fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 316 مشترک است و جایگاه 286 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 908 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 316 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 19 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -386 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -19 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.67% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.02% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 3 151 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 734 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 20 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 316
مشترکین
-1924 ساعت
-997 روز
-38630 روز
آرشیو پست ها
photo content

25 seat lagi! 25 seat lagi! 25 seat lagi! 25 seat lagi! 25 seat lagi!

37 seat lagi! 37 seat lagi! 37 seat lagi! 37 seat lagi! 37 seat lagi!

53 seat lagi gais. Sayang betul kalian lepaskan kelas yang julung-julung kali diadakan ni. Habis sahaja seat ini, harga akan naik ke RM65! Lekas grab okeh. Klik sini untuk tahu bagaimana nak daftar KELAS CONTENT & FB WRITING 4hb Jun 2022 https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

Ada lagi 100 seat! Lekas grab gais! Baca di sini bagaimana nak daftar https://www.facebook.com/1409650354/posts/1022906042152
Ada lagi 100 seat! Lekas grab gais! Baca di sini bagaimana nak daftar https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

Kita kena ada 13 micro habit yang ini. Ia kecil dari jumlah masa, namun beri impak besar dalam hidup: 1. Mengaji 1 helai Al-Quran setiap hari, jiwa akan tenang. 2. Membaca 1 helai buku setiap hari, akan dapat lebih 200 perkataan dimasukkan dalam kepala. 3. Bersenam 10 minit sehari, badan sihat. 4. Minum 8 gelas air masak sehari, badan cergas. 5. Sentiasa berfikir 1-2 saat sebelum bercakap atau menjawab soalan atau memberi idea adalah rasional. 6. Solat 5 waktu hanya 30 minit dari 24 jam sehari. 7. Menyusun checklist setiap pagi untuk siapkan kerja sepanjang hari. 8. Istighfar jika tersalah, bismillah untuk bermula dan sebut alhamdulillah apabila selesai adalah mendahulukan Allah. Ia sekitar 1 saat setiap kali menyebutnya. 9. Mengucap selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sekitar 5-7 saat sahaja. Ia untuk tegapkan hati mendahului sifat, sikap dan cara baginda dalam melakukan sesuatu. 10. Sedekah secara transfer atau menghulurnya terus hanya sekitar kurang 10 saat sahaja. 11. Terserempak sesiapa, beri salam. Ia hanya perlu sekitar 1 saat sahaja mengucapkannya. 12. Berdoa merupakan perkara kita suka buat. Namun kita sengaja baca laju-laju. Tenang! Bacalah perlahan-lahan, biasanya hanya sekitar 2-3 minit sahaja! 13. Berwuduk hanya sekitar 1 minit sahaja kawan-kawan! Kawan-kawan, Semua perkara ini sangat sekejap. Sangat kecil dari jumlah 24 jam sehari. Kita mahu hidup kita aman, tenteram, jiwa lapang dalam diuji, namun kita tak serikan dengan habit-habit "kecil" begini. Ia adalah cara hidup (lifestyle), kita kena biasakan. Jadikan sebagai tabiat. Hidup kita akan banyak berkat. Dilimpah dengan berbagai hadiah, rezeki dan nikmat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat list micro sendiri gais! Lihat mana yang tiada, tambah! Mula terus esok! Bismillah!

Ada lagi 173 seat untuk Kelas Content & Facebook Writing pada 4hb Jun ini. Jemput semua yang ada bisnes, yang tak ada bisnes, dengar dan belajar bagaimana nak guna media sosial dengan betul. Baca kaedah nak daftar di sini ya: https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229060421521090/?d=n

Hari lahir ibu saya hari ini. Sama-sama doakan beliau terus sihat, sentiasa dilindungi dan disayangi ya! Terima kasih semuaaa
Hari lahir ibu saya hari ini. Sama-sama doakan beliau terus sihat, sentiasa dilindungi dan disayangi ya! Terima kasih semuaaaa

Alhamdulillah, 300 orang sudah mendaftar ke Kelas Content yang akan berlangsung pada 4hb Jun nanti. Nak sertai juga? Baca di sini: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0ZAv7z5Gt4H5L9zCD5G2W6VHqVw8o7T5FW1yTvcDq8NPyPrwAmpWGLuRtcC92CsXWl/?d=n

Pagi-pagi begini dapat tips sedap dari kawan baik. Beliau cakap kepada saya benda mudah ini untuk dibuat supaya hidup kita tenang walau ada ujian, cabaran dan halangan. Caranya mudah sahaja: 1. Semasa hendak solat, mulakan dengan rasa meminta keampunan dari Allah. - rasa diri hamba. - rasa bukan sesiapa. - solat kerana menurut perintah. - solat kerana nak minta ampun banyaknya dosa. 2. Berdoa selepas solat. - adab ini kena diutamakan. Tidak boleh tinggal istighfar dan selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Mesti buat, tunjuk rasa menghormati bab mendahului minta ampun dan mengingati Nabi. - ambillah masa untuk berdoa dengan memuji Allah dulu. - kemudian doa untuk ibu bapa. - kemudian barulah doa untuk apa yang kita nak. - susun atur ini sangat penting. 3. Berdoa apabila teringat. - apabila kita teruskan hidup setiap hari, semasa memandu contohnya teringat ada masalah sana sini, terus berdoa walau sedang memandu. Mesti mendahului adab juga. Mesti bermula dengan "Ya Allah, aku hamba lemah Ya Allah. Aku banyak dosa Ya Allah, ampuni aku Ya Allah". Mulakan itu barulah meminta apa kita nak. Tak perlu tadah tangan. Sebut sahaja. Hati pun ikut. - setiap kali teringat, buat. * Hati akan tenang. Jiwa akan lapang. Orang yang rasa diri dia banyak dosa, dia segan nak lihat orang lain. Dia fokus lihat dirinya sendiri sahaja. Dia fokus nak murah rezeki dia, dia tahu dengan ada banyak, dia kongsi. Ada sikit pun dia memberi. Dia tahu dia perlu utamakan meminta ampun dalam berbuat kebaikan. Berharap kepada Allah ini akan jadi perawat, pengubat dan pencegah kepada sakit hati, patah hati dan kecewa dengan ujian. Kita akan rasa inilah nikmat kehidupan. Dapat keindahan sentiasa mengingati Allah. Masa senang, masa susah, beringat selalu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa diuji, dia diingati.

Jemput datang tau!
Jemput datang tau!

Pelajaran besar dari Covid-19: 1. Yang tak nampak tak semestinya tak merbahaya. 2. Rumah sendiri adalah tempat paling selamat. 3. Pekerjaan yang hebat, gaji besar, berjawatan tetap tak menjamin apa-apa. 4. Perniagaan yang memberi keuntungan besar setiap tahun tetap tak akan bertahan. 5. Proses mencari ubat mengambil masa lama. 6. Pentingnya belajar tentang kebersihan. 7. Wajib ada wang simpanan. 8. Sentiasa dikelilingi oleh orang baik yang boleh membantu. 9. Keluarga adalah segalanya. 10. Baru faham betapa sukarnya berada di lapangan perubatan dan kesihatan. 11. Allah buktikan kekuasaanNya melalui wabak ini. Sesiapa sahaja boleh terkena walau dia sihat walau dia hebat. 12. Apa sahaja teknologi hebat, robot paling berkuasa, media sosial paling power, ciptaan tercanggih, politician paling disukai tetap masih belum boleh berupaya menjadi ubat atau mendapatkan solusi perubatan. 13. Kita merindui masjid, surau sedangkan kita sendiri jarang ke sana. Ramadan dan Aidilfitri adalah kerinduan yang sukarnya nak dibendung. 14. Azan adalah pengubat kerinduan itu. 15. Ada ibu bapa namun tak dapat berjumpa adalah balasan kepada kesibukan semasa berpeluang untuk berjumpa namun tidak berjumpa. 16. Ramainya bermula menghulur bantuan dan tak peduli kesusahan sendiri. 17. Ramai juga berkongsi berbagai hal secara percuma sedangkan sebelum ini semuanya ada harganya. 18. Mengenal jiran serta banyaknya peluang berbaik sesama kawasan. 19. Kemahiran dalam rumah semakin baik juga berbagai hal yang selama ini dibuat di kedai, akhirnya boleh sahaja dilakukan di rumah sendiri contohnya menggunting rambut. 20. Langit biru kembali ada di atas kita semua. Begitulah. Ini yang saya belajar. Harap kalian boleh tambah di ruangan komen. Khairul Hakimin Muhammad, Alhamdulillah. Pasti akan ada sinar!

"Tuan, tahun ini korban di mana?" Saya jawab spontan, "nak di Makkah juga seekor dua kambing. Dulu dah pernah pergi mereka memang edar daging korban ke sekitar penduduk sana dan baru juga tahu di sana masih ramai yang memerlukan bantuan dari segi makanan." Satunya ia adalah Makkah, jadi ia ada satu perasaan berbeza. Setiap tahun, setiap masa berdoa nak menunaikan haji, tak berjaya lagi. Belum lagi masanya dijemput, jadi menunaikan ibadah korban di sana adalah keindahan. Alhamdulillah. Tahun ini MyQurban bawakan lagi. kambing RM465/ekor, Lembu RM527.25/bahagian. Ada juga unta RM593.5/bahagian. Sekiranya nak menunaikan ibadah korban di sana, linknya di sini: https://myqurban.onpay.my/order/form/promosyawalqurban/115 Sekiranya kalian nak tunaikan ibadah akikah di Makkah juga boleh. Linknya di sini: https://myqurban.onpay.my/order/form/promosyawalaqiqah/115 Mohon sangat semua kawan-kawan dapat maklumkan kepada saudara terdekat okey. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

photo content

Pelajaran besar dari Covid-19: 1. Yang tak nampak tak semestinya tak merbahaya. 2. Rumah sendiri adalah tempat paling selamat. 3. Pekerjaan yang hebat, gaji besar, berjawatan tetap tak menjamin apa-apa. 4. Perniagaan yang memberi keuntungan besar setiap tahun tetap tak akan bertahan. 5. Proses mencari ubat mengambil masa lama. 6. Pentingnya belajar tentang kebersihan. 7. Wajib ada wang simpanan. 8. Sentiasa dikelilingi oleh orang baik yang boleh membantu. 9. Keluarga adalah segalanya. 10. Baru faham betapa sukarnya berada di lapangan perubatan dan kesihatan. 11. Allah buktikan kekuasaanNya melalui wabak ini. Sesiapa sahaja boleh terkena walau dia sihat walau dia hebat. 12. Apa sahaja teknologi hebat, robot paling berkuasa, media sosial paling power, ciptaan tercanggih, politician paling disukai tetap masih belum boleh berupaya menjadi ubat atau mendapatkan solusi perubatan. 13. Kita merindui masjid, surau sedangkan kita sendiri jarang ke sana. Ramadan dan Aidilfitri adalah kerinduan yang sukarnya nak dibendung. 14. Azan adalah pengubat kerinduan itu. 15. Ada ibu bapa namun tak dapat berjumpa adalah balasan kepada kesibukan semasa berpeluang untuk berjumpa namun tidak berjumpa. 16. Ramainya bermula menghulur bantuan dan tak peduli kesusahan sendiri. 17. Ramai juga berkongsi berbagai hal secara percuma sedangkan sebelum ini semuanya ada harganya. 18. Mengenal jiran serta banyaknya peluang berbaik sesama kawasan. 19. Kemahiran dalam rumah semakin baik juga berbagai hal yang selama ini dibuat di kedai, akhirnya boleh sahaja dilakukan di rumah sendiri contohnya menggunting rambut. 20. Langit biru kembali ada di atas kita semua. Begitulah. Ini yang saya belajar. Harap kalian boleh tambah di ruangan komen. Khairul Hakimin Muhammad, Alhamdulillah. Pasti akan ada sinar!

Beberapa tahun lepas, beliau pulang ke Malaysia. Kemudiannya hadir ke kelas content saya di Hotel Amani, Bangi. Saya masih ingat beliau tanya "tuan, kalau kita tak berada di Malaysia, tulisan kita perlu bahasa apa, kena ikut waktu Malaysia juga ke kalau nak up posting?" Saya pun jawab satu persatu. Alhamdulillah perlahan-lahan beliau menulis dan kini Puan Zunita Ramli mempunyai lebih 170,000 follower. Bukan sahaja itu, beliau juga tersenarai antara 10 Wanita Hebat (Fantastic Women) di negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) oleh Asean-Japan Center. Setiap hari saya ditanya bagaimana nak gunakan media sosial dengan betul. Bagaimana nak bangunkan content yang baik tanpa joget, tanpa gimik dan sebagainya namun masih punya follower yang memberi kesan baik. Jadi saya wujudkan kelas ini semula. Syarikat masih bertahan dan saya fikir kita hidupkan semula majlis-majlis ilmu ini supaya ramai boleh gunakannya dan bawa kepada kebaikan. Lebih dari itu jadi income untuk berniaga insya-Allah. Untuk mereka yang dah daftar sebagai Membership OneCookies Malaysia, kalian hanya perlu log in sahaja. Log in ke https://khmonecookies.com. Bagi mereka yang belum jadi membership, kalian perlu daftar di sini: https://khmonecookies.com/daftar/000002 Selepas mendaftar, kalian log in semula ke https://khmonecookies.com Kemudian klik pesanan, klik semenanjung, kemudian cari Kelas Content ini. Hanya RM50 sahaja bagi kelas pada 4hb Jun 2022. Sabtu, jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kelas secara online, rakaman diberikan jika tak dapat ikuti kelas secara live. Saya akan ceritakan bagaimana nak membangunkan media sosial menggunakan teknik content yang betul dan tersusun. Insya-Allah kalian akan nampak bagaimana kami semua sentiasa ada sesuatu untuk ditulis. Jemput hadir belaka ya! Beritahu saudara mara, kawan semua! Terima kasih semua! Jumpa nanti di Kelas ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jika ada masalah pendaftaran, hubungi customer service di talian 0139249877 ya.

photo content

photo content

KELAS CONTENT / MENULIS DI MEDIA SOSIAL, BACA POSTING INI YA.