POSITIVE CIRCLE
Открыть в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Больше828
Подписчики
Нет данных24 часа
+37 дней
+430 день
Архив постов
M.A.S.A.L.A.H
Masih
Ada
Sayang
Apabila
Lebihkan
Allah dalam
Hubungan
#kongsipositif
#positivecircle21
Apabila sesorang mengalami stres yang teruk, otak akan mengeluarkan kortisol, yang meningkatkan kesedaran deria tetapi melemahkan pemikiran rasional.
Apabila tahap bahan ini tinggi, ingatan kita tidak berfungsi dengan baik, dan kita mudah membuat banyak kesilapan.
Contoh perasaan yang meningkatkan kortisol adalah seperti bosan, kecewa, atau sangat cemas atau mempunyai emosi yang sangat negatif.
Kajian makmal menunjukkan, tekanan yang berpanjangan menyebabkan banyak neuron dimusnahkan dan mengecilkan pusat ingatan otak.
...
Adik-adik pelajar, bijaklah memilih emosi ketika belajar. Emosi yang silap akan memberikan kesan kepada sistem ingatan, seterusnya mengganggu sistem pembelajaran anda.
#notastres
#positivecircle21
#kongsipositif
Sampai masanya, berpisah jua. Moga berkumpul kembali Di sana.
#kongsipositif
#positivecircle21
Buat sesuatu kerana Allah SWT. Bila jelas tentang niat ini, insyaAllah apa pun yang mendatang kita cuba tangani dengan cara terbaik.
Manusia boleh buat kita terus dalam kebaikan, dalam masa sama boleh buatkan kita berhenti untuk berbuat kebaikan.
Kembali kepada niat asal kita. Dalam masa sama cubalah jaga hubungan terbaik dengan manusia. Ajak mereka bersama kita jika ianya boleh dikongsi bersama kebaikannya.
Ingat! Apabila orang mula bercakap tentang kita, pastinya ada sesuatu yang menarik perhatiannya untuk bercakap. Sama ada ianya kebaikan, ataupun sebaliknya. Kita lebih tahu.
Jaga diri, jaga niat kita. Luruskan semuanya kepada Allah SWT, insyaAllah Allah SWT akan bantu dan permudahkan semuanya.
#kongsipositif
#positivecircle21
Doa yang diajar Malaikat Jibrail kepada Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk Mikraj agar terlindung daripada gangguan jin dan ifrit.
Moga menjadi amalan kita bersama dan Allah SWT lindungi kita daripada sebarang keburukan.
#kongsipositif
#positivecircle21
CHOICES / PILIHAN
Hidup ini berkisar tentang pilihan. Cabaran mulai timbul apabila harus membuat keputusan. Keputusan perlu didasari oleh ilmu pengetahuan. Jika diperhatikan, banyak perkara Allah SWT jadikan di muka bumi ini berpasangan. Itu sebahagian tanda kita ada pilihan.
Bertanggungjawablah dengan setiap keputusan yang sudah diputuskan. Sekarang adalah masa untuk mengambil tindakan.
CHANCES / PELUANG
Peluang boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Namun, ianya tidak selalu datang. Dan tidak pula sentiasa menunggu kita. Baiknya ambilah peluang, lebih baik ciptalah peluang. Jika mampu. Agar hidup lebih tenang.
CHANGES / PERUBAHAN
Sesuatu yang hidup pasti akan berubah. Namun perubahan adalah satu perkara yang tidak nyaman. Ramai yang berterusan selesa dengan apa yang ada. Sehinggakan tidak mahu lagi berubah. Walaupun mampu mendapat atau membuat perkara yang lebih baik. Dan akhirnya seseorang itu terpaksa berubah apabila orang lain membuat keputusan untuknya.
Lihatlah. Kita di tahap mana sekarang ini.
#kongsipositif
#positivecircle21
Sesi Perkongsian Card of Activities (COVITS69 ) - Online
Apa yang akan dikongsikan?
1. Kenapa perlu Kad Aktiviti?
2. Apa yang boleh anda cipta?
3. Apa itu Kad Inovasi COVITS69
Jom sertai kami ESOK!
Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain ya.
Tempat terhad.
#kongsipositif
#covits69
#kongsiinovasi
Semalam lepas sesi live Dr Rozanizam tentang CBT, terus belek balik buku Solusi STRES karangan beliau.
Cepat-cepat cari balik Teknik S.T.O.P bagi menguruskan pemikiran yang tidak terkawal akibat sesuatu yang berlaku.
Jom kita lihat secara ringkas apa itu Teknik S.T.O.P:
Stop (Berhenti)
Dengan berhenti, jauhkan diri kita dari punca dan sumber yang menyumbang kepada situasi tidak terkawal sangat membantu. Sekat punca-punca negatif agar terus merosakan pemikiran kita
Take a Step Back ( ambil ruang & atur pernafasan)
Cari ruang untuk kita boleh bertenang. Hindari situasi yang tidak membantu untuk jadikan keadaan diri kita lebih baik. Dalam masa sama atur balik pernafasan. Boleh gunakan teknik relaksasi dan teknik kiraan 4-4-4 dalam pernafasan.
Observe (refleksi situasi & pilihan yang ada)
Lihat kembali apa yang berlaku dan muhasabah diri. "Apa yang berlaku sebenarnya..." Lihat pilihan yang lebih baik dan rasional.
Proceed Mindfully (bertindak secara tenang)
Kembalilah ke situasi asal tadi dalam keadaan diri yang lebih baik dan tenang.
Semua ini memerlukan kematangan emosi dan latihan yang berterusan. Jika kita bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita, InsyaAllah pertolongan Allah SWT itu sentiasa ada.
Selamat beramal dan kongsikan kepada rakan lain. Mungkin info ini membantu mereka jadi lebih baik juga.
#kongsipositif
Kad Aktiviti COVITS69 boleh guna untuk buat Modul Explorace?
Ya!
Macamana?
Dalam Bengkel TOT COVITS69 ONLINE pada 01 @ 04 Feb ni saya kongsikan caranya.
Jom daftar!
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#covits69
Untuk Bengkel Train The Trainers (TOT) Card of Activities (COVITS69) - ONLINE pada 01 Feb (Khamis) atau 04 Feb (Ahad) nanti kita akan pos set kad dan Buku Modul ni awal supaya semasa bengkel kad dah ada di tangan.
InsyaAllah kita bedah satu-satu bagi jelas untuk level asas ni macam mana nak guna 30 Modul Aktiviti yang di cadangkan.
Harapannya peserta dapat berkreativiti dan mendapatkan idea untuk guna dengan pendekatan yang diajar dan dengan olahan sendiri nanti.
Jumpa di Bengkel TOT COVITS69 Online ya.
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#covits69
Dah masuk 2024 ni, ada tak perkara yang anda rasa boleh menjawab kepada ketiga-tiga persilangan ini?
Cuba kongsikan di ruangan komen.
#kongsipositif
#positivecircle21
Berita baik!
Buat julung kalinya, TOT Card of Activities (COVITS69) secara ONLINE.
Daftar sekarang. Maklumat lanjut pada poster.
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#covits69
SENANGNYA MEMBINA INOVASI KAD AKTIVITI / FLASHCARDS
1.SENANG BAWA
Kad Aktiviti / Flashcards senang dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja tanpa perlu mengambil tenaga serta masa yang lama untuk persiapan aktiviti.
2. SENANG DICIPTA
Bantuan teknlogi hari ini banyak membantu proses menyiapkan Kad Aktiviti / Flashcards dengan mudah dan cepat. Setiap design atau gambar, info boleh didapati melalui pelbagai web, aplikasi atau software.
3. SENANG DIAPLIKASI
Kad Aktiviti / Flashcards bukan hanya untuk kegunaan kanak-kanak. Sekiranya ia dibina dengan baik, orang dewasa turut berkesan dan gembira beraktiviti bersama koleksi kad-kad ini.
4. SENANG DIDAPATI
Sumber bagi membina set Kad Aktiviti / Flashcards ini mudah didapati di persekitaran kita. Ini termasuklah dalam proses membina prototaip awal. Ia juga melibatkan kos yang rendah.
Jom bina Kad Aktiviti / Flashcards anda sendiri. Kami sedia bantu anda.
Hasbullah Mustafa
Innovator
Card of Activities (COVITS69)
https://sites.google.com/view/covits69/home
#kongsipositif
#kongsiinovasi
