ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 323 подписчиков, занимая 286 место в категории Маркетинг и PR и 908 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 323 подписчиков.

Согласно последним данным от 19 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -386, а за последние 24 часа — -19, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 8.67%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.02% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 3 151 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 734 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 20 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 323
Подписчики
-1924 часа
-997 дней
-38630 день
Архив постов
photo content

Kena penjara 24 jam sebab up posting ini. Sabar ya semua anak anak.
Kena penjara 24 jam sebab up posting ini. Sabar ya semua anak anak.

Apabila kita rajin, kita tak perlu mempersoalkan orang yang malas. Memang ya, asal kita balik ke kampung, kitalah yang buat itu ini, bangun paling awal, siapkan sarapan, kemudian kita juga yang bergegas pergi pasar, dan siap semua kita juga yang ke dapur basuh ayam, potong daging, kupas kelapa dan siapkan semua bahan nak masak. Masak pun kerja kita. Sebab kita ini duduk dapur pagi petang siang malam, maka kita jugalah yang kena basuh pinggan. Elok sahaja yang dalam singki itu melambai-lambai minta tangan kita yang membelai mereka dengan sabun pencuci. Jadi kita pun uruskannya. Abang kita dan isterinya sedap tengok Siti Nurhaliza menyanyi Sesuci Lebaran di television. Anak-anaknya semua berlari sana sini seronok berkawan dengan sepupu lain. Kakak kita pula bukan main kelek anak dari pagi ini hingga pagi esok. Masa itulah anak dia nak susu badan. Kahkah. Biasanya elok je minum susu tepung. Adik-adik yang belum bernikah sibuk dengan telefon. Menjaga whatsapp keluarga, tetiba jadi rajin update suasana dalam rumah, selfie dan ambil gambar terus up. Maka kita yang di dapur ini tak ada dalam gambar selalu. Malam-malam, kita tidur paling lewat. Sudah siap cuci dapur, kita pun bingkas naik. Mandi, solat dan tidur. Bukan main lena sampai kita berlawan berdengkur kroh krah sekampung dengar. Emak pun kata, "kesian si polan, penat di dapur". Esoknya abah suruh semua beraya. Tak payah duduk rumah. Sampai di rumah pakcik sana, emak kata "yang abangnya kerja bagus, jurutera di Madagaskar." Sampai di rumah makcik kepoh, emak cakap, "kakak yang ini akauntan di Atlanta." Semua power-power. Sampai ke kau, emak kau bilang, "yang inilah kalau dia balik, kita dapat rehat. Dia lah uruskan semua." Emak ayah kita lupa kita kerja apa. Sebab dia sendiri kena cari kita di dapur jika nak bersembang. Sama macam emak dulu-dulu, kerjanya memang sibuk di jantung rumah tersebut. Segala jenis sibuk itu, tak sempat nak bising siapa tak buat, siapa yang malas, siapa yang tahu tanya dah masak ke belum? Tak sempat. Sungguh. Jiwanya hanya mahu semua ahli keluarga seronok dengan masakan. Baru siap masak, kena masak lagi. Baru siap basuh pinggan, datang lagi 2-3 dulang. Ia seronok. Penat memang penat. Namun orang-orang ini tahu, Tuhan selalu mengganjarkan rezeki, menghadiahkan keselesaan hati. Setiap satu pekerjaan yang dibuat, Tuhan tahu yang mereka ini lakukan untuk beri seronok seisi keluarga. Wahai kawan, jika kau rajin, kau sendiri kena rajinkan hati kau untuk diam dari bising kenapa itu ini tak berbuat sedang kau pandai dan bijak di dapur. Ada orang, balik ke kampung itu nak rehat sungguh. Dah penat kerja sana sini. Jadi dia berharap ada yang bantu. Ada orang, balik ke kampung memang peluang keemasan nak beramah mesra dengan saudara. Baju liplap dia paling power sampai tak payah pasang lampu dah dalam rumah. Berseri bukan main. Ada orang, memang dialah orang dapur. Duduklah dia di situ pagi petang siang malam. Nak bersembang tak sempat, nak itu ini juga tak ada masa, hanya masak, kemas, basuh dan ulanglah sampai balik nanti. Itulah hari raya. Tak perlu berasa hati. Kita pasti seronok kerana kita ada tulang yang ringan. Dan kegembiraan itu adalah bahagianya ibu bapa. Buat apa mahu sembang di media sosial marah si itu malas, si sana mengelat. Tak ada gunanya. Kita buat sahajalah. Kita rajin. Jadi kita pasti ada hati yang baik, kan? Orang rajin merupakan orang yang bahagia membahagiakan orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rajin menulis di Facebook. Kahkah.

- letak matlamat, letak objektif nak jadi apa lagi 3 tahun. - kemudian fokus. Apabila dah ada fokus, akan timbul disiplin yan
- letak matlamat, letak objektif nak jadi apa lagi 3 tahun. - kemudian fokus. Apabila dah ada fokus, akan timbul disiplin yang super super kuat. - buang halangan dan gangguan. Buang tepi kawan yang selalu cakap banyak, merendahkan kita dan sering perlekeh. Tak apa sendirian, fokus! - masuk kelas, cari cikgu. Berhenti pergi tanya orang yang salah! Lihatlah selepas 3 tahun kalian jadi apa. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kawal diri kita sendiri untuk cipta masa depan.

Kelas Content kembali gais! Kelas Secara ONLINE. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Jom bersama kami bina content m
Kelas Content kembali gais! Kelas Secara ONLINE. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Jom bersama kami bina content media sosial kalian sebaik-baiknya. Nak daftar terus, klik sini ya. https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Soalan: Salam tuan, kenapa dekat Personal Account kalau saya guna gambar produk yang saya ambil di studio tak berapa ok jualannya. Orang nak react pun tak ramai. Beza betul kalau saya selfie atau saya pegang produk tersebut, senang je terjual. Jawapan: Personal account sifatnya ialah kepercayaan tinggi. Orang nak tengok 1. Saiz produk. Apabila kita pegang atau kita selfie letak sebelah muka, orang terus nampak saiz sebenar produk tersebut. 2. Kegunaannya. Nak tengok bagaimana kita guna, apa yang kita boleh buat dengan produk tersebut. Apabila kita bergambar dengan produk, ia menaikkan lagi rasa percaya tersebut. Ini antara kunci kenapa iklan makanan seperti McD, KFC, kosmetik (seperti lipstik) dan sebagainya, mereka berusaha keras memastikan iklan tersebut ada adegan makan atau meletakkan produk di bahagian muka. Cuma, tak boleh lupa #content di dalam posting. Gambar tanpa content tetap tak ada impak yang bagus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat biar jadi, jangan main langgar. Nak lagi tips terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

6 outlet baru alhamdulillah. Syukur sangat. Allah punya semua. Kami sekadar menyampaikan sahaja kepada pelanggan. Terima kasi
+5
6 outlet baru alhamdulillah. Syukur sangat. Allah punya semua. Kami sekadar menyampaikan sahaja kepada pelanggan. Terima kasih semua kerana terus support Kopi Meta. Selain dari kopi, mereka juga ada biskut Mazola dari OneCookies Malaysia okeh. Ini lokasi terbaharu kami: 1. Rompin, Pahang. - Dataran Padang, Kuala Rompin. 2. Kampung Jawa, Klang. Selangor - Manggis Cafe, Kampung Telok Menegon. 3. Puncak Alam, Selangor. - Jalan Dataran Suria. 4. Manir, Kuala Terengganu. - Kampung Baloh. 5. Tok Dor Luar, Jertih, Terengganu. - Cabang Tadika Yayasan Tok Dor Luar. 6. Jementah, Segamat, Johor. - Sebelah Kedai Goreng Pisang Mak Jem. Terima kasih semua yang terus support kami! Kami hargai sangaaaat! Mana yang berminat nak sertai kami buka kiosk kopi jalanan, klik sini okey! Modal tak sampai RM1,000 punnnn. http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus!

Seleksi biskut coklat terpaling laris di OneCookies Malaysia. Biskut ChocoNut. Gabungan coklat dan kacang panggang. Rangup! B
+2
Seleksi biskut coklat terpaling laris di OneCookies Malaysia. Biskut ChocoNut. Gabungan coklat dan kacang panggang. Rangup! Biskut Cadburry. Hah yang ini bahaya tak boleh makaj seketul. Habis diet haha. Biskut American Choc! Ramai suka gabungan badam dan coklat. Semua sedap weh! Dan paling penting dah boleh kurier ke seluruh negara. Klik sini ya untuk pembelian, kami kurier terus hari ini: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Ada tiga cara untuk menaikkan kreadibiliti penulisan di Facebook: 1. Menulis story telling - Pastikan kisahnya sahih. 2. Membuat ulasan - Pastikan beri impak positif. 3. Menulis Info, Fakta dan Tips - Pastikan benar dan terbukti. #KHM

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara. Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 18,000 pengikut. Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan. Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. Beliau beri step by step, Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu: 1. Orang boleh faham terus 2. Orang boleh buat terus. 3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting) 4. Boleh beli terus. 4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien. Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Pengumumannnnn: Saya dah masukkan kelas-kelas untuk JULAI. Kelas content secara ONLINE. Workshop baking semua OFFLINE. Kena mai kilang di Bangi untuk hadiri. Workshop ada 3: Workshop Biskut Workshop Brownies Workshop Kek Kampung. Semua workshop siap sekali dengan kelas pembangunan produk, kelas costing dan bagaimana nak pasarkan produk. Klik sini ya untuk ketahui lanjut. https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Biskut Raya Haji dah mai! Lekas sempat kami kurier hari ini atau esok! Biskut ChocoNut dari OneCookies gais. Puas hati rasa c
+2
Biskut Raya Haji dah mai! Lekas sempat kami kurier hari ini atau esok! Biskut ChocoNut dari OneCookies gais. Puas hati rasa coklat dan kacang. Hanya RM30 sahaja! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Workshop baking bersama saya akan kembali tau! Ada workshop biskut, workshop brownies dan workshop kek kampung. Siap sedia bulan julai ada 3 kelas. Nantikan posternya ya! Ada yang nak join ke? Workshop di kilang kami di Bangi!

Maksud nama manusia ialah nama orang. Jika guna nama samaran atau nama popular atau nama panggilan, tidak mengapa. Yang penting nama manusia. Yang tak boleh: Kedai Basikal, Azman Coway, Khairul Hartanah, Bulan Purnama, Gojes, Mangkuk, Wang Besar dan sebagainya. Untuk ruang profil, bina kreadibiliti. Di page, bina produk. Di sana letaklah nama kedai dan nama produk, ia berkesan. Ringkasan Nota dari Naskah Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad. Bukunya di sini https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm

Hari terakhir hari ini gaiss! Beli secara online pun boleeeh, hubungi team OneCookies melalui link ini ya: https://OneCookies
Hari terakhir hari ini gaiss! Beli secara online pun boleeeh, hubungi team OneCookies melalui link ini ya: https://OneCookiesHQ.wasap.my https://GudangOneCookies.wasap.my Nak mai kilang juga boleh. Waze ja KHM Foodies Sdn Bhd, Bangi. Kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Buka sampai 5.30 petang ini.

Tanda kebergantungan kita kepada Allah: 1. Apabila berkeinginan, solat hajat. 2. Apabila ingin memilih, solat istikharah. 3. Apabila ingin rezeki seluas langit, tak putus seperti tak putusnya zam-zam, solat dhuha. 4. Apabila mahu sentiasa dipermudahkan urusan, solat tahajjud. 5. Apabila rasa diri banyak dosa, mahu bertaubat dan memohon ampun, solat taubat. 6. Apabila gelisah tak sudah, solat tasbih. 7. Apabila mahu kecukupan, sentiasa tenang dan fokus, solat rawatib. Begitulah. Mari mula sama-sama gais. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Belum terlambat.

Semalam berbual dengan kawan-kawan bisnes, rupanya ada antara mereka yang buat jualan raya 1 bulan sebelum puasa, tambah sebulan puasa, kutipan sales cecah RM7.4 juta (untuk 2 bulan itu). Kata mereka, lepaslah bayar gaji setahun dan kos-kos lain. Sustain lagi setahun dan minggu ini sudah mula gerak kerja baru. Jualan bulanan biasanya hanya cecah RM300k sahaja. Saya tanya apa dia buat sampai sales sebanyak itu, kata beliau: “Rancang tahunan. Bulan 1 buat apa, bulan 2 buat apa, bulan 3 buat apa. Sampailah ke bulan-bulan yang kena kerja 24-7. Marketing tak boleh stop. Kena susun dari Facebook, Instagram, Messenger, sampailah ke TV dan Radio. Semuanya kena sentiasa relevan di mana-mana. Audien (pelanggan) kena tahu produk kita masih ada di pasaran. Jadi kena sentiasa pastikan produk kita ada selalu melintas di mana-mana. Semua team kena alert, yang buat marketing, yang buat video, gambar, yang jaga FBads, yang susun content, yang kena pastikan kedai bersih, cantik, semua kena berjaga setiap masa. Sebagai owner, hal staff jadi keutamaan dan owner kena pandai semua. Dari pandai photoshop buat poster sampailah ke pandai akaun. Semua belajar belaka supaya kakitangan pun tahu yang kita ini ada kredibiliti dekat situ. Dan paling best, kasi reward setiap kali ada kejayaan. Dan kalau tak berjaya (macam tahun lepas hanya dapat RM1.81 juta sahaja), tetap kasi bonus dan tetap hargai mereka. Kerja sama-sama, susah senang pun kena sama-sama.” Sekarang baru saya perasan, patutlah Adidas, Milo, Nescafe, KFC, Pampers dan semua pemain besar ini terus sahaja rancang iklan di mana-mana, mereka nak sentiasa relevan di mata pelanggan. Mereka hidupkan produk di semua channel. Huhu ok power. Khairul Hakimin Muhammad, Jom buat!

Main dengan media sosial, jangan bahasakan diri dengan nama atau gelaran atau pangkat. Biasanya posting kita dibaca dalam bentuk perbualan. Jadi orang akan baca secara normal. Membahasakan diri dengan nama seperti: Khairul hari ini nak pergi makan. Khairul rasa elok nak cari nasi lemak pagi ini. Gaya ini akan menambah meluat dan boleh jadi orang terpelik-pelik dengan kita. Nak dapat follower, elakkan membuat sesuatu yang orang tak selesa. Cukup kita bahasakan diri sebagai saya, aku, kami, kita dan sebagainya. Beri orang selesa okeh. Ini media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 🤲