ru
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Открыть в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
1 858
Подписчики
+424 часа
+497 дней
+5730 день
Архив постов
photo content

photo content
+9

photo content
+9

Jom saksikan lensa yang mencuit hati sepanjang Malam Berselawat Menjunjung Daulat Di sebalik senyuman manis, gelak tawa yang riang dan wajah-wajah kecil yang segak berbusana, tersimpan harapan besar buat agama, bangsa dan negara. Merekalah benih-benih masa hadapan yang sedang tumbuh dan dibentuk hari ini. Melihat anak-anak hadir bersama keluarga, menyertai aktiviti ilmu dan memeriahkan suasana majlis, mengingatkan kita bahawa pembinaan peradaban bermula dengan pembinaan insan. Daripada jiwa yang mengenal Tuhan, lahirnya keimanan yang teguh. Daripada akhlak yang baik, lahirnya masyarakat yang sejahtera. Daripada ilmu dan bimbingan yang benar, lahirnya generasi yang mampu memimpin masa hadapan. Semoga anak-anak ini membesar dengan keimanan yang benar, akhlak yang mulia, pemikiran yang matang dan jiwa yang sentiasa memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Moga mereka menjadi generasi yang bakal menyambung legasi pembangunan peradaban dengan ilmu, hikmah dan nilai yang luhur. Terima kasih buat adik-adik comel yang sudi singgah dan memeriahkan booth kami. Kehadiran kalian benar-benar menceriakan suasana. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Junjung Daulat, Jelata Muafakat” SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Masjid Bandar Saujana Putra, para masyaikh, tetamu kehormat, panel forum, agensi-agensi terlibat, sukarelawan, petugas, rakan media serta seluruh hadirin yang telah bersama menjayakan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Kehadiran ribuan rakyat dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, menjadi bukti bahawa semangat muafakat, kecintaan kepada Rasulullah SAW serta kesetiaan menjunjung Institusi Kesultanan Melayu terus subur dalam jiwa masyarakat. Semoga himpunan penuh keberkatan ini menjadi asbab untuk kita terus memperkukuhkan perpaduan, memelihara keharmonian, serta memperteguh kesatuan rakyat di bawah payung Institusi Kesultanan demi agama, bangsa dan negara. Terima kasih atas segala doa, sokongan, sumbangan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang penganjuran program ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita dan mengurniakan keberkatan buat seluruh rakyat serta negara yang kita cintai. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content
+6

Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat merakamkan penghargaan kepada Harian Metro atas kesudian membuat liputan progra
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat merakamkan penghargaan kepada Harian Metro atas kesudian membuat liputan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Terima kasih kerana bersama-sama mengangkat suara rakyat dalam menjunjung institusi Raja, memartabatkan warisan dan menyuburkan semangat muafakat dalam masyarakat. Ikuti laporan penuh di sini : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1371628/5000-orang-berselawat-mencari-berkat

PETIKAN UCAPAN RASMI “Bersesuaian dengan penganjuran majlis pada malam ini, sebenarnya adalah satu masa yang bertepatan. Ketika institusi kesultanan Raja-Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, maka saya amat bersyukur serta berbangga dengan hadirin sekalian, khususnya pihak penganjur yang telah memainkan peranan memupuk muafakat umat Islam untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan Raja.”YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tetamu Kehormat dan Perasmi Malam Berselawat Menjunjung Daulat 17 Jun 2026 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

RIBUAN HADIR MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT, DEKLARASI MUAFAKAT JELATA DIMASYHURKAN JENJAROM, 17 Jun – Kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) sempena sambutan Awal Muharram 1448H yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini malam ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Turut hadir ialah Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai panel Forum Perdana, manakala Ustaz Angah Sunan bertindak sebagai moderator. Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk lebih 40 pameran dan reruai komuniti, aktiviti kemasyarakatan, persembahan kebudayaan, forum perdana, majlis selawat dan munajat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah. Kemuncak program menyaksikan pemasyhuran Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang menggariskan komitmen rakyat untuk menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, memperkukuhkan perpaduan nasional, mempertahankan kesucian Islam, memperkasa pendidikan kenegaraan serta menolak budaya fitnah dan perpecahan. Berucap ketika merasmikan program tersebut, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin berkata penganjuran MBMD amat bertepatan pada ketika institusi Raja-Raja Melayu berdepan pelbagai cabaran dan tohmahan. “Ketika institusi kesultanan Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, saya amat bersyukur serta berbangga dengan penganjur yang memainkan peranan memupuk muafakat masyarakat umat Islam untuk sama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan Raja,” katanya. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diberikan sebagai manifestasi kecintaan rakyat terhadap agama, perpaduan nasional serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kedaulatan negara. Menurut sekretariat, MBMD bukan sekadar program keagamaan, malah menjadi platform penyatuan masyarakat yang merentasi pelbagai latar belakang dalam semangat muafakat dan keharmonian. Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam menjayakan sambutan Awal Muharram yang bertemakan perpaduan, kedaulatan dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. “Junjung Daulat, Jelata Muafakat” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Siaran media ini dikeluarkan oleh : Sekretariat MJMD

photo content
+1

5,000 HADIR MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT, DEKLARASI MUAFAKAT JELATA DIMASYHURKAN JENJAROM, 17 Jun – Kira-kira 5,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) sempena sambutan Awal Muharram 1448H yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini malam ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Turut hadir ialah Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai panel Forum Perdana, manakala Ustaz Angah Sunan bertindak sebagai moderator. Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk lebih 40 pameran dan reruai komuniti, aktiviti kemasyarakatan, persembahan kebudayaan, forum perdana, majlis selawat dan munajat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah. Kemuncak program menyaksikan pemasyhuran Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang menggariskan komitmen rakyat untuk menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, memperkukuhkan perpaduan nasional, mempertahankan kesucian Islam, memperkasa pendidikan kenegaraan serta menolak budaya fitnah dan perpecahan. Berucap ketika merasmikan program tersebut, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin berkata penganjuran MBMD amat bertepatan pada ketika institusi Raja-Raja Melayu berdepan pelbagai cabaran dan tohmahan. “Ketika institusi kesultanan Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, saya amat bersyukur serta berbangga dengan penganjur yang memainkan peranan memupuk muafakat masyarakat umat Islam untuk sama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan Raja,” katanya. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diberikan sebagai manifestasi kecintaan rakyat terhadap agama, perpaduan nasional serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kedaulatan negara. Menurut sekretariat, MBMD bukan sekadar program keagamaan, malah menjadi platform penyatuan masyarakat yang merentasi pelbagai latar belakang dalam semangat muafakat dan keharmonian. Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam menjayakan sambutan Awal Muharram yang bertemakan perpaduan, kedaulatan dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. “Junjung Daulat, Jelata Muafakat” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Siaran media ini dikeluarkan oleh : Sekretariat MJMD

photo content

Deklarasi MJMD.pdf6.74 MB

DEKLARASI MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) dan ketibaan Tahun Baharu Hijrah 1448H, satu deklarasi telah dizahirkan sebagai tanda komitmen bersama terhadap agama, bangsa dan negara. Antara seruan utama yang digariskan : ✓ Menjunjung kedaulatan Institusi Raja dan Kesultanan ✓ Memperkukuhkan muafakat serta perpaduan rakyat ✓ Mempertahankan kesucian dan keharmonian Islam ✓ Memperkasa pendidikan kenegaraan dan sejarah ✓ Memelihara keharmonian masyarakat majmuk ✓ Memperkasa jati diri generasi muda ✓ Menolak fitnah, perpecahan dan politik kebencian ✓ Menjadikan semangat hijrah sebagai agenda pembaharuan ummah. Semoga deklarasi ini menjadi asas kepada usaha membina masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak, bersatu padu dan bertanggungjawab demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #AwalMuharram1448H

photo content
+1

photo content
+8

🌹 SEDANG BERLANGSUNG FORUM PERDANA: KEINDAHAN SISTEM KESULTANAN ALAM MELAYU Ketika ini sedang berlangsung Forum Perdana bertajuk “Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu” yang menghimpunkan para panel bagi mengupas sejarah, peranan dan kepentingan institusi kesultanan dalam membentuk peradaban serta jati diri masyarakat Melayu. Perkongsian yang penuh ilmu dan penghayatan ini membawa para hadirin menelusuri keagungan warisan Kesultanan Alam Melayu, di samping memahami peranan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung agama, adat dan kedaulatan negara. Suasana forum yang berlangsung dalam keadaan harmoni dan penuh minat daripada para hadirin jelas membuktikan bahawa sejarah, budaya dan warisan bangsa terus mendapat tempat dalam hati masyarakat. Tonton bersama di page berikut FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB tvsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content
+5

photo content

🌹 LENSA MALAM – PARA PENIAGA Alhamdulillah, suasana Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat terus diserikan dengan kehadi
+9
🌹 LENSA MALAM – PARA PENIAGA Alhamdulillah, suasana Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat terus diserikan dengan kehadiran para peniaga yang menawarkan pelbagai juadah, minuman dan produk menarik kepada para pengunjung. Kehadiran lebih 41 reruai termasuk gerai-gerai jualan bukan sahaja memeriahkan program, malah membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk berniaga serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang penuh harmoni dan keberkatan. Terima kasih kepada semua para peniaga yang turut sama menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan rezeki yang diperoleh diberkati serta memberikan manfaat kepada semua. Teruskan bersama kami sehingga ke kemuncak program dan nikmati pelbagai pengisian menarik yang telah disediakan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 petang hingga 10.30 malam 📍Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat