uk
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Відкрити в Telegram

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
372
Підписники
Немає даних24 години
+47 днів
+1030 день
Архів дописів
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 Alhamdulillah, melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026, Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah strategik bagi menyelaras hala tuju pendidikan tahfiz, standard pengiktirafan serta laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara. Hasrat kita adalah untuk anak-anak tahfiz melihat masa depan yang lebih luas dan terbuka. Daripada madrasah ke universiti, daripada hafazan kepada kemahiran dan daripada institusi tahfiz ke pelbagai bidang profesional. Insya-Allah, Majlis Tahfiz Negara akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa ekosistem pendidikan tahfiz negara serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi huffaz pada masa hadapan. #MajlisTahfizNegara #PendidikanTahfiz 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FFiMwkrG6/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZ1JCLDyv_k/?igsh=cG0zYjV3Mjd5aXFq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2068514328891064398?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZ1JSBhj18W?xmt=AQG0RwHGIWSEkWbYJNQ35Pbn1KEAA3L8UxtJ5Zj5jh-XP71f4zJBl2fLyaY-VbzsKBhaIsTl&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Di saat ramai masih lena dibuai mimpi, ada seorang bapa yang sudah pun memulakan perjalanan mencari rezeki. Di sebalik wajah yang tenang, tersimpan seribu satu pengorbanan. Demi memastikan keluarga terus dilindungi, anak-anak membesar dengan baik, dan masa depan mereka sentiasa terbela. Teringat juga ketika menonton filem Papazola, yang mengingatkan kita bahawa kasih seorang ayah sering kali tidak dizahirkan dengan kata-kata. Namun ia hadir dalam setiap usaha, setiap doa, setiap penat lelah dan setiap langkah yang diambil demi keluarga tercinta. Bersempena Hari Bapa pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar ayah. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kalian. Kepada anak-anak, hargailah ayah selagi mereka masih ada. Luangkan masa, bertanyalah khabar, dan ungkapkanlah rasa sayang yang mungkin selama ini hanya tersimpan di hati. Buat mereka yang ayahnya telah pergi, titipkanlah doa penuh kasih buat mereka. Moga setiap jasa, pengorbanan dan kasih sayang mereka terus menjadi kenangan yang hidup dalam hati kita. Sesungguhnya, sehebat kasih seorang bapa, begitulah besarnya jasa dan pengorbanannya. Selamat Hari Bapa. #HariBapa2026 #SehebatKASIHBapa 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DEdqMp481/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZ0OmvXyiV8/?igsh=c284Z282Y3gyY3dq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2068484228724277631?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZ07lDXkgkj?xmt=AQG0-7ZR_avGgfTMce3OcBJ2p4X7ChBOWnHAPPcx0J-fE5L5WS_Qlfe9o0m15LjzdqI-9rYH&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐀𝐝𝐚 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐧𝐢 Alhamdulillah, cukup menyentuh hati melihat semangat anak-anak huffaz yang hadir di Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026. Mudah-mudahan akan terus lahir generasi yang menghafaz al-Quran, berakhlak mulia, berilmu tinggi dan mampu memimpin masa depan negara dengan baik. Insya-Allah. #HimpunanHuffazPahang2026 #PendidikanTahfiz 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQTh4dje/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZzwDXyys8i/?igsh=MWdjNndraG0ybXE3bA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1EqTC1rAgi/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/yWwOQInp-B0?si=hOXQaqr3DqW24gSu 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐞𝐭 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 Pagi tadi saya bersama isteri sempat meluangkan masa hadir ke Majlis Perasmian Megaklinik Dr. Suffian di Conezion, Putrajaya. Saya berkongsi pandangan bahawa kesihatan merupakan antara aset paling berharga dalam kehidupan. Ramai yang berusaha mencari kejayaan dan kekayaan, namun tanpa kesihatan yang baik, segala yang dimiliki sukar untuk dinikmati dengan sempurna. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), saya percaya bahawa pendekatan kesihatan perlu bergerak daripada ‘sick care’ kepada ‘health care’ dengan memberi penekanan kepada pencegahan dan amalan gaya hidup yang sihat. Tahniah saya ucapkan kepada Dr. Suffian dan seluruh pasukan atas pembukaan fasiliti ini. Mudah-mudahan lebih banyak usaha seperti ini dapat digerakkan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. #MalaysiaSihat 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BrSXSwuXs/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZzVUBCknwa/?img_index=8&igsh=OGRzcXhmMjFtdjR6 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2068259494396821861?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZzVbqFD9Lx?xmt=AQG0rqE-lARnHGxTbSiLwudRZaE3J_d13zJjL6EOXFv6wxMRORofH-Ga6NhPuIzqLQPrPG2i&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔 Sejujurnya, saya amat teruja melihat semangat anak-anak huffaz yang hadir dalam Majlis Perasmian Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 malam tadi. Dari awal hingga ke penghujung majlis, semangat yang mereka tunjukkan cukup luar biasa. Alhamdulillah, melihat ribuan anak muda berhimpun dengan kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran merupakan satu pemandangan yang cukup menyentuh hati dan memberi harapan besar kepada masa depan ummah. Semasa berucap, saya telah berkongsi keyakinan bahawa pendidikan tahfiz merupakan antara kekuatan besar umat yang perlu terus diperkasa. Negara memerlukan generasi yang memiliki ilmu, akhlak dan amanah. Sebab itu saya mahu melihat lebih ramai huffaz melangkah jauh dalam pelbagai bidang kehidupan, sama ada sebagai doktor, jurutera, teknokrat, pendidik, usahawan, pegawai tadbir mahupun pemimpin negara. Saya juga turut menyentuh mengenai usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tahfiz negara termasuk penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang merupakan antara resolusi utama Kongres Pendidikan Bumiputera 2026. Insya-Allah, langkah ini akan membantu memperkemas hala tuju dan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak tahfiz untuk terus melangkah ke hadapan. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, institusi tahfiz serta semua pihak yang menjayakan himpunan ini. Seperti yang saya sebutkan malam tadi, Pahang telah menunjukkan contoh yang baik dalam membangunkan ekosistem pendidikan tahfiz yang tersusun dan berterusan. Alhamdulillah.. Tahniah saya ucapkan. Mudah-mudahan daripada bumi Pahang ini akan terus lahir generasi huffaz yang menghafaz al-Quran, berakhlak mulia, berilmu tinggi serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah. #HimpunanHuffazPahang2026 #PahangFirst #PendidikanTahfiz #MajlisTahfizNegara 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D1ndyuZvQ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZw1dVwEqBz/?igsh=MXRybXVnajJkczFrbg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067907994676064283?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZw101wjyJF?xmt=AQG0aRMMFeCHH6dHYoaRz_Zqio4LLYFe_0a4qAB7HzsBjc6IrUR3AC-YHdYXZLhQMlWIpDo4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 Setiap perkataan yang diucapkan membawa kesan dan tanggungjawab. Dalam dunia yang pantas hari ini, marilah kita membiasakan diri untuk berkata benar, menjaga adab dan menyebarkan perkara yang membawa manfaat. Semoga Allah SWT membimbing kita agar sentiasa menggunakan nikmat lisan ke arah kebaikan serta menjauhkan diri daripada perkataan yang boleh memecah-belahkan atau menyakiti orang lain. #RisalahJumaat 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQ7SBb36/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1C2P46fQ1Z/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZwe1fbyYas/?igsh=MTB4aWRoNXZybXZ3bw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067858341821640747?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZwfCC0Dxeq?xmt=AQG0MzF9Y9Ma55PBNRAUy88GA7UWAoAQL12oqcSIy7i2qDD7nqiR7kgqwi6ZLIenH0MPlOSv&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Allahuakbar. Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026. Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya. Kepada semua yang sedang bertugas, jagalah diri sebaiknya. Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun. Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CkxXxk37M/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZwHaldErK1/?img_index=1&igsh=MXM2NXZvMmo2cXU4eA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067806626539835772?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZwHegqj_tA?xmt=AQG0IEDgpfnmtIACW5wVWa2Ho9Lwqg1C4fqyHK1bAni4uYMqd7mBIDOIitImpp3AY_ZsiAHP&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Allahuakbar. Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026. Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya. Kepada semua yang sedang bertugas, jagalah diri sebaiknya. Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun. Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CkxXxk37M/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZwHaldErK1/?img_index=1&igsh=MXM2NXZvMmo2cXU4eA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067806626539835772?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZwHegqj_tA?xmt=AQG0IEDgpfnmtIACW5wVWa2Ho9Lwqg1C4fqyHK1bAni4uYMqd7mBIDOIitImpp3AY_ZsiAHP&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤, 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐒𝐓𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 yang menerima keputusan semalam. Walau apa jua keputusan yang diperoleh, saya percaya setiap usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran merupakan satu kejayaan yang wajar dibanggakan. Teruskanlah melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan jadikan pencapaian hari ini sebagai titik permulaan untuk mencapai cita-cita yang lebih besar pada masa hadapan. Saya turut berbangga apabila Bagan Datuk muncul sebagai daerah terbaik di Negeri Perak dalam STPM 2025 dengan PNGK 3.25 serta mencatatkan 100% pelajar lulus penuh. Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan cemerlang di peringkat negeri mahupun negara. Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pelajar, guru, ibu bapa serta seluruh warga pendidikan Bagan Datuk yang telah memainkan peranan besar dalam melakar kejayaan yang membanggakan ini. Semoga kecemerlangan ini dapat terus dipertahankan dan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang. #STPM2025 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1C2P7NeYkF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZv5Ra1klHW/?igsh=MWE0aWJ0NmlzdDAxbA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067775616402006282?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZv5jWljytX?xmt=AQG0PyBsIv4ChjES6mHo6yeoTmHvlaNk-nbHWgTguAOSwh7XefQtlD9iOSnjqPsyvAqmEJ9c&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Subhanallah. Indah sungguh pemandangan malam ini. Ribuan huffaz berhimpun dalam Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026, membawa kalam Allah di dada, doa ibu bapa di belakang mereka dan harapan besar umat di hadapan mereka. Semoga dari bumi Pahang ini lahir generasi huffaz yang bukan sahaja teguh hafazannya dan tinggi akhlaknya, tetapi turut mampu menyumbang kepada pembangunan negara serta menyinari masa depan ummah di serata dunia. Insya-Allah. 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQnUnXqP/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZuqODgywld/?igsh=azVvc2FiYXZwOHg= 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BHZQNxMXZ/?mibextid=wwXIfr 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZurPyTj8Wr?xmt=AQG0FK1eqPXEdsXT3PvX-4sKyLYnKcl1hhGdJcfudaTngb8l1rAu8TRUlCdkYoTs-nL7RaQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐨𝐤𝐨𝐡 𝐌𝐚’𝐚𝐥 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 Sekalung tahniah saya ucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M. Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan besar yang telah dicurahkan dalam memperkasa umat, mengangkat martabat ilmu serta menyebarkan nilai-nilai Islam yang membawa rahmat, hikmah dan manfaat kepada masyarakat. Tahniah kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar yang menerima Anugerah Tokoh Kebangsaan serta Prof. Sheikh Dr. Ahmad Al-Raysuni yang menerima Anugerah Tokoh Antarabangsa. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus menimba ilmu, berbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ummah, negara serta peradaban Islam. Selamat menyambut Ma’al Hijrah 1448H. #MaalHijrah1448H #AwalMuharram1448H 📱FB: https://www.facebook.com/share/199JeBn8r8/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZrGeJzyH4p/?igsh=MWN3Z25sMHhxMzd6cg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067102550751592869?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZrHR7kj-7u?xmt=AQG0dAO0WeK5b5t3kpidqf6ywLUMpWbFb-ky7ixTzCr8bhDtlpfiN33Adouc20-gmAfLMF3j&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa perubahan tidak berlaku dengan kata-kata semata-mata, tetapi melalui usaha, disiplin dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Hijrah juga mengajar kita erti pengorbanan dan kecekalan dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan. Nilai-nilai inilah yang perlu terus menjadi pedoman dalam kita memimpin, bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat. Dalam dunia yang sentiasa berubah, semangat hijrah menuntut kita untuk berani melakukan pembaharuan, memperbaiki kelemahan serta terus berusaha memberikan yang terbaik demi kemajuan bersama. Semoga tahun baharu Hijrah ini menguatkan tekad kita untuk terus melaksanakan amanah dengan ikhlas, memperkukuh perpaduan dan berkhidmat sebaiknya demi agama, bangsa dan negara. Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. #AwalMuharram1448H #MaalHijrah #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQbJqYmx/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DLSisJ8Tt/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZpSrVDSZNY/?igsh=NzlvMDRjNnpwbTB4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066846415507103792?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZpS0ctj5_S?xmt=AQG0uPKQXD7goQ4RkRE0whHVzP_zMMK1Qra-2tNp4wvyLiYOY5vBUK-cbVXF4wIeAuNV2zc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐳𝐚𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 Menjelang berakhirnya tahun 1447H dan bermulanya 1448H, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT. Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi medan muhasabah, memohon keampunan atas segala kekhilafan serta mengharapkan keberkatan, rahmat dan petunjuk-Nya untuk menempuh tahun baharu dengan hati yang lebih tenang dan jiwa yang lebih kuat. Selamat menyambut Awal Muharram 1448H. #AwalMuharram1448H #SalamMaalHijrah #DoaAkhirTahun #DoaAwalTahun 📱FB: https://www.facebook.com/share/1EKzyrxAqv/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZpBVn1kruu/?igsh=MXBvcjI0ODN6NHpyZQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066809509985783883?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZpBYspj0u9?xmt=AQG0SkrVDaJWMqEUcFGapTCtXqxa1WtPM675LHrJD5QjesIgg6qhH6XSBxfo8d_IL5JX4Vo&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 Ada ketenangan yang sukar digambarkan apabila ribuan jemaah berhimpun bersama-sama melafazkan zikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah, saya kongsikan sedikit momen ketika menghadiri Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Johor Bahru. Moga setiap zikir yang dilafazkan, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap langkah yang diatur menuju majlis ilmu seperti ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta kesejahteraan buat kita semua. #AsmaulHusna #MajlisZikir #IslamMenyatukanUmmah #RahmahHikmahUkhuwah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQ4MCp6D/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZm4FztyVlE/?igsh=MTdxaGk1d2ZzNjBxbw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1JAv8udkzJ/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/mCbkATN1Oak?si=JOLUUY9ADq553sJ2 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini bagi meneliti perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) serta beberapa agenda lain berkaitan pembangunan Bumiputera. Alhamdulillah, sehingga kini pelaksanaan PuTERA35 telah mencapai 64.6% dengan 160 daripada 493 program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan agenda pembangunan Bumiputera diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan memberi manfaat langsung kepada rakyat. Mesyuarat turut meneliti beberapa resolusi yang dikemukakan melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung pada 1 Mei lalu, termasuk cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara. Saya percaya agenda pembangunan ekonomi Bumiputera perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan agar lebih ramai generasi muda mempunyai ilmu, kemahiran, nilai serta daya saing untuk mendepani cabaran masa hadapan. Insya-Allah, usaha memperkasa pendidikan, TVET, pembangunan bakat dan huffaz profesional akan terus diberikan perhatian sebagai sebahagian daripada ikhtiar melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi, masyarakat dan negara. #MajlisEkonomiBumiputera #EkonomiBumiputera #PuTERA35 #KongresPendidikanBumiputera2026 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid02zFLNz1Pdg4LvQHJDfKrGzaSxhPpSK9CkcFQPrw5jvSqbwJGKYtxx5NJcuPyhbuEel/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZmchr-SJJm/?igsh=djNnZXd5Z3A3OTZl 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066445708236849299?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZmcn0HDxe0?xmt=AQG0ZydnUijtM9bJ5oRsu9yRDc35rd6sFByI8-mxW-psFXs0N130fxnipJle_6fQorFfpZ4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya percaya desa yang memiliki sumber, bakat, usahawan dan komuniti yang kuat mampu menjadi pusat pertumbuhan baharu jika seluruh kekuatannya digerakkan secara tersusun dan berimpak tinggi. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga KKDW atas komitmen serta usaha berterusan dalam memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat di seluruh negara. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQXuy4Ac/ 📱FB: https://fb.watch/HLsLkJAJx0/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZmVrS6Sxz-/?igsh=MTFudXZsdjN6OXQzbQ== 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berhubung perkembangan fenomena El Niño yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027. Fenomena ini dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya ingin menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa. Gunakan air secara berhemah, elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas. Dapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. #KesiapsiagaanBencana #METMalaysia #myCuaca 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0G7ygxwc4h5GaFt1aKv8ehs4kaCDJBg6nTzF2TrLaL8GqhjXY35RxLHPiatf1j6uvl/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZl5_4Ny-Jf/?igsh=b25nejRxeWU1czU3 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066370179211420041?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZl6N9ZD5Hy?xmt=AQG0_jHEnRAF70UqCBhqJgAjVTbzjqtc-q49A1lG3vaJlmEXIa_ldNNxfL-ybXEOmUmUSAF1&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐀 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐎𝐟 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐥𝐞𝐝𝐠𝐞, 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐀𝐧𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐛 As the world navigates increasingly complex challenges, we must not overlook the growing crisis of values around us. I believe the future belongs to a generation with the Al-Quran in their hearts, knowledge in their minds, skills in their hands and adab in their actions. Through stronger collaboration between scholars and leaders, we can build a more knowledgeable, compassionate and resilient ummah. #SoutheastAsiaScholarsConference2026 #JAKIM #MWL #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQCxS9MD/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZkTR8oSR_Q/?igsh=YzZybzluMDF0MThq 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16uHuJugpK/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐥𝐦𝐮, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 Saya kongsikan rangkuman semasa menghadiri dan merasmikan 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang menghimpunkan ulama, mufti, ahli akademik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN. Semoga persidangan ini menjadi medan yang memperkukuh kesatuan ummah serta melahirkan lebih banyak pandangan dan penyelesaian yang bermanfaat untuk masa depan masyarakat. #SoutheastAsiaScholarsConference2026 #JAKIM #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQxTgtYr/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZkCWthy-P8/?igsh=MWphMjlkODBsN2VtMA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17nnygseDu/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/ixwEQTSlVUo?si=u1g4lVQ_nyzTq1sP 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡𝐢 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐦𝐚-𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 Alhamdulillah, pagi tadi saya hadir ke Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, diiringi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Suasana pagi hari ini cukup menyentuh hati. Ribuan jemaah hadir memenuhi ruang masjid untuk bersama-sama menghidupkan jiwa dengan zikir, mendengar tausiah dan mengingati kebesaran Allah SWT. Saya melihat sendiri bagaimana alunan zikir Asmaul Husna mampu menenangkan jiwa, menundukkan hati dan menyatukan ummah. Setiap nama Allah yang dilafazkan membawa makna, pengajaran dan peringatan bahawa hidup ini perlu sentiasa kembali kepada-Nya. Majlis seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan umat bukan hanya terletak pada angka, kedudukan atau organisasi, tetapi bermula daripada hati yang hidup dengan zikrullah, ilmu yang dipandu adab, serta masyarakat yang sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan. Moga zikir yang dilafazkan, tausiah yang didengar dan doa yang diaminkan pagi tadi menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada kita semua, keluarga kita, masyarakat kita, negeri Johor, negara Malaysia dan seluruh ummah. Semoga hati kita sentiasa hidup dengan mengingati Allah, langkah kita dipandu dengan hikmah dan kehidupan kita diberkati dengan rahmat serta kasih sayang-Nya. اللهم اجعلنا من الذاكرين الشاكرين #AsmaulHusna #MajlisZikir #UswatunHasanahJohor #JohorBahru #IslamMenyatukanUmmah #RahmahHikmahUkhuwah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DAH4x4Dh9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZjrc_fkjYv/?img_index=9&igsh=NWUwNzBhNWI5bGVw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066056257694507506?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjreSfDxHH?xmt=AQG0cmHHTBEhzAddRqLCP8W8vjjHovF9jTstxABJb62vjZBf3J6O4SwVjD6GW7r3ssotvGRW&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel