ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 35 299 подписчиков, занимая 277 место в категории Маркетинг и PR и 894 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 35 299 подписчиков.

Согласно последним данным от 22 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -253, а за последние 24 часа — -2, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 8.63%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 0 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 23 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

35 299
Подписчики
-224 часа
-537 дней
-25330 дней
Архив постов
Saya dapat 100,000 follower pertama dalam tempoh 1 tahun. Mula pergi kelas content, kelas story telling, kelas story, kelas membesarkan karya dan penulisan dari tahun 2013. Sangat serius ke kelas-kelas penulisan sampai ke hari ini. Hasilnya bukan sahaja follower ada dalam 300,000, malah saya tak pernah buat content berjoget, gimik murahan untuk sekadar nak raih perhatian. Semua mesti ada manfaat. Syukur ada ramai yang pernah hadir kelas dan mengatasi jumlah follower saya sendiri. Ia bukan untuk suka-suka ada ramai follower. Ia untuk kredibiliti bisnes kita sendiri. Profile yang disukai, biasanya memberi tempias baik kepada apa yang kita usahakan. Mula sekarang kawan-kawan, masih ada masa untuk bangkit! Insya-Allah 4hb Jun nanti kami akan buka kelas lagi. Secara online. Fee hanya RM65 sahaja gais! Murah sangat. Cara nak daftar senang sahaja. Yang dah jadi member OneCookies Malaysia, terus log in ke khmonecookies.com Yang belum jadi ahli, kalian kena daftar dulu membership tersebut di sini, free sahaja: https://khmonecookies.com/daftar/000002 Sesudah daftar, barulah log in semula ke khmonecookies.com. Kemudian cari pesanan, klik Semenanjung, kemudian skroll ke bawah dan cari Kelas Content okeh. Mana yang ada masalah pendaftaran, boleh terus hubungi customer service di talian 0139249877 ya. Ha yang berjaya buat payment, kira lepaslah. Sudah lebih 500 orang akan sertai. Mari kita ramai-ramai belajar. Jumpa di sana okeh! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Content untuk semua.

photo content

Kami dah tambah seat kelas gaisss! Klik sini untuk tahu bagaimana nak daftar KELAS CONTENT & FB WRITING 4hb Jun 2022 https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

5 rutin yang kalian wajib ada untuk kemajuan dan kebaikan diri sendiri: 1. Rutin sebelum subuh sekitar 5.00 pagi. - dapat solat sunat 2 rakaat (menguatkan diri, menenangkan diri dan dapat bercakap banyaknya hal kepada Allah pada waktu ini. Waktu orang lain belum bangun, ketenangan itu adalah sebuah keindahan. 2. Rutin sihat. - bercakap, berbuat dan cari jalan untuk sentiasa improve kesihatan diri adalah super mustahak. Tentang senaman, makanan, idea (untuk kesihatan minda) serta bercakap hal kebaikan. 3. Rutin hobi / minat / kesukaan. - kena ada minat, hobi yang boleh dibuat selalu. Cari dan pupuk minat tersebut. Sebagai contoh jika dulu suka travel, sekarang tak boleh. Jadi cari sesuatu untuk lakukan. Contohnya terbaru ramai suka menanam pokok di rumah. Ia bagus. - rutin ini beri ketenangan jiwa selepas sibuknya bekerja. 4. Rutin mindset kerja bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita buat. - how you do anything is how you do everything. Sentiasa bersungguh-sungguh berbuat sesuatu walau ia hal kecil. 5. Rutin memilih kebaikan dari keburukan. - sosial media, pilih nak baca benda baik sahaja. - tv, filem, apa sahaja, pilih nak tonton benda baik sahaja. - bersembang, bercakap, mendengar, pilih nak dengar benda yang boleh tingkatkan diri sahaja. Kawan-kawan, Buat rutin ini, lihat selepas satu tahun apa jadi kepada kalian. Lihat bagaimana kita naik ke satu tangga berbeza. Kita tenang dengan ujian, kita relaks apabila stress dan kita juga banyak rasional apabila dirundung masalah. Kita perlu ada sikap untuk berkeras dengan rutin. Jika tidak, kita akan sentiasa dibelenggu dengan suasana kecewa, resah dan gelisah setiap hari. Kita tentukan rutin kita bagaimana untuk tentukan hidup kita bagaimana tahun mendatang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini. Bismillah.

photo content

25 seat lagi! 25 seat lagi! 25 seat lagi! 25 seat lagi! 25 seat lagi!

37 seat lagi! 37 seat lagi! 37 seat lagi! 37 seat lagi! 37 seat lagi!

53 seat lagi gais. Sayang betul kalian lepaskan kelas yang julung-julung kali diadakan ni. Habis sahaja seat ini, harga akan naik ke RM65! Lekas grab okeh. Klik sini untuk tahu bagaimana nak daftar KELAS CONTENT & FB WRITING 4hb Jun 2022 https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

Ada lagi 100 seat! Lekas grab gais! Baca di sini bagaimana nak daftar https://www.facebook.com/1409650354/posts/1022906042152
Ada lagi 100 seat! Lekas grab gais! Baca di sini bagaimana nak daftar https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

Kita kena ada 13 micro habit yang ini. Ia kecil dari jumlah masa, namun beri impak besar dalam hidup: 1. Mengaji 1 helai Al-Quran setiap hari, jiwa akan tenang. 2. Membaca 1 helai buku setiap hari, akan dapat lebih 200 perkataan dimasukkan dalam kepala. 3. Bersenam 10 minit sehari, badan sihat. 4. Minum 8 gelas air masak sehari, badan cergas. 5. Sentiasa berfikir 1-2 saat sebelum bercakap atau menjawab soalan atau memberi idea adalah rasional. 6. Solat 5 waktu hanya 30 minit dari 24 jam sehari. 7. Menyusun checklist setiap pagi untuk siapkan kerja sepanjang hari. 8. Istighfar jika tersalah, bismillah untuk bermula dan sebut alhamdulillah apabila selesai adalah mendahulukan Allah. Ia sekitar 1 saat setiap kali menyebutnya. 9. Mengucap selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sekitar 5-7 saat sahaja. Ia untuk tegapkan hati mendahului sifat, sikap dan cara baginda dalam melakukan sesuatu. 10. Sedekah secara transfer atau menghulurnya terus hanya sekitar kurang 10 saat sahaja. 11. Terserempak sesiapa, beri salam. Ia hanya perlu sekitar 1 saat sahaja mengucapkannya. 12. Berdoa merupakan perkara kita suka buat. Namun kita sengaja baca laju-laju. Tenang! Bacalah perlahan-lahan, biasanya hanya sekitar 2-3 minit sahaja! 13. Berwuduk hanya sekitar 1 minit sahaja kawan-kawan! Kawan-kawan, Semua perkara ini sangat sekejap. Sangat kecil dari jumlah 24 jam sehari. Kita mahu hidup kita aman, tenteram, jiwa lapang dalam diuji, namun kita tak serikan dengan habit-habit "kecil" begini. Ia adalah cara hidup (lifestyle), kita kena biasakan. Jadikan sebagai tabiat. Hidup kita akan banyak berkat. Dilimpah dengan berbagai hadiah, rezeki dan nikmat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat list micro sendiri gais! Lihat mana yang tiada, tambah! Mula terus esok! Bismillah!

Ada lagi 173 seat untuk Kelas Content & Facebook Writing pada 4hb Jun ini. Jemput semua yang ada bisnes, yang tak ada bisnes, dengar dan belajar bagaimana nak guna media sosial dengan betul. Baca kaedah nak daftar di sini ya: https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

Hari lahir ibu saya hari ini. Sama-sama doakan beliau terus sihat, sentiasa dilindungi dan disayangi ya! Terima kasih semuaaa
Hari lahir ibu saya hari ini. Sama-sama doakan beliau terus sihat, sentiasa dilindungi dan disayangi ya! Terima kasih semuaaaa

Alhamdulillah, 300 orang sudah mendaftar ke Kelas Content yang akan berlangsung pada 4hb Jun nanti. Nak sertai juga? Baca di sini: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0ZAv7z5Gt4H5L9zCD5G2W6VHqVw8o7T5FW1yTvcDq8NPyPrwAmpWGLuRtcC92CsXWl/?d=n

Pagi-pagi begini dapat tips sedap dari kawan baik. Beliau cakap kepada saya benda mudah ini untuk dibuat supaya hidup kita tenang walau ada ujian, cabaran dan halangan. Caranya mudah sahaja: 1. Semasa hendak solat, mulakan dengan rasa meminta keampunan dari Allah. - rasa diri hamba. - rasa bukan sesiapa. - solat kerana menurut perintah. - solat kerana nak minta ampun banyaknya dosa. 2. Berdoa selepas solat. - adab ini kena diutamakan. Tidak boleh tinggal istighfar dan selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Mesti buat, tunjuk rasa menghormati bab mendahului minta ampun dan mengingati Nabi. - ambillah masa untuk berdoa dengan memuji Allah dulu. - kemudian doa untuk ibu bapa. - kemudian barulah doa untuk apa yang kita nak. - susun atur ini sangat penting. 3. Berdoa apabila teringat. - apabila kita teruskan hidup setiap hari, semasa memandu contohnya teringat ada masalah sana sini, terus berdoa walau sedang memandu. Mesti mendahului adab juga. Mesti bermula dengan "Ya Allah, aku hamba lemah Ya Allah. Aku banyak dosa Ya Allah, ampuni aku Ya Allah". Mulakan itu barulah meminta apa kita nak. Tak perlu tadah tangan. Sebut sahaja. Hati pun ikut. - setiap kali teringat, buat. * Hati akan tenang. Jiwa akan lapang. Orang yang rasa diri dia banyak dosa, dia segan nak lihat orang lain. Dia fokus lihat dirinya sendiri sahaja. Dia fokus nak murah rezeki dia, dia tahu dengan ada banyak, dia kongsi. Ada sikit pun dia memberi. Dia tahu dia perlu utamakan meminta ampun dalam berbuat kebaikan. Berharap kepada Allah ini akan jadi perawat, pengubat dan pencegah kepada sakit hati, patah hati dan kecewa dengan ujian. Kita akan rasa inilah nikmat kehidupan. Dapat keindahan sentiasa mengingati Allah. Masa senang, masa susah, beringat selalu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa diuji, dia diingati.

Jemput datang tau!
Jemput datang tau!

Pelajaran besar dari Covid-19: 1. Yang tak nampak tak semestinya tak merbahaya. 2. Rumah sendiri adalah tempat paling selamat. 3. Pekerjaan yang hebat, gaji besar, berjawatan tetap tak menjamin apa-apa. 4. Perniagaan yang memberi keuntungan besar setiap tahun tetap tak akan bertahan. 5. Proses mencari ubat mengambil masa lama. 6. Pentingnya belajar tentang kebersihan. 7. Wajib ada wang simpanan. 8. Sentiasa dikelilingi oleh orang baik yang boleh membantu. 9. Keluarga adalah segalanya. 10. Baru faham betapa sukarnya berada di lapangan perubatan dan kesihatan. 11. Allah buktikan kekuasaanNya melalui wabak ini. Sesiapa sahaja boleh terkena walau dia sihat walau dia hebat. 12. Apa sahaja teknologi hebat, robot paling berkuasa, media sosial paling power, ciptaan tercanggih, politician paling disukai tetap masih belum boleh berupaya menjadi ubat atau mendapatkan solusi perubatan. 13. Kita merindui masjid, surau sedangkan kita sendiri jarang ke sana. Ramadan dan Aidilfitri adalah kerinduan yang sukarnya nak dibendung. 14. Azan adalah pengubat kerinduan itu. 15. Ada ibu bapa namun tak dapat berjumpa adalah balasan kepada kesibukan semasa berpeluang untuk berjumpa namun tidak berjumpa. 16. Ramainya bermula menghulur bantuan dan tak peduli kesusahan sendiri. 17. Ramai juga berkongsi berbagai hal secara percuma sedangkan sebelum ini semuanya ada harganya. 18. Mengenal jiran serta banyaknya peluang berbaik sesama kawasan. 19. Kemahiran dalam rumah semakin baik juga berbagai hal yang selama ini dibuat di kedai, akhirnya boleh sahaja dilakukan di rumah sendiri contohnya menggunting rambut. 20. Langit biru kembali ada di atas kita semua. Begitulah. Ini yang saya belajar. Harap kalian boleh tambah di ruangan komen. Khairul Hakimin Muhammad, Alhamdulillah. Pasti akan ada sinar!

"Tuan, tahun ini korban di mana?" Saya jawab spontan, "nak di Makkah juga seekor dua kambing. Dulu dah pernah pergi mereka memang edar daging korban ke sekitar penduduk sana dan baru juga tahu di sana masih ramai yang memerlukan bantuan dari segi makanan." Satunya ia adalah Makkah, jadi ia ada satu perasaan berbeza. Setiap tahun, setiap masa berdoa nak menunaikan haji, tak berjaya lagi. Belum lagi masanya dijemput, jadi menunaikan ibadah korban di sana adalah keindahan. Alhamdulillah. Tahun ini MyQurban bawakan lagi. kambing RM465/ekor, Lembu RM527.25/bahagian. Ada juga unta RM593.5/bahagian. Sekiranya nak menunaikan ibadah korban di sana, linknya di sini: https://myqurban.onpay.my/order/form/promosyawalqurban/115 Sekiranya kalian nak tunaikan ibadah akikah di Makkah juga boleh. Linknya di sini: https://myqurban.onpay.my/order/form/promosyawalaqiqah/115 Mohon sangat semua kawan-kawan dapat maklumkan kepada saudara terdekat okey. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

photo content

Pelajaran besar dari Covid-19: 1. Yang tak nampak tak semestinya tak merbahaya. 2. Rumah sendiri adalah tempat paling selamat. 3. Pekerjaan yang hebat, gaji besar, berjawatan tetap tak menjamin apa-apa. 4. Perniagaan yang memberi keuntungan besar setiap tahun tetap tak akan bertahan. 5. Proses mencari ubat mengambil masa lama. 6. Pentingnya belajar tentang kebersihan. 7. Wajib ada wang simpanan. 8. Sentiasa dikelilingi oleh orang baik yang boleh membantu. 9. Keluarga adalah segalanya. 10. Baru faham betapa sukarnya berada di lapangan perubatan dan kesihatan. 11. Allah buktikan kekuasaanNya melalui wabak ini. Sesiapa sahaja boleh terkena walau dia sihat walau dia hebat. 12. Apa sahaja teknologi hebat, robot paling berkuasa, media sosial paling power, ciptaan tercanggih, politician paling disukai tetap masih belum boleh berupaya menjadi ubat atau mendapatkan solusi perubatan. 13. Kita merindui masjid, surau sedangkan kita sendiri jarang ke sana. Ramadan dan Aidilfitri adalah kerinduan yang sukarnya nak dibendung. 14. Azan adalah pengubat kerinduan itu. 15. Ada ibu bapa namun tak dapat berjumpa adalah balasan kepada kesibukan semasa berpeluang untuk berjumpa namun tidak berjumpa. 16. Ramainya bermula menghulur bantuan dan tak peduli kesusahan sendiri. 17. Ramai juga berkongsi berbagai hal secara percuma sedangkan sebelum ini semuanya ada harganya. 18. Mengenal jiran serta banyaknya peluang berbaik sesama kawasan. 19. Kemahiran dalam rumah semakin baik juga berbagai hal yang selama ini dibuat di kedai, akhirnya boleh sahaja dilakukan di rumah sendiri contohnya menggunting rambut. 20. Langit biru kembali ada di atas kita semua. Begitulah. Ini yang saya belajar. Harap kalian boleh tambah di ruangan komen. Khairul Hakimin Muhammad, Alhamdulillah. Pasti akan ada sinar!