uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Відкрити в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
1 843
Підписники
Немає даних24 години
-57 днів
-1430 днів
Архів дописів
Oleh : Fifi Noor Hafiza Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Fifi Noor Hafiza Terbitan : Sekretariat MJMD

MALAYSIA BUKAN SEKADAR SEBUAH NEGARA. IA ADALAH NADI SEBUAH PERADABAN Apabila kita melihat peta, kita nampak Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Singapura sebagai negara yang berbeza. Namun apabila kita menelusuri sejarah, kita akan menemui sebuah kisah yang jauh lebih besar. Kita berasal daripada akar yang sama iaitu Alam Melayu atau Nusantara. Bahasa yang hampir serupa, budaya yang saling berkait, adat yang sejiwa dan nilai Islam telah menghubungkan rantau ini sejak sekian lama. Penjajahan telah melukis sempadan politik dan membentuk negara-negara moden, namun akar sejarah, warisan dan persaudaraan itu tidak pernah benar-benar terputus. Namun, kembali kepada akar bukan bererti menghapuskan sempadan negara atau mencampuri urusan negara lain. Sebaliknya, ia bermaksud menghidupkan semula kesedaran bahawa kita berkongsi sejarah, nilai dan warisan yang sama. Apabila kita memahami perkara ini, kita akan lebih memilih persaudaraan daripada permusuhan serta mengutamakan muafakat daripada perbalahan. Kembali kepada akar jati diri Melayu-Islam bukan sekadar mengingati sejarah tetapi menghidupkan semula nilai-nilai Islam yang membentuk sebuah masyarakat berakhlak, berprinsip dan menegakkan keadilan. Daripada nilai inilah lahir kehidupan yang aman, saling menghormati serta bersama-sama memakmurkan masyarakat jelata dan alam. Inilah jati diri yang perlu kita hidupkan semula sebagai asas pembinaan sebuah negara yang bersatu, berdaulat dan berperadaban. Sebab itu, kebangkitan peradaban mesti bermula dari rumah sendiri. Malaysia perlu menjadi contoh sebuah negara yang teguh jati dirinya, kukuh perpaduannya dan menjunjung institusi kesultanan negara. Apabila Malaysia berdiri teguh dengan identitinya, sinarnya mampu menjadi inspirasi kepada kebangkitan Nusantara yang lebih luas. Persoalannya, adakah kita hanya mewarisi sebuah negara, atau kita sedang membina semula sebuah peradaban? Muafakat Jelata Menjunjung Daulat #JejakPeradaban #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #BangkitPeradabanTimur #AlifMimSin #TigaKotaSuci

Oleh : Ilham Fahmi Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Ilham Fahmi Terbitan : Sekretariat MJMD

BANGUNAN INI MASIH TEGUH. KITA? Dulu ia dipanggil Secretariat Building. Hari ini, ia berdiri megah sebagai Bangunan Sultan Abdul Samad. Kalau tembok ini boleh bercakap, pasti ia akan menceritakan detik Union Jack diturunkan buat kali terakhir. Ia saksi saat Jalur Gemilang berkibar megah di tengah Dataran Merdeka, menandakan lahirnya sebuah negara berdaulat. Ramai datang ke sini untuk bergambar. Cantik. Unik. Ikonik. Tapi, pernah tak kita berhenti sekejap dan bertanya : Mengapa bangunan ini masih berdiri gah selepas lebih 100 tahun? Seni bina Moorish-nya bukan sekadar hiasan. Ia adalah manifestasi peradaban yang menghormati warisan, namun berani mendepani kemodenan. Arkiteknya membina setiap lengkung dengan ketepatan—bukan untuk hari ini, tapi untuk masa depan. Ibrahnya jelas. Kita adalah bangsa yang bijak mengolah pengaruh luar tanpa kehilangan jati diri. Kita dibina untuk kekal. Namun, apabila kita melihat bangunan ini hari ini, adakah ia sekadar struktur batu dan mortar yang tua, atau sebenarnya cermin kepada jiwa kita? Persoalannya : Adakah jati diri kita hari ini seteguh bangunan ini? Atau kita semakin rapuh? Rapuh dipukul ego, fitnah dan sikap biadab yang perlahan-lahan meruntuhkan perpaduan yang sekian lama kita bina. Bangunan ini tidak akan runtuh kerana cuaca atau masa. Ia hanya akan runtuh jika kita, pemiliknya membiarkan nilai yang membina negara ini lapuk dimakan nafsu. Jangan jadi generasi yang hanya tahu membangga-banggakan mercu tanda di media sosial, tetapi membiarkan asas perpaduan retak di dalam dada. Jika esok bangunan ini ditanya oleh generasi akan datang - ”Adakah nenek moyang kami dulu menjaga negara ini dengan baik?” Mari kita pastikan jawapannya adalah : "Ya, mereka menjaga negara ini dengan kesetiaan yang utuh." Renungkan sejenak… Bangunan ini telah membuktikan bahawa sesuatu yang dibina dengan asas yang kukuh mampu bertahan merentas zaman. Semoga jati diri kita juga kekal teguh, demi agama, bangsa dan tanah air. #JejakPeradaban #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #BangkitPeradabanTimur #AlifMimSin #TigaKotaSuci

Oleh : Mohaniza Muhammad Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Mohaniza Muhammad Terbitan : Sekretariat MJMD

Hayati Prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan Prinsip-prinsip Rukun Negara sememangnya terkandung secara tersirat dan sebahagiannya secara tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan. Rukun Negara bukanlah sebahagian daripada teks Perlembagaan yang mempunyai kuasa undang-undang secara langsung, namun ia merupakan falsafah kenegaraan yang dirumus berdasarkan semangat, struktur dan nilai yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 1. Kepercayaan kepada Tuhan Prinsip ini selari dengan semangat Perlembagaan yang mengiktiraf agama sebagai elemen penting negara. Perkara 3(1) memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Perkara 11 menjamin kebebasan beragama. Ini menunjukkan Perlembagaan tidak mengamalkan fahaman sekular yang menolak agama daripada kehidupan awam, sebaliknya mengiktiraf peranan agama dalam pembentukan negara. Ia juga menolak fahaman atheisme. Secara dasarnya rakyat mesti percaya kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Prinsip ini merupakan asas utama sistem Raja Berperlembagaan. Bahagian IV Perlembagaan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara. Jadual Keempat mengandungi sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong. Perkara 181 menjamin kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kesetiaan kepada Raja merupakan sebahagian daripada struktur asas negara. 3. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan. Perkara 4(1) memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Persekutuan (supreme law of the Federation). Maka prinsip ketiga Rukun Negara sebenarnya mencerminkan doktrin constitutional supremacy. 4. Kedaulatan Undang-undang Walaupun istilah rule of law tidak disebut secara menyeluruh dalam satu peruntukan khusus, semangatnya jelas terkandung melalui pelbagai peruntukan seperti : Perkara 5 (hak kepada kehidupan dan kebebasan diri) Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) Perkara 121 (kuasa kehakiman) Perkara 145 (fungsi Peguam Negara) Kesemuanya menggambarkan bahawa kerajaan juga tertakluk kepada undang-undang. 5. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ini lebih berbentuk nilai moral dan budaya berbanding norma undang-undang semata-mata. Walau bagaimanapun semangatnya boleh dilihat melalui : Sekatan munasabah terhadap kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 demi ketenteraman awam, moral dan keselamatan. Kedudukan institusi keluarga, agama dan keharmonian masyarakat yang menjadi asas. Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 selepas peristiwa Peristiwa 13 Mei. Tujuannya bukan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan, tetapi untuk : i) menghayati semangat Perlembagaan; ii) memperkukuhkan perpaduan nasional; dan iii) membentuk budaya politik dan sosial yang selaras dengan Perlembagaan. Rukun Negara ialah “roh” atau falsafah kepada Perlembagaan Persekutuan, manakala Perlembagaan pula menyediakan kerangka undang-undang yang menguatkuasakan prinsip-prinsip tersebut. Dari sudut perundangan, Rukun Negara bukan sumber undang-undang yang boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah seperti Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika sesuatu prinsip itu diterjemah melalui peruntukan undang-undang. Namun dari sudut perlembagaan dan kenegaraan, adalah tepat untuk menyatakan bahawa kelima-lima prinsip Rukun Negara mempunyai asas yang kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau secara tersirat. Rukun Negara boleh dianggap sebagai rumusan falsafah dan nilai yang mendasari Perlembagaan, manakala Perlembagaan memberikan bentuk dan kuasa undang-undang kepada falsafah tersebut. Rukun Negara tidak berdiri berasingan daripada Perlembagaan, sebaliknya menjadi panduan bagi memahami tujuan dan semangat di sebalik peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. — Dipetik daripada Facebook Zainul Rijal Abu Bakar

