ru
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Открыть в Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Больше
826
Подписчики
-224 часа
-27 дней
+230 день
Архив постов
TSUNDOKU. Satu istilah psikologi yang membawa maksud perbuatan mengumpulkan buku tetapi tidak membacanya. TSUNDOKU adalah gab
TSUNDOKU. Satu istilah psikologi yang membawa maksud perbuatan mengumpulkan buku tetapi tidak membacanya. TSUNDOKU adalah gabungan perkataan TSUNDE yang bermaksud "tumpukan buku-buku" dan OKU yang bermaksud "meninggalkan untuk suatu jangka waktu". Istilah ini mula popular pada akhir abad ke-19 pada era Meiji (1868-1912). Ha baik mengaku cepat, siapa ada tabiat ni? .. Membeli satu tindakan yang baik. Namun, beli dan baca adalah lebih baik. Manfaat ilmu daripada itu akan dapat diambil dan diamalkan. InsyaAllah. Jom sama-sama azam. Buku apa yang sedang anda habiskan sekarang. Konsikan. #kongsipositif #positivecircle21 #legasimenulis

Setiap kita mempunyai laluan sendiri. Bagaimana melaluinya dan siapa yang berhak menemani kita adalah satu pilihan. Berbekalkan Syariatullah dan Sunnatullah kita mengatur langkah ini dengan cermat. Menuju ke tempat satu alamat. Ya, alamat kita sama. Iaitu ke Syurga Allah. Kembali ke tempat asalnya kita. Bertemu dan berkumpul Di sana. Atas kesedaran ini, saling tolong menolonglah menuju ke satu destinasi. Elakkan berpecah, saling dendam bermusuhan. Tiada siapa yang untung. Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa ingin menyesatkan kita. Terjun ke jalannya. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan merahmati kita. #kongsipositif #positivecircle21

photo content

photo content

TEKNIK MEMBERI PUJIAN: 1. Apabila kebaikan dibuat secara terbuka, maka pujian perlu dibuat secara terbuka 2. Pujian dibuat secara serta-merta. Tidak ditangguh-tangguhkan. Di tempat kebaikan itu dibuat. On the spot. 3. Gunakan ayat yang ringkas. Tidak perlu panjang berjela-jela. 4. Puji perbuatan baik yang dibuat, bukan individu atau orang itu. 5. Jika si pelaku tidak dikenali, tidak perku disiasat siapakah gerangannya. Terutama berlainan jantina. Boleh merendahkan kredebiliti, terutama bos. 6. Pujian dibuat secara jelas dan kuat. Agar orang lain dapat mendengarnya juga. Tidak berbisik kepada si pelaku sahaja. Selamat beramal. Moga boleh memotivasikan kita dan orang lain untuk terus berbuat kebaikan. #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Kawan-kawan yang baik, jika kita banyak sangat berfikir, kita sedang “makan” diri kita sendiri. Kita mamah dan kunyah setiap isi daging dan otak di kepala. Sebab itu kita sakit, kita murung dan kita bersedih. Boleh jadi kita mudah penat dan sentiasa gelisah. Ini kerana longgarnya kebergantungan kita kepada Allah. Ada 7 Doa yang kalian boleh guna untuk kita lepasi semua ini. Ingat, letak dalam kepala lepas berdoa terus bangun dan terus buat kerja. Elakkan duduk sendirian dan termenung panjang. Ini doa-doanya: 🕋 Doa 1. يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث (Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.) Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi 🕋 Doa 2. اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.) Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh – Sahih Bukhari 🕋 Doa 3. اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ (Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.) Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. – Sahih Bukhari 🕋 Doa 4. اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا (Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla) Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” – Sahih Ibnu Hibban 🕋 Doa 5. لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ (Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.) Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87 🕋 Doa 6. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي (Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli) Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. – Surah Taha Ayat 25-28 🕋 Doa 7. حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (Hasbunallah wanikmal wakil) Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami – Surah Al-Imran Ayat 173 **** Amalkan kawan-kawan, kita adalah jiwa dan tubuh yang kawal diri sendiri. Kita kuatkan semuanya sendiri untuk tempuh berbagai lagi ujian di hadapan. Ujian hebat untuk orang hebat. Begitulah. Sumber: Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita kuatkan diri. Bismillah.

