POSITIVE CIRCLE
Открыть в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Больше826
Подписчики
-224 часа
-27 дней
+230 день
Архив постов
Tip Menulis
Ubah slide ceramah kepada ebuku.
Sewaktu sihat mungkin bahan dalam bentuk slide ini boleh terus dikongsikan. Tapi sampai bila?
Tiada siapa pun dapat jangka apa yang bakal berlaku sebentar lagi, bukan?
Mati itu pasti!
Waktu sihat ini, terus ubah slide menjadi ebuku sekurang-kurangnya. Moga manfaatnya terus mengalir. Ini satu legasi kita barangkali.
Doakan Projek ebuku ke-6 saya ya sahabat.
#kongsipositif
#positivecircle21
#legasimenulis
Diam bukan beerti kita lemah atau kalah. Tetapi itulah tanda kekuatan diri. Kuat menahan diri daripada bertindak di luar batasan.
Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan perdebatan, lantangnya bersuara dan kerasnya teguran.
Kadang-kadang dengan berdiam diri itu bertujuan untuk tidak memanjangkan konflik. Dalam pengaruh emosi, seseorang cenderung bertindak tanpa akal yang waras.
Kita lebih tahu kawalan diri kita. Cari titik kekuatan diri, bertindak dengan bijak. Dahulukan pertimbangan akal sebelum melulu dalam tindakan. Salah tindakan buruk padahnya.
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
-Surah Al-Isra', Ayah 53
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
"Walaupun akal mempunyai 'daya lihat', namun masih banyak lagi hal yang tidak terjangkau oleh akal. Oleh itu akal perlu dirangsang, digerakkan dan diberi perhatian supaya ia betul-betul dapat berfungsi sebagaimana yang seharusnya..."
~ Imam al-Ghazali
Ada 2 hal yang harus dilupakan:
"Kebaikan kita kepada orang lain & kesalahan orang lain kepada kita..."
#kongsipositif
#positivecircle21
Dengan sentiasa menyedari akan kelemahan diri, maka ia akan menjadi pendorong untuk kita mudah memaafkan kesalahan orang lain.
Bahkan dengan kesedaran ini, kita akan memiliki keberanian untuk menyatakan permohonan maaf terlebih dahulu tanpa diminta. Tanpa menunggu permasalahan semakin membarah dan tidak menentu.
Kita seorang pendosa. Sentiasa menagih kemaafan.
Allah At-Tawwab, Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu hambaNYA yang mana ingin diampunkan....
#kongsipositif
#positivecircle21
Boleh dicuba dan dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Mungkin ia membantu untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna.
#kongsipositif
#positivecircle21
Antara Faktor Penyumbang Stres :
1. Kerisauan (al-hamm)
2. Kesedihan (al-hazan)
3. Sifat lemah (al-'ajz)
4. Sifat malas (al-kasal)
5. Sifat penakut (al-jubn)
6. Sifat kedekut (al-bukhl)
7. Tekanan hutang (ghalabah ad-din)
8. Tekanan orang yang mempunyai kuasa (qahr ar-rijal)
Moga Allah SWT lindungi kita semua daripada perkara ini.
#kongsipositif
#positivecircle21
Tip lain di :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta dunia, akan tetapi kekayaan yang hakiki itu adalah kaya akan jiwa."
~ Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
HIJRAH KUASA BERUBAH
Masa: 10 pagi
Tarikh : 1 Muharram 1443
Secara live di : https://www.facebook.com/HiREG1.0/
Jom bersama kami Tim HiREG!
William JH. Beotcker mengkategorikan manusia kepada 4 kelas kemahuan, iaitu:
PERTAMA:
Orang yang selalu mengerjakan sesuatu lebih sedikit daripada apa yang diarahkan.
KEDUA:
Orang yang mahu melakukan apa yang diarahkan, tetapi tidak lebih daripada itu.
KETIGA:
Orang yang tidak kisah melakukan sesuatu kerja tanpa perlu diarahkan.
KEEMPAT:
Orang yang mahu memberikan ilham kepada orang lain bagi melakukan sesuatu kerja.
Di manakah diri kita?
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di sini:
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Jadilah seperti lilin. Tatkala memberikan cahayanya kepada lilin lain, ia tidak sedikit pun mengurangkan cahayanya...
#kongsipositif
#positivecircle21
"Bagaimana kita memandang diri sendiri, akan mempengaruhi cara kita memandang orang lain..."
~ John C. Maxwell
#kongsipositif
#positivecircle21
Semoga coretan ringkas ini mampu memberikan kelegaan kepada sesiapa sahaja yang sedang diuji.
Sesungguhnya kita semua diuji. Yang sakit diuji. Yang sihat pun diuji. Adakah kita bersyukur dan membantu rakan yang sakit.
Ini masa untuk kita menunjukkan soladiriti kita kepada semua. Masa untuk lebih empati.
Moga Allah berikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di sini :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Borang BOOK REVIEW
Cuti hunjung minggu tanpa PDPR ni mungkin masa yang baik untuk membentuk budaya membaca aktif di rumah.
Borang ini mungkin membantu untuk mereka membaca dengan lebih berkesan.
Print dan minta anak-anak isikan. Kemudian ibu bapa berbincang bersama anak-anak apa yang telah dicatat.
Jom cuba!
#kongsipositif
#positivecircle21
ILMU TANPA AMALAN IALAH GILA
Wahai anakku yang tercinta!
Ilmu tanpa amalan ialah gila dan amal tanpa ilmu pula adalah sia-sia.
Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau daripada perbuatan maksiat dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada api neraka.
Dan apabila engkau tidak beramal dengan ilmu yang ada pada dirimu dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesalahan yang engkau lakukan pada masa lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat (atau di dalam kubur) nanti :
"(Wahai Tuhanku) kembalikan aku ke dunia untuk aku dapat beramal soleh".
~ Imam al-Ghazali
Marilah kita berazam untuk beramal dengan ilmu yang kita miliki. Moga Allah berikan taufiq dan hidayah kepada kita semua.
#kongsipositif
#positivecircle21
SETELAH MENGAMALKAN ILMU BARU ENGKAU MENGETAHUI HAKIKATNYA
"Bahawasanya sebahagian daripada masalah yang engkau tanyakan kepadaku itu tidak dapat dijawab dengan tulisan ataupun perkataan, tetapi bila engkau telah sampai kepada hakikat halnya (iaitu setelah beramal dengannya) maka barulah engkau faham."
~ Imam al-Ghazali
#kongsipositif
#positivecircle21
HAKIKAT IKHLAS
"Wahai anakku yang tercinta!
Jika engkau bertanya kepadaku hakikat IKHLAS. Maka IKHLAS itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan celaan mereka."
~ Imam al-Ghazali
#kongsipositif
#positivecircle21
