fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
362
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 MARA Prihatin 2026 yang dilancarkan di Bagan Datuk menjadi kesinambungan usaha MARA sejak enam dekad lalu dalam membantu dan memperkasa anak bangsa di seluruh negara. Apa yang penting, kita mahu setiap anak muda mendapat pendidikan yang baik, memiliki kemahiran, pekerjaan yang stabil serta peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik daripada generasi sebelumnya. #MARAPrihatin #60TahunMARA #MARA #KKDW 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSxrarxM8/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYhWoQ5yce9/?igsh=ZnZzcTVyOG9xZ2l0 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18rvmdQqkW/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtube.com/shorts/ELRsgeXd59I?si=PA1Nqxr7HBJDsM9D 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢! Insya-Allah, tahun ini kita akan kembali meraikan bakat kemahiran dan potensi anak-anak muda dari seluruh negara dalam Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut: Sambutan Hari TVET Negara 2026 🗓️ 5 - 7 Jun 2026 ⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam 📍 Dataran Putrajaya Pelbagai aktiviti menarik, pameran interaktif, demonstrasi kemahiran, teknologi terkini serta peluang pendidikan dan kerjaya menanti anda sepanjang sambutan ini berlangsung. Simpan tarikh ini dan jemput hadir beramai-ramai bersama keluarga serta rakan-rakan. Jumpa anda di sana! #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #JomPilihTVET #TVETUntukSemua #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱FB: https://www.facebook.com/share/1E6YrHT7KK/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYdzwC4SiBh/?igsh=MW82MW80NjZjNGplbw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2056223343645524126?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYdz_gDj59f?xmt=AQG0ds3mZVGRbmr_nVotjyKCwiuAkweg0ZWSXdtIavExFWz4PYuy8z2z9GoA1HECzYgzhzDK&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam kesejahteraan dan lindungan Allah SWT. Daulat Tuanku! 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1XNJTDc5Uh/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYbSyIVytlw/?igsh=MTE3NTd4ZnJvZXVmMQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055869003873022103?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYbS3S9j9Cy?xmt=AQG0W4MkQ8H_f-pJoyw9Jfa-E_aEsW-hufrpThZi6uFikJakZkDVgcV452-jzYWMxZOG4oK_&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 Selesai Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, saya hadir ke Jelajah AIM TVET Perak dan seterusnya merasmikan Kelab Kemahiran AIM TVET Negeri Perak. Saya percaya TVET hari ini merupakan jambatan mobiliti sosial yang mampu mengubah kehidupan generasi muda melalui kemahiran, peluang pekerjaan dan masa depan yang lebih baik. Justeru, Majlis TVET Negara sedang memperkukuh agenda TVET 2.0 dengan memberi fokus kepada bidang bernilai tinggi seperti AI, robotik, Internet of Things (IoT), tenaga boleh baharu dan pelbagai teknologi masa depan. Melihat sambutan dan minat anak-anak muda dalam bidang kemahiran hari ini juga memberi keyakinan bahawa TVET semakin diterima sebagai laluan pendidikan yang mempunyai masa depan besar. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) atas komitmen menggerakkan inisiatif AIM TVET dalam mendekatkan pendidikan kemahiran kepada generasi muda. Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda TVET akan terus diperkasa demi melahirkan lebih ramai bakat baharu, inovator dan tenaga mahir tempatan yang mampu memacu masa depan negara. #TVET #AIMTVET #PerakSejahtera 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1EH6snSuU8/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYZSG0qkh33/?igsh=aG03YmNucnh2YzNj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055586035355295918?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYZSU1Tj4g7?xmt=AQG0ZSirjgMyZ9ZRHIxCeYxJm-5ykL24n5euYfEWr9XsCWXNhaboPWzK755MCO2AP1TJ0ak&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi berpeluang bersama guru-guru dari seluruh negara dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 yang berlangsung di Ipoh, Perak dan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya bersetuju dengan penekanan YAB Perdana Menteri mengenai pentingnya pendidikan dalam membina generasi yang berilmu dan berakhlak. Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi, AI dan digitalisasi, negara tetap memerlukan insan yang mempunyai nilai dan adab yang tinggi. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya turut menyambut baik usaha berterusan memperkukuh TVET sebagai antara agenda utama pendidikan negara dalam melahirkan generasi berkemahiran dan bersedia mendepani perubahan industri masa depan. Namun di sebalik segala agenda pendidikan, teknologi dan pembangunan bakat ini, gurulah yang menjadi nadi utamanya. Di tangan seorang guru lahirnya keyakinan dan masa depan anak-anak bangsa. Keberanian kita memperluas akses pendidikan dan latihan kemahiran hari ini juga tidak akan membawa makna tanpa peranan seorang guru yang terus mendidik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Guru akan terus menjadi nadi negara dalam membina bangsa Malaysia yang berilmu dan berdaya saing. Selamat Hari Guru 2026. #TerimaKasihCikgu #HariGuru2026 #GuruBitaraNadiNegara #IlmuTanpaBatasan 📱FB: https://www.facebook.com/share/19sR9AFWeH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYZMtCAktMc/?img_index=6&igsh=MXhuaDM5MmJ2cm45dQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055574570598572216?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYZMvQhj7yN?xmt=AQG0BD1zVHGb_QWnjPHOjrRc3F-AEuYrrMMqVzUeVCKRzsrySj6cHeneLGrvJ16dEz4-Y4aP&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[LIVE] Majlis Perasmian Jelajah AIM TVET Negeri Perak 2026 📍 Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Jaya Ipoh, Perak https://www.facebook.com/share/v/1JhHK7t1Zb/?mibextid=wwXIfr

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 Di sebalik lahirnya seorang doktor, jurutera, usahawan, pemimpin dan insan berjaya, pasti ada seorang guru yang pernah sabar mendidik dan membentuk siapa diri mereka hari ini. Seorang guru mungkin tidak selalu disebut namanya, tetapi jasanya sentiasa terpahat dalam kehidupan anak-anak didiknya. Dalam tegasnya ada kasih, dalam penatnya ada tanggungjawab dan dalam setiap ilmu yang dicurahkan, ada harapan besar untuk melihat anak bangsa berjaya. Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2026 yang bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara” pada tahun ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di Malaysia atas segala pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik generasi masa depan negara. Sesungguhnya para guru adalah nadi yang menggerakkan kekuatan ilmu dan mencorakkan masa depan bangsa. Tanpa guru, tidak akan lahir generasi yang berilmu, beradab dan mampu memimpin negara ke arah yang lebih baik. Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru 2026. #HariGuru2026 #GuruBitaraNadiNegara 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17x96UPPRf/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYWvoipyUr0/?igsh=MXVqZmdmeWQ4N3NrZQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055228766637662371?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYWvyPIDyVO?xmt=AQG0JXiiU14ZDURN_o4da_3aXebsFNWbIiTUuFd6iAyKZEjZAOHSvnLTKFViS46xYc4b-ISK&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐮𝐓𝐄𝐑𝐀𝟑𝟓 𝐏𝐚𝐜𝐮 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 Saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi-pengerusi kluster Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya bagi meneliti perkembangan serta hala tuju beberapa agenda strategik di bawah PuTERA35. Pelbagai perkara dibincangkan melibatkan aspek pendidikan, pembangunan bakat, TVET, ekonomi, keusahawanan, teknologi baharu, pembangunan komuniti serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Saya percaya agenda pemerkasaan Bumiputera tidak boleh digerakkan secara bersendirian. Kerajaan, agensi, institusi pendidikan, industri, GLC, sektor swasta dan masyarakat perlu bergerak seiring agar segala perancangan yang dirangka benar-benar memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi akan datang. Insya-Allah, segala dapatan dan cadangan yang dibincangkan akan terus diperhalusi supaya agenda yang digerakkan ini kekal relevan, mampan dan mampu memperkukuh masa depan Bumiputera serta negara. #PuTERA35 #KongresEkonomiBumiputera 📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0A8fwNagXDXA9Lpd4i9UCK2YtQzagWWFr7nZpCMfWTgYEggJthc6o8CPJM4QCX2yvl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYWox59ytCN/?igsh=MWxnZ211YjRpcGN3cQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055213653851574379?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYWo3kGj0pr?xmt=AQG01dVEsbROv1vXJt_rcIb5Neie8l-5giepHzE6j5HXmcyv6l0I1ejkR9mLjzSIQ0_Mehj0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥: 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 Selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat mendepani cabaran krisis bekalan global dan tekanan ekonomi semasa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama agensi di bawahnya telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi membantu meringankan beban rakyat serta para usahawan di seluruh negara. Langkah yang dilaksanakan ini selaras dengan komitmen KKDW dalam memperkukuh Agenda Ekonomi Desa Nasional melalui pendekatan yang lebih menyeluruh, responsif dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan usahawan desa serta pengukuhan ekonomi luar bandar. KKDW telah merekodkan penjimatan sekurang-kurangnya RM250 juta yang tidak melibatkan dana projek pembangunan luar bandar. Penjimatan ini diperoleh hasil daripada langkah pelarasan perbelanjaan dan penyusunan semula program secara lebih efisien. Hasil penjimatan tersebut akan dikembalikan kepada Kementerian Kewangan (MoF) bagi menyokong keperluan subsidi bahan api negara kepada rakyat. Dalam masa yang sama, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju menurunkan kadar sewaan sehingga 20 peratus melibatkan 7,135 lot premis perniagaan di seluruh negara bagi membantu mengurangkan beban usahawan dan peniaga. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut menawarkan diskaun sewaan sehingga 20 peratus melibatkan lebih 400 lot premis di bawah kendaliannya termasuk kadar minimum sewa serendah RM100 sebulan bagi membantu memperkukuh aliran tunai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Selain itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melaksanakan pengurangan kadar sewa premis perniagaan antara 10 hingga 20 peratus melibatkan 355 premis di bawah seliaan agensi tersebut bagi membantu usahawan mendepani tekanan ekonomi semasa. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pula bersetuju melaksanakan pengurangan kadar sewaan sebanyak 20 peratus melibatkan 552 unit premis perniagaan KETENGAH bagi membantu meringankan beban usahawan dan peniaga. Saya percaya langkah-langkah yang dilaksanakan ini akan membantu dalam memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat dan usahawan desa dalam menghadapi cabaran semasa. KKDW akan terus komited memperluas inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat demi memastikan pembangunan ekonomi desa terus mampan, inklusif dan berdaya tahan. #KKDW #MARA #PERDA #KEDA #KETENGAH #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/14gKoj57gJV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYWeLqikofE/?img_index=5&igsh=NDhtOWdsajgyNGUx 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055189794905563626?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYWeCppD17P?xmt=AQG0hAzNBdTSd6jATCTmtaB4QzXPAC3NW2DDMFMmrKjkkSD1lzTQHnMQJL5FPHmn8nHHlU-u&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Anak muda hari ini adalah kekuatan yang sedang menggerakkan negara. Dalam dunia yang berubah pantas, belia sentiasa tampil dengan idea baharu serta semangat yang besar dalam mencorakkan masa depan Malaysia. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia, saya percaya generasi muda memiliki peranan yang amat penting dalam membawa negara terus maju, stabil dan berdaya saing. Belia hari ini bukan lagi hanya pemerhati, tetapi sudah menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, pendidikan, keusahawanan, TVET, ekonomi kreatif dan kesukarelawanan. Sempena Hari Belia Negara 2026 yang bertemakan “Menggerak Belia”, saya berharap anak-anak muda akan terus melangkah dengan keyakinan, memperkukuh perpaduan, berani mencipta peluang dan menjadi generasi yang mampu memimpin masa depan negara dengan nilai, ilmu serta jati diri yang kuat. Terus melangkah, terus mencipta dan terus menggerakkan Malaysia ke hadapan. Selamat Hari Belia Negara 2026. #HBN2026 #MenggerakBelia #BeliaMalaysia #HariBeliaNegara2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1JJrPfret4/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYWWwQ2kkHE/?igsh=NDR2Z3liZzNmNmhy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055174070589939739?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYWWuhOgH7l?xmt=AQG08u9v0VI0zDR8jNhuMiwiZmJ5cGQ78uFp9x7AJj8pbi1yjbbclBTTbIJ1yXUJYMqcjFM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 Kehidupan yang baik bukan hanya diukur dengan kemewahan atau kesenangan dunia, tetapi lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang beriman dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga kita terus dipelihara dalam keimanan, diberikan kekuatan untuk melakukan amal soleh serta dikurniakan ketenangan dalam setiap langkah kehidupan. #RisalahJumaat 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSxRh5T9U/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYWMgFvyNFV/?igsh=aGdvZXB6c245NTlp 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/14kcGnuEG5J/?mibextid=wwXIfr 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2055152091916865596?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYWM4RCj13q?xmt=AQG0F8cRgqOA6CbbGDL85qzKq4IwHot9UV71GTcimpxy8b7uPos8TRZQhIOetKNunljzhF4&slof=1

Saya betul-betul teruja melihat keberanian dan kreativiti anak-anak muda tempatan dalam menghasilkan karya yang bukan sahaja menarik, malah tampil dengan pendekatan yang segar dan berkualiti dalam landskap perfileman negara hari ini. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pasukan produksi serta semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini, khususnya pengarah En. Ghaz Abu Bakar dan Dato’ Adi Putra selaku pelakon utama yang telah memberikan komitmen besar dalam menghasilkan karya ini. #Konspirasi #FilemTempatan 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSxehnuJR/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYUDIY0S89N/?igsh=MWt3M3dsdDk4a3J0YQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1H5pcJcwhp/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/SuJynOvMbOE?si=h5bEkY5zV8caWm92 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Malam tadi saya berpeluang menghadiri sesi tayangan khas filem Konspirasi di TGV Alamanda, Putrajaya bersama para krew produksi dan pelakon yang terlibat termasuk En. Ghaz Abu Bakar, Pengarah dan Dato’ Adi Putra, pelakon utama filem ini. Saya melihat filem ini berjaya membawa mesej positif tentang nilai keberanian dalam mempertahankan kebenaran, integriti, kerjasama, kepercayaan dan semangat tidak mudah menyerah kalah dalam sebuah pasukan. Selain itu, gabungan elemen teknologi dan komunikasi moden telah memberi kekuatan terhadap filem ini dan menjadikannya lebih dekat dengan generasi muda serta relevan dengan cabaran dunia hari ini. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pasukan produksi, para pelakon dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Semoga karya tempatan terus mendapat tempat di hati rakyat serta mampu menembusi pasaran antarabangsa. #Konspirasi #FilemTempatan 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Bh6CkQ1JD/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYTTCwiEnF0/?img_index=3&igsh=amcyMzJhZ2lydDZq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2054743591327826124?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYTTG4mj5v7?xmt=AQG0enefkZ64UthJRAPEzliBwv3jg1TenW5gsRqSrU19bfpw7Ism0vNiwi88jSrQJUfThrDG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐞𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan suasana ketika “Malaysia-China Forum on EV, Battery and New Energy Talent Development and Innovation” yang berlangsung di Asia School of Business, Kuala Lumpur. Forum ini menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperkukuh pembangunan bakat, TVET serta kerjasama strategik dalam industri EV dan tenaga baharu yang semakin berkembang pesat di peringkat global. #MCEF2026 #TVET #EV #NewEnergyTalent #MalaysiaChina 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSx1DasTp/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYR5yhGyZvJ/?igsh=MWttd3NwZzY4enBvZw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18ePzENxvb/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/p1HF1t2h5js?si=LXesCO3IWAVbtNK- 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐲𝐚 Bermula esok, 14 Mei 2026, negara dijangka akan memasuki fasa Monsun Barat Daya yang lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah serta cuaca yang lebih panas dan kering di kebanyakan kawasan. Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa, menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu dan pencemaran alam sekitar. Dalam tempoh ini juga, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa kawasan tertentu. Justeru, sentiasalah berwaspada dan rujuk maklumat cuaca terkini yang sahih melalui MET Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah. Kredit: Met Malaysia #MonsunBaratDaya #METMalaysia 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ACe1mzGam/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYR6P-fkn2v/?igsh=MWw2cmdld2p3NWV0NA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2054548390290260056?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYR6XxqDzHb?xmt=AQG0_shr4vG4v_dcLYwCgvxSqwrC7ViiA6gKZw8OpdeK3erUOc7YAKijO2dNignxO1SmoKm3&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Musyawarah Nasional yang menghimpunkan pelbagai pandangan dan cadangan dalam mencari penyelesaian terhadap isu serta keresahan yang dihadapi bangsa Melayu. Apa yang penting, wacana ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, berbincang secara matang dan mencari jalan ke hadapan berlandaskan ilmu, hikmah serta semangat kebersamaan. Insya-Allah, segala pandangan dan ikhtiar yang diketengahkan yang akan menjadi asas kepada masa depan yang lebih baik buat agama, bangsa dan tanah air. #MusyawarahNasional #SuaraBangsa 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9oKgECF/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYRlOJPyAiL/?igsh=ZDZ6d2Q0ZHJheGhs 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Ch9CmWgwV/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/kVPmncqQHpo?si=FtS1CrhASYlq_vHk 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW bagi menyelaras gerak kerja kementerian dan seluruh agensi agar setiap perancangan serta pelaksanaan dapat bergerak dengan lebih tersusun. Saya juga turut mengalu-alukan kehadiran Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad sebagai Ketua Setiausaha KKDW yang baharu ke dalam saf kepimpinan tertinggi kementerian. Saya berharap seluruh warga KKDW akan terus bergerak sebagai satu pasukan yang kuat dan berjiwa besar dalam menjayakan agenda pembangunan desa demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. Insya-Allah. #MPT2026 #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1E6XbiYtU7/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DYRefjpkkRL/?img_index=1&igsh=MXF2a3hjYXdpc3Fzdg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2054487420524237135?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYRem-Ij43V?xmt=AQG0ii0t4xk4VytafHR10_1_LaidztiOVOucCZMfDWEvdFPB1ygF-qpruQ54bbFGyvbzhCLv&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Saya kongsikan momen semasa Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Bagan Datuk bersama masyarakat setempat. Program ini menghimpunkan pelbagai inisiatif pendidikan, TVET, kebajikan dan pembangunan komuniti dalam usaha membantu rakyat serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda membina masa depan yang lebih baik. Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda pendidikan dan kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan kita. #MARAPrihatin #60TahunMARA #BaganDatuk #MARA #KKDW 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9Eot3CK/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYPVEwxyxMU/?igsh=bWhlZmh1ZDB3a212 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17NMBEnr1f/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢 Saya kongsikan rangkuman Majlis Peluncuran Program Skuad Agrikomoditi di MPOB Bangi bersama para pelajar IPT dan anak-anak muda. Insya-Allah, usaha memperkasa TVET pertanian, teknologi dan inovasi akan terus diperkukuh bagi melahirkan lebih ramai belia mahir serta meningkatkan daya saing sektor ini. #Agrikomoditi #KPK #SkuadAgrikomoditi #TVETPertanian 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9KHbA5Q/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYPAZFHy5-v/?igsh=MWdjaDZqZWRrZnJ5dA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CfaP1RhyW/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/qWuXEiiNJZE?si=14_vQwCz9uKfkX4p 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel