Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Відкрити в Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Показати більшеКраїна не вказанаКатегорія не вказана
1 870
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-1030 днів
Архів дописів
SEJAHTERA
Satu perkataan. Seribu harapan.
Moga Malaysia kembali sejahtera.
Sejahtera pada agama.
Berdaulat pada institusi.
Bermuafakat dalam kalangan rakyat.
Makmur pada ekonomi.
Beramanah dan berhikmah dalam kepimpinan.
Berilmu dalam pendidikan.
Kerana kesejahteraan bukan sekadar sebuah harapan. Ia perlu dibina bersama.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanTimur #Merdeka
DOA KITA TIDAK MENGENAL SEMPADAN.
Kita berdoa untuk Malaysia.
Hari ini juga jangan berhenti teruskan berdoa untuk Al-Quds.
Kita bersyukur kerana masih menikmati keamanan di tanah air.
Namun pada saat yang sama, saudara-saudara kita di Al-Quds terus diuji.
Islam mengajar bahawa rahmah tidak berhenti pada sempadan negara. Kasih sayang kepada tanah air tidak menjadikan kita melupakan saudara seagama di bumi yang diberkati.
Mencintai watan ialah amanah.
Mengingati Al-Quds juga amanah.
Melalui Muafakat Jelata Menjunjung Daulat, kita menghidupkan semangat saling mengenali, saling menghormati dan saling membantu.
Melalui Titian Muhibbah, kita merapatkan hati, menyuburkan persefahaman dan menghubungkan manusia merentasi bangsa serta sempadan.
Kerana kita percaya bahawa kesejahteraan tidak akan lahir tanpa rahmah, muhibbah dan muafakat. Daripada nilai-nilai inilah kita bersama-sama membina Kesejahteraan Nusantara, demi manfaat negara, umat dan seluruh manusia.
Semoga pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, Allah SWT memelihara Malaysia, mengurniakan keamanan kepada Nusantara dan memerdekakan bumi Al-Quds dengan rahmatNya.
Jumuah Mubarakah.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanNusantara #TitianMuhibbah
Repost from N/a
Mereka masih kecil, tetapi mereka sudah belajar satu perkara besar, bahawa Baitul Maqdis tidak pernah dilupakan.
Daripada bibir kecil mereka lahir doa, harapan dan kecintaan kepada Al-Quds.
Semoga mereka membesar sebagai generasi yang mengenali nilai Baitul Maqdis, memahami amanahnya dan terus membawa nama Palestin dalam doa mereka.
🤲 Jangan lupa titipkan doa buat Palestin hari ini.
#bangkitalquds
#masjidalaqsa
#palestine
#tigakotasuci
#malamberselawatmenjunjungdaulat
SEBELUM TERLAMBAT, TANYALAH ORANG TUA KITA.
Setiap keluarga menyimpan sejarah.
Tetapi sejarah itu tidak tertulis di muzium.
Ia tersimpan dalam ingatan ayah, ibu, datuk, nenek, pakcik dan makcik yang masih bersama kita.
Apabila mereka pergi, bukan sekadar seorang insan yang kita kehilangan.
Kadang-kadang, seluruh sejarah keluarga turut pergi bersama mereka.
Malam ini, luangkan sedikit masa.
Hubungi orang tua dalam keluarga dan tanyakan :
• Siapakah moyang kita?
• Dari mana asal-usul keluarga kita?
• Siapakah adik-beradik datuk dan nenek?
• Adakah keluarga kita mempunyai salasilah?
Catat setiap nama, setiap tempat dan setiap cerita.
Mungkin bagi mereka ia sekadar sebuah kenangan.
Tetapi bagi anak cucu kita, itulah sebuah warisan.
Bila kali terakhir seluruh keluarga anda benar-benar duduk semeja?
Bukan untuk kenduri.
Bukan kerana tahlil.
Bukan kerana majlis perkahwinan.
Tetapi untuk mengenali salasilah keluarga sendiri.
Cadangkan satu Hari Keluarga.
Bawa gambar-gambar lama.
Bentangkan salasilah keluarga.
Dengar cerita daripada orang tua.
Biarkan anak-anak mengenali akar mereka, sebelum hanya tinggal nama di batu nisan.
Jejak nasab bukan sekadar mengetahui siapa nenek moyang kita. Ia menghidupkan silaturahim, mengukuhkan institusi keluarga dan memastikan warisan tidak hilang ditelan zaman.
Mulakan malam ini. Kerana sejarah keluarga tidak boleh dicari semula apabila saksi-saksinya telah tiada.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesedaranNasab
Apabila Islam Bertemu Budaya...
ISLAM TIDAK MEMUTUSKAN AKAR. ISLAM MEMURNIKANNYA.
Apabila berbicara tentang budaya, ada yang beranggapan Islam datang untuk menghapuskan segala-galanya.
Namun, benarkah begitu?
Sejarah penyebaran Islam di Alam Melayu dan Nusantara memperlihatkan sesuatu yang berbeza. Islam tidak memutuskan masyarakat daripada akar bahasa, adat dan warisan mereka. Sebaliknya, Islam memurnikan budaya yang baik agar selari dengan syariat, lalu menjadikannya jambatan untuk mendekatkan manusia kepada Allah SWT.
Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu.
Tulisan Jawi dimartabatkan sebagai wahana penyebaran ilmu.
Seni khat dan kaligrafi menyerlahkan keindahan tamadun Islam.
Selawat, qasidah, seni bina masjid, adat yang baik serta nilai kekeluargaan terus diperkasakan sebagai medium dakwah yang menyentuh hati masyarakat.
Pendekatan ini turut dizahirkan oleh para ulama Nusantara. Antara contoh yang masyhur ialah Wali Songo, yang menyampaikan risalah Islam dengan penuh hikmah melalui bahasa, seni dan budaya masyarakat setempat. Medium seperti gamelan dan wayang kulit dimanfaatkan sebagai wasilah dakwah, dengan pengisian yang dimurnikan berteraskan tauhid, akhlak dan nilai-nilai Islam.
Inilah semangat Dakwah Berteraskan Rahmah & Budaya Tempatan, iaitu usul kedua dalam Usul Peradaban Nusantara.
Atas asas inilah, Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) mengangkat pendekatan yang menghidupkan ilmu, sejarah, warisan, seni budaya, institusi Raja-Raja Melayu dan nilai kekeluargaan sebagai ruang mempertemukan masyarakat. Bukan untuk mengagungkan budaya, tetapi untuk menghidupkan rahmah, menyuburkan muhibbah dan memperkukuhkan muafakat.
Kerana apabila manusia disatukan oleh ilmu, dipandu oleh rahmah dan dipertemukan melalui warisan yang dikongsi bersama, akan lahirlah masyarakat yang saling mengenali, saling menghormati dan saling membantu.
Daripada muafakat itulah lahirnya Kesejahteraan Nusantara, yang menjadi asas kepada pembinaan semula Peradaban Nusantara.
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik..."
(Surah al-Nahl : 125)
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KesejahteraanNusantara
#DakwahRahmah
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
DUA KUNCI KESEJAHTERAAN YANG DIAJARKAN OLEH RASULULLAH SAW
Kita semua mengimpikan sebuah kehidupan yang damai. Sebuah masyarakat yang saling menghormati, pemimpin yang amanah, rakyat yang saling membantu dan sebuah negara yang dipenuhi kesejahteraan.
Namun, apakah rahsia kepada semua itu?
Islam mengajarkan bahawa kesejahteraan tidak akan lahir hanya dengan kemajuan material atau pembangunan semata-mata.
Allah SWT berfirman :
"Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam."(Surah al-Anbiya', 21:107) Di sebalik ayat ini terserlah tujuan besar pengutusan Rasulullah SAW membawa rahmat kepada seluruh manusia melalui kesempurnaan antara hubungan; hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Pertama, hubungan dengan Allah. Daripadanya lahir keimanan yang benar, jiwa yang tenang dan hati yang sentiasa sedar bahawa setiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Kedua, hubungan dengan sesama manusia. Daripadanya lahir kasih sayang, keadilan, kejujuran dan keikhlasan untuk membawa manfaat serta kesejahteraan kepada orang lain. Inilah yang dikenali sebagai Hablumminallah dan Hablumminannas iaitu keindahan gandingan antara aspek ketuhanan (keimanan yang benar) dan aspek kemanusiaan. Apabila salah satu daripadanya diabaikan, lahirlah kelompongan dalam kehidupan. Manusia mungkin mencapai kemajuan, namun kehilangan arah. Cabaran terbesar hari ini bukan sekadar kemiskinan harta, tetapi kemiskinan jiwa. Apabila rasa ketuhanan semakin pudar dan rasa kemanusiaan semakin hilang, manusia akhirnya mengejar kebahagiaan untuk dirinya sendiri, sedangkan kebahagiaan yang sebenar akan bertambah apabila kita turut membahagiakan orang lain. Rasulullah SAW membawa Islam sebagai agama yang menyempurnakan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Daripada ajaran Baginda lahirlah keimanan yang benar dan kemanusiaan yang tulus bahawa dua asas yang membentuk keluarga yang bahagia, masyarakat yang harmoni, negara yang aman dan sebuah peradaban yang sejahtera. Malaysia dikurniakan rakyat jelata dengan pelbagaian bangsa dan budaya. Kepelbagaian ini bukanlah alasan untuk berpecah, bahkan peluang untuk kita menunjukkan bahawa masyarakat yang berbeza mampu hidup dalam semangat saling menghormati, bekerjasama dan saling memakmurkan. Marilah kita bersama menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang menampilkan keindahan ajaran Islam melalui keimanan yang benar, akhlak yang mulia, kepimpinan yang amanah dan kemanusiaan yang tulus. Semoga dari bumi Malaysia terpancar inspirasi untuk bersama membangunkan Nusantara yang sejahtera. Kerana hakikatnya, Nusantara bukan sekadar sebuah wilayah yang dipisahkan oleh sempadan. Nusantara ialah sebuah keluarga besar yang diikat oleh sejarah, budaya, bahasa dan nilai-nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama. Apabila satu anggota keluarga membawa kebaikan, seluruh keluarga akan turut merasai manfaatnya. Marilah kita menyebarkan keindahan Islam dengan hikmah, menyebarkan salam, kasih sayang dan kesejahteraan kepada semua. Kerana kesejahteraan sentiasa bermula dengan dua hubungan-hubungan yang benar dengan Allah dan hubungan yang tulus dengan sesama manusia. Daripada dua kunci inilah lahir kesejahteraan spiritual, ketenangan jiwa, kemakmuran negara dan sebuah Nusantara yang bersatu, sejahtera serta menjadi rahmat kepada seluruh manusia. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #AlifMimSin #TigaKotaSuci #RahmatanLilAlamin
KESEJAHTERAAN TIDAK LAHIR DENGAN SENDIRINYA
Kita sering mengimpikan sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan saling menghormati.
Namun pernahkah kita bertanya...
Apakah sebenarnya yang melahirkan kesejahteraan?
Adakah ia sekadar hasil pembangunan? Atau cukup dengan kemajuan yang kita kecapi?
Hakikatnya, kesejahteraan bukan bermula pada bangunan yang tinggi, tetapi pada hati manusia. Ia lahir apabila manusia belajar melihat satu sama lain sebagai keluarga dalam sebuah masyarakat yang berkongsi sejarah, bahasa, warisan dan masa hadapan yang sama.
Apabila rasa kebersamaan itu hidup, lebih mudah untuk kita menghormati perbezaan, membantu ketika kesusahan dan bermuafakat ketika berdepan cabaran.
Kerana masyarakat yang sejahtera bukanlah masyarakat yang tiada perbezaan, tetapi masyarakat yang tahu bagaimana hidup bersama dalam perbezaan.
Mungkin inilah yang paling kita perlukan pada hari ini.
Bukan sekadar mengejar kemajuan, tetapi membina sebuah kehidupan yang dipenuhi adab, kasih sayang dan rasa tanggungjawab sesama insan.
Kerana Kesejahteraan Negara bukanlah destinasi yang boleh dicapai oleh seorang diri. Ia akan lahir apabila setiap daripada kita memilih untuk berjalan bersama.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KesejahteraanNusantara
#AlifMimSin #TigaKotaSuci
APABILA KITA MENGENALI AKAR, KITA AKAN LEBIH MENGHARGAI RANTING.
Apabila Kita Mengenali Nasab, Kita Akan Lebih Mudah Menyantuni Manusia.
Kesedaran tentang nasab bukan sekadar mengetahui dari mana kita berasal. Ia mendidik hati untuk memahami bahawa setiap manusia mempunyai akar, sejarah dan maruah yang perlu dihormati.
Sebab itu, dakwah yang berkembang di Alam Melayu sejak sekian lama tidak dibina di atas penghinaan atau paksaan. Sebaliknya, ia berkembang melalui rahmah, adab, hikmah dan penghormatan terhadap budaya tempatan yang tidak bercanggah dengan syariat.
Para ulama terdahulu tidak memutuskan masyarakat daripada identiti mereka. Mereka membimbing, menyucikan dan memperindahkan budaya dengan cahaya Islam sehingga masyarakat menerima agama ini dengan hati yang terbuka. Islam akhirnya bukan sahaja menjadi pegangan, bahkan membentuk cara hidup, bahasa, seni, kekeluargaan dan peradaban.
Hari ini, kita berhadapan dengan cabaran yang berbeza. Terlalu mudah menghukum, terlalu cepat melabel dan terlalu sukar mendengar. Sedangkan kekuatan dakwah bukan terletak pada kerasnya kata-kata, tetapi pada lembutnya akhlak yang membawa manusia semakin hampir kepada Allah.
Rahmah bukan bererti berkompromi dengan kebenaran. Rahmah ialah menyampaikan kebenaran dengan hikmah, kasih sayang dan kebijaksanaan sehingga ia menyentuh hati, bukan sekadar memenangi perdebatan.
Apabila kita mengenali akar, kita belajar menghargai manusia. Apabila kita menghidupkan rahmah, kita sedang membina sebuah masyarakat yang lebih damai, saling menghormati dan bersedia melangkah bersama.
Memasuki Bulan Kebangsaan, marilah kita menghayati bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal atau kemajuan ekonomi, tetapi juga pada akhlak rakyatnya, keharmonian masyarakatnya dan kasih sayang yang mengikat sebuah bangsa.
Kerana sebuah negara yang sejahtera lahir daripada masyarakat yang saling mengenali, saling menghormati dan saling menyantuni.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanNusantara #DakwahRahmah
Kita terlalu sibuk mengejar budaya luar, hingga terlupa betapa indahnya warisan kita sendiri.
Hakikatnya, masyarakat Melayu sejak dahulu memiliki seni gerak yang bukan sekadar indah dipandang, malah membina kekuatan fizikal, keseimbangan, disiplin dan jati diri. Gerak langkah, kekuda dan seni warisan ini lahir daripada kebijaksanaan leluhur yang memahami hubungan antara tubuh, akal dan adab.
Warisan seperti ini jangan dipandang sepi atau dianggap ketinggalan zaman. Sebaliknya, ia perlu dipelihara, dipelajari dan dihidupkan kembali agar terus menjadi sebahagian daripada gaya hidup generasi hari ini.
Mengangkat warisan bukan bererti menolak kemajuan, tetapi memastikan kita tidak kehilangan akar yang membentuk jati diri bangsa.
Kesejahteraan Nusantara bermula apabila kita kembali menghargai khazanah sendiri.
🎥 Kredit video : TikTok Hakim Aziz
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #WarisanMelayu #SeniMelayu #TariSilat
Sesebuah bangsa tidak dibina hanya dengan kemajuan, tetapi diperkukuhkan melalui keberkatan yang lahir daripada adab, kasih sayang dan hubungan kekeluargaan.
Melalui Minda WIAM, Sidi Ibrahim Al-Malik mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa bermula dengan mencintai kedua-dua orang tua, mengenali nasab, memelihara silaturahim serta menghidupkan kembali adab dan pekerti yang menjadi akar jati diri bangsa.
Inilah antara nilai yang seiring dengan aspirasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) dalam membina masyarakat yang berteraskan kasih sayang, budaya, hikmah dan agama sebagai jalan menuju kesejahteraan Nusantara.
Semoga perkongsian ini menjadi renungan, manfaat dan pedoman buat kita semua.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanNusantara #TitianMuhibbah
APABILA KITA MENGENALI NASAB, KITA TIDAK LAGI MELIHAT ORANG LAIN SEBAGAI ORANG ASING
Kita sering bertanya...
Mengapa orang dahulu begitu menjaga salasilah keluarga? Adakah sekadar untuk mengetahui siapa datuk dan nenek mereka?
Hakikatnya, nasab bukan sekadar tentang nama. Nasab mengajar kita tentang hubungan.
Apabila seseorang mengenali asal usulnya, dia mula memahami bahawa dirinya bukan hidup bersendirian. Dia adalah sebahagian daripada sebuah keluarga yang panjang sejarahnya.
Dan apabila pencarian itu diteruskan...
Dia akan menyedari bahawa manusia yang disangkanya orang asing, mungkin sebenarnya berkongsi akar yang sama. Di situlah cara kita melihat manusia lain mula berubah.
Daripada melihat perbezaan... kita mula mencari titik persaudaraan.
Daripada berbangga dengan keturunan... kita belajar memikul tanggungjawab untuk menjaga hubungan.
Kerana nasab bukan untuk meninggikan diri, tetapi untuk merapatkan hati.
Apabila rasa kekeluargaan hidup semula, lebih mudah untuk kita saling menghormati, saling membantu dan muafakat... saling mengasihi dan memaafkan.
Mungkin inilah hikmah mengapa para leluhur begitu menjaga salasilah keluarga. Bukan untuk bermegah dengan siapa kita. Tetapi supaya kita sentiasa ingat... kita hidup sebagai sebuah keluarga besar yang hanya dipisahkan oleh masa, sempadan dan sejarah, bukannya dipisahkan oleh hati. Jauh sekali sebagai kelompok yang saling bermusuhan.
Sempena Bulan Kebangsaan ini, sudah tiba masanya kita bukan sahaja mengenali sejarah negara, tetapi turut mengenali sejarah keluarga sendiri.
Kerana apabila kita mengenali nasab, kita tidak lagi melihat orang lain sebagai orang asing. Kita mula melihat mereka sebagai saudara yang cuma belum kita kenali.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci
#KesejahteraanNusantara #nasab
MEMPERKUKUH SINERGI DEMI PEMBINAAN KENEGARAAN DAN PERADABAN
Alhamdulillah.
Atas jemputan YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Ahli Dewan Negara, wakil Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), Ustaz Angah Sunan dan Tuan Shahril Mokthar, telah mengadakan satu sesi perbincangan di Bangunan Parlimen Malaysia.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk berkongsi perkembangan gerak kerja MJMD, termasuk pembentangan Laporan Rasmi Pencapaian & Impak Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0, di samping bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kesedaran kenegaraan, pembinaan jati diri bangsa serta penghayatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu sebagai antara tunjang penting Perlembagaan Persekutuan.
Turut dikongsikan ialah inisiatif pembangunan Modul Kenegaraan Jelata, yang membawa aspirasi untuk menyemai kefahaman rakyat terhadap sejarah, warisan, tanggungjawab kewarganegaraan dan pembinaan sebuah masyarakat yang berilmu, beradab serta bersatu.
Sekretariat MJMD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta memberikan nasihat dan buah fikiran yang amat bermakna dalam memperkukuh agenda kenegaraan dan pembinaan peradaban.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat demi manfaat agama, bangsa dan tanah air.
Junjung Daulat, Jelata Muafakat.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanTimur #Sinergi
