ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 350 подписчиков, занимая 285 место в категории Маркетинг и PR и 911 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 350 подписчиков.

Согласно последним данным от 17 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -383, а за последние 24 часа — -20, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.97%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 898 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 18 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 350
Подписчики
-2024 часа
-997 дней
-38330 день
Архив постов
Macam mana tempat masing-masing? Berapa penjuru gais?

Undi manjah 3; Sekiranya wanita diangkat sebagai Perdana Menteri, siapa pilihan anda wahai nurtizen?
Anonymous voting

Pentingnya tak peduli, tak hirau dan tak kisah dengan apa sahaja kata negatif kepada kita. Ingat ini, mereka bercakap kepada kita sekali, mungkin sekadar 4 saat, 10 saat mereka marah, benci dan kutuk kita, dan kita pula pergi stress sampai 10 jam! Itu salah gais! Mari kita betulkan. 1. Saat kena marah, kena keji, tarik nafas sekitar 10 saat dalam-dalam, dan hembus perlahan-lahan sekitar 10 saat juga. - ia memberi oksigen dan menambah lega. 2. Kemudian beredar dan ambil air sejuk segelas. Minum perlahan-lahan sehingga habis. 3. Jika ia hal kerja, maka teruskan kerja tanpa pergi bersembang dengan sesiapa. Jika kalian mula buka mulut, kebarangkalian kalian nak buka cerita dimarahi akan membawa kepada mengumpat dan mengeji orang itu pula. Ia tetap berdosa. 4. Jika ia bukan tentang kerja, hal keluarga atau sesama rakan, terus hantar mesej mohon maaf atau bangun dan berdepan dengannya dan cakap dihadapannya "aku minta maaf." - jika kalian boleh lakukan kurang dari 30 minit dari jarak dia memarahi anda, maka anda seorang yang sangat kuat. 5. Fokus kepada diri sendiri. Ambillah masa untuk sentap sekejap. Mungkin 2 minit, mungkin 10 minit namun tak boleh lebih 30 minit. Ia memudaratkan kesihatan dan membuat kita sakit kepala, stress dan kemurungan. 6. Pandang jam, jika nak sedih 2 minit maka habis sahaja 2 minit terus off dan bangun buat benda lain. Abaikan segala cakap-cakap tersebut dan terus buat benda baik. 7. Buatkan dia minuman, belikan dia makanan, teruskan buat baik walau dia masih nak cari pasal. Dia juga punya hati dan suatu hari dia akan berfikir banyaknya salah dia buat. Allah menyayangi orang yang berbuat baik. - sambil itu berdoa juga supaya dia diberikan petunjuk tentang perangainya yang menjengkelkan itu. 8. Sebelum kita tidur setiap malam, kita cakap kepada diri, cakap kepada Allah begini "Ya Allah, aku ini lemah, aku dihina siang tadi oleh (sebut nama orang itu), namun aku kena kuat Ya Allah. Aku maafkan dia atas apa yang dia lakukan kepada aku. Aku mohon pertolonganMu pada hari esok, jika kemarahan dia baik untukku, maka perelokkanlah kata-katanya kepadaku, jika ia tidak baik untukku, maka Engkau perbaikilah lisannya kepada ku dan kepada orang lain yang dia sakiti Ya Allah." Cubalah kawan-kawan, Kita ada kudrat, kita lawan dengan kebaikan. Tak ada kudrat, maka kita berundur dan carilah tempat lain. Ada antara kita tak boleh ke mana-mana dan terpaksa tahan telinga kerana tak tahu nak cari pekerjaan di mana lagi pada waktu sekarang, namun pulang ke rumah dengan kemurungan dan kesakitan mendalam. Kena hina, kena maki, kena marah setiap hari. Maka berdoalah jangan berhenti. Buatlah baik dan tegapkan hati. Pasti Allah bantu kemudian hari. Semoga kalian semua dilindungi Allah. Amin. Khairul Hakimin Muhammad, Ujian hebat untuk orang hebat.

Undi-undi manjah Siapa PM wajah muda yang anda inginkan sebenar-benarnya?
Anonymous voting

Nak murah rezeki tahap tinggi. ikut tips ini: 1. Belajar tatkala orang lain sedang tidur. 2. Buat keputusan tepat disaat orang lain sedang bertangguh-tangguh. 3. Buat simpanan disaat orang lain sibuknya berbelanja dan membazir. 4. Bangun dan terus bantu orang yang nampak susahnya depan mata berbanding orang lain yang hanya melihat dan merungut. 5. Buat perancangan dengan sabar dan tersusun disaat orang lain duduk diam dan sangkut teruk dengan kehidupan yang kompleks. 6. Terus konsisten berusaha walau berbagai ujian melanda walau disaat kawan dan teman rapat terpaksa blah dan tinggalkan perjuangan bisnes kita. 7. Belajar perkara baru setiap hari tanpa segan silu disaat orang sekeliling malas pergi kelas malas masuk bengkel dan sebagainya. 8. Lebih banyak mendengar, observe dan survey berbanding orang lain duk sembang sembang sembang pumpang pumpang namun haram tak belajar dan tak tahu apa yang dicakapkan. 9. Kerja keras di saat orang lain sudah pulang berehat dan tidur. 10. Bersedekah walau itulah yang ada di dalam dompet disaat orang lain masih utamakan berbelanja walau diri sendiri sengkek dan penuh hutang. Kemudian, lihatlah hasilnya. Kalian akan terpegun dengan banyaknya hadiah dari Tuhan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus belajar!

Undi undi manjahhhhh; Siapa akan menang PRU15?
Anonymous voting

photo content
+2

Inilah sebabnya kita patut pulun beli E-book "Personal Branding". Harga hanya RM99 sahaja. Harga asal RM199 okeh. Bermacam-macam tips, kaedah ada belaka di dalamnya. Saya print screen sikit #introduction kepada ebook tersebut. Ini adalah beberapa muka surat sahaja dari 105 muka keseluruhannya. Saya kupas bagaimana dengan adanya pengikut dapat membantu bina jenama, perniagaan dan mendapat titiknkepercayaan orang ramai. Tengok gambar dan baca ya. Personal Branding : How To Start. Dapatkan ebook ini sekarang ya. https://onecookies.onpay.my/order/form/31

Beli laptop atau telefon baru, tak salah. Nak guna yang lama pun tak salah. Itu hak masing-masing, bab harga sama dengan umrah atau deposit rumah, semuanya sendiri punya keputusan. Namun, ada kegunaan laptop dan telefon untuk jadikan kalian jutawan, buktikan yang beli telefon atau laptop berharga RM6,000, boleh jana RM1,000,000 setahun. Ini yang kita boleh buat: 1. Tulis #content bermanfaat, 1 atau 2 penulisan yang educate orang, inspire orang, dapat lebih 100 share sehari. 100 share, boleh kot dapat 50-70 peningkatan follower sehari. 70 follower x 365 hari setahun = 25,550 follower setahun. 2. Susun posting iklan sekali sehari. Jika produk kalian itu berharga RM79.90, sehari kalian boleh jual 35 unit sahaja, maka RM79.90 x 35 unit = RM2,796.50 sehari RM2,796.50 x 365 hari setahun = RM1,020,722.50 3. Bagaimana nak capai jualan 35 unit sehari? Buat ini: - susun content penerangan produk. - buat iklan soft sell - buat iklan hard sell - contest - review produk - hype dan gimik - bayar ads Dan kalian pun jadi jutawan. * Cara kerja, beza. Cara fikir, beza. Masa jadi tak tentu, boleh jadi siang kalian pergi kelas (kalau kalian student), atau uruskan rumah (kalau kalian suri rumah) atau kalian kerja, nak jadikan ini sebagai part time, kalian hanya perlu susunkan posting ikut timing sahaja. 10 pagi - crowd 12 tengah hari - iklan 3 petang - crowd atau side. Settle! Sedangkan ada suri rumah boleh jana jualan sampai RM6,000 sehari, inikan kalian yang ada otak emas dan cergas, pasti lebih boleh! Kita kawal diri kita, guna media sosial untuk bikin sesuatu, bukan merugikan diri sendiri okey! Dah kaya, bawa keluarga emak ayah tunai umrah. Buktikan beli telefon harga RM6,000 boleh jana RM6,000,000! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau nak seribu daya. Nak tips lagi, klik sini: https://t.me/ContentKHM

Emak ayah nak kita berjaya, Doktor nak kita sihat, Cikgu nak kita pandai, Nutritionist nak kita langsing, Ustaz nak kita tenang, Fitness trainer nak kita fit, Cef nak kita makan, Polis nak kita ikut peraturan, Peniaga nak kita membeli, Pasangan nak kita membahagiakan, Anak nak kita sentiasa bersama. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam nak kita sentiasa bertaqwa, Allah nak kita jauhi perkara mungkar dan sentiasa berbuat baik. Dan kita hanya ada 1 perkara sahaja untuk dibuat iaitu pegang tanggungjawab. Apabila ada perkataan itu kepada diri, semua benda akan jadi cantik setiap hari. Tanggungjawab kepada emak ayah, Allah, Nabi, atau kepada sesiapa. Maka kita akan hidup akan damai. Hilang perkataan itu dalam diri, bangun tidur pun malas, solat pun lambat, disiplin takkan ada. Tak suka ikut peraturan, tak gemar emak ayah nasihat, rasa diri betul, perasan diri besar dan sebagainya. Sungguhlah, kita yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada diri kita. Seperti dalam firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka". Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar bertanggungjawab.

Jaga "content circle" kalian di media sosial. Itu yang akan ubah cara kalian berfikir: 1. Content circle ialah apa yang kalian lihat hari-hari. Ia bukan orang, bukan kawan, bukan sesiapa. Ia pengisian. 2. Jika setiap hari kalian consistent melihat, membaca, mencari (search) perkara baik, cari hashtag, tag perkataan baik, cerita baik, maka kalian akan dapat benda baik. 3. Jika setiap hari kalian consistent menonton, melihat, membaca, mencari (search) perkara tak baik, cari hashtag, tag perkataan tak baik, cerita tak baik, maka kalian akan dapat benda tak baik. 4. 53% anak muda berumur 11-24 tahun melihat porno setiap hari melalui media sosial (twitter terutamanya). Mereka mencari menggunakan perkataan-perkataan. Ia termasuk perlakuan / aktiviti seks sejenis. 5. Menonton porno akan mengakibatkan kurangnya hormat kepada gender berlawanan, merosak hati dan menjauhkan rasa malu. Website porno sentiasa berada dalam top 10 pencarian google setiap tahun. 6. Apa yang anda cari di media sosial akan membentuk pemikiran anda. Ia bukan sahaja perkara porno, namun banyak lagi perkara kejahatan seperti kerapnya membaca hal pergaduhan, permusuhan, sindiran dan sebagainya. 7. Perbanyakkan mendengar, melihat, menonton, membaca hal yang mengisi hati. Ia akan mengubah cara kita bertindak di media sosial. Kita akan lebih rasional, tenang melihat berita dan sentiasa relaks mendapat hal viral dan menapisnya. 8. Katakan tidak kepada content negatif adalah sebuah usaha menjaga pemikiran, menjaga hati dan mahu kehidupan yang aman. 9. Katakan tidak kepada diri sendiri untuk menghalang diri dari melihat perkara mungkar di media sosial adalah perjuangan besar membentuk diri sendiri. 10. Nak murah rezeki, sentiasa tonton, baca dan dengar perