIfr Terima kasih dan tahniah kepada seluruh keluarga Jesselton Berselawat. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah perjuangan ini.

Jati Diri Membentuk Bangsa Jati diri bukan sekadar identiti yang tertera pada nama, bahasa atau pakaian. Jati diri ialah asas yang membentuk keperibadian, memandu akhlak dan menjadi kekuatan yang menyatukan sebuah bangsa. Dalam tamadun Alam Melayu, jati diri dipupuk melalui didikan keluarga, penghormatan kepada orang tua, kasih sayang sesama insan, penghayatan agama serta warisan budaya yang diwariskan turun-temurun. Adab ketika berbicara, kesopanan dalam pergaulan, semangat bermuafakat dan rasa cinta kepada bangsa serta tanah air menjadi tunjang yang mengukuhkan sebuah peradaban. Bangsa yang mengenali jati dirinya tidak mudah kehilangan arah. Mereka teguh menghadapi perubahan zaman kerana memahami asal-usul, menghargai warisan dan berpegang kepada nilai yang menjadi teras kehidupan. Kemajuan yang sebenar bukanlah meninggalkan identiti, tetapi membina masa hadapan dengan berpaksikan budaya, akhlak dan keimanan yang kukuh. Marilah bersama-sama memperkukuh jati diri melalui ilmu, budaya, adab dan ukhuwah. Semoga usaha ini menyemai rasa cinta terhadap warisan, mengeratkan perpaduan serta melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berjiwa besar dan sentiasa menjunjung maruah agama, bangsa dan negara. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1 petang – 11 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Oleh : Norfazillah Miskun Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Norfazillah Miskun Terbitan : Sekretariat MJMD

6 HARI LAGI Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Allah SWT berfirman : "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." — Surah Ali Imran : 103 Jati Diri Membentuk Bangsa Jati diri tidak lahir dengan sendiri. Ia dibentuk melalui didikan keluarga, diperkukuh dengan ilmu, disemai melalui adab dan diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Sebuah bangsa yang teguh bermula daripada keluarga yang mengenal nilai agamanya, menghormati warisannya serta memelihara akhlak dalam kehidupan seharian. Apabila jati diri dipelihara, masyarakat akan lebih bersatu, saling menghormati dan tidak mudah terhakis oleh perubahan zaman. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 mengajak kita memperkukuh jati diri melalui penghayatan agama, penyuburan adab, semangat muafakat serta kecintaan kepada bangsa sambil menjunjung kedaulatan negara. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Ayuh hadir bersama keluarga. Semoga pertemuan dalam selawat menjadi medan menyuburkan ukhuwah, menguatkan jati diri dan menyatukan hati demi agama, bangsa serta negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌙 MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Apabila selawat bergema, hati disatukan. Apabila ilmu diperkasakan, warisan dipelihara. Apabila rakyat bermuafakat, kedaulatan terus dimartabatkan. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, sebuah himpunan yang mengangkat kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, memperkukuh hubungan antara Raja, Ulama dan Rakyat, serta menyemarakkan warisan Islam di Alam Melayu. Majlis akan dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah (OBD) Klang. Istimewa, program ini turut menampilkan dua Bicara Khas : Selepas Solat Maghrib 🕌 Peranan Kesultanan Alam Melayu dalam Penyebaran Islam di Nusantara 🎙️ Ustaz Angah Sunan Selepas Solat Isyak 🕌 Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada 🎙️ YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 7.00 malam – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Marilah bersama-sama menghidupkan malam dengan selawat, menimba ilmu dan memperkukuh muafakat demi agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat