ru
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Открыть в Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Больше
829
Подписчики
Нет данных24 часа
+37 дней
+430 день
Архив постов
Merenung Di Luar Jendela Dunia. Di luar jendela, mata ku terhenti, Merenung langit luas nan luas tanpa batas, Harapan terbit
Merenung Di Luar Jendela Dunia. Di luar jendela, mata ku terhenti, Merenung langit luas nan luas tanpa batas, Harapan terbit di ufuk pagi, Membawa sinar, memadamkan gelisah. Dalam diam, hati ku bicara, Menggantungkan doa pada Yang Esa, Setiap detik, langkah ku serah, Pada Tuhan, Yang Menggenggam segala takdir. Awan berarak, angin berbisik, Masa depan masih misteri dan rahsia, Namun yakin ku, pada janji-Nya, Ada sinar, di sebalik kelam malam. Dengan setiap sujud, ku pinta petunjuk, Agar langkah ku tidak tersasar, Pada-Mu Tuhan, ku bergantung harap, Mengharungi masa depan, dengan redha-Mu. Di luar jendela, ku lihat dunia, Dengan harapan yang tak pernah pudar, Pergantungan pada-Mu, Allah yang Maha Kuasa, Masa depan ku, kepada-Mu ku berserah.... Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #KaunselorKongsi #kongsipositif

Tip urus stres perkara di luar kawalan kita : https://www.facebook.com/share/p/SVRCmJoRTPaJCvxf/?mibextid=oFDknk Kongsikan ke
Tip urus stres perkara di luar kawalan kita : https://www.facebook.com/share/p/SVRCmJoRTPaJCvxf/?mibextid=oFDknk Kongsikan kepada rakan lain. Mungkin tip ini membantu mereka. #positivecircle21 #KaunselorKongsi #kongsipositif

Jangan Mudah-Mudah Buat Posting di Sosial Media Tentang Kawan Di era digital ini, media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Namun, kita harus berhati-hati dalam berkongsi maklumat tentang kawan terutamanya ketika mengunjungi rumah kawan di platform ini. Ada beberapa sebab mengapa kita harus berfikir dua kali sebelum membuat posting sebegini. Pertama, menjaga privasi kawan kita adalah tanggungjawab kita. Tidak semua orang selesa dengan kehidupannya dikongsi secara umum. Mungkin kawan kita mempunyai alasan tertentu mengapa dia tidak mahu kehidupannya diketahui ramai. Dalam Islam, menjaga privasi dan kehormatan seseorang adalah amat penting. Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim). Kedua, batas-batas aurat juga harus dijaga. Tanpa disedari, kita mungkin memuat naik gambar atau video yang boleh mendedahkan aurat kawan kita atau ahli keluarganya. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengharuskan kita menjaga aurat kita dan orang lain. Akhir sekali, keselamatan juga perlu diambil kira. Dengan berkongsi lokasi atau maklumat peribadi tanpa kebenaran, kita mungkin mendedahkan kawan kita kepada risiko keselamatan. Pencerobohan privasi atau jenayah boleh berlaku akibat maklumat yang dikongsi secara tidak bertanggungjawab. Mungkin kawan kita sendiri pun tidak mendedahkan kehidupannya di media sosial, tiba-tiba kita pula melanggar hak peribadinya. Berhati-hati lah dalam keterujan kita untuk berkongsi. Jangan ada yang berkecil hati. Marilah kita lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat posting di media sosial. Fikirkan dahulu sebelum berkongsi dan hormati privasi, aurat, dan keselamatan kawan-kawan kita. Ini bukan sahaja mendidik diri kita sendiri tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk lebih bijak dalam menggunakan media sosial. #kongsipositif #KaunselorKongsi #positivecircle21

Tip Cara Terbaik Berurusan dengan Orang yang Suka Berkira : https://www.facebook.com/share/p/rnZHFGJeGSbvbSjx/?mibextid=oFDkn
Tip Cara Terbaik Berurusan dengan Orang yang Suka Berkira : https://www.facebook.com/share/p/rnZHFGJeGSbvbSjx/?mibextid=oFDknk #positivecircle21 #kongsipositif

Lepasan SPM. Takut Nak Sambung Belajar Takut Tak Dapat Kerja? Tip perkongsian di sini: https://www.facebook.com/share/p/wQNeY
Lepasan SPM. Takut Nak Sambung Belajar Takut Tak Dapat Kerja? Tip perkongsian di sini: https://www.facebook.com/share/p/wQNeYHCVhz1irHsd/?mibextid=oFDknk #kongsipositif #positivecircle21

Baucar Buku Sempena pengumuman oleh PMX ke PBAKL tempohari, jom kita semak kelayakan masing. Berikut merupakan langkah-langka
+1
Baucar Buku Sempena pengumuman oleh PMX ke PBAKL tempohari, jom kita semak kelayakan masing. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menebus Baucar Buku yang telah diumumkan oleh PMX di bawah KPM atau KPT. Gunakan hak kita ke arah benda yang bermanfaat! #kongsipositif #positivecircle21

Pemilihan Bidang Selepas SPM - Bukan Sekadar Faktor Glamour Selepas SPM, ramai pelajar akan menghadapi dilema untuk memilih bidang pengajian yang sesuai. Malangnya, ramai yang tertarik kepada kursus tertentu hanya kerana faktor glamour atau populariti tanpa memikirkan minat dan potensi diri. Hakikatnya, memilih bidang pengajian memerlukan pertimbangan yang lebih mendalam dan strategik. Berikut adalah beberapa faktor penting yang perlu diambil kira: 1. Minat dan Kebolehan: Setiap individu mempunyai minat dan kebolehan yang berbeza. Pilihlah bidang yang anda benar-benar minati dan mempunyai kebolehan. Minat yang mendalam akan memberikan motivasi untuk belajar dengan lebih tekun, manakala kebolehan akan memastikan anda mampu menguasai bidang tersebut dengan baik. 2. Permintaan Pasaran Kerja: Kajian tentang permintaan pasaran kerja adalah penting. Pilihlah bidang yang mempunyai prospek pekerjaan yang baik di masa hadapan. Ini boleh membantu mengurangkan risiko pengangguran selepas tamat pengajian. Sebagai contoh, bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan sering mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kerja. 3. Potensi Pendapatan: Walaupun bukan faktor utama, potensi pendapatan dalam bidang yang dipilih juga harus dipertimbangkan. Bidang yang menawarkan gaji yang kompetitif boleh memberikan kestabilan kewangan dan peluang untuk hidup lebih selesa. 4. Peluang Kemajuan Kerjaya: Pertimbangkan juga peluang untuk kemajuan kerjaya dalam bidang yang dipilih. Adakah terdapat peluang untuk naik pangkat atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Bidang dengan prospek kemajuan yang baik boleh memberikan kepuasan kerjaya dalam jangka panjang. 5. Nasihat dan Panduan: Dapatkan nasihat daripada kaunselor kerjaya, guru, atau individu yang sudah berjaya dalam bidang yang anda minati. Mereka boleh memberikan pandangan yang berguna dan membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak. 6. Program Praktikal dan Latihan Industri: Bidang yang menawarkan program praktikal dan latihan industri sering kali memberikan pengalaman dunia sebenar yang berharga. Pengalaman ini boleh menjadi kelebihan besar apabila memohon pekerjaan kelak. Tempat latihan industri juga sebenarnya "shortcut" untuk diterima bekerja dengan cepat. Memilih bidang pengajian selepas SPM adalah satu keputusan yang penting dan tidak harus dipengaruhi oleh faktor glamour semata-mata. Dengan pilihan yang tepat, anda bukan sahaja dapat mengejar impian tetapi juga membina masa depan yang cemerlang dan bermakna. Jangan biarkan glamour menentukan masa depan anda. Pilihlah dengan bijak, pilihlah dengan hati. Hasbullah bin Mustafa Kaunselor Berdaftar #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Kenapa Adik-Adik Patut Sambung Belajar Lepas SPM Lepas habis SPM, mesti ramai adik-adik yang tengah fikir nak sambung belajar atau terus kerja. Memang betul, ada kerja kat luar sana yang nampak lebih lumayan walaupun tanpa kelayakan tinggi. Tapi, cuba tengok kenapa sambung belajar sebenarnya boleh jadi keputusan yang lebih bijak. 1. Dapat Banyak Ilmu dan Pengalaman Baru Kalau sambung belajar ke kolej atau universiti, adik-adik akan dapat peluang belajar benda-benda baru dalam bidang yang diminati. Ilmu yang lebih mendalam ni akan buat adik-adik lebih pandai dan matang. Paling penting sambung belajar ni membentuk struktur pemikiran kita juga. Selain itu, adik-adik juga akan berpeluang membina jaringan kawan baru dan dapat banyak pengalaman menarik. 2. Peluang Kerjaya Lebih Cerah Dengan kelayakan akademik dapat bantu adik-adik untuk memasuki pasaran kerjaya pada tahap tertentu. Kelayakan akademik masih menjadi penilaian pertama dalam kemasukan bekerja. Ada skim perkhidmatan terbuka yang memberi ruang kepada apa sahaja bidang untuk memohon. Peluang sentiasa ada. 3. Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah Belajar kat universiti atau kolej akan ajar adik-adik cara berfikir secara kritis dan selesaikan masalah dengan kreatif. Kemahiran ni sangat penting kat tempat kerja nanti. Selain tu, kemahiran ni juga akan bantu adik-adik buat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan seharian. 4. Ilmu Lebih Berharga Dari Harta Saidina Ali bin Abi Talib pernah kata, “Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kamu, tetapi kamu menjaga harta.” Maksudnya, ilmu takkan habis atau hilang. Ilmu akan sentiasa bersama adik-adik dan bantu dalam setiap langkah kehidupan. Ilmu juga boleh buat adik-adik jadi individu yang lebih baik dan berguna untuk masyarakat. 5. Bersedia untuk Masa Depan Dunia sekarang cepat berubah, terutama dengan teknologi yang makin canggih. Pendidikan tinggi akan buat adik-adik lebih bersedia untuk hadapi masa depan. Adik-adik akan mudah adaptasi dengan perubahan, belajar kemahiran baru, dan kekal relevan dalam pasaran kerja. Tanpa pendidikan yang cukup, adik-adik mungkin akan ketinggalan. Walaupun ada kerja yang tak perlukan kelayakan tinggi dan bayar gaji lumayan, manfaat jangka panjang dari sambung belajar lepas SPM memang tak ternilai. Sambung belajar akan buka banyak peluang kerja yang lebih baik, asah kemahiran penting, dan bagi adik-adik ilmu yang berguna sepanjang hayat. Seperti kata Saidina Ali, ilmu adalah pelindung kita dan kunci kepada kehidupan yang berjaya. Jadi, sambung belajar adalah langkah bijak untuk masa depan yang lebih cerah. Fikir-fikirkanlah dan buat keputusan yang terbaik untuk masa depan adik-adik! Hasbullah bin Mustafa Kaunselor Berdaftar #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Tip pilih bidang pengajian bagi lepasan SPM; https://www.facebook.com/share/p/HAfS8FArZJh1cKGn/?mibextid=oFDknk #positivecirc
Tip pilih bidang pengajian bagi lepasan SPM; https://www.facebook.com/share/p/HAfS8FArZJh1cKGn/?mibextid=oFDknk #positivecircle21 #kongsipositif

Guru Kreatif, Pelajar Aktif https://s.shopee.com.my/7KbNwVDz6K?share_channel_code=1 #kongsipositif #positivecircle21
Guru Kreatif, Pelajar Aktif https://s.shopee.com.my/7KbNwVDz6K?share_channel_code=1 #kongsipositif #positivecircle21

Semalam adalah hari yang besar buat para pelajar yang menerima keputusan SPM. Semua persoalan kini telah terjawab. Tahniah diucapkan kepada semua! Ucapan penghargaan juga harus ditujukan khas buat guru-guru. Mereka adalah tonggak utama dalam kejayaan anak-anak kita pada hari ini. Kegigihan dan dedikasi mereka patut dicontohi. Saya amat kagum dengan guru-guru yang berusaha keras untuk menjadikan kelas mereka menarik dan menyeronokkan bagi pelajar. Kelas yang menginspirasikan dan menggembirakan untuk belajar. Saya yakin guru-guru menggunakan pelbagai cara untuk membantu pelajar memahami, meningkatkan minat, dan menguasai topik yang diajarkan. Mereka mengadakan pelbagai aktiviti kreatif untuk menarik minat dan penglibatan aktif pelajar dalam perbincangan serta pengajaran, seterusnya membantu mereka menguasai setiap topik dengan baik. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan guru-guru adalah luar biasa. Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka dengan limpahan rahmat dan berkat. #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Moga dapat diluncurkan nanti pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024. 1. Inovasi BooKad - Siri Mula Inovasi ~
Moga dapat diluncurkan nanti pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024. 1. Inovasi BooKad - Siri Mula Inovasi ~ M.A.S.A.L.A.H Cipta Peluang 2. Buku Rujukan Pantas Tokoh Sirah + Boardgame HiREG 2.0 3. Buku 30 Aktiviti Kreatif Buat Guru + Helaian Aktiviti Nantikan! #kongsipositif #positivecircle21

Anda dah menulis?
Anda dah menulis?

Sumber motivasi boleh datang daripada 2 sumber. Iaitu secara intrinsik (dalaman) atau ekstrinsik (luaran). Ia menjadi perdeba
Sumber motivasi boleh datang daripada 2 sumber. Iaitu secara intrinsik (dalaman) atau ekstrinsik (luaran). Ia menjadi perdebatan yang berpanjangan antara ahlinya dalam menentukan sumber mana yang utama. Antara kesimpulan yang diperolehi ialah, kedua sumber ini saling berkait dan setiap individu perlu tahu sumber mana yang boleh memotivasikan mereka. Setiap sumber ini mempunyai kekuatan dan limitasi tersendiri. Namun, kita harus bijak mengenal pasti daripada sumber mana yang perlu dimanipulasi dan dimanfaatkan. Tugas kita adalah mencari, mengenalpasti menggunakan dan memperkukuhkan setiap sumber yang ada. InsyaAllah kita boleh kerana Allah sentiasa ada bersama kita. #kongsipositif #positivecircle21

"Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat." Antara punca fokus ini berkurang adalah disebabkan penggunaan gajet sejak usia muda terlalu lama. Cukup membimbangkan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menarik tumpuan kepada gajet dengan beraktiviti, terutamanya semasa kelas online sedang dilakukan. Semasa kelas online, jika kena caranya masih banyak aktiviti dapat dilakukan. Percayalah! Hasbullah Mustafa

photo content

Antara subjek menarik pada semester ini ialah Motivasi dan Emosi. Terdapat pelbagai teori yang boleh untuk digunakan dalam kehidupan kita. Salah satunya ialah ; Expectancy x Value Theory (Vroom, 1964): Teori ini mengemukakan bahawa motivasi seseorang untuk bertindak bergantung kepada jangkaan mereka tentang kebarangkalian kejayaan (expectancy) dan nilai yang diberikan kepada matlamat yang dicapai (value). Expectancy merujuk kepada keyakinan individu tentang kemampuan mereka untuk mencapai matlamat tertentu, sementara value merujuk kepada pentingnya matlamat tersebut kepada individu. Motivasi untuk bertindak akan tinggi jika seseorang percaya bahawa usaha mereka akan menghasilkan kejayaan (tinggi expectancy) dan nilai matlamat tersebut penting bagi mereka (tinggi value). Tindakan kita? 1. Cipta jangkaan positif bagi setiap tindakan yang kita akan ambil dan letak nilai yang tinggi kepada hasilnya 2. Semak kemampuan yang kita ada dan sesuaikan dengan nilai/matlamat yang ingin kita capai 3. Gunakan kemampuan yang kita ada semaksima mungkin dan besarkan nilai/ matlamat agar dia menjadi pemangkin kepada usaha kita. Begitulah. Selamat mencuba. #kongsipositif #positivecircle21