POSITIVE CIRCLE
Открыть в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Больше828
Подписчики
Нет данных24 часа
+37 дней
+430 день
Архив постов
600 set!
Jual!!!
Alhamdulillah....
Dalam masa dua hari, 600 set Buku Rujukan Pantas Tokoh Sirah dan Hijrah Rasulullah Education Boardgame (HiREG) 2.0 ~ Menelusuri Tokoh Sirah ditempah.
Moga manfaat inovasi ini terus tersebar.
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#positivecircle21
#hireg
Mencari Popular.
Minta dijauhkan daripada menjadi popular dan diuji dengan popular. Takut-takut kita tak kuat. Belum sampai tahap.
Ramai yang tersungkur di kala sudah di puncak. Goncangan di atas jauh lebih kuat. Pegangan harus lebih erat.
Tapi ada satu popular yang baik kita dekat. Namanya, "Kedai POPULAR" 😂
Cari apa yang perlu sahaja di sini.
Cuba kongsikan apa yang korang biasa cari kat sini?
#kongsipositif
#positivecircle21
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Positive Circle.
Semoga Allah SWT terima semua amalan kita.
Terima kasih sentiasa support Positive Circle. Moga ianya membawa kebaikan bersama.
Hasbullah Mustafa
#kongsipositif
#positivecircle21
Buat pertama kalinya dikongsikan Inovasi BooKad - Siri Mula Inovasi M.A.S.A.L.A.H Cipta Peluang, bersama peserta Bengkel KIK 2024.
Banyak respon positif diperolehi untuk penambahbaikan sebelum secara rasminya dibuka untuk preorder.
Inovasi BooKad - Belajar sambil beraktiviti dengan kad-kad.
#kongsiinovasi
#kongsipositif
#positivecircle21
"Dah lama nak buat inovasi, tapi tak tau nak mula macam mana. Tak ada panduan la..."
Saya tahu ramai yang ada dalam situasi ni. Akhirnya idea hanya tinggal idea sahaja bertahun-tahun....
Best kan kalau ada buku panduan mudah mula berinovasi. Siap boleh beraktiviti lagi. Bukan baca sahaja. Lengkap dengan Kad praktikal.
Kami perkenalkan Buku Siri Mula Inovasi - Masalah Cipta Peluang. BooKad panduan berinovasi bagi mereka yang nak ada inovasi tahun 2024 ini.
Tinggalkan komen anda di bawah, untuk kami berikan info lanjut nanti tentang buku ni.
Komen "NAK" sekarang tanda nak buku ni.
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#positivecircle21
Alhamdulillah...
Pendaftaran BooKad;
ISBN ✅
Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PdP)✅
COPYRIGHT ✅
...
Selepas ni urusan cetak. Doakan ya
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#positivecircle21
Dalam kelas Modifikasi Tingkahlaku semalam, antara input penting yang ditekankan ialah tentang pengaruh persekitaran dalam membentuk tingkahlaku.
Pelopor Modifikasi Tingkahlaku menyatakan bahawa semua tingkahlaku dikawal oleh kejadian-kejadian di persekitaran. Prinsip asasnya ialah, wujudnya perhubungan kefungsian antara tingkahlaku dan kejadian-kejadian di persekitaran.
Nak ubah tingkahlaku?
Maka ubahlah persekitaran kita.
Kenalpasti secara spesifik dan tepat kejadian persekitaran yang menyebabkan sesuatu tingkahlaku.
Sempena bulan puasa ni, saya lihat ada perkaitan ilmu ini.
Kenapa ramai orang boleh berpuasa selama sebulan pada Ramadan berbanding puasa 6 Syawal?
Salah satu faktor yang suka saya kaitkan adalah faktor persekitaran yang mempengaruhi tingkahlaku. Fokus tulisan saya adalah antara persekitaran dan tingkahlaku. Ramadan, semua orang wajib berpuasa bagi yang berkemampuan. Berbanding puasa 6 Syawal adalah amalan sunat yang sangat dituntut.
Suasana dan persekitaran sepanjang Ramadan membantu untuk semua orang berpuasa dengan jayanya termasuk kanak-kanak. Kadang sukar untuk menunaikan puasa sunat pada bulan-bulan yang lain. Banyaknya majlis makan-makan dan orang makan di mana-mana sahaja. Suasana itu tidak membantu kita untuk meneruskan tingkahlaku seperti Ramadan.
Begitu kuat persekitaran mempengaruhi kita.
Jadinya, cuba lihat di mana persekitaran kita berada? Dan apakah tingkahlaku yang terhasil daripada kesan persekitaran tersebut terhadap kehidupan kita?
Kita berhak memilih dan tentukan persekitaran yang bagaimana untuk kita berada.
#kongsipositif
#positivecircle21
Cuti sekolah berbaki beberapa hari lagi ni, nampaknya guru-guru dah mula buat persiapan untuk aktiviti di dalam kelas.
Mood awal-awal persekolahan ni penting kepada pelajar. Ia membina suasana dan pengalaman yang bermakna kepada mereka untuk menempuh keseluruhan sesi sekolah nanti.
Salah satu cara membina pengalaman dan emosi bermakna kepada mereka adalah dengan beraktiviti. Kemudian kaitkan dengan topik pembelajaran. Pasti beri impak.
...
3 set Kad Aktiviti COVITS69 ke Johor. Alhamdulillah.
#kongsipositif
#covits69
Pemikiran manusia akan mempengaruhi perasaan dan tingkahlakunya.
Dengan mengubah cara seseorang berfikir, akan mengubah cara seseorang berperasaan dan bertingkahlaku dengan lebih baik walaupun sesuatu keadaan itu tidak berubah.
Pemikiran mesti diperbetulkan untuk membetulkan perasaan dan seterusnya tingkahlaku. Tingkahlaku yang berubah akan turut mempengaruhi corak berfikir seterusnya.
Semuanya saling berkait. Namun ianya bermula dengan corak berfikir yang betul!
Maka, bersyukurlah kerana kita diberikan akal fikiran untuk berfikir tentang semua ini dengan baik.
ثُمَّ سَوَّىٰهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
-Surah As-Sajdah, Ayat 9
#positivecircle21
#kongsipositif
Kerjasama datang daripada kedua belah pihak. Apabila hanya satu pihak yang memberi, makan kerjasama sukar untuk diperolehi.
Mulakan daripada kita untuk memberi. InsyaAllah orang lain akan mudah juga untuk mengikuti....
Program TOT Fasilitator
#kongsipositif
#positivecircle21
"Andai ada perkara baik yang aku usahakan, maka berilah galakkan.
Namun, jika ada perkara buruk yang tidak disengajakan, maka teguri aku dengan kebaikan.
Sesungguhnya aku tetap manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Mahu bangkit perbaiki amalan...."
#kongsipositif
#positivecircle21
Bila sebut tentang flashcards apa yang terlintas di fikiran anda?
Jom beri pendapat anda di bawah!
#kongsipositif
#positivecircle21
Buntu idea nak bina Kad Aktiviti?
Mungkin 2 info ni boleh bantu anda dapatkan idea dan buat design.
Jom bina kad.
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#positivecircle21
Pemakaian suatu perkara yang sangat penting. Ia mampu memberikan keyakinan dan menyerlahkan aura seseorang.
Dengan memakai apa yang kita selesa dan sesuai dengan diri adalah faktor yang sangat penting. Dalam masa sama, harus mematuhi nilai agama dan budaya.
Cara pemakaian juga boleh dikaitkan dengan personaliti seseorang. Dari segi pemilihan warna, corak, fesyen dan cara penggayaan memberikan maklumbalas tentang siapa kita sebenarnya.
Faktor usia merupakan suatu perkara yang sering menjadi ketakutan untuk berfesyen. Namun, jika sesorang itu bijak mengenakan fesyen yang bersesuaian, pastinya karisma dapat ditonjolkan. Kepribadian dan keanggunan diri lebih terserlah.
Tambahan pula, setiap orang boleh bergaya hebat tetapi perlu diingat, perkara paling penting adalah untuk kita bergaya bagi diri sendiri bukan orang lain.
Gaya adalah sesuatu yang peribadi. Tiada siapa yang sepatutnya memberitahu kita cara untuk berpakaian. Kita punya citarasa. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan mana-mana hukum dan nilai.
Jika kita rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu pakaian, teruskan niat itu dan bereksperimen dengan fesyen. Kematangan dalam berpakaian akan dapat ditingkatkan.
Cubalah kenalpasti pakaian mana yang kita selesa dan mampu menaikkan kredibiliti kita apabila berhadapan dengan khalayak.
#kongsipositif
#positivecircle21
#emceekonvo