Perkongsian daripada Facebook Zainul Rijal Abu Bakar. Penjelasan yang ringkas, padat dan bermanfaat mengenai hubungan antara
Perkongsian daripada Facebook Zainul Rijal Abu Bakar. Penjelasan yang ringkas, padat dan bermanfaat mengenai hubungan antara Rukun Negara dengan Perlembagaan Persekutuan. Semoga perkongsian ini dapat menambah kefahaman kita serta mendorong kita untuk menghayati Rukun Negara dan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, demi membina masyarakat yang bersatu, beradab dan bertanggungjawab. Selamat membaca. Sumber : Facebook Zainul Rijal Abu Bakar https://www.facebook.com/share/p/1K2Q5SYuTJ/?mibextid=wwXIfr

Repost from Media ACF
✨ALAM MELAYU : TERAJU PERADABAN TIMUR Sempena Hari Peradaban Bangsa Melayu Dunia sedang berubah dengan pantas, dan paksi global sedang beralih. Persoalannya… adakah kita hanya akan kekal menjadi pemerhati sejarah, atau turut bersiap sedia melangkah ke hadapan untuk memimpin masa depan? Hari ini, ramai yang membincangkan tentang kemerosotan tamadun, krisis akhlak dan kaburnya identiti generasi muda. Namun, di manakah titik mula penyelesaiannya? Seminar ini bukan sekadar sebuah wacana teori di atas kertas. Ia merupakan medan kesedaran untuk menyatukan semula titik-titik sejarah, warisan, akidah dan masa depan Alam Melayu sebagai pasak utama pembinaan Peradaban Timur. 3 Kupasan Eksklusif yang Bakal Membuka Minda Anda 1. Strategi & Persediaan Oleh Tuan Khalid Yahya Bagaimanakah Alam Melayu membaca dan menghadapi badai perubahan geopolitik dunia? 2. Teladan Agung Oleh Bonda TunSuzana Othman Menyingkap kembali kerangka (blueprint) Sayyid Jumadil Kubro dalam membina modal insan serta meletakkan asas kepada pembinaan Peradaban Alam Melayu. 3. Rahsia “Alif Mim Sin” Oleh Tuan Haji Razali Daud Membongkar gagasan tersirat serta tunjang Peradaban Melayu yang jarang-jarang dikupas dan masih belum diketahui oleh ramai. Dengarkan kupasan tuntas daripada tiga tokoh berwibawa yang telah bertahun-tahun mengkaji, menulis dan menggerakkan usaha membina kesedaran umat mengenai sejarah, jati diri dan masa depan Peradaban Alam Melayu. Jika anda sayangkan agama, bangga dengan warisan bangsa, dan peduli tentang masa depan anak cucu kita, inilah pertemuan ilmu yang sewajarnya anda hadiri. BUTIRAN SEMINAR 📍 Tempat : Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur 📅 Tarikh : Sabtu, 11 Julai 2026 🕘 Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang 🎟️ Penyertaan : PERCUMA (Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan bagi menyokong kelangsungan dakwah dan penyebaran ilmu) TEMPAT ADALAH TERHAD Amankan slot kehadiran anda lebih awal demi keselesaan, dan panjangkan jemputan ini kepada keluarga serta sahabat terdekat. Pendaftaran : https://forms.gle/ZS7H53sMP6HzhV8WA 📞 Sebarang persoalan, boleh hubungi : Puan Siti : 011 2808 7707 En Ikhwan : 017 469 3100

Repost from Media ACF
photo content

Repost from Ayahanda Al Malik
Sistem pemerintahan Malaysia perlu menjadi Madinah adalah Model yang utama. Islam adalah tertinggi dan pemerintahan berteraskan prinsip Islam. Yang dipertuan Agung adalah ketua Negara yg Menjunjung Islam sebagai Agama Negara. Perlembagaan telah mengariskan Islam a boleh berdakwah pada Agama lain . Memberi kebebasan utk Agama lain mengamalkannya tetapi dilarang berdakwah pada Umat Islam. Dalam bab ISLAM kita tiada kompromi hatta mengadai Nyawa kita perlu pertahankan. Adapun hal Pentadbiran kita memberi Keadilan diatas prinsip Islam dan Kemanusiaan . Seluruh Umat Islam wajib ada kesedaran dalam pertahankan hak Islam dalam Negara. Mereka boleh berbeza parti dalam pengurusan Pentadbiran Negara namun dalam hal Islam wajib bersatu Hati mendukung intitusi kesultanan agar ISLAM kukuh Berdaulat dan benar memainkan peranannya. Kesatuan Umat Islam bersama Istana dalam menjaga AGAMA berdasarkan Perlembagaan akan membawa kekuatan Islam dan non Muslim perlu berhati2 dlm Tindakan mrk. Gerakan Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) amat penting utk wujudkan gelombang kesedaran Rakyat agar Intitusi RAJA teguh menjaga Kedaulatan Islam dalam Negara serta menjaga Keharmonian kaum dengan prinsip Keadilan berteraskan perlembagaan. Wallahualam

Nota Peradaban MJMD Apabila Sesuatu Asas Terpaksa Diulang Berkali-kali… “Seluruh umat Islam wajib ada kesedaran dalam mempertahankan hak Islam dalam negara. Mereka boleh berbeza parti dalam urusan pentadbiran negara, namun dalam hal Islam wajib bersatu hati mendukung Institusi Kesultanan agar Islam kukuh berdaulat dan benar memainkan peranannya. Kesatuan umat Islam bersama Istana dalam menjaga agama berdasarkan Perlembagaan akan membawa kekuatan Islam.” — Petikan daripada perkongsian Sidi Ibrahim Al Malik, di Telegram Gagasan Alif Mim Sin ا م س. Refleksi MJMD Apabila sesuatu perkara perlu diulang berkali-kali, barangkali itu petanda bahawa masih ramai yang belum benar-benar memahaminya. Kita sering berbincang tentang politik, ekonomi dan pembangunan. Namun, berapa banyak masa yang kita luangkan untuk memahami asas yang membentuk negara ini? Apakah makna Islam sebagai Agama Persekutuan dalam kerangka Perlembagaan? Apakah peranan Institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem kenegaraan Malaysia? Dan mengapa hubungan antara agama, Perlembagaan dan Institusi Raja terus menjadi topik yang berulang dari satu generasi ke satu generasi? Mungkin cabaran sebenar bukanlah kerana asas-asas ini semakin lemah. Tetapi kerana semakin sedikit ruang yang membuka perbincangan mengenainya secara tenang, berfakta dan beradab. Jika rakyat tidak memahami asas negaranya, maka setiap kali timbul sesuatu isu, kita akan kembali berdebat tentang perkara yang sama. Bagi MJMD, inilah ruang yang perlu diisi. Bukan untuk menentukan siapa yang betul atau salah. Bukan juga untuk mengajak masyarakat memilih mana-mana kelompok. Tetapi untuk menghidupkan semula budaya memahami sebelum menghukum, mengkaji sebelum membuat kesimpulan, dan berdialog sebelum berpecah. Kerana negara yang kukuh bukan sekadar mempunyai Perlembagaan yang baik. Negara yang kukuh ialah apabila rakyatnya memahami mengapa Perlembagaan itu dibina sedemikian rupa, menghargai institusi yang menjadi tiang serinya, serta memelihara keharmonian dengan ilmu, adab dan rasa tanggungjawab. Di situlah kami percaya wacana perlu sentiasa dihidupkan. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. ⸻ 📝 Petikan diambil daripada perkongsian Sidi Ibrahim Al Malik. Refleksi ini merupakan olahan editorial Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) sebagai usaha memperluas wacana ilmu dan kesedaran masyarakat. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur

photo content

JAWI : ASAL JATI DIRI ALAM MELAYU Pernahkah kita terfikir, mengapa tulisan Jawi begitu dekat dengan jiwa masyarakat Alam Melayu? Ia bukan sekadar deretan huruf; ia adalah manifestasi jati diri yang telah sebati selama lebih 700 tahun. Jati Diri : Sebuah Prinsip dan Pegangan Secara konsepnya, jati diri bukan sekadar sifat luaran, malah ia merupakan sifat atau watak asli yang menjadi teras keperibadian seseorang individu dan bangsa. Ia adalah nilai-nilai yang menjadi pegangan hidup suatu identiti yang masih utuh dengan nilai adat, budaya, dan agama. Memiliki jati diri bermakna kita berdiri teguh di atas prinsip yang membezakan kita dengan bangsa lain, mencerminkan sahsiah yang berakhlak, berbudi bahasa, dan berpegang teguh kepada agama. Satu Pertalian yang Indah Tulisan Jawi bermula daripada tulisan Arab yang dibawa masuk bersama cahaya Islam ke Alam Melayu. Pertalian ini melahirkan sistem tulisan yang menjadi wahana penyebaran ilmu agama, undang-undang, sejarah, perubatan, dan falsafah yang membentuk adab serta peribadi insan yang mulia. Tulisan ini adalah lambang jati diri yang menjadi bukti nyata bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang berprinsip, bangsa yang berdiri di atas dua asas utama, iaitu agama dan budaya. Mengapa Kita Perlu Kembali? Amatlah merugikan apabila tulisan Jawi dipinggirkan, kerana ia menyebabkan banyak sumber ilmu dalam pelbagai bidang tidak dapat digali dan dipelajari. Za’ba (2013) pernah memberikan peringatan yang cukup mendalam : “…khazanah bahasa dalam tulisan Jawi didapati sukar dicapai kerana kefasihan dan kesedaran masharakat terhadapnya semakin pudar. Akibatnya, kekayaan pemikiran masharakat dahulu yang menghasilkan untaian mutiara ilmu dalam bentuk kitab, hikayat dan lain-lain terputus dengan masharakat sekarang dek kerana kegagalan mereka menguasai tulisan Jawi.” Memelihara Prinsip, Menjaga Tamadun Memelihara tulisan Jawi adalah langkah beradab untuk menghargai warisan bangsa dan memperkukuh prinsip hidup kita. Ia adalah usaha untuk kembali kepada akar yang membentuk sahsiah diri yang utuh dan berwibawa. Mari kita ambil langkah kecil untuk kembali mendekati tulisan ini, kerana pada setiap lengkung hurufnya, terakam memori sejarah dan prinsip jiwa sebuah tamadun yang agung. #JejakPeradaban #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur

Oleh : Ilham Fahmi Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Ilham Fahmi Terbitan : Sekretariat MJMD

“Apabila sesebuah bangsa mengenali akar peradabannya, di situlah bermulanya kebangkitan.” Sempena Hari Peradaban Alam Melayu, ayuh bersama menyertai Seminar Bangkit Peradaban Timur dan menghayati kembali warisan ilmu, adab dan jati diri yang membentuk Alam Melayu. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Repost from Media ACF
✨ALAM MELAYU : TERAJU PERADABAN TIMUR Sempena Hari Peradaban Bangsa Melayu Dunia sedang berubah dengan pantas, dan paksi global sedang beralih. Persoalannya… adakah kita hanya akan kekal menjadi pemerhati sejarah, atau turut bersiap sedia melangkah ke hadapan untuk memimpin masa depan? Hari ini, ramai yang membincangkan tentang kemerosotan tamadun, krisis akhlak dan kaburnya identiti generasi muda. Namun, di manakah titik mula penyelesaiannya? Seminar ini bukan sekadar sebuah wacana teori di atas kertas. Ia merupakan medan kesedaran untuk menyatukan semula titik-titik sejarah, warisan, akidah dan masa depan Alam Melayu sebagai pasak utama pembinaan Peradaban Timur. 3 Kupasan Eksklusif yang Bakal Membuka Minda Anda 1. Strategi & Persediaan Oleh Tuan Khalid Yahya Bagaimanakah Alam Melayu membaca dan menghadapi badai perubahan geopolitik dunia? 2. Teladan Agung Oleh Bonda TunSuzana Othman Menyingkap kembali kerangka (blueprint) Sayyid Jumadil Kubro dalam membina modal insan serta meletakkan asas kepada pembinaan Peradaban Alam Melayu. 3. Rahsia “Alif Mim Sin” Oleh Tuan Haji Razali Daud Membongkar gagasan tersirat serta tunjang Peradaban Melayu yang jarang-jarang dikupas dan masih belum diketahui oleh ramai. Dengarkan kupasan tuntas daripada tiga tokoh berwibawa yang telah bertahun-tahun mengkaji, menulis dan menggerakkan usaha membina kesedaran umat mengenai sejarah, jati diri dan masa depan Peradaban Alam Melayu. Jika anda sayangkan agama, bangga dengan warisan bangsa, dan peduli tentang masa depan anak cucu kita, inilah pertemuan ilmu yang sewajarnya anda hadiri. BUTIRAN SEMINAR 📍 Tempat : Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur 📅 Tarikh : Sabtu, 11 Julai 2026 🕘 Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang 🎟️ Penyertaan : PERCUMA (Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan bagi menyokong kelangsungan dakwah dan penyebaran ilmu) TEMPAT ADALAH TERHAD Amankan slot kehadiran anda lebih awal demi keselesaan, dan panjangkan jemputan ini kepada keluarga serta sahabat terdekat. Pendaftaran : https://forms.gle/ZS7H53sMP6HzhV8WA 📞 Sebarang persoalan, boleh hubungi : Puan Siti : 011 2808 7707 En Ikhwan : 017 469 3100

Repost from Media ACF
photo content

Bahasa Melayu : Jati Diri Sebuah Negara Hari ini, dianggarkan lebih 300 juta orang menggunakan Bahasa Melayu dalam pelbagai variasi di seluruh Alam Melayu. Bahasa ini pernah menjadi lingua franca yang menghubungkan perdagangan, diplomasi dan penyebaran ilmu di rantau ini selama berabad-abad. Di Malaysia, kedudukan Bahasa Melayu bukan sekadar warisan sejarah, malah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi. Bahasa ialah lambang identiti, jati diri dan kedaulatan sesebuah negara. Apabila rakyat berkongsi satu bahasa kebangsaan, lahirlah asas yang lebih kukuh untuk saling memahami, membina perpaduan dan memelihara kesinambungan sebuah peradaban. Dalam satu perkongsian, Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam menegaskan bahawa Bahasa Melayu tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai satu pilihan, tetapi sebagai sebahagian daripada identiti negara yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan. Pandangan ini mengajak kita melihat Bahasa Melayu bukan hanya dari sudut bahasa, tetapi juga sebagai wahana pembinaan jati diri kebangsaan. Memartabatkan Bahasa Melayu bukan bererti menolak penguasaan bahasa lain. Sebaliknya, ia adalah usaha menghormati bahasa kebangsaan yang menjadi asas pembentukan negara, sambil terus menguasai pelbagai bahasa sebagai nilai tambah dalam dunia global. ——— Fakta Peradaban • Dianggarkan lebih 300 juta orang menggunakan Bahasa Melayu di rantau Alam Melayu. • Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca bagi perdagangan, pentadbiran dan hubungan diplomatik di rantau ini. • Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Rujukan Lanjut • UNESCO – Atlas of the World’s Languages • Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia • Dewan Bahasa dan Pustaka Kredit Kredit asal : Hitam Putih Podcast & Suhan Channel Olahan visual : myRekomen Tonton sedutan video di Facebook : https://www.facebook.com/share/r/1EXpjCN7s9/?mibextid=wwXIfr #JejakPeradaban #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur

+1

TAHUKAH ANDA? Dianggarkan terdapat antara 10,000 hingga 15,000 manuskrip Jawi yang masih tersimpan di seluruh dunia. Khazanah ini berada di 151 perpustakaan, arkib dan muzium di 28 buah negara. Namun, hanya sekitar 5% daripadanya telah dikaji secara mendalam oleh para penyelidik. Manuskrip-manuskrip ini menjadi saksi kegemilangan tamadun Alam Melayu dan merakam pelbagai bidang ilmu, antaranya : • Agama • Undang-undang • Sejarah • Kesusasteraan • Perubatan • Pentadbiran • Falsafah • Adat dan budaya Tulisan Jawi bukan sekadar sistem tulisan. Selama berabad-abad, ia menjadi wahana penyebaran ilmu, pentadbiran kerajaan, perdagangan dan persuratan di Alam Melayu. Antara karya agung manuskrip Melayu yang bertulisan Jawi ialah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah, yang telah diiktiraf sebagai Warisan Dokumentari Dunia di bawah Program Memory of the World UNESCO sejak 2001. Memelihara tulisan Jawi bukan sekadar memelihara huruf. Ia bermaksud memelihara khazanah ilmu, memori sejarah dan identiti sebuah tamadun yang telah membentuk jati diri bangsa di Alam Melayu. ——— Rujukan lanjut • Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM – Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu https://www.ukm.my/atma/en/ppmam-introduction/ • Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia untuk UNESCO – Memory of the World https://www.unesco.org.my/unesco-recognition/communication-information/the-memory-of-the-world-international-register #JejakPeradaban #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #BangkitPeradabanTimur