ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 350 подписчиков, занимая 285 место в категории Маркетинг и PR и 911 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 350 подписчиков.

Согласно последним данным от 17 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -383, а за последние 24 часа — -20, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.97%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 898 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 18 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 350
Подписчики
-2024 часа
-997 дней
-38330 день
Архив постов
photo content

Block orang yang: 1. Ganggu kehidupan media sosial kalian. 2. Buat kalian rasa tak selamat. Tak perlu buang masa fikir perlu block atau tak, dia datang lagi dengan akaun baru, block lagi dan lagi. Seperti syaitan, mereka ini tak pernah berhenti untuk hancurkan generasi kita, dan kita juga sehingga bila-bila kena berperang menghadap mereka, sebelum itu, pasang pendinding (block) supaya mereka ini tak ada lagi nak ganggu kita semua. Sekian pesanan pagi ini, sarapan dulu!

Untuk content mereka yang bermain dengan dunia #fabrik tak kiralah dari #tudung hinggalah ke #stokin, kalian wajar untuk naikkan posting yang terbahagi kepada dua. 1. Educate – yang ini tak perlu CTA. Kalian hanya perlu up perkara yang akan didik atau bantu para audien mengenali dunia fabrik seperti lifestyle, cara pakai, originality, OOTD, kesesuaian, padanan, harga, review produk orang, review pemakaian ikon / artis /selebriti / pemimpin, dan sebagainya. Posting ini akan menaikkan share, dan kalian akan mula dapat perhatian kemudiannya audien akan mula klik butang follow kepada kalian. Selepas itu, barulah kita tebar jala dengan: 2. Convert – yang ini posting yang perlu convert kepada sales yang mana posting tersebut mesti ada CTA. Biasanya kalian boleh adunkan posting Educate seperti membuat padanan tudung dengan blouse, baju melayu dengan sampin, kurta dengan capal dan sebagainya. Kemudian terus letak CTA. Namun kena ingat, posting ini adalah posting sales, jadi dari sudut penerimaan like, komen dan share akan rendah, namun $$$ akan banyak. Ingat matlamat membuat posting ya. Terus follow di Telegram https://t.me/ContentKHM untuk dapatkan lagi #TipsContentKHM.

Copy dari Facebook, letak di Facebook, tak ok, tak aci walau beri kredit. Namun jika copy dari Facebook, letak di platform bukan Facebook seperti web, blog, whatsapp dan sebagainya dengan link kredit, ia ok. Itulah fungsi sebenar mengapa kita boleh copy dari Facebook. Sampai hari ini, saya tak akan lupa jasa TheVocket, Oh Bulan!, Siakap Keli, Pen Merah, Mingguan Wanita serta banyaknya laman web viral yang mengambil post saya kemudian mereka letak kredit dengan link yang betul. Salah 1 sebab follower saya naik adalah dari mereka ini. Ramai yang tanya, betul ke mereka tak minta izin? Kawan-kawan, saya jarang dapat berhadapan kes begitu, rata-rata memang mereka PM dan minta baik-baik dan saya ok sahaja. Hari ini saya diminta oleh 1-1 laman web untuk copy semua status tips bina content saya kemudian dijadikan ala kolumnis di wall web tersebut. Saya terpaksa halang kerana ia adalah nyata website syarikat dan saya tak mahu bekerjasama kerana saya bukan dari syarikat tersebut. Tak adil menggunakan material orang lain untuk kalian komersilkan bisnes kalian. Kalian kena faham, yang tak semua benda di media sosial ini kita boleh kongsi. Namun banyak juga benda yang kita boleh tolak ansur demi menyebar kebaikan kepada para pembaca. Apapun, terima kasih semua friends dan followers yang mulakan klik butang share, jika tidak kerana kalian, tak akan mereka itu ambil tulisan saya kemudian muncul di laman web mereka. Terima kasih semua! Khairul Hakimin Muhammad, Ucapan macam nak tutup Facebook je.

Kita rekemen dia kerja dengan kawan kita, time dia nak berhenti, dia blah gitu je, kita tegurlah baik-baik, dia makinya kita dekat wall dia. Lepas itu dia diva buka bisnes. Siap perli-perli di wall dia kata bisnes dia kencang tak perlu guna content ke apa ke. Buat pelancaran produk jemput artis okey. Kita jadi segan nak tegur apabila terserempak. Kita beri salam, dia acuh tak acuh ja cakap nak cepat, banyak meeting katanya. Ha, ini memalam PM minta bantuan. Nak bayar review pun tak cukup duit. Bisnes jatuh, order teruk. Ads tak berapa jalan asik kena ban je. Ejen lari ke produk lain bagai. Haaaa, nasihat ini untuk saya juga. Kita ini hidup saling memerlukan. Mujurlah kami ini orang-orang tua yang perhati sahaja karenah anak muda. Tak kuasa nak masuk kepala bermusuh bagai. Baru buka bisnes sibuk tayang BMW, hari-hari selfie stering, lambang, duduk depan kereta bagai. Hari ini duk cakap kereta nak kena tarik. Adik-adik, kalau buat bisnes untuk kena puji, kau hanya akan dapat puji. Namun jika kau buat bisnes untuk bantu orang lain, maka kau akan dapat kaya, maruah, penghormatan serta banyaknya kebaikan kembali kepada kau. Nak bisnes, hormat orang, buat baik bukan bina musuh. Kerana orang itu tak kiralah dia pelanggan kau atau tak, dia boleh jadi orang yang kau kena pegang, kau kena tarik atau kau kena dibantu. Berhenti sombong dan elaklah dari bermusuh dengan sesiapa. Kita orang bisnes, kena berbaik dengan semua orang. Itu semua rezeki. Sekian sahaja pesanan malam buta. Harap kau baca dan esok kalau sempat kita jumpa. Syukurlah kau jumpa orang tua yang ini. Kalau yang lain rasanya maki atau ludah je dekat muka kau. Gitu drama memalam. Hangin, namun sayang sesama muslim. Cewah. Haha. K bai. Khairul Hakimin Muhammad, Entahlah bebudak hari ini. Ikut hati sesaja.

Kelebihan saya sekarang ialah saya ada personal branding. Apabila bisnes saya ada masalah, saya masih ada akaun socmed yang r
Kelebihan saya sekarang ialah saya ada personal branding. Apabila bisnes saya ada masalah, saya masih ada akaun socmed yang ramai pengikut. Itu yang saya tekankan kepada kalian bab membangunkan personal branding. Semua step itu saya tulis dalam ebook ini. Hanya RM99 sahaja sekarang. Harga asal RM199. Dapatkan tau sesegera mungkin. Terus belajar dan buat! Alami sendiri prosesnya. Best. Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb

Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan: Pelaburan: Kelas, Buku, Travel, Networking. Akan dapat: Ilmu praktikal, Ilmu teori, Pengalaman, Perkongsian. Hasil: Berani buat keputusan, Tak takut gagal, Matang dan tenang, Kuat dan yakin. Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi. Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata, “Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat. Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.” * Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini. Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar. Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu. Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.

Ada banyak perkara saya kongsikan dalam ebook terbaharu saya; Personal Branding - How To Start. Antaranya ialah Personal Bran
Ada banyak perkara saya kongsikan dalam ebook terbaharu saya; Personal Branding - How To Start. Antaranya ialah Personal Branding Starter Kit. Ada 7 elemen dalam aspek pemula ini untuk kita susun. Dari seorang kenal kita, kepada 10 orang. Dari 10 orang kepada 100 orang. Kemudian jadi 100,000 orang. Semua saya bongkar. Hanya RM99, kalian dapat semua ini. Lebih 100 muka surat. Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb

MANA YANG IKLAN DI DALAM RUANGAN KOMEN, SAYA BLOCK TERUS YA.

photo content

Kalau kita tulis benda positif, kemudian ada orang cakap “tapi ada je bla bla bla.” Tak perlulah layan komen itu. Itu toksik. Kalau kita bersembang dengan kawan benda best, idea dan boleh diperbuat dan dia komen “tapi benda ni macam susah ja, macam malas ja nak buat.” Tinggalkan dia dan tak perlu lagi duk pergi sembang, kawan atau beriya nak ajak minum bagai. Itu toksik! Kawan yang banyak “tapi” ini sangat toksik. Sama ada di media sosial atau betul-betul kita berhadapan, mereka toksik. Jauhkan diri okey! Cari kawan yang sembang idea, yang boleh nampak masalah kepada peluang, kepada pasukan, kepada keseronokan dan dapat bantu orang. Masalah adalah benda baik yang tak perlu ditapi-tapikan. Ia hanya proses nak jadikan kita jauh lebih baik lagi. Jadi positif gais! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Positif jalan terus.

Jemput tonton saya di ML Studio Klik sini https://youtu.be/PR9EQunD7aQ
Jemput tonton saya di ML Studio Klik sini https://youtu.be/PR9EQunD7aQ

5 Perkara Saya Dapat Dari Naskhah Catatan Zunita Di Jepun: 1. Puan Zunita menetap di Jepun, menguasai bahasa Jepun, menemui berbagai budaya dan cara hidup di sana namun masih mengekalkan jati diri anak melayu yang hebat dan kuat. Buktinya beliau salah seorang wanita yang diiktiraf sebagai antara 10 wanita hebat Asean. 2. Buku ini adalah sebuah cerita lengkap tentang Jepun. Dari alam kepada makanan, dari budaya kepada cara hidup. Dari gagal kepada berjaya. Sangat tersusun dan mudah faham. 3. Ada siap sisi gelap yang dituliskan di dalam buku ini. Ia tidak PRO 100% kepada kebaikan dan keunikan Jepun. 4. Dalam naskhah ini ditulis juga kisah seram yang ada di Jepun. Haha saya tak nak baca tapi sebab tulisannya bagus, baca juga. Best haha. 5. Tentang keagamaan juga ada ditulis. Bagus dan ia seiring dengan kefahaman kita tentang nak tahu orang Jepun beragama apa dan apa fahaman mereka. Buku wajib milik. Sayang jika kalian tak memiliki naskhah ini. Banyak perkara kita boleh belajar. Hanya RM40 sahaja senaskhah! Klik sini ya: https://medianusantara.asia/shop/?ref=af-khm https://medianusantara.asia/shop/?ref=af-khm https://medianusantara.asia/shop/?ref=af-khm

photo content

Ebook terbaharu saya, PERSONAL BRANDING - HOW TO START. 20 topik dan sekitar 100+ muka surat. Bagaimana saya membina follower
+4
Ebook terbaharu saya, PERSONAL BRANDING - HOW TO START. 20 topik dan sekitar 100+ muka surat. Bagaimana saya membina follower dan branding diri sendiri di media sosial. Sekarang hanya RM99. Nanti akan naik ke harga asal RM199. Baik beli sekarang. Beli terus dapat! https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb

Jika ada kawan-kawan kau perli yang bisnes kau ini masih kecil dan tak beri impak kepada ekonomi sangat, kau sebutlah ayat ini kepada diri kau sendiri: “Samsung bermula 1938 dari pasar yang menjual buah kering, mee segera serta produk makanan lain dan kemudiannya mengeksport barangan itu ke China. Hari ini Samsung menjadi pesaing paling besar syarikat gergasi Amerika iaitu Apple dan produknya diguna di seluruh dunia.” Kawan-kawan, Mula sahaja walau kecil, belajar dan sentiasa baik pulih syarikat dengan daya kreativiti. Sentiasa reka cipta peluang dan terus cergas membina empayar. Lantak orang nak kata apa, bukan mereka yang bayar bil kita, kita jalan terus, kerja keras dan enjoy setiap ujian dan halangan. Dengan orang yang bising, kau diam sahaja. Buktikan yang kita berjaya bukan sembang seperti dia, tunjuk hasil dari berlawan cakap. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu sempat jual nasi lemak tepi jalan dengan emak. Alhamdulillah.

Soalan: Bagaimana nak tahu topik yang kita pilih itu orang suka? Jawapan: Oh mudah sahaja. Tengok apa yang kita sendiri suka atau memang kena suka atau memang kena buat setiap masa / setiap hari. Contohnya: Makan, Solat, Kerja, Bersembang, Main telefon, Travel, Hobi, minat, Benda yang kita mahir, Sukan, Permotoran, Fesyen, Kosmetik, Beg, kasut, Anak-anak, Hal pasangan, Keluarga, Ibu bapa, Adik beradik, Buku, Kisah inspirasi, Hal agama, Masjid / surau, Kesihatan, Keselamatan, Berkebun, Shopping, Dan banyaklah lagi. Semua ini benda normal sahaja dalam kehidupan. Dan itulah maksud “titik persamaan” tersebut. Di media sosial, tak perlu beriya nak tulis benda “rare”, apabila sukar nak beri kefahaman, orang akan mula mencari benda lain untuk dibaca. Ingat, mudahkan sahaja. Janji tulis dalam bentuk #content yang tersusun. Buat mapping dan tengoklah beribu posting boleh dibina. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dapatkan rakaman kelas dengan diskaun 41% di sini. Masukkan kupon birthdaykhm ya. Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/rkc-og

Belajar sediakan ruang: 1. Berdoa nak kaya raya, sediakan ruang nak simpan, nak sedekah, nak bayar zakat, nak bantu orang, nak buatkan rumah emak ayah, nak simpan buat haji dan sebagainya. Buat semua ruang itu, bina dan teguhkannya. 2. Berdoa nak keluar dari masalah, sediakan ruang dalam kepala apa jadi apabila masalah dah selesai. Apa akan kita buat apabila berjaya hadap masalah tersebut. Bina ruang itu, bina percaya. 3. Masuk ke dalam mana-mana kelas, bina ruang dalam kepala untuk terima ilmu. Tak boleh sesekali rasa cikgu tak pandai, rasa kita lebih pandai dari orang. Keberkatan datang apabila kita buka ruang untuk kita belajar walau kita dah pandai. 4. Masuk ke tempat baru, buka ruang dalam diri untuk terima perubahan. Sediakan ruang itu untuk terima dan serap ilmu, perubahan dan apa sahaja pengetahuan untuk diterima. Tak kisahlah ruang itu untuk belajar dropship ke, baru masuk tempat kerja baru ke, baru masuk team baru ke. Buat ruang untuk belajar dahulu. 5. Pada setiap hari, setiap pagi, letak dalam kepala untuk buka ruang belajar, ruang terima ilmu, ruang terima teguran, ruang terima ujian, ruang terima rezeki, ruang memaafkan, ruang terima berbagai kebaikan dalam diri. Jika kita tak buka ruang, tak buka pintu, kita takkan dapat belajar, kita sombong dan ego dengan apa yang kita ada. Paling tak best, kita tak sedar kita sombong. Nauzubillah. Kawan-kawan, Nak rezeki, buka ruang untuk terima rezeki. Nak ilmu, sedia ruang untuk belajar. Nak dikasihi, bina ruang untuk disayangi. Semua bermula dari kita yang membuka ruang itu pada setiap hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.