es
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Ir al canal en Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 858
Suscriptores
+124 horas
+387 días
+5830 días
Archivo de publicaciones
📢 HEBAHAN UMUM Bukit Bintang Berselawat 3.0 Bagi memastikan setiap perjalanan program berlangsung dengan tersusun dan harmon
📢 HEBAHAN UMUM Bukit Bintang Berselawat 3.0 Bagi memastikan setiap perjalanan program berlangsung dengan tersusun dan harmoni, mohon untuk sentiasa mengikuti saluran rasmi BBB 3.0. Segala makluman penting, kemaskini teknikal, info checkpoint, pergerakan serta pengumuman dari masa ke semasa akan dikemaskini dari waktu ke waktu sehingga ke saat akhir melalui Telegram kami dan Linktree rasmi : 📲 Telegram Bukit Bintang Berselawat 3.0 🔗 Linktree Bukit Bintang Berselawat 3.0 Ikuti saluran rasmi BBB 3.0 bagi mendapatkan hebahan segera sepanjang program berlangsung. Semoga setiap langkah yang dihimpunkan ini menjadi asbab tersebarnya cinta, adab dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad SAW 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini semakin mekar dengan kehadiran seruan daripada Tuan Haji Razali Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Adam Charitable Foundation (ACF). Terima kasih diucapkan atas dukungan dan semangat yang dititipkan. Sesungguhnya, usaha kecil kita ini adalah jambatan untuk kita sama-sama menzahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda Rasulullah SAW di tengah-tengah kesibukan kota. Di Bukit Bintang, kita bukan sekadar berhimpun kita hadir untuk menghidupkan jiwa manusia dengan cahaya Allah dan Rasulullah. Tanah ini ada adat, ada rahmat, ada budaya dan ada cinta. Bersama kita semarakkan mesej Muhammad For All agar kasih sayang dan nilai ihsan terus subur dalam masyarakat. Ayuh bersama seluruh sidang ummah, marilah kita meluangkan masa untuk hadir memeriahkan malam penuh barakah ini. Kita basahkan lidah dengan selawat, kita panjatkan doa buat saudara kita di Palestin dan kita hidupkan suasana dengan nur kebersamaan. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

🚧 HEBAHAN PENUTUPAN JALAN Sempena program Bukit Bintang Berselawat 3.0, beberapa laluan di sekitar Bukit Bintang akan ditutu
+2
🚧 HEBAHAN PENUTUPAN JALAN Sempena program Bukit Bintang Berselawat 3.0, beberapa laluan di sekitar Bukit Bintang akan ditutup sementara bagi melancarkan perjalanan program serta memastikan keselamatan semua pihak. 🗓 Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu) 🕗 Masa Penutupan : 8.00 malam – 11.00 malam 📍 Laluan terlibat : • Jalan Bukit Bintang • Jalan Sultan Ismail Orang ramai disarankan untuk : ✓ Merancang perjalanan lebih awal ✓ Menggunakan pengangkutan awam ✓ Mematuhi arahan pihak polis & petugas trafik ✓ Mengamalkan sikap berhemah sepanjang tempoh penutupan jalan Kerjasama semua pihak amat dihargai demi kelancaran program dan keselamatan bersama. 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Arwah Dr. Muhammad Aimanudin bin Roslan merupakan antara insan yang sangat gigih menyokong Bukit Bintang Berselawat sejak dari awal lagi🤍 Bahkan antara yang terawal bertungkus-lumus menyiapkan bahan dan membantu menjayakan video ini demi memastikan mesej selawat dan cinta Rasulullah SAW terus sampai kepada masyarakat. Semangat, pengorbanan dan kasih arwah terhadap perjuangan ini turut mengalir menjadi kekuatan buat seluruh sekretariat untuk terus melangkah, meneruskan dakwah dan menyatukan manusia melalui selawat. 🌹 Tak pernah jemu mengajak orang datang dekat dengan selawat dan cinta Rasulullah SAW. Kini, BBB 3.0 bukan sekadar sebuah program… tetapi juga menjadi tanda bahawa perjuangan itu masih diteruskan. 🤍 Al-Fatihah buat arwah Dr. Muhammad Aimanudin bin Roslan 🤲🏻 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini semakin mekar dengan kehadiran seruan daripada Ustaz Farkhan Daie. Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas dukungan dan semangat yang dititipkan. Sesungguhnya, usaha kecil kita ini adalah jambatan untuk kita sama-sama menzahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda Rasulullah SAW di tengah-tengah kesibukan kota. ​Ayuh bersama buat seluruh sidang ummah, marilah kita meluangkan masa untuk hadir memeriahkan malam penuh barakah ini. Kita basahkan lidah dengan selawat, kita panjatkan doa buat saudara kita di Palestin dan kita hidupkan suasana dengan nur kebersamaan. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Alhamdulillah, sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 terus mengalir. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Salehudin Sukor, Pengarah Kebudayaan USIM atas seruan dan dukungan yang diberikan buat program ini. Kesudian beliau untuk bersama menyokong usaha ini amat dihargai dalam mengangkat budaya selawat, nilai adab serta semangat “Budaya dikendong, agama dijunjung” dalam masyarakat. Ayuh sama-sama kita hadir memeriahkan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Kita hidupkan malam kota dengan alunan selawat, doa dan rasa kebersamaan demi ummah. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

ESOK ✨ Selawat menyatukan hati, adab menyatukan manusia. “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
ESOK ✨ Selawat menyatukan hati, adab menyatukan manusia. “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” — Riwayat Ahmad 16 Mei 2026 • Sabtu Bukit Bintang, Kuala Lumpur #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #SolidaritiPalestin

Alhamdulillah, sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 terus rancak! Kali ini, kita terima 'seruan' khas daripada abang long kita, Achong Sweetchild. ​Siapa yang tak kenal dengan aura bertenaga beliau di pentas? Sebagai seorang pengacara, pelakon, dan penyanyi yang cukup berpengalaman, kesudian saudara Achong untuk mengajak peminat dan kawan-kawan semua hadir adalah satu sokongan yang amat bermakna buat kita semua. ​Seperti kata saudara Achong, jom kita ramai-ramai serbu Bukit Bintang! Kita tukarkan suasana hingar-bingar kota kepada alunan selawat yang mendamaikan jiwa. ​Bawa semangat paling padu kita berselawat, kita berdoa, dan kita nyatakan solidariti kita buat saudara di Palestin. 🇲🇾🇵🇸 ​#BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Alhamdulillah, terima kasih saudari Ainan Tasneem yang budiman atas kesudian bersama-sama menyemarakkan gelombang selawat di tengah kota Kuala Lumpur. ​Kelembutan bicara dan ketulusan beliau dalam mengajak masyarakat untuk kembali mencintai Rasulullah SAW benar-benar memberi inspirasi, terutamanya buat kaum wanita dan generasi muda. ​Ayuh semua! Seperti mana ajakan saudari Ainan, mari kita penuhi malam penuh barakah ini dengan alunan zikir, doa, dan solidariti buat Palestin. Kita jadikan Bukit Bintang sebagai saksi penyatuan hati kita semua. https://vt.tiktok.com/ZSxe2nPhQ/ ​Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh indah dengan cinta dan kasih sayang 🌸✨ ​#BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #SolidaritiPalestin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Alhamdulillah, sokongan para artis tanah air terus mengalir buat Bukit Bintang Berselawat 3.0. Terima kasih buat saudara Ronnie Hussein atas kesudian mengajak semua tontonan bersama menyemarakkan malam penuh mahabbah ini. Ayuh bersama menambahkan lagi seri Bukit Bintang Berselawat dengan alunan selawat, budaya dan mesej cinta yang menyatukan masyarakat di tengah kota. Ayuh bersama kita jadikan 16 Mei ini malam penuh selawat, doa dan solidariti buat Palestin 🇲🇾🤍🇵🇸 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Meremang…” katanya Terima kasih Saudara Saharul Ridzwan atas sokongan dan turut bersama menyebarkan semangat #BukitBintangBerselawat 3.0 🤍 Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lebih ramai hati terpaut dengan selawat dan suasana yang penuh harmoni di tengah kota. Boleh tonton perkongsian beliau di sini : https://vt.tiktok.com/ZSxJkfbs9/ #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih Ekong BSP atas sokongan untuk #BukitBintangBerselawat 3.0 🌹🤍 Moga lebih ramai dapat bersama merasai suasana selawat, kasih sayang dan budaya beradab yang dibawa di tengah kota ✨ Tonton perkongsian daripada Ekong BSP : https://vt.tiktok.com/ZSxJhLx3n/ https://www.facebook.com/share/r/18GYD6ZwyA/ 🇲🇾🤍🇵🇸 ​#BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih Puan Azura atas perkongsian dan usaha menyiarkan feedback serta review daripada pihak luar berkaitan Bukit Bintang Berselawat 2.0 🌹✨ Boleh juga tonton di sini : https://vt.tiktok.com/ZSxJ6kUV4/ Perkongsian seperti ini sangat bermakna kerana ia menunjukkan bagaimana mesej selawat, kedamaian dan budaya beradab mampu dirasai serta dihargai hingga ke peringkat antarabangsa. Terima kasih juga kepada semua yang terus membantu menyebarkan momen-momen baik tentang #BukitBintangBerselawat. Inilah antara cara kita bersama-sama menyokong usaha ini iaitu dengan berkongsi pengalaman, video, review dan cerita-cerita yang memberi inspirasi kepada masyarakat 🤍 Semoga lebih ramai hati tersentuh dan bersama menghidupkan selawat di tengah kota. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LAGI 2 HARI ✨ Selawat bukan sekadar alunan di bibir, tetapi jalan menyatukan hati dan menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ
LAGI 2 HARI ✨ Selawat bukan sekadar alunan di bibir, tetapi jalan menyatukan hati dan menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ “Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.” — Riwayat al-Tirmizi 16 Mei 2026 • Sabtu Bukit Bintang, Kuala Lumpur #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

