cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

Рекламные посты
364
Подписчики
Нет данных24 часа
-17 дней
-230 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Kenangan Rumah Cahaya semalam (15 Julai) Instagram: https://www.instagram.com/reel/C9d-RUwR3yl/ Facebook: https://www.facebook.com/share/v/SZWPoSQQ4LbGNLfi/
Показать все...

1
Фото недоступноПоказать в Telegram
FREE wallpaper ✨
Показать все...
3
Buya Dr Arrazy Hashim Ketika agak lama ilmu tauhid hakikat tidak dibicarakan pada umum kerana kurang ahlinya atau bimbang ilmu ini diajar secara terbuka, hadir seorang ilmuan muda (lahir 1986) dari Tanah Minang membicara hal ini. Walaupun subjek yang dibahaskan itu tinggi seperti bicara Tauhid Hakikat, Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Hakikat Muhammad, Martabat Tujuh dan seumpama, namun penerangannya sangat tersusun, membumi dan terasa mudah. Ini kerana yang menghuraikan bukan ambil semata dari kitab, tetapi ilmuan muda ini sendiri melalui perjalanan salik dibawah asuhan mursyid. Sudah pasti ada tentangan dan pendapat yang tidak bersetuju kiyai muda ini berbicara ilmu-ilmu demikian di pengajian umum. Beliau mempunyai hujah sendiri, menurut beliau, di Indonesia ini banyak sekali pengajian 'hakikat' yang sudah lari perbahasan yang benar. Ada yang sampai meninggalkan syariat atas jenama hakikat, martabat tujuh dan sebagainya. Walhal perbahasan - perbahasan tersebut jika dihuraikan dengan betul, akan menjadi seseorang itu semakin tinggi kehambaan. Namun, apabila para ulama' tidak membicara ilmu ini lagi, maka peminat-peminat ilmu ini mula mencari dan mendapatkan jalur yang salah dan menyeleweng. Bagi mereka, tiada ulama' yang mahir ilmu ini. Sebenarnya ada, tetapi tidak dibicarakan secara terbuka. Mungkin pada zaman maklumat hujung jari, pendedahan ilmu begini perlu kerana jika orang tetap mencari dan sekurang-kurangnya mereka tahu jalur yang benar di mana. Itu antara niat Buya Arrazy membicarakan secara terbuka di youtube dan di media sosial lainnya. Menurutnya, kita harus memberi penerangan yang betul supaya mereka di luar sana mendengar huraian yang patuh Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak mahu mereka menggunakan kitab Tuhfatul Mursalah (Kitab yang bicara Martabat 7) sebagai contoh tetapi huraiannya jauh menyeleweng hingga berlaku fitnah kepada ilmu, kitab dan pengarangnya. Adalah sangat dicadangkan para ahli keluarga mendengar video-video Buya di youtube untuk memahami lanjut ilmu ini. Walaupun masih muda, ilmuan muda yang berlatar belakang pengajian hadis dan usuluddin ini turut merendah diri mendalami ilmu perbahasan hakikat. Sehingga terhimpun perahu syariat dan hakikat pada beliau yang digelar Buya walaupun masih muda. #angahsunan
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Menurut beliau, perkataan ‘kebanyakan orang’ yang disebutkan ayat ini adalah tidak termasuk para Ulama yang benar dan Mujtahid yang berijtihad kerana mereka tetap benar walau ijtihad mereka salah. Maka, berpeganglah kita dengan majoriti ulama samada dalam akidah, fiqh mahupun tasawwuf, dan ikutlah Mazhab imam-imam bermula dari zaman Salaf dan sudah dihuni oleh ribuan para mufassirin dan para muhaddithin, Insya Allah anda selamat. Mawlana Iqbal Zain al-Jauhari
Показать все...
SIAPAKAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA‘AH Seseorang yang mengaku dirinya Ahli Sunnah tetapi tidak mahu bersama dengan al-Jama‘ah maka dia bukanlah termasuk Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Imam al-Shatibi dalam al-I’tisam (3/301) menyatakan bahawa makna al-Jama’ah ialah majoriti Ulama Islam yang dipanggil sebagai al-Sawad al-A’zam. Imam Ibnu Asakir dalam Tabyin Kizb al-Muftari (ms.134) mengatakan bahawa pada zamannya, al-Sawad al-A’zam (majoriti Ulama teramai) ialah al-Asha’irah. Imam Taj al-Din al-Subki dalam Mu’id al-Ni’am menyatakan bahawa majoriti Ulama pada zaman beliau dan sebelum beliau adalah terdiri dari kalangan al-Asha’irah disamping al-Maturidiyyah, dan pengikut mazhab Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali. Imam Ibnu Hajar al-Haytami dalam al-Fatāwā al-Hadīthiyyah berkata, “Adapun Ahli Sunnah adalah Aqidah yang dipegang oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari, Imam Abu Mansur al-Maturidi dan mereka yang mengikuti manhaj kedua-duanya”. Dalam Kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, Imam al-Murtadha Al-zlZabidi menulis Ahli al-Sunnah Wal Jama'ah itu adalah : إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية "Apabila disebutkan Ahli al-Sunnah Wal Jama'ah maka yang di maksudkan adalah pengikut Al-Asy'ari dan Al-Maturidi dalam Manhaj Aqidah." Berpeganglah dengan Majoriti Ulama. Rasulullah SAW bersabda: إن أمتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بالسواد الأعظم "Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti kelompok teramai (al-sawad al-a'zam) . Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah). لا تجتمع هذه الأمة على ضلالة أبدأ، وإن يد الله مع الجماعة فاتبعوا السواد الأعظم، فإن من شد شد في النار "Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya bantuan Allah Ta'ala bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah majoriti teramai. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Nu'aym dan melalui jalan Al-Diya' Al-Maqdisi daripada Ibn Umar) Terdapat segelintir pihak yang cuba menafikan hal di atas dengan bersandar kepada hadith: بدأ الإسلام غريبا سيعود غريبا فطوبى للغرباء "Islam bermula sebagai asing, akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing". Walhal, hadith di atas bukan untuk menafikan hadith yang menyebut untuk berpegang dengan kelompok majoriti. Ulama mengatakan hadith ini bermaksud, asing kerana kurang orang beramal walaupun pegangan majoriti sudah benar. Lihatlah perkataan Imam al-Sindi dalam mensyarahkan hadith Al-Ghuraba' dengan berkata: بقلة من يقوم به ويعين عليه وإن كان أهله كثير "(Akan kembali asing) dengan sedikitnya orang yang mendirikannya (mengamalkannya) dan membantunya walaupun ramai ahlinya (penganut agama Islam)." Ada pula yang tidak percaya kepada hadith-hadith yang menyebut tentang kebenaran umat ini terletak pada majoriti ulama'nya beralasankan dengan sebuah Firman Allah “Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta” (al-An’am:116). Akan tetapi, penentangan itu adalah tergelincir dari kebenaran kerana Mulla Ali al-Qari dalam Tafsirnya menjelaskan bahawa maksud "kebanyakan orang di muka bumi" adalah dari kalangan mushrikin dan orang-orang yang jahil yang hanya mengikut hawa nafsu. Imam Qurtubi dalam Tafsirnya menjelaskan bahawa maksud “kebanyakan orang” dalam ayat di atas adalah orang-orang kafir. Imam Ibnu ‘Ashur dalam Tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini bukan bermaksud bahawa majoriti manusia itu menyesatkan, kerana majoriti manusia bukan semua menyesatkan, sebaliknya makna ‘kebanyakan orang’ di sini ialah merujuk kepada orang-orang yang tidak berada di atas jalan hidayah.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Repost from DARUL MUJTABA
Dalam kaedah tarekat, amatlah penting untuk seseorang murid untuk sentiasa diingati oleh gurunya. Kaedah dalam ilmu tarekat ada menyebut, 'Jika seseorang guru itu sudah mengingati seseorang murid, maka setiap doa guru itu sudah termasuk doa untuk murid tersebut' Maka bertambah lah barakah bagi seorang murid. Jalan paling pantas untuk diingati guru senantiasa adalah dengan sentiasa mendekati guru. Hadir dalam setiap riadhahnya, menjadi orang pertama dalam membantu guru, sentiasa meluangkan masa walau sesibuk mana pun urusan sendiri dengan mengutamakan urusan guru. Dengan ini guru akan mengenal pasti bahawa murid itu adalah murid yang tidak beralasan. Sentiasa mempunyai waktu untuk nya sehingga lah guru memerlukan khidmatnya. Apabila dia melazimi khidmat kepada gurunya dengan kerap. Guru akan menganggap murid tersebut sebagai 'al hawari' iaitu yang bermaksud pembantunya. Dia akan menjadi peneman guru, pendengar guru, wakil tugas guru (tugas am), pencatat guru, penghibur hati guru, teman akrab sehingga mencapai tahap suhbah yang sangat rapat. Di kala inilah guru akan mula menganggap diri murid itu sebagai anaknya. Iaitu tahap yang lebih tinggi dari sekadar suhbah dengan guru mengesahkan perhubungan mereka sebab 'bapa ruh'. Inilah peringkat mahabbah tertinggi dalam hubungan guru-murid. Namun, ada ujiannya dalam perhubungan ini. Kerap kali dalam perhubungan sebegini dalam ilmu tarekat ada ujiannya. Keakraban sebegini akan tidak disenangi oleh orang sekeliling. Mendapat keakraban begini bukanlah sekadar dengan pilihan melainkan dengan mujahadah murid. Kerana itu apabila timbulnya ujian, hendaklah murid penuh sabar dalam menghadapinya. Kelebihannya pula, murid sepanjang perjalanan akan mendapat pelbagai ilmu dan kefahaman dari guru. Kefahamana dan kelebihan inilah yang membezakan diri murid dengan murid biasa.
Показать все...
Repost from DARUL MUJTABA
Pada batin dada , ada hati, pada batin Hati ada Ruh, Pd batin Ruh ada Nur Muhamad , pada Batin Nur Muhamad ada Nur Allah. Nur Muhamad miliki Rahsia Ketuhanan, Hakikat kehambaan dan sifat Rahmatan. Maka diutus para Nabi hingga Rasulullah tiada lain utk bangunkan atau aktifkan Nur Muhamad dlm diri insan agar kembali kpd kesedaran Fitrahnya. Nur yg terpendam di aktifkan dgn Syahadat ,kemudian mengamalkan syariat Rasulullah, memperbanyakkan selawat, mencari pewaris Rasulullah yg mampu membimbing agar Nur tersebut berkembang hingga tajam Makrifatnya , dalam sifat kehambaan dan bersinar rahmatan. Justeru itu tiada wujud jurang dalam dakwah antara insan walaupun apa bangsa dan kaum. Dalam dirinya adanya Nur Muhamad yg perlu dibangunkan. Ia menjd kewajiban setiap mereka yg telah terbangun Nur tersebut membawa kesedaran pd insan lain tanpa kira bangsa dan sempadan hatta pd kaum jin sekalipun. Bawalah cinta dan kasihsayang dalam dakwah, tanpa cinta ,dakwah tiada ruh yg benar. Dgn Cinta dan dakwah, Islam akan bangkit dan berkembang seluruh umat manusia, dgnnya akan berlaku perubahan tamaddun dunia membawa Saliman ( kesejahteraan ) seluruh insan. Wallahualam. Ayahanda Walid Ibrahim Al Malik
Показать все...
Repost from N/a
“When Allah wills for you to be full, He inspires you to eat by placing a feeling of emptiness in your stomach. When He wills to quench your thirst, He places a dryness in your throat that moves you to drink. When He wills to give you something else of this world or the next, He fills your heart with a strong feeling of fear or desire that moves you to dua. We think we started the dua. How do you know it's not the other way around? In all cases, it was the will of Allah that came first. Hence the ulama agree on the saying: "When Allah inspires you towards dua, then know that He wants to give you." Others added, "know that He wants to give you what you ask for, no matter how grand or far off it seems.” Dr. Shadee Elmasry
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.