ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 35 295 подписчиков, занимая 277 место в категории Маркетинг и PR и 894 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 35 295 подписчиков.

Согласно последним данным от 22 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -253, а за последние 24 часа — -2, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 8.63%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 0 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 23 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

35 295
Подписчики
-224 часа
-537 дней
-25330 дней
Архив постов
photo content

Masalah bermain dengan #content ialah kita hanya tulis ikut topik yang kita pilih. Maka kita pun susun serta bangunkannya dengan sebaiknya. Namun tiba-tiba ada haters. Tiba-tiba ada yang tak puas hati. Tiba-tiba ada yang perli bagai. Tenang gais, memang begitu. Tak ada apa yang berlaku dalam dunia ini mudah macam beli ikan di pasar. Keluar rumah, start enjin kereta, sampai pasar parking, keluar kereta, pilih ikan, bayar, balik rumah. Alahai mudahnya. Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli. Ada ahli keluarga yang bertanya dan persoal, ada yang begitu ada yang begini. Tenang sahaja. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Biasanya mereka yang ada buat salah dengan kita, boleh jadi duk jaja buruk kita di mana-mana, jadi mereka sentiasa baca posting kita dengan nada menuju ke dia. Mulanya dia memburuk, tak berjaya, dia akan sebar fitnah. Itu normal. Padahal tak ada sebaris ayat pun yang ditulis menuju ke sesiapa. Pembangun content, menulis dengan fakta, kejadian betul yang memberi impak positif. Jika beri kesan negatif, jangan tulis. Ia buat orang bergaduh dan bertengkar di ruangan komen. Jadi tak ada salah apa. Yang salahnya adalah fikirkan mereka. Jalan terus dan bangunkan lagi tulisan bermanfaat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis beri manfaat.

photo content

#Unfollow: Supaya kita tidak lagi diberikan feed tentang status atau mana-mana posting tentangnya lagi. Namun orang itu masih dalam ruang berkawan #Unfriend: Tindakan memutuskan hubungan di media sosial namun jika salah satu pihak atau ke dua-dua belah pihak masih memuat naik status secara public, ianya masih boleh dibaca dan diberi reaksi. #Block: Tindakan menghalang satu-satu pihak supaya tidak lagi dapat membaca mana-mana posting dari pihak yang menghalangnya (block). Ke tiga-tiga tindakan ini tiada notifikasi. Ianya dibuat secara diam-diam. Facebook menggalakkan persahabatan, berkawan, keseronokan, pergaulan serta hubungan baik di dalam komuniti (circle) yang kita sendiri bina. Jika ada yang kita tidak suka, tak perlu luahkan dengan menulis ugut-ugutan untuk berbuat begitu begini. Jika mahu buat, buat sahaja. Inilah media sosial, dahulu menjadi kesukaan kepada banyaknya persamaan, dengan sedikit geseran, boleh jadi ianya saling membenci walau kehidupan kita tak pernah sama. Kita tak mahu berlapang dada dan masih mengakui ketidakselesaan itu beriya-iya. Sedangkan ini hanya media sosial. Komuniti positif datang dari pembacaan yang positif. Jika kebaikan yang ditulis, dibaca dengan kebencian, maka adalah lebih baik kita putuskan untuk bertindak salah satu dari 3 perkara di atas. Tak perlu buang masa. Ramadan bulan kebaikan. Fokus untuk beri lebih banyak kepada mereka yang suka. Yang tidak, abaikan sahaja, jalan terus dan enjoy. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terima kasih semua yang masih follow! Nak tahu tentang semua bisnes saya, klik sini: https://linktr.ee/khairulhakimin

Soalan: Saya jarang tengok tuan ada haters atau kena kecam. Kalau tuan kena, apa yang tuan buat? Jawapan: Itu antara kebaikan menulis #content kebaikan. Kita menyebarkan hal yang elok-elok, follower yang kita dapat pun yang bagus-bagus. Ada 2 peristiwa yang saya sukar nak lupa bab kena kecam. 1. Tulisan saya tahun lalu yang menyebabkan ada satu pihak salah faham. Saya menyokong para ilmuan menyebarkan ilmu, namun ada sedikit teguran saya yang mereka sukar nak terima lalu saya dikecam hingga semua hal peribadi saya dimuat naik. Caci maki berterusan di page lagi dan menjadikan saya seorang musuh yang tiada tempat untuk bercakap semula. Kesilapan saya ialah teguran saya itu tidak perlu dan tidak berbaloi. Saya hanya perlu diam dan teruskan posting saya yang lain. Tak semua hal saya perlu tulis dan tidak semua perkara juga saya pandai. Saya diblock. 2. Baru-baru ini ada kawan saya menulis komen yang mengguris hati saya, keluarga serta orang yang saya tulis kisahnya. Oleh itu saya jawab komen tersebut dengan mengguris hatinya pula. Lalu semua kawan-kawannya serta ada ahli keluarganya datang dan membantai saya di ruang komen tersebut dan ada beberapa sesi di ruangan lain. Jujurnya, saya hanya perlu bertahan tidak jawab komen tersebut. Kesilapan saya ialah terlalu emosi dan saya terikut-ikut langkahnya. Guru saya pesan, “kau buat apa yang dia buat pada kau, jadi kau dengan dia sama sahaja.” Lalu saya lekas-lekas meminta maaf. Namun semua dah terlambat, media sosial yang tulisan kita ini adalah panah-panah tajam, telah pun menusuk ke jiwa masing-masing, lalu luka dan berdarah teruk. Saya diblock. *** Ada haters atau tidak, kita yang putuskan. Media sosial adalah medan menyebarkan kebaikan melalui aktiviti interaksi antara satu sama lain. Jika kita terima komen tak baik, delete sahaja tak perlu jawab. Jika diprovok begitu begini, delete sahaja tak perlu jawab. Jika kita dilawan, hujah kita dibantah atau dibantai di post lain, jawab dengan hemah dan menulislah dengan sebaik mungkin. Post memang perlu dilawan dengan post, namun ketelitian bab memburukkan orang perlu dilihat semula, tak boleh semberono janji kita menang. Tulis biar beri manfaat walau kita sedang berlawan hujah. Kebaikan kita, nak kongsi, kongsi. Tak mahu kongsi, duduk diam dan tak perlu pertikai orang lain menulis kebaikan. Jika ada yang buat begitu, gunakanlah 3 langkah yang saya sebutkan di post sebelum ini, Mulakan dengan Unfollow, kemudian Unfriend jika masih berterusan memburukkan kita, bolehlah block. Ingat, media sosial kita, kita yang kawal. Kita meroyan, menggila dengan perkataan dan tulisan tak baik, kitalah yang burukkan suasana, dan kota tak boleh nak salahkan orang lain yang berfikir jahat kepada kita sendiri. Medan ini boleh jadi medan kasih sayang, boleh jadi juga ia bertukar dengan kejam. Dan kita yang serius bermain, kena cekal dan kental. Ingat ini, mereka boleh buat apa sahaja kepada kita, namun kita kena kuasai diri untuk lawan dengan kebaikan, walau mereka datang dengan seribu kejahatan, kita kena tenang dan tak boleh melawan balik dengan kejahatan. Jika kita buat juga, kita yang kecundang. Kita orang yang rasional, yang banyak tulis benda baik, tak perlu melayan dan memburukkan hati sendiri dengan komen serta layanan teruk dari mereka ini. Kita kawal diri kita dan wall kita. Dari situ kita akan dapat haters atau follower yang bagus-bagus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih belajar.

Semua benda yang nak bermula, pasti ada cabarannya. Sama juga dengan dunia menulis #content. Susun atur dah buat, Dah pilih topik, Dah tulis, Dah konsisten. Namun masih perlahan dan belum dapat perhatian. Tenang gais. Nikmati momen ini. Saya sendiri mula pergi ke kelas content di luar negara bermula 2013. Terus tulis sahaja. Dapat 5 share, dah boleh buat kenduri. Haha suka sangat. Namun yang pertama viral ialah 6hb Jan 2016 (19k share, 60k like). Saya percaya kepada proses. Ia adalah praktik yang buat kemahiran saya semakin tajam dan tenang. Hasilnya, semua content yang dibina sebelum itu naik lebih 100 share. Kemudian saya susun lagi dan lagi sampailah januari 2017, saya berjaya kumpulkan 100,000 follower. Syukur alhamdulillah. Tak mengapa bermula kecil. Janji ada, janji bermula. Jangan tunggu. Benda tak akan jadi hanya jika duduk berdiam tak buat apa. Lihat 3 contoh di bawah. Semuanya lebih 10 tahun baru memiliki kejayaan yang sebenar. Sepanjang waktu itu mereka hanya sebuah syarikat yang tak dipandang, hanya sekadar melalui timeline kita dan kita tak kuasa nak baca. Hari ini, semua nak jadi seperti mereka. Nak buat pejabat macam mereka, nak kerja dan dapat faedah seperti mereka. Itulah proses gais. Mereka sudah lalui kesusahan semasa mendaki, apabila dah sampai puncak, mereka menikmati keindahan itu. Tahu susah payah dan faham segala getir. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus sukses kawan-kawan! Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

photo content

Kalian boleh tengok bagaimana sat set up profile di wall saya. Sekarang kita dah boleh pin post. Jadi gunakan untuk kenalkan diri. Ia bagusssss. Jangan meleret sangat. Pastikan utamakan fakta dan tulis tanpa ayat meleret okeh. Contohnya di sini: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid02KHvNuDzLBPJoDGtXHs8knAzwXycw7cHRHLb33BrHWKsJeQt6RQAWowCeAVo2uCMAl/?d=n

Kawan-kawan, Di Facebook, 90% apa yang dikongsikan menimbulkan persepsi. Oh baik orangnya. Mesti dia ini lawak. Bestnya dapat berkawan dengannya. Sedangkan penulis tersebut mungkin seorang introvert, mungkin juga kaki sembang, mungkin juga percakapannya tidak teratur. Mungkin. Untuk elak persepsi negatif, kekal tulis: 1. Perkara kebaikan. 2. Kongsi informasi, maklumat dan ilmu dengan tersusun. 3. Elak menulis perkara sensitif dan melibatkan perbalahan. 4. Ulas sesuatu perkara dengan hemah. 5. Bergurau dengan adab. 6. Kurang cerita perihal diri sendiri. 7. Kekalkan momentum tentang kesukaan, minat dan kerjaya diri. 8. Banyak-banyak bersabar apabila membaca sesuatu post yang mungkin melibatkan daya sensitif diri sendiri. 9. Luah geram dengan menulis sesuatu berdasarkan ilmu. 10. Kawal diri untuk menulis bukan berasaskan emosi. Sekian. Khairul Hakimin. Muhammad, Kita tentukan audien kita.

Kedai di Kilang masih dibuka seperti biasa. Waktu ja berbeza sedikit. Sekarang 10.00 pagi hingga 6.00 petang kami buka. Kami
Kedai di Kilang masih dibuka seperti biasa. Waktu ja berbeza sedikit. Sekarang 10.00 pagi hingga 6.00 petang kami buka. Kami masih cari team yang boleh buka sabtu dan ahad. Belum dapat. Nanti ada, kami akan buka setiap hari okeh. Buat masa ini buka isnin-jumaat sahaja. Gambar: Biskut American Chocolate. Kami ubah semuanya. Siap letak badam terus seketul di atas. Sedap ya amat. Biskut lain yang ada: - Mazola - Dahlia - Peanut Butter - Choco Chunk Kilang kami di: KHM Foodies Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 6c/13b, Kompleks Perusahaan SME, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Waze ja okeh. Jika nak beli di Shopee, klik sini: https://shopee.com.my/onecookies.hq?smtt=0.357642152-1652323509.9 Terima kasih semua yang terus support kami! Khairul Hakimin Muhammad, #BapaBiskutKebangsaan #BMF #OneCookies

Soalan: Mengapa saya tengok tuan, Cikgu Fadli, Dr. Kamarul up jam berapa pun masih ada orang yang tekan like, komen dan share? Saya buat tak jadi pun. Jawapan: Orang-orang ini sudah ada follower. Engagement mereka juga tinggi. Posting mereka berkualiti, #contentnya sentiasa menarik minat orang lain. Asasnya, apabila ada sebilangan jumlah follower, ia memudahkan untuk kita membuat posting untuk mendapatkan reaction pada bila-bila masa. Yang belum ada follower, bangunkan pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Waktu itu adalah “waktu rasmi” orang di Malaysia bermain dengan media sosial. Tenang-tenang sahaja. Kami semua juga bermula dengan 0. Kami tulis tanpa henti, naik sikit-sikit ke 100, 1,000 hari ini semua orang sudah 200,000 pengikut. Syukur. Tak bermula tak tahu, dan proses itu bukan sehari kawan-kawan. Ia bertahun untuk sampai ke tahap ini. Tenang ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat, konsisten, sabar.

Memuat naik posting iklan kena banyak bertenang. Jika tidak, hasilnya tidak seberapa. Iklan ada dua jenis. 1. Tidak menjual, namun menerangkan produk. Kita masukkan dalam cerita, susun #content supaya orang faham apa produk atau perkhidmatan tersebut lalu orang pun mahu mendapatkannya. Ia dinamakan sebagai soft sell. Ia bersifat cerita tanpa perintah, tanpa suruhan dan tanpa arahan. Contoh: butiran pembelian ada di bawah: 2. Menjual, dengan ayat memerintah atau menyuruh orang membeli. Biasanya ia ditulis secara terus tentang apa produknya, bagaimana nak guna, dan terus sahaja dengan nombor telefon semua. Ayat yang biasa digunakan pun lebih kepada hype dan beriya-iya. Ia dinamakan sebagai hard sell. Contoh: dapatkan sekarang! Beli sekarang! Lekas bertindak nanti rugi! Kita kena susun di mana perlu guna soft sell di mana pula perlu letakkan hard sell. Soft sell perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Hard sell, 5 kali seminggu. Seminggu 7 hari. Susun sahaja buat iklan pada setiap hari jam 12.30 tengah hari (contohnya). Isnin - hard sell. Selasa - soft sell. Rabu - hard sell. Khamis - hard sell. Jumaat- soft sell. Sabtu - hard sell. Ahad - hard sell. Jualan yang biasa masuk ialah melalui hard sell. Namun kalian kena ingat, posting iklan menjadi apabila ada posting kehidupan lain. Tak boleh hanya posting iklan yang ada di wall kita. Selang selikan baik-baik ya. Perlu ada umpan untuk orang hadir ke wall kita (posting kehidupan) dan untuk tebar jala, gunalah posting iklan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang-tenang buat duit.

Soalan: Bagaimana saya tengok tuan rileks sahaja buat berbagai posting sehari? Jawapan: Setiap posting, berakhir. Tak payah buat sambungan. Jadi, setiap 1 posting itu selesai terus. Orang baca, ambil panduan. Jadi selepas 2-3 jam dah boleh buat posting baru, tak jadi hal pun. Ini media sosial, bukannya kerja rutin macam di kilang, di pejabat, di tempat kalian berniaga yang kalian kena buat benda sama setiap hari. Jika di Page - ia kedai, jadi postingnya dalam bentuk #Content yang mesti iklan, testimoni, produk, penerangan, kegunaan, kelebihan, promosi dan sebagainya. Jika di akaun personal - ia adalah akaun manusia, postingnya berkisar hal kehidupannya dalam bentuk #content yang beri manfaat kepada orang lain. Bisnes kain, namun suka memasak, tak jadi hal pun nak up resipi, bisnes makan namun suka memancing, up sahaja, selagi ia beri impak positif, apa ada hal. Tak perlu strict sangat sampai ke tahap buat bisnes takaful, pagi petang siang malam nak buat posting insuran, hei hidup seperti biasa okey, orang puasa kita puasa, orang makan kita makan, orang bersukan kita bersukan, bangunkan content bermanfaat, orang suka. Senang! Tak perlu pening kepala nak biar orang fikir apa yang kita nak up, up sahaja, ada share, adalah follower. Follower dah ramai, kita tebar jala! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka tulis tentang hal Memasak, Menulis Content, Mengembara, Kemanusiaan dan Kisah Menarik!

photo content

Menulis #Content positif setiap masa ini ada naik turunnya, lebih lagi apabila kalian diperli rakan baik atau sesiapa sahaja “takkan kita kena positif untuk semua benda.” Jujurnya ia normal gais. Kena perli, kena sindir, semua itu benda biasa. Fokus sahaja tulis kebaikan, kalian akan dapat lebih lagi idea dan kepuasan. Main dengan media sosial, hati kena kental, jiwa kena kebal. Jika kalian mudah tersentuh dengan kritikan dan hinaan orang, memang tak akan kemana. Ada masa kita buat silap, maka kita belajar. Ada masa kita betul, maka tak perlu sombong. Orang yang tulis benda positif, diri dia sendiri kena mula terisi dengan banyaknya kebaikan. Kemudian, kasi kongsi. Ya kita manusia biasa sahaja. Yang di media sosial, kita jalan terus. Di realiti, kita handle baik-baik untuk hadap ujian emosi yang Allah beri. Jangan pernah rasa diri kita baik, jangan pernah terfikir kita lebih mulia. Setiap apa yang Allah beri itu untuk repair diri kita, orang nak perli, itu hak dia. Hak kita, tak perlu balas balik. Fokus kepada content yang kita dah susun dan bangunkan. Ada lagi ribuan orang mahu baca dari seorang dua yang melawan arus cakap itu cakap ini. Ingat pesanan ini, “Orang jadi jahat apabila dia rasa diri dia mulia.” Maka baiki diri kita, itu yang boleh kita kawal, buat lebih baik lagi dan lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kekal positif. Nak tips tulis content, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Tenang gais. Kami pun baru nak bersiap. Hahaha. Ada geng potong daging, ada geng hiris bawang, saya berlakon sekejap depan cili kering yang nak direbus iniha. Sekejap lagi saya naikkan rendang. Ini ada 8 resipi rendang mudah untuk kalian yang saya pernah kongsi di wall saya ini. Gunalah ya! Resipi Rendang KHM 1. Dendeng https://www.facebook.com/1409650354/posts/10213751994099972?s=1409650354&sfns=mo 2. Rendang Ayam Suka Hati https://www.facebook.com/1409650354/posts/10213459261781847?s=1409650354&sfns=mo 3. Rendang Ayam Hancur https://www.facebook.com/1409650354/posts/10210764803622077?s=1409650354&sfns=mo 4. Rendang KHM https://www.facebook.com/1409650354/posts/10210276045923440?s=1409650354&sfns=mo 5. Rendang Ayam Cili Padi https://www.facebook.com/1409650354/posts/10216895835894052?s=1409650354&sfns=mo 6. Rendang Emak KHM https://www.facebook.com/1409650354/posts/10219670105769065?s=1409650354&sfns=mo 7. Rendang Hitam https://www.facebook.com/1409650354/posts/10219684622691979?s=1409650354&sfns=mo 8. Rendang Periuk Tekanan (Pressure Cooker) https://www.facebook.com/1409650354/posts/10228802614556077/?d=n Selamat memasak gaiss! Tenang okeh. Insya-Allah sempat. Bersyukur kita masih dapat sambut raya bersama keluarga. Alhamdulillah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Selamat menyambut Aidilfitri kawan-kawan semua. Maaf zahir batin ya!
Selamat menyambut Aidilfitri kawan-kawan semua. Maaf zahir batin ya!

Semua anak-anak ready ke tak tuuuu
Semua anak-anak ready ke tak tuuuu