✨ TIGA LAGU. SATU GELOMBANG ✨ Sempena Bukit Bintang Berselawat 3.0, tiga alunan istimewa kini mula dikongsikan buat semua. Bu
TIGA LAGU. SATU GELOMBANG ✨ Sempena Bukit Bintang Berselawat 3.0, tiga alunan istimewa kini mula dikongsikan buat semua. Bukan sekadar lagu, tetapi sebahagian daripada rasa, semangat dan perjalanan menuju malam yang akan menyatukan selawat, adab dan budaya di tengah kota. Gunakan untuk : 🎥 konten kreatif 📱 reels & TikTok 🎬 montage 📹 story ✨ dan hebahan BBB 3.0 anda 🎵 SINAR YANG NYATA Dengar di YouTube 🎵 CAHAYA DI BUKIT BINTANG Dengar di YouTube 🎵 SELAWAT MEDLEY Dengar di YouTube Dengarkan. Gunakan. Sebarkan. Mari hidupkan gelombang bersama 🌹 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

PROTECT THE MESSAGE ✨ Dalam dunia media hari ini, satu konten boleh membentuk cara masyarakat melihat sesuatu. Sebab itu BBB 3.0 bukan sekadar mahu ramai posting, tetapi kita juga mahu sama-sama menjaga naratif dan mesej yang dibawa. Kita mahu masyarakat melihat : 🤝 kasih sayang 🌹 dakwah yang menyantuni 🕌 perpaduan pelbagai bangsa ✨ budaya beradab ❤️ selawat sebagai rahmat untuk semua Bukan kekeliruan naratif. Walaupun BBB 3.0 membawa konsep “Open Collaboration, Not Ownership” namun setiap gambar, video dan kapsyen tetap perlu membantu membawa ruh BBB 3.0 dengan jelas dan beradab. 📌 Highlight yang perlu dibantu : • Pemberian bunga ros • Dakwah santai kepada non-Muslim • Suasana harmoni pelbagai kaum • Busana & budaya tradisional • Orang ramai berselawat bersama • Akhlak volunteer & peserta • Suasana aman dan tertib ❌ Elakkan : • Naratif yang mengelirukan • Unsur provokasi • Angle yang bercanggah dengan positioning rasmi BBB 3.0 Kerana akhirnya, kita mahu masyarakat mengingati yang dibawa oleh BBB 3.0 ialah ✨ kasih sayang ✨ perpaduan ✨ selawat ✨ dan keindahan akhlak Jangan biarkan angle kecil menenggelamkan mesej besar BBB 3.0. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KONSEP MEDIA BBB 3.0 ✨ “Open Collaboration, Not Ownership” BBB 3.0 tidak bergerak dengan konsep media dimiliki oleh sekretariat semata-mata. Sebaliknya, kita membina budaya media yang bergerak secara berjemaah, terbuka dan saling menguatkan. 🤝 Semua pihak boleh terlibat. Semua pihak boleh posting. Semua pihak boleh menjadi sebahagian daripada gelombang BBB 3.0. Daripada pihak berkuasa, agensi, NGO, rakan strategik, content creator, fotografer, volunteer, peserta, komuniti dakwah sehinggalah masyarakat umum, semuanya adalah penyambung gelombang BBB 3.0. 🌊 Yang ada platform, bantu sebarkan. Yang ada kamera, bantu rakam. Yang ada idea, bantu hidupkan suasana. Yang ada kemahiran, bantu kuatkan gelombang dakwah. Kerana akhirnya, kita semua membawa tujuan yang sama: ✨ Memperkenalkan keindahan Rasulullah ﷺ melalui selawat, adab dan kasih sayang. Terima kasih Malaysia 🇲🇾 Terlalu ramai yang bersama menyokong dan menghidupkan gelombang BBB 3.0 sehingga tidak mampu disebut satu persatu. Satu Hati. Satu Tujuan. Berselawat Bersama. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur