Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
رفتن به کانال در Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
1 858
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+467 روز
+5730 روز
آرشیو پست ها
SIARAN MEDIA
Dari Bukit Bintang Berselawat 3.0 ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat
Selangor | Mei 2026
Gelombang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang dizahirkan melalui program Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini diteruskan menerusi sebuah lagi himpunan penuh mahabbah iaitu “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” yang bakal berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.
Program ini membawa semangat penyatuan ummah melalui selawat, pengukuhan jati diri bangsa serta memperkasakan hubungan antara rakyat dan Institusi Raja sebagai tunjang penting dalam pembinaan Peradaban Islam di negara ini.
Intipati & Aspirasi Program
1. Menyambung Gelombang Cinta Rasulullah SAW
Jika Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi simbol penyatuan masyarakat pelbagai lapisan di tengah kota melalui cinta kepada Nabi Muhammad SAW, maka Malam Berselawat Menjunjung Daulat hadir membawa roh kesinambungan tersebut ke arah pembinaan masyarakat yang lebih beradab, bersatu dan berteraskan Islam.
2. Mengukuhkan Hubungan Istana dan Rakyat
Program ini menjadi usaha memperkukuh hubungan antara Istana dan rakyat dalam semangat saling berganding membina bangsa yang berteraskan Ketauhidan, penghayatan tasawuf, kesatuan ummah serta kedaulatan Institusi Raja dalam membina Peradaban Islam.
3. Memelihara Jati Diri Bangsa Melayu-Islam
Malam berselawat ini turut mengangkat kembali nilai adab, warisan dan identiti bangsa Melayu-Islam agar tidak tenggelam dalam arus budaya luar yang semakin menghakis jati diri generasi masa kini.
4. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Budaya Bangsa
Keutamaan terhadap Bahasa Melayu Istana, adab budaya bangsa serta pengukuhan ilmu agama amat penting dalam membentuk kepimpinan berwibawa yang dekat dengan akar tradisi dan nilai Islam. Pengaruh budaya luar yang keterlaluan sehingga menghakis kefasihan generasi muda terhadap Bahasa Melayu serta melemahkan penguasaan bahasa ibunda wajar diberi perhatian demi memelihara maruah bangsa dan warisan negara.
5. Membina Generasi Pewaris Berjiwa Peradaban
Generasi pewaris kepimpinan negara perlu diperkukuh dengan kefahaman agama, sejarah bangsa serta kebudayaan masyarakat pelbagai kaum supaya benar-benar menjadi tiang agama dan payung kepada seluruh rakyat.
Penutup
Semoga program ini menjadi titik penyatuan hati, menghidupkan kembali semangat cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, menjunjung Institusi Raja berlandaskan syariat serta membina masa depan negara yang berteraskan iman, adab dan peradaban.
Sekretariat Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD)
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah Bukit Bintang Berselawat 3.0 membawa mesej Cinta dan kedamaian kepada dunia, One Selawat Event at a time.
Inilah warna Malaysia, pelbagai kaum dirai bersama, sambutan kita penuh kesantunan dan menyantuni budaya.
Sumber video : Ichan
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Adakah Kita Sedar 3 Perkara Asas Yang Membina Keharmonian Sebenar Dalam Negara?
Sebagai komuniti yang cintakan kedamaian dan kebenaran, kita sentiasa ada ruang untuk kembali kepada titik persamaan. Mari fahami tiga asas penting yang mengikat persaudaraan dan kedaulatan kita bersama :
1. Setiap manusia ciptaan Allah yang mulia.
Bangsa bukanlah pilihan, melainkan anugerah Yang Maha Pencipta.
Kita melihat semua manusia sebagai Bani Adam dan umat Rasulullah SAW dengan penuh rasa hormat.
2. Menolak sikap melampau. Perjuangan kita bukanlah untuk membenci sesuatu bangsa, tetapi semata-mata menolak kebiadapan dan sikap ekstrem kumpulan tertentu secara berhemah dan berlandaskan keadilan.
3. Menjunjung tinggi institusi kesultanan. la adalah simbol penyatuan dan kedaulatan bumi bertuah ini. Wajib buat kita menyokong dan mempertahankan institusi ini di atas paksi kebenaran agar kedaulatannya terus dihormati.
Mesej penyatuan ini memberikan satu harapan yang indah. Bayangkan masyarakat teguh bersatu, menegakkan kebenaran dengan adab dan kasih sayang. Kita mampu membina persekitaran positif di mana Islam dijunjung, Raja berdaulat, dan rakyat hidup bermaruah.
Sumber video : I-Madina
Langkah BBB 3.0 akan diteruskan dengan Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan diumumkan tarikhnya sedikit masa lagi… Nantikan.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Ada yang menulis doa…
ada yang meluah rindu…
dan ada yang menitipkan tangisan hati buat Rasulullah ﷺ
Satu persatu surat cinta ini kembali dibuka…
membawa kisah jiwa-jiwa yang hadir di Bukit Bintang Berselawat 3.0 dengan penuh cinta dan pengharapan.
Kerana kadang, ada rasa yang terlalu dalam untuk diluahkan kepada manusia…
lalu ditulis buat insan paling dicintai umat ini.
Moga setiap selawat, doa dan luahan hati ini sampai sebagai bukti cinta kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ
Sumber : Hawa ACF
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Ramai yang fikir bila buat event besar macam ini, mesti jalan dipenuhi sampah.
Cinta pada Nabi itu bukan sekadar di bibir, tapi diterjemahkan dengan adab menjaga kebersihan alam sekitar.
Bukti hiburan beradat, budaya diangkat di malam BBB 3.0.
Terima kasih buat semua pengunjung dan sukarelawan yang sama-sama menjaga kebersihan di Bukit Bintang.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Kehadiran para tetamu VIP di program Bukit Bintang Berselawat 3.0 pada 16 Mei 2026 menambahkan lagi seri dan keberkatan majlis penuh cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.
Lihat di sini : https://www.facebook.com/share/p/18ufrpVbsm/?mibextid=wwXIfr
Terima kasih atas sokongan, kehadiran dan kebersamaan dalam menyatukan hati-hati umat di tengah kota Kuala Lumpur. 🤍
Di tengah Bukit Bintang, semua berhimpun demi satu. Demi Baginda ﷺ ❤️🌹
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Datang dari China… namun hatinya tersentuh di Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Walau berbeza bahasa dan budaya, selawat tetap menyatukan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ
Suasana yang penuh kasih, tenang dan persaudaraan ini menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat mereka.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Bukit Bintang Berselawat bersama saudara Islam dari seluruh dunia.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
MV “Dendang Budaya Beradat : Hiburan Beradat, Pahlawan Bangsa” ini diterbitkan sebagai penjelasan dan pemurnian terhadap pelbagai persoalan yang timbul berkaitan elemen budaya yang dibawakan dalam Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Bukit Bintang Berselawat tidak pernah meletakkan budaya mengatasi selawat. Bahkan selawat sentiasa menjadi teras utama penyatuan jiwa, manakala seni dan budaya dijadikan sebagai jambatan untuk mendekati masyarakat dengan kasih sayang dan keharmonian.
Malaysia dibina atas semangat perpaduan dan saling menghormati. Apabila rebana Melayu, gendang India dan budaya tradisi masyarakat lain dapat diraikan dalam suasana yang penuh tertib dan beradab, ia membawa mesej bahawa keamanan dan keharmonian tanah air ini adalah tanggungjawab bersama untuk dipelihara.
Kami percaya anak muda hari ini bukan sahaja perlu didekatkan dengan agama dan melazimi selawat, tetapi juga perlu memahami akar budaya, menghargai warisan bangsa, mencintai tanah air serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara.
Atas semangat itulah, perjuangan ini akan diteruskan melalui kesinambungan program “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” sebagai usaha menyuburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ, memupuk semangat cinta negara serta memperkukuhkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Layari Facebook Rasmi kami di :
https://www.facebook.com/share/v/18p4S7jxJM/?mibextid=wwXIfr
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Bermula dengan selawat.
Disambung dengan kesedaran.
Apa yang lahir di Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan sekadar himpunan manusia,
tetapi himpunan hati yang dipertautkan oleh cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Dan perjalanan itu tidak berhenti di situ.
Kini diteruskan menuju
Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Kerana selawat bukan hanya lantunan di bibir.
Tetapi kekuatan iman yang membina akhlak, menyatukan umat dan menjaga warisan agama, bangsa dan negara.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hj Aki Zali Daud atas kata-kata yang penuh hikmah, kasih sayang dan semangat perpaduan ini.
https://www.facebook.com/share/r/1BERrJHtzL/?mibextid=wwXIfr
Terima kasih kepada semua yang terus memahami, menyokong dan mendoakan usaha ini sejak BBB 1.0 hingga BBB 3.0… dan akan datang, kita melangkah ke
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 🙏🏻
Bagi yang masih belum memahami, kita teruskan dengan adab, penerangan dan doa yang baik. Semoga Allah satukan hati-hati kita dalam rahmat dan kasih Baginda Nabi Muhammad ﷺ.
“Madad madad Ya Rasulullah”
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#DaulatTuanku
Nafisa dan Nauman, dari India :
"We're not aware about this event", kata mereka.
"This selawat also very good, very nice event and we loving it!" kata mereka lagi.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Saudara Akram dari Perancis tampak ceria dan bersama-sama didalam Bukit Bintang Berselawat 3.0
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧
Sollualan Nabiy
Perjalanan ini tidak terhenti di Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Daripada lautan selawat yang menyatukan ribuan jiwa, kini lahir satu langkah baharu membawa semangat cinta Rasulullah ﷺ kepada pembinaan adab, perpaduan umat serta menjunjung daulat dalam menjaga institusi kesultanan sebagai payung agama dan kestabilan negara.
Atas semangat itu, saluran rasmi ini akan diteruskan sebagai medium rasmi bagi gerakan seterusnya :
“Malam Berselawat
Menjunjung Daulat”
Sebuah inisiatif yang membawa mesej tiga teras utama :
1. Kesultanan dalam Cahaya Rasulullah ﷺ
Mengangkat institusi kesultanan sebagai amanah yang perlu dipelihara dengan nilai Islam, adab dan rahmah.
2. Masyarakat dalam Cahaya Rasulullah ﷺ
Membina masyarakat yang bersatu, berakhlak dan menjunjung institusi kesultanan sebagai payung agama dan perpaduan negara.
3. Menolak Gerakan Anti-Agama & Permusuhan terhadap Islam
Menyedarkan umat tentang ancaman pemikiran ekstrem, ideologi yang merosakkan akhlak serta gerakan yang menghina agama, institusi dan keamanan negara dengan pendekatan ilmu, hikmah dan kesatuan umat.
Daripada selawat lahir perpaduan.
Daripada adab terpelihara daulat.
Daripada cinta Rasulullah ﷺ bangkitnya sebuah peradaban.
Kerana mempertahankan daulat bukan tentang kebencian, tetapi tentang menjaga warisan, kehormatan dan perpaduan umat di bumi Nusantara.
Mari kita terus bersama dalam perjalanan ini.
Daripada selawat… menuju kesatuan ummah dan pemeliharaan daulat.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Repost from Media ACF
KENYATAAN D.Y.M.M SULTAN SELANGOR :
Rukun Negara Bukan Sekadar Hafalan, Tetapi Jiwa Negara🇲🇾
Media ACF menjunjung kasih atas titah dan kenyataan media D.Y.M.M. Sultan Selangor yang mengingatkan rakyat tentang pentingnya memahami serta menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan, adab dan keharmonian negara.
Dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan perpecahan, kebencian dan hilangnya nilai hormat sesama masyarakat, seruan untuk kembali kepada prinsip asas negara adalah sesuatu yang sangat penting, khususnya buat generasi muda.
Rukun Negara bukan sekadar tulisan di plak atau lafaz di perhimpunan, tetapi manifestasi akhlak dan jiwa bernegara :
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan
Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Media ACF juga menzahirkan penghargaan terhadap penegasan prinsip :
“𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺”
“𝗕𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮”
sebagai asas penting dalam memelihara identiti, kestabilan, keharmonian masyarakat serta memperkukuhkan adab dan perpaduan dalam negara.
Media ACF percaya bahawa perpaduan tidak dapat dibina hanya dengan slogan, tetapi melalui pendidikan jiwa, adab dan kefahaman sejarah bangsa.
Semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan, dihiasi dengan adab, dipimpin dengan hikmah dan disatukan dengan rasa tanggungjawab bersama demi agama, rakyat dan negara.
Menjunjung kasih.
DAULAT TUANKU 🙏🏻
MEDIA ACF
Media Peradaban
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
