ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 302 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 275,并在 马来西亚 地区排名第 890

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 302 名订阅者。

根据 21 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -251,过去 24 小时变化为 -13,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 22 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 302
订阅者
-1324 小时
-617 天
-25130 天
帖子存档
Kami masih menanti kawan-kawan yang berminat untuk buka Cawangan Kopi Meta di Negeri / Kawasan ini: 1. Perlis. 2. Sabah. 3. S
Kami masih menanti kawan-kawan yang berminat untuk buka Cawangan Kopi Meta di Negeri / Kawasan ini: 1. Perlis. 2. Sabah. 3. Sarawak. 4. Labuan. 5. Pulau Langkawi. 6. Melaka. 7. Pulau Pinang. Pakej semurah bawah RM1,000. Percuma latihan dan bimbingan dari kami. Juga ada banyak lagi daerah / bandar yang kami masih belum tembusi. Sekiranya kalian berminat, kalian boleh terus hubungi team kami di talian ini ya: http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej

Kita adalah apa yang kita lihat, Kita adalah apa yang kita dengar, Kita adalah apa yang kita pandang, Kita adalah apa yang kita fikir. Dan kita adalah apa yang kita tentukan. Gais, jika ada ujian datang, kita yang pilih mahu apa. Mahu sedih atau mahu jalan terus. Mahu kecewa lama-lama atau sekadar 1 atau 2 minit sahaja. Mahu bincang atau mahu diamkan diri, mahu lawan atau mahu kawan. Semua kita. Berhenti salahkan orang lain, kita yang negatif, kita yang sering fikir salah, fikir silap, fikir resah fikir gelisah. Sedangkan kita boleh tarik nafas, istighfar dan kemudian perlahan-lahan alami dan nikmati proses pembelajaran tersebut. Boleh marah, namun kena ada nilai kasih sayang, boleh tegur namun kena ada elemen tolak ansur, boleh kritik, boleh kutuk namun kena beringat yang orang sudah berusaha dan gigih berbuat. Semuanya ada jiwa dan hati dalam setiap apa yang kita buat. Semua kita. Sungguh kawan, pahit akan manis juga akhirnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Pagi gais!

Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan: Engagement tinggi. Follower ramai. Duit berkepuk. Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya. Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli. Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi. Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja. Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari) 7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower) 9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit) 11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula) 1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit) 3.00 petang - crowd (dapat follower) 5.00 petang - side (naikkan engagement) 8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit) 10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower). Susun sahaja kawan-kawan. Buat bank content, susun status. Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah! Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Selamat hari raya semuaaa! Dah melapah belummmmmmm
Selamat hari raya semuaaa! Dah melapah belummmmmmm

photo content

Kena penjara 24 jam sebab up posting ini. Sabar ya semua anak anak.
Kena penjara 24 jam sebab up posting ini. Sabar ya semua anak anak.

Apabila kita rajin, kita tak perlu mempersoalkan orang yang malas. Memang ya, asal kita balik ke kampung, kitalah yang buat itu ini, bangun paling awal, siapkan sarapan, kemudian kita juga yang bergegas pergi pasar, dan siap semua kita juga yang ke dapur basuh ayam, potong daging, kupas kelapa dan siapkan semua bahan nak masak. Masak pun kerja kita. Sebab kita ini duduk dapur pagi petang siang malam, maka kita jugalah yang kena basuh pinggan. Elok sahaja yang dalam singki itu melambai-lambai minta tangan kita yang membelai mereka dengan sabun pencuci. Jadi kita pun uruskannya. Abang kita dan isterinya sedap tengok Siti Nurhaliza menyanyi Sesuci Lebaran di television. Anak-anaknya semua berlari sana sini seronok berkawan dengan sepupu lain. Kakak kita pula bukan main kelek anak dari pagi ini hingga pagi esok. Masa itulah anak dia nak susu badan. Kahkah. Biasanya elok je minum susu tepung. Adik-adik yang belum bernikah sibuk dengan telefon. Menjaga whatsapp keluarga, tetiba jadi rajin update suasana dalam rumah, selfie dan ambil gambar terus up. Maka kita yang di dapur ini tak ada dalam gambar selalu. Malam-malam, kita tidur paling lewat. Sudah siap cuci dapur, kita pun bingkas naik. Mandi, solat dan tidur. Bukan main lena sampai kita berlawan berdengkur kroh krah sekampung dengar. Emak pun kata, "kesian si polan, penat di dapur". Esoknya abah suruh semua beraya. Tak payah duduk rumah. Sampai di rumah pakcik sana, emak kata "yang abangnya kerja bagus, jurutera di Madagaskar." Sampai di rumah makcik kepoh, emak cakap, "kakak yang ini akauntan di Atlanta." Semua power-power. Sampai ke kau, emak kau bilang, "yang inilah kalau dia balik, kita dapat rehat. Dia lah uruskan semua." Emak ayah kita lupa kita kerja apa. Sebab dia sendiri kena cari kita di dapur jika nak bersembang. Sama macam emak dulu-dulu, kerjanya memang sibuk di jantung rumah tersebut. Segala jenis sibuk itu, tak sempat nak bising siapa tak buat, siapa yang malas, siapa yang tahu tanya dah masak ke belum? Tak sempat. Sungguh. Jiwanya hanya mahu semua ahli keluarga seronok dengan masakan. Baru siap masak, kena masak lagi. Baru siap basuh pinggan, datang lagi 2-3 dulang. Ia seronok. Penat memang penat. Namun orang-orang ini tahu, Tuhan selalu mengganjarkan rezeki, menghadiahkan keselesaan hati. Setiap satu pekerjaan yang dibuat, Tuhan tahu yang mereka ini lakukan untuk beri seronok seisi keluarga. Wahai kawan, jika kau rajin, kau sendiri kena rajinkan hati kau untuk diam dari bising kenapa itu ini tak berbuat sedang kau pandai dan bijak di dapur. Ada orang, balik ke kampung itu nak rehat sungguh. Dah penat kerja sana sini. Jadi dia berharap ada yang bantu. Ada orang, balik ke kampung memang peluang keemasan nak beramah mesra dengan saudara. Baju liplap dia paling power sampai tak payah pasang lampu dah dalam rumah. Berseri bukan main. Ada orang, memang dialah orang dapur. Duduklah dia di situ pagi petang siang malam. Nak bersembang tak sempat, nak itu ini juga tak ada masa, hanya masak, kemas, basuh dan ulanglah sampai balik nanti. Itulah hari raya. Tak perlu berasa hati. Kita pasti seronok kerana kita ada tulang yang ringan. Dan kegembiraan itu adalah bahagianya ibu bapa. Buat apa mahu sembang di media sosial marah si itu malas, si sana mengelat. Tak ada gunanya. Kita buat sahajalah. Kita rajin. Jadi kita pasti ada hati yang baik, kan? Orang rajin merupakan orang yang bahagia membahagiakan orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rajin menulis di Facebook. Kahkah.

- letak matlamat, letak objektif nak jadi apa lagi 3 tahun. - kemudian fokus. Apabila dah ada fokus, akan timbul disiplin yan
- letak matlamat, letak objektif nak jadi apa lagi 3 tahun. - kemudian fokus. Apabila dah ada fokus, akan timbul disiplin yang super super kuat. - buang halangan dan gangguan. Buang tepi kawan yang selalu cakap banyak, merendahkan kita dan sering perlekeh. Tak apa sendirian, fokus! - masuk kelas, cari cikgu. Berhenti pergi tanya orang yang salah! Lihatlah selepas 3 tahun kalian jadi apa. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kawal diri kita sendiri untuk cipta masa depan.

Kelas Content kembali gais! Kelas Secara ONLINE. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Jom bersama kami bina content m
Kelas Content kembali gais! Kelas Secara ONLINE. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Jom bersama kami bina content media sosial kalian sebaik-baiknya. Nak daftar terus, klik sini ya. https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Soalan: Salam tuan, kenapa dekat Personal Account kalau saya guna gambar produk yang saya ambil di studio tak berapa ok jualannya. Orang nak react pun tak ramai. Beza betul kalau saya selfie atau saya pegang produk tersebut, senang je terjual. Jawapan: Personal account sifatnya ialah kepercayaan tinggi. Orang nak tengok 1. Saiz produk. Apabila kita pegang atau kita selfie letak sebelah muka, orang terus nampak saiz sebenar produk tersebut. 2. Kegunaannya. Nak tengok bagaimana kita guna, apa yang kita boleh buat dengan produk tersebut. Apabila kita bergambar dengan produk, ia menaikkan lagi rasa percaya tersebut. Ini antara kunci kenapa iklan makanan seperti McD, KFC, kosmetik (seperti lipstik) dan sebagainya, mereka berusaha keras memastikan iklan tersebut ada adegan makan atau meletakkan produk di bahagian muka. Cuma, tak boleh lupa #content di dalam posting. Gambar tanpa content tetap tak ada impak yang bagus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat biar jadi, jangan main langgar. Nak lagi tips terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

6 outlet baru alhamdulillah. Syukur sangat. Allah punya semua. Kami sekadar menyampaikan sahaja kepada pelanggan. Terima kasi
+5
6 outlet baru alhamdulillah. Syukur sangat. Allah punya semua. Kami sekadar menyampaikan sahaja kepada pelanggan. Terima kasih semua kerana terus support Kopi Meta. Selain dari kopi, mereka juga ada biskut Mazola dari OneCookies Malaysia okeh. Ini lokasi terbaharu kami: 1. Rompin, Pahang. - Dataran Padang, Kuala Rompin. 2. Kampung Jawa, Klang. Selangor - Manggis Cafe, Kampung Telok Menegon. 3. Puncak Alam, Selangor. - Jalan Dataran Suria. 4. Manir, Kuala Terengganu. - Kampung Baloh. 5. Tok Dor Luar, Jertih, Terengganu. - Cabang Tadika Yayasan Tok Dor Luar. 6. Jementah, Segamat, Johor. - Sebelah Kedai Goreng Pisang Mak Jem. Terima kasih semua yang terus support kami! Kami hargai sangaaaat! Mana yang berminat nak sertai kami buka kiosk kopi jalanan, klik sini okey! Modal tak sampai RM1,000 punnnn. http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus!

Seleksi biskut coklat terpaling laris di OneCookies Malaysia. Biskut ChocoNut. Gabungan coklat dan kacang panggang. Rangup! B
+2
Seleksi biskut coklat terpaling laris di OneCookies Malaysia. Biskut ChocoNut. Gabungan coklat dan kacang panggang. Rangup! Biskut Cadburry. Hah yang ini bahaya tak boleh makaj seketul. Habis diet haha. Biskut American Choc! Ramai suka gabungan badam dan coklat. Semua sedap weh! Dan paling penting dah boleh kurier ke seluruh negara. Klik sini ya untuk pembelian, kami kurier terus hari ini: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Ada tiga cara untuk menaikkan kreadibiliti penulisan di Facebook: 1. Menulis story telling - Pastikan kisahnya sahih. 2. Membuat ulasan - Pastikan beri impak positif. 3. Menulis Info, Fakta dan Tips - Pastikan benar dan terbukti. #KHM

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara. Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 18,000 pengikut. Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan. Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. Beliau beri step by step, Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu: 1. Orang boleh faham terus 2. Orang boleh buat terus. 3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting) 4. Boleh beli terus. 4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien. Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Pengumumannnnn: Saya dah masukkan kelas-kelas untuk JULAI. Kelas content secara ONLINE. Workshop baking semua OFFLINE. Kena mai kilang di Bangi untuk hadiri. Workshop ada 3: Workshop Biskut Workshop Brownies Workshop Kek Kampung. Semua workshop siap sekali dengan kelas pembangunan produk, kelas costing dan bagaimana nak pasarkan produk. Klik sini ya untuk ketahui lanjut. https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Biskut Raya Haji dah mai! Lekas sempat kami kurier hari ini atau esok! Biskut ChocoNut dari OneCookies gais. Puas hati rasa c
+2
Biskut Raya Haji dah mai! Lekas sempat kami kurier hari ini atau esok! Biskut ChocoNut dari OneCookies gais. Puas hati rasa coklat dan kacang. Hanya RM30 sahaja! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Workshop baking bersama saya akan kembali tau! Ada workshop biskut, workshop brownies dan workshop kek kampung. Siap sedia bulan julai ada 3 kelas. Nantikan posternya ya! Ada yang nak join ke? Workshop di kilang kami di Bangi!

Maksud nama manusia ialah nama orang. Jika guna nama samaran atau nama popular atau nama panggilan, tidak mengapa. Yang penting nama manusia. Yang tak boleh: Kedai Basikal, Azman Coway, Khairul Hartanah, Bulan Purnama, Gojes, Mangkuk, Wang Besar dan sebagainya. Untuk ruang profil, bina kreadibiliti. Di page, bina produk. Di sana letaklah nama kedai dan nama produk, ia berkesan. Ringkasan Nota dari Naskah Rahsia Penulisan Berpengaruh, Khairul Hakimin Muhammad. Bukunya di sini https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm

Hari terakhir hari ini gaiss! Beli secara online pun boleeeh, hubungi team OneCookies melalui link ini ya: https://OneCookies
Hari terakhir hari ini gaiss! Beli secara online pun boleeeh, hubungi team OneCookies melalui link ini ya: https://OneCookiesHQ.wasap.my https://GudangOneCookies.wasap.my Nak mai kilang juga boleh. Waze ja KHM Foodies Sdn Bhd, Bangi. Kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Buka sampai 5.30 petang ini.