Baru-baru ini saya join satu kursus. Penceramah itu berkongsi satu rahsia tentang tingkahlaku orang berjaya. Kata beliau, kebiasaan yang dia lihat, orang berjaya ini mempunyai satu disiplin diri yang tinggi. Iaitu mereka suka melakukan satu amalan secara konsisten. Walaupun ia dilihat kecil. Sebagai contohnya, membaca buku. Mereka akan konsisten membaca bahan yang diingini setiap hari walaupun dalam kesibukan tugasan harian mereka. Mereka susun masa dengan cermat untuk kekal berdisiplin. Perkara ini kadang-kadang sukar untuk dilakukan oleh sesetengah orang. Untuk nak disiplinkan diri sendiri ni cukup payah bukan. Liat betul. Disiplin boleh datang dengan pilih kawan-kawan yang sama minat, jadual yang tersusun, matlamat yang jelas dan kemahuan yang tidak pernah surut tentang sesuatu perkara. Biasanya mujarab. Ayuh, cuba lihat dalam kehidupan kita hari ini. Apa yang kita sudah rancang, rencanakan dan ambil tindakan kepada apa yang kita mahu? Masih belum terlambatkan. Ambil tindakan hari ini. Cari satu perkara yang kita boleh konsisten untuk buat setiap hari agar terus menjadi tabiat. InsyaAllah disiplin akan datang selepas itu. Selamat mencuba. #kongsipositif #positifcircle21

Kesimpulan Saya : 1. Tajuk mainkan peranan besar. Terutama yang suka baca tajuk sahaja daripada isi sebenar. Kena berintergriti. Kerosakan boleh berlaku. Ruang fitnah terbuka. Akan bina persepsi. 2. Perlu faham, kaunseling satu proses. Ada garis panduan dan etika. Bukan semua orang boleh laksanakan sesi kaunseling. Bukan sembarangan. Silap cara, memberikan kesan kepada klien dan bahkan kaunselor juga. 3. Perubahan perlu datang daripada diri klien. Selepas celik akal. Keputusan dibuat oleh klien sendiri. Peranan Kaunselor membantu beri ruang terbaik dan adakan perbincangan. Tiada unsur paksaan. Terpulang kepada klien membuat pilihan terbaik selepas sesi. 4. Klien boleh ke sesi kaunseling atas sukarela atau dirujuk oleh pihak tertentu. Klien akan diajak berbincang perasaan, pengalaman, pandangan bagi membuat atau tentang keputusan yang dia dah ada. Baik buruk penilaian keputusan pada diri klien akhirnya. 5. Ukuran berjaya atau gagal bukan kepada penilaian kita. Klien berhak buat keputusan sendiri. Dia memikirkan apa yang terbaik buat dirinya setelah semua proses, maklumat dan bantuan diberikan. Klien juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan daripada keputusanya. 6. Seseorang itu akan menjadi musuh kepada perkara yang dia tidak tahu. Jadi cuba ambil tahu dan jangan cepat membuat kesimpulan sendiri. 7. Sekian. Mohon tunjuk ajar. Saya nak belajar. #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

"Kita tidak boleh menutup mulut orang lain terus bercakap tentang kita, tapi kita boleh memilih untuk menutup telinga kita agar tidak terus mendengar..." Bijak untuk pilih apa maklumat yang kita lihat, dengar, cakap dan buat... #kongsipositif #positivecircle21

Kebimbangan dan ketakutan merupakan dua punca emosi kepada stres. Mereka ingin melakukan sesuatu, tetapi bimbang sekiranya gagal dan kecewa. Manakala ketakutan kepada perkara yang masih belum berlaku menyebabkan mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Mereka lazimnya memburukkan keadaan yang belum berlaku dan menjangkakan hasil yang buruk. ... Sesungguhnya, perasaan takut dan bimbang itu perlu ditenangkan dengan perasaan penuh pengharapan. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. -Surah Al-A'raf, Ayah 56 #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Pemikiran Negatif dan Kesan Terhadap Badan Kebanyakkan penyakit sebenarnya datang daripada minda. Satu ‘petua’ untuk menjemput penyakit adalah dengan hanya berfikiran negatif. "Hypochondriacs" adalah simptom dimana seseorang itu yakin yang mereka sakit, walaupun tiada apa-apa kesalahan dengan mereka, mereka akan menerima simptom yang sama dengan orang yang sakit. Badan mereka akan bertindak balas seakan-akan ianya benar. Sekiranya anda sering melihat seseorang MC, ini mungkin disebabkan pattern dalam otak mereka selalu memikirkan bahawa mereka sakit dan badan hanya sekadar bertindak balas. Selalu berpemikiran positif tentang kesihatan badan, kerana ianya akan memberikan kesan terdahap badan kita. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

CIRI PSIKOLOGI DUNIA MAYA #2 ISU KERAHSIAN INFORMASI Komunikasi di alam maya tidak menjamin keselamatan kerahsiaan informasi yang dikongsi atau diperbincangkan. Risiko di alam maya sangat tinggi. Jika di pihak kita telah memadam semua info, tetapi di pihak satu lagi masih belum tentu. Ia melibatkan perekodan kedua-dua belah pihak. Berbanding alam realiti, semua info adalah secara langsung. Ruang untuk merekod dan disebarkan ada agak terhad, kecuali berlalu secara diam-diam atau rahsia. Berhati-hati #kongsipositif #positivecircle21 Lagi banyak tip di: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

CIRI PSIKOLOGI DUNIA MAYA #1 IDENTITI FLEKSIBEL Dunia maya memberi ruang sesorang untuk memaparkan indentitinya yang sebenar dengan realiti atau mencipta identiti baru. Identiti baru seperti menggunakan nama samaran, gambar lain atau avatar atau menjadi orang tanpa nama (anonymous). Jika orang yang kita berinteraksi di maya itu sudah mengenali kita di realiti tidak menjadi banyak perubahan maklumat yang berlaku. Semua ini mempunyai baik buruk. Perkara ini membuatkan kita lebih berhati-hati dan perlunya ilmu dalam berinteraksi di alam maya. Kesimpulannya, terus belajar. #kongsipositif #positivecircle21 Lagi banyak tip di: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

EMPATI...
EMPATI...

Kadang-kadang kita rasa berat, tidak selesa dan terbeban apabila ada orang datang meluah kepada kita. Ini mungkin kerana kita merasakan setiap peluahan tersebut perlu diselesaikan dan perlu diberi kata-kata sokongan. Walhal, orang yang meluah hanya memerlukan seseorang untuk mendengar dengan aktif sahaja sebenarnya. Rasa ini mungkin boleh diubah apabila kita tidak cepat untuk memberi nasihat, kata-kata semangat, atau gigih untuk selesaikan semua masalahnya. Dengarlah dengan empati. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Jika kerja itu dilakukan sebagai satu ibadah, maka kita akan dapat 2 perkara : 1. Kuantiti HARTA 2. KUALITI JIWA Selamat bekerja bagi mencapai keperluan dan Tujuan Hidup. #kongsipositif #positivecircle21

"Apabila bekerja kerana TUJUAN HIDUP, maka ia akan membuahkan kualiti sebuah pekerjaan..." #kongsipositif #positivecircle21

"Dunia akan memberi jalan kepada orang yang membina TUJUAN..." PMJ #kongsipositif #positivecircle21