ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку 👈

📣古晋中华小学第二校 SJK CHUNG HUA NO.2, KUCHING.📣

📣古晋中华小学第二校 SJK CHUNG HUA NO.2, KUCHING.📣

Открыть в Telegram

古晋中华小学第二校 SJK CHUNG HUA NO.2, KUCHING. LOT 11720, MTLD, BLOK 11, LORONG STUTONG 13, JALAN STUTONG, 93350 KUCHING, SARAWAK. TEL: 082-459 286 FAX: 082-577 934 EMAIL: ycc1203@moe.edu.my

Больше
963
Подписчики
Нет данных24 часа
-27 дней
-430 дней
Архив постов
📢 *MAKLUMAN CH2|PENJAGAAN KESIHATAN MURID DAN LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA* Kepada semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid yang dikasihi; Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak hadir ke sekolah atas faktor kesihatan, termasuk mengalami demam dan gejala influenza. Demi memastikan kesihatan dan keselamatan seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara, pihak sekolah akan mempertingkatkan tahap kebersihan persekitaran sekolah serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di bilik darjah, koridor, tandas dan kawasan umum yang lain, khususnya meja, kerusi, tombol pintu serta kemudahan yang kerap disentuh. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: 1. Pantau tahap kesihatan anak: Sekiranya anak mengalami demam, batuk, sakit tekak atau gejala influenza yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan dengan segera. Pastikan anak berehat secukupnya di rumah dan tidak hadir ke sekolah dalam keadaan sakit. 2. Maklumkan kepada guru kelas: Sekiranya anak disahkan oleh doktor menghidap influenza atau penyakit berjangkit yang lain, ibu bapa/penjaga diminta memaklumkan perkara tersebut kepada guru kelas dengan segera supaya pihak sekolah dapat memantau keadaan dan mengambil langkah yang sewajarnya. 3. Amalkan kebersihan diri: Sentiasa mengingatkan anak supaya kerap mencuci tangan, mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta mengelakkan perkongsian botol air dan barangan peribadi. 4. Amalkan langkah perlindungan diri: Murid digalakkan memakai pelitup muka di kawasan yang sesak atau mempunyai pengudaraan yang kurang baik. Pastikan juga pengudaraan di dalam bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan baik. 5. Kembali ke sekolah setelah pulih: Ibu bapa/penjaga diminta memastikan anak telah pulih daripada penyakit sebelum membenarkan mereka kembali ke sekolah. Pihak sekolah akan terus memantau tahap kesihatan murid, melaksanakan langkah-langkah pembersihan dan disinfeksi serta mengambil tindakan pencegahan yang bersesuaian mengikut keperluan semasa. Kesihatan dan keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab kita bersama. Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan, sokongan serta kerjasama semua ibu bapa/penjaga dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan sihat. Sekian, terima kasih. SJK CHUNG HUA NO.2, KUCHING 11 Oktober 2026

📢 *二小通告|关注学生健康及预防流感* 亲爱的老师、家长及同学们: 近期,校方发现部分学生因身体不适而缺席上课,其中包括出现发烧及流感症状的情况。 为了保障全体师生的健康与安全,校方将加强校园卫生管理,并安排对课室、走廊、厕所及其他公共区域进行清洁与消毒工作,尤其是课桌椅、门把及其他经常接触的设施。 与此同时,校方吁请家长们给予以下配合: 1. *留意孩子的健康状况*:若孩子出现发烧、咳嗽、喉咙痛或其他流感症状,请尽早就医,并让孩子在家充分休息,切勿带病上课。 2. *及时通知班级任*:若孩子经医生确诊感染流感(Influenza)或其他传染性疾病,请及时通知班级任,以便校方掌握情况并采取适当措施。 3. *保持良好卫生习惯*:提醒孩子勤洗手、注意咳嗽礼仪,避免共用水瓶及个人用品。 4. *做好个人防护*:鼓励学生在人多或通风不佳的场所佩戴口罩,并保持课室空气流通。 5. *康复后才返校*:请确保孩子身体已康复,才安排返校上课。 校方将持续关注学生的健康状况,落实校园清洁与消毒措施,并根据实际情况采取必要的预防行动。 孩子的健康与安全,是我们共同的责任。 感谢各位家长的理解、支持与配合,让我们携手营造安全、卫生及健康的校园环境。 古晋中华小学第二校 11.10.2026

YANG LAMA KITA KENANG, YANG 3.0 KITA SAYANG! Masih setia dengan DELIMa 2.0? Anak- anak, Cikgu dan Ibu bapa, tiba masanya untuk kita sama-sama move on! Mulai 1 Oktober 2026, semua akses dan perkhidmatan DELIMa 2.0 akan beralih sepenuhnya kepada DELIMa 3.0. Apa yang menanti anda? Akses lebih mudah Keselamatan diperkukuh Ciri baharu yang lebih inovatif Menyokong Dasar Pendidikan Digital Tak perlu angkat kotak untuk berpindah, cuma pastikan pautan yang betul sudah disimpan! https://d3.delima.edu.my Kemas kini bookmark anda. Kongsikan makluman dengan rakan guru dan murid. Semak juga modul Pengumuman dalam DELIMa 3.0. Terima kasih DELIMa 2.0 atas segala jasa. DELIMa 3.0, kami datang! Admin akan kenapa kita semua perlu teruja dengan DELIMa 3.0 ni. Nantikan! https://www.facebook.com/share/p/1KWuXCRBw4/

旧版值得回忆,3.0 值得期待!💜💛 还在继续使用 DELIMa 2.0 吗? 同学们、老师们以及家长们, 是时候让我们一起 迈向新的阶段! 🚀 📢 从 2026 年 10 月 1 日起,DELIMa 2.0 的所有访问权限及服务,将全面转移
旧版值得回忆,3.0 值得期待!💜💛 还在继续使用 DELIMa 2.0 吗? 同学们、老师们以及家长们, 是时候让我们一起 迈向新的阶段! 🚀 📢 从 2026 年 10 月 1 日起,DELIMa 2.0 的所有访问权限及服务,将全面转移至 DELIMa 3.0。 🌟 DELIMa 3.0 有什么值得期待? 💻 更方便的访问方式 让使用 DELIMa 变得更加简单、便捷。 🛡️ 更完善的安全保障 进一步加强平台的安全性。 💡 更创新的新功能 带来更多全新的功能与体验。 🎓 支持国家数字教育政策 配合我国数字教育发展的方向。 ⸻ 📌 只需要换对链接! 大家只需要确保自己已经收藏正确的网址即可: 🔗 https://d3.delima.edu.my ✅ 请记得: 📍 更新你的浏览器书签(Bookmark)。 📍 将这项消息分享给其他老师和学生。 📍 也请检查 DELIMa 3.0 里的 “公告(Pengumuman)”模块,以获取最新资讯。 ⸻ 💜 感谢 DELIMa 2.0 一路以来的陪伴与贡献! 💛 DELIMa 3.0,我们来了!🚀

🌕 *感恩有您 · 一路同行* ❤️ 尊敬的校董、校友、家长、教练团、赞助商、社会热心人士,以及所有关心与支持二小的朋友们: 古晋中华小学第二校谨向大家致以最诚挚的谢意! 衷心感谢大家对本校 *“中秋传爱 · 共筑未来”中秋园游会* 的热情参与与鼎力支持。 无论是慷慨赞助、热心捐献、积极参与,还是活动前后的协助与鼓励,每一份支持、每一份心意,都汇聚成这个中秋夜最温暖的力量,也为孩子们留下了一段珍贵而美好的回忆。 一场活动的圆满,离不开大家的共同付出。感谢校董的支持与指导、校友的关怀、家长与教练团的配合、赞助商及社会各界热心人士的慷慨相助,更感谢全体师生与工作人员的用心投入。 因为大家齐心同行,我们凝聚了二小大家庭的力量,也让 *“中秋传爱 · 共筑未来”* 不只是一句主题,更成为彼此关怀、携手共进的真实行动。 活动过程中若有招待不周或不足之处,敬请大家多多包涵。我们将继续学习、不断改进,让未来的每一次相聚都更加美好。 再次感谢每一位支持二小、关心二小、陪伴二小一路前行的您! 因为有您,二小更温暖; 因为同行,我们走得更远。 🌕 祝愿大家 *阖家安康 · 幸福美满 · 中秋喜乐!* *古晋中华小学第二校* 28.09.2026

🌕🏮 温馨提醒|*二小2026中秋园游会* 各位家长,大家好! 感谢大家热烈参与二小2026中秋园游会暨筹集学生活动经费慈善之夜。 请家长及同学们注意以下事项: 1️⃣ *进出校门安排* 🕠 5.30 pm – 6.45 pm 开放:Gate B、Gate C 🕠 5.30pm – 8.00pm 开放:Gate A 2️⃣ *美食与饮料* 现场设有各种美食及饮料摊位,同学们可以购买自己喜欢的食物和饮料。🍡🥤 3️⃣ *文娱表演* 礼堂内将呈献一系列精彩的文娱表演,欢迎家长及同学们观赏。🎶🎭 4️⃣ *礼堂座位安排* 礼堂内分为两种座位: ⭐ 贵宾席(VVIP) 🎫 嘉宾席/观众席 礼堂座位没有编号,采取自由入座。请大家按照所持票券入座。 5️⃣ *精彩活动区* 现场设有多个活动区域,包括: 🏮 灯谜区 🥮 品尝月饼区 🍵 茗茶区 🎨 DIY摊位 🖼️ 学生作品展览区 以及其他精彩活动,欢迎大家踊跃参与! 感谢大家的合作与支持。❤️ 🌕🏮 祝福大家中秋快乐、安康吉祥、阖家幸福! 古晋中华小学第二校 27.09.2026

🏮 *中秋月饼分享* 🥮 亲爱的家长们: 今晚中秋园游会,欢迎有意参与的家庭一家带一个月饼到学校,与大家一起分享中秋的喜悦与温暖。❤️ 🥮 *一家一饼,共享团圆* 😊 *纯属自愿,不强制* 让孩子们从分享中学习感恩,在团聚中感受中秋佳节的意义。 感谢大家的支持,我们今晚见!🏮🌕 古晋中华小学第二校 27.09.2026

*📢 MAKLUMAN MPT4 TAHUN 4* Mohon perhatian guru kelas Tahun 4, guru mata pelajaran Tahun 4, ibu bapa/penjaga dan murid terhadap perkara-perkara berikut: 1. Murid akan ditempatkan di *9 buah bilik mengikut nombor giliran* masing-masing untuk menduduki pentaksiran MPT4. 2. *Ketua Pengawas adalah dari sekolah lain* , manakala guru pengawas terdiri daripada *guru sekolah CH2* . 3. Murid hendaklah masuk ke bilik yang ditetapkan *mengikut waktu pentaksiran* pada hari berkenaan. 4. Pada waktu yang tiada pentaksiran berlangsung, *semua murid Tahun 4 akan berkumpul di dewan* dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkaitan mengikut arahan guru. 5. Murid hendaklah *membawa alat tulis* yang diperlukan serta menjaga barangan peribadi dengan baik. 6. Sepanjang tempoh pentaksiran, murid hendaklah *mematuhi peraturan, menjaga ketenteraman, menjawab dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi arahan Ketua Pengawas dan guru pengawas* . 7. Ibu bapa/penjaga diminta memastikan anak *hadir ke sekolah tepat pada waktunya* , mendapat *tidur yang mencukupi* dan *bersarapan* , serta menghadapi pentaksiran dengan tenang tanpa tekanan yang berlebihan. 📅 Tarikh Penilaian MPT4: *6–8 Oktober 2026* 📚 Mata Pelajaran: *Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik SJKC, Sains SJKC dan Bahasa Cina* Terima kasih atas kerjasama semua guru dan ibu bapa. Marilah kita bersama-sama membantu anak-anak menjalani pentaksiran ini dengan tenang dan yakin. *SJK CHUNG HUA NO.2 KUCHING* *14.9.2026*

*📢 四年级 MPT4 通告* 请四年级班主任、科任老师、家长/监护人及学生留意以下安排: 1. 学生将根据各自的 *编号* ,分别安排在 *9间课室* 进行评估。 2. *主考官来自其他学校* ,监考老师则由 *本校教师* 担任。 3. 学生须根据当天的 *评估时间及指定课室* ,准时进入课室参加评估。 4. 在没有进行评估的时段, *所有四年级学生统一在礼堂集合* ,并按照老师的指示进行相关学习活动。 5. 学生必须携带所需的 *文具用品* ,并妥善保管个人物品。 6. 评估期间,请学生遵守考场纪律, *保持安静、认真作答,并听从主考官及监考老师的指示* 。 7. 请家长确保孩子 *准时到校、拥有充足睡眠并吃好早餐* ,以平常心参加评估,无需给予孩子过大的压力。 📅 MPT4评估日期: *2026年10月6日至8日* 📚 评估科目: *国语、英语、数学、科学及华文* 感谢各位老师与家长的配合,让孩子以轻松、从容的心情完成评估。 古晋中华小学第二校 14.9.2026

📢 *MAKLUMAN CH2|PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SECARA BERSEMUKA* Kepada: Semua Guru, Ibu Bapa/Penjaga dan Murid Salam sejahtera. Merujuk kepada kenyataan rasmi terkini Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertarikh 12 September 2026, berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin baik, sekolah-sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching akan kembali beroperasi seperti biasa. Sehubungan itu, pihak sekolah menetapkan ketetapan berikut: 📅 14 September 2026 (Isnin) 🏫 Sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka semula Semua murid diminta hadir ke sekolah seperti biasa mengikut waktu persekolahan yang ditetapkan. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan ditamatkan berikutan pembukaan semula sekolah. Memandangkan keadaan jerebu masih boleh berubah dari semasa ke semasa, demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid, ibu bapa/penjaga dan murid diminta memberikan perhatian serta kerjasama terhadap perkara-perkara berikut: 1. Murid digalakkan memakai pelitup muka (face mask) ke sekolah dan membawa pelitup muka tambahan. 2. Murid diminta membawa bekalan air minuman yang mencukupi dan digalakkan minum air dengan kerap. 3. Pihak sekolah akan terus memantau bacaan IPU. Sekiranya bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid akan dihentikan. 4. Sekiranya bacaan IPU melebihi 200, pihak sekolah akan mengambil tindakan penutupan sekolah selaras dengan arahan pihak berkuasa. 5. Sekiranya murid mengalami masalah kesihatan akibat jerebu atau ibu bapa/penjaga mempunyai kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak masing-masing, ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah. 6. Pihak sekolah akan terus mengikuti perkembangan dan arahan terkini daripada JPN Sarawak, PPD Kuching serta pihak berkuasa berkaitan. Sebarang perubahan atau makluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga atas kefahaman, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah dan guru sepanjang pelaksanaan PdPR pada minggu yang lalu. Marilah kita terus bekerjasama dalam menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak serta memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan dengan lancar. Sekian, terima kasih. SJK CHUNG HUA NO. 2, KUCHING 12 September 2026

📢 *二小通告|恢复实体上课通知* 致:全体教师、家长/监护人及同学 大家好。 根据 砂拉越教育局于2026年9月12日发布的最新正式声明,随着空气污染指数(IPU)情况有所改善,古晋教育局(PPD Kuching)辖下学校将恢复正常运作。 因此,本校将作出以下安排: 📅 2026年9月14日(星期一) 🏫 正式恢复实体上课 请全体学生按照平日上课时间准时到校。原定的居家学习(PdPR)安排将随之结束。 鉴于烟霾情况仍可能出现变化,为保障学生健康与安全,敬请家长及同学配合以下事项: 1. 建议学生佩戴口罩到校,并准备备用口罩。 2. 请学生自备足够的饮用水,并多喝水。 3. 校方将持续关注空气污染指数(IPU)。若IPU超过100,所有涉及学生的户外活动将暂停。 4. 若IPU超过200,学校将根据有关指示采取关闭学校等相应措施。 5. 如孩子因烟霾情况而出现身体不适,或家长对孩子的健康状况有所担忧,家长可决定暂不让孩子到校,并请事先通知班主任/校方。 6. 校方将持续留意JPN Sarawak、PPD Kuching及有关当局的最新指示;如有任何新的安排,将第一时间通知家长。 感谢各位家长在过去一周PdPR期间给予校方及老师的理解、支持与配合。让我们继续共同守护孩子们的健康与安全,并确保学习顺利进行。 谢谢。 古晋中华小学第二校 2026年9月12日

Photo from Anonymous
Photo from Anonymous

*HEBAHAN SEGERA* *MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH & PELAKSANAAN PdPR AKIBAT JEREBU* Merujuk kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dimaklumkan bahawa SJK Chung Hua No. 2, Kuching akan DITUTUP pada 21 Ogos 2026 berikutan keadaan jerebu dan kualiti udara yang tidak sihat. Penutupan ini dilaksanakan demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah. Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan. Murid diminta merujuk Google Classroom kelas masing-masing dan mengikuti pembelajaran mengikut ketetapan guru. Sebarang perkembangan berkaitan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi sekolah. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. SJK CHUNG HUA NO. 2, KUCHING 20 Ogos 2026