Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 307 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 275,并在 马来西亚 地区排名第 893 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 307 名订阅者。
根据 20 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -251,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 21 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 307
订阅者
-224 小时
-577 天
-25130 天
帖子存档
35 307
Kita buka penyertaan kelas Oktober!
RM65 sahaja! Daftar sini sekarang
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcp-oct
35 307
Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini:
1. Tidak tidur selepas solat subuh. Lebih baik melakukan aktiviti lain seperti zikir, bersenam, membaca, mengaji, Al-mathurat dan sebagainya.
2. Minum satu atau dua gelas air masak. Ia akan menyegarkan badan dan membersihkan perut, melawas dan melancarkan usus. Semua ini akan berkait dengan cara berfikir. Oksigen bagus, badan cergas, minda pun cerdas!
3. Tetapkan diri mahu melakukan apa. Sediakan perancangan harian untuk buat semua benda pada hari tersebut. Duduk sekejap melihat diari dan berdoa semoga urusan hari itu dimudahkan Allah.
4. Keluar rumah dengan doa akan kembali ke rumah dalam keadaan baik seperti pada keluar awal pagi.
5. Biasakan diri bersarapan. Makanlah walau sedikit. Ia tanda kesyukuran rumah masih ada makanan. Ucaplah alhamdulillah sebanyak mungkin.
*
Jika boleh, mandi sebelum masuk waktu subuh. Ia akan beri kita kebersihan diri, keselesaan beribadah.
Kita tentukan bagaimana hidup kita pada hari tersebut. Jika ada ujian, hadap dengan hemah. Matangnya kita adalah apabila kita sambut dan sahut ujian itu dengan ketenangan.
Semua itu kita yang tentukan bagaimana kita nak berfikir dan bertindak. Kita yang kawal semuanya.
Yang tak boleh kita kawal ialah rezeki kita, namun kita boleh cari dan minta kepada Allah. Yang tak boleh kita kawal ialah kematian kita, itu kita boleh mohon semoga ia berakhir dengan sebaik-baik kematian.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat.
35 307
Saya tak ada tulis tentang mereka ini di ebook Personal Branding saya. Cuma saya kenali waktu mereka belum ada apa-apa.
Semua bermula dari kosong dan berusaha belajar sesuatu untuk mereka bangunkan diri di media sosial.
Alhamdulillah, saya ada testimoni kejayaan begini dah cukup buat saya rasa puas mengajar tentang dunia content dan personal branding. Bukan mudah namun ia boleh dibuat. Syukur alhamdulillah.
Dalam kelas kami tiada disuruh buat gimik. Juga tiada bad marketing atau stupid marketing atau apa-apa sahaja yang berlanggar dengan syariah. Langsung tiada.
Ia solid tentang content bagus-bagus di media sosial.
Kita boleh lihat bagaimana setiap seorang yang ada di situ ada topik mereka yang tersendiri.
Kemudian mereka bijak menggunakan platform mengikut kehendak platform itu sendiri. Bukan dengan 1 content terpaksa pergi guna di semua platform. Ia berbeza-beza mengikut features platform tersebut.
Kawan-kawan,
Saya ceritakan tentang personal branding ini di Ebook terbaharu saya, Personal Branding - How To Start.
Hanya RM99, kalian boleh fahami dan didik hati bagaimana nak bangunkan diri sendiri di media sosial tanpa usik sesiapa. Tanpa guna sesiapa juga tanpa memperbodohkan sesiapa.
Kita bangunkan content sendiri dengan apa yang ada di tangan kita. Barulah branding diri tercipta.
Klik sini ya, hingga hujung bulan ini sahaja harganya RM99. Bermula 1hb November, ia kembali ke harga asal RM199.
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
35 307
Block orang yang:
1. Ganggu kehidupan media sosial kalian.
2. Buat kalian rasa tak selamat.
Tak perlu buang masa fikir perlu block atau tak, dia datang lagi dengan akaun baru, block lagi dan lagi.
Seperti syaitan, mereka ini tak pernah berhenti untuk hancurkan generasi kita, dan kita juga sehingga bila-bila kena berperang menghadap mereka, sebelum itu, pasang pendinding (block) supaya mereka ini tak ada lagi nak ganggu kita semua.
Sekian pesanan pagi ini, sarapan dulu!
35 307
Untuk content mereka yang bermain dengan dunia #fabrik tak kiralah dari #tudung hinggalah ke #stokin, kalian wajar untuk naikkan posting yang terbahagi kepada dua.
1. Educate – yang ini tak perlu CTA. Kalian hanya perlu up perkara yang akan didik atau bantu para audien mengenali dunia fabrik seperti lifestyle, cara pakai, originality, OOTD, kesesuaian, padanan, harga, review produk orang, review pemakaian ikon / artis /selebriti / pemimpin, dan sebagainya.
Posting ini akan menaikkan share, dan kalian akan mula dapat perhatian kemudiannya audien akan mula klik butang follow kepada kalian.
Selepas itu, barulah kita tebar jala dengan:
2. Convert – yang ini posting yang perlu convert kepada sales yang mana posting tersebut mesti ada CTA. Biasanya kalian boleh adunkan posting Educate seperti membuat padanan tudung dengan blouse, baju melayu dengan sampin, kurta dengan capal dan sebagainya.
Kemudian terus letak CTA. Namun kena ingat, posting ini adalah posting sales, jadi dari sudut penerimaan like, komen dan share akan rendah, namun $$$ akan banyak. Ingat matlamat membuat posting ya.
Terus follow di Telegram https://t.me/ContentKHM untuk dapatkan lagi #TipsContentKHM.
35 307
Copy dari Facebook, letak di Facebook, tak ok, tak aci walau beri kredit.
Namun jika copy dari Facebook, letak di platform bukan Facebook seperti web, blog, whatsapp dan sebagainya dengan link kredit, ia ok.
Itulah fungsi sebenar mengapa kita boleh copy dari Facebook.
Sampai hari ini, saya tak akan lupa jasa TheVocket, Oh Bulan!, Siakap Keli, Pen Merah, Mingguan Wanita serta banyaknya laman web viral yang mengambil post saya kemudian mereka letak kredit dengan link yang betul.
Salah 1 sebab follower saya naik adalah dari mereka ini. Ramai yang tanya, betul ke mereka tak minta izin?
Kawan-kawan, saya jarang dapat berhadapan kes begitu, rata-rata memang mereka PM dan minta baik-baik dan saya ok sahaja.
Hari ini saya diminta oleh 1-1 laman web untuk copy semua status tips bina content saya kemudian dijadikan ala kolumnis di wall web tersebut.
Saya terpaksa halang kerana ia adalah nyata website syarikat dan saya tak mahu bekerjasama kerana saya bukan dari syarikat tersebut. Tak adil menggunakan material orang lain untuk kalian komersilkan bisnes kalian.
Kalian kena faham, yang tak semua benda di media sosial ini kita boleh kongsi. Namun banyak juga benda yang kita boleh tolak ansur demi menyebar kebaikan kepada para pembaca.
Apapun, terima kasih semua friends dan followers yang mulakan klik butang share, jika tidak kerana kalian, tak akan mereka itu ambil tulisan saya kemudian muncul di laman web mereka.
Terima kasih semua!
Khairul Hakimin Muhammad,
Ucapan macam nak tutup Facebook je.
35 307
Kita rekemen dia kerja dengan kawan kita, time dia nak berhenti, dia blah gitu je, kita tegurlah baik-baik, dia makinya kita dekat wall dia. Lepas itu dia diva buka bisnes.
Siap perli-perli di wall dia kata bisnes dia kencang tak perlu guna content ke apa ke. Buat pelancaran produk jemput artis okey. Kita jadi segan nak tegur apabila terserempak. Kita beri salam, dia acuh tak acuh ja cakap nak cepat, banyak meeting katanya.
Ha, ini memalam PM minta bantuan. Nak bayar review pun tak cukup duit. Bisnes jatuh, order teruk. Ads tak berapa jalan asik kena ban je. Ejen lari ke produk lain bagai.
Haaaa, nasihat ini untuk saya juga. Kita ini hidup saling memerlukan. Mujurlah kami ini orang-orang tua yang perhati sahaja karenah anak muda. Tak kuasa nak masuk kepala bermusuh bagai.
Baru buka bisnes sibuk tayang BMW, hari-hari selfie stering, lambang, duduk depan kereta bagai. Hari ini duk cakap kereta nak kena tarik.
Adik-adik, kalau buat bisnes untuk kena puji, kau hanya akan dapat puji.
Namun jika kau buat bisnes untuk bantu orang lain, maka kau akan dapat kaya, maruah, penghormatan serta banyaknya kebaikan kembali kepada kau.
Nak bisnes, hormat orang, buat baik bukan bina musuh. Kerana orang itu tak kiralah dia pelanggan kau atau tak, dia boleh jadi orang yang kau kena pegang, kau kena tarik atau kau kena dibantu.
Berhenti sombong dan elaklah dari bermusuh dengan sesiapa. Kita orang bisnes, kena berbaik dengan semua orang. Itu semua rezeki.
Sekian sahaja pesanan malam buta. Harap kau baca dan esok kalau sempat kita jumpa. Syukurlah kau jumpa orang tua yang ini. Kalau yang lain rasanya maki atau ludah je dekat muka kau. Gitu drama memalam. Hangin, namun sayang sesama muslim. Cewah. Haha. K bai.
Khairul Hakimin Muhammad,
Entahlah bebudak hari ini. Ikut hati sesaja.
35 307
Kelebihan saya sekarang ialah saya ada personal branding. Apabila bisnes saya ada masalah, saya masih ada akaun socmed yang ramai pengikut. Itu yang saya tekankan kepada kalian bab membangunkan personal branding.
Semua step itu saya tulis dalam ebook ini. Hanya RM99 sahaja sekarang. Harga asal RM199.
Dapatkan tau sesegera mungkin. Terus belajar dan buat! Alami sendiri prosesnya. Best. Klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
35 307
Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan:
Pelaburan:
Kelas,
Buku,
Travel,
Networking.
Akan dapat:
Ilmu praktikal,
Ilmu teori,
Pengalaman,
Perkongsian.
Hasil:
Berani buat keputusan,
Tak takut gagal,
Matang dan tenang,
Kuat dan yakin.
Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi.
Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata,
“Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat.
Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.”
*
Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini.
Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar.
Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu.
Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.
35 307
Ada banyak perkara saya kongsikan dalam ebook terbaharu saya; Personal Branding - How To Start.
Antaranya ialah Personal Branding Starter Kit. Ada 7 elemen dalam aspek pemula ini untuk kita susun.
Dari seorang kenal kita, kepada 10 orang.
Dari 10 orang kepada 100 orang. Kemudian jadi 100,000 orang.
Semua saya bongkar. Hanya RM99, kalian dapat semua ini. Lebih 100 muka surat. Klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
35 307
Kalau kita tulis benda positif, kemudian ada orang cakap “tapi ada je bla bla bla.” Tak perlulah layan komen itu. Itu toksik.
Kalau kita bersembang dengan kawan benda best, idea dan boleh diperbuat dan dia komen “tapi benda ni macam susah ja, macam malas ja nak buat.” Tinggalkan dia dan tak perlu lagi duk pergi sembang, kawan atau beriya nak ajak minum bagai. Itu toksik!
Kawan yang banyak “tapi” ini sangat toksik. Sama ada di media sosial atau betul-betul kita berhadapan, mereka toksik. Jauhkan diri okey!
Cari kawan yang sembang idea, yang boleh nampak masalah kepada peluang, kepada pasukan, kepada keseronokan dan dapat bantu orang.
Masalah adalah benda baik yang tak perlu ditapi-tapikan. Ia hanya proses nak jadikan kita jauh lebih baik lagi.
Jadi positif gais!
Bismillah!
Khairul Hakimin Muhammad,
Positif jalan terus.
35 307
5 Perkara Saya Dapat Dari Naskhah Catatan Zunita Di Jepun:
1. Puan Zunita menetap di Jepun, menguasai bahasa Jepun, menemui berbagai budaya dan cara hidup di sana namun masih mengekalkan jati diri anak melayu yang hebat dan kuat. Buktinya beliau salah seorang wanita yang diiktiraf sebagai antara 10 wanita hebat Asean.
2. Buku ini adalah sebuah cerita lengkap tentang Jepun. Dari alam kepada makanan, dari budaya kepada cara hidup. Dari gagal kepada berjaya. Sangat tersusun dan mudah faham.
3. Ada siap sisi gelap yang dituliskan di dalam buku ini. Ia tidak PRO 100% kepada kebaikan dan keunikan Jepun.
4. Dalam naskhah ini ditulis juga kisah seram yang ada di Jepun. Haha saya tak nak baca tapi sebab tulisannya bagus, baca juga. Best haha.
5. Tentang keagamaan juga ada ditulis. Bagus dan ia seiring dengan kefahaman kita tentang nak tahu orang Jepun beragama apa dan apa fahaman mereka.
Buku wajib milik. Sayang jika kalian tak memiliki naskhah ini. Banyak perkara kita boleh belajar.
Hanya RM40 sahaja senaskhah!
Klik sini ya:
https://medianusantara.asia/shop/?ref=af-khm
https://medianusantara.asia/shop/?ref=af-khm
https://medianusantara.asia/shop/?ref=af-khm
35 307
Ebook terbaharu saya, PERSONAL BRANDING - HOW TO START.
20 topik dan sekitar 100+ muka surat. Bagaimana saya membina follower dan branding diri sendiri di media sosial.
Sekarang hanya RM99. Nanti akan naik ke harga asal RM199. Baik beli sekarang. Beli terus dapat!
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb
35 307
Baca tentang bagaimana nak maintain engagement FB di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02DirPuBbojVQjf3F8QmK9SYEk7ct6WktFuc1geR5hLk4HQKpWcakUuzKG1Gpt4rS2l&id=1409650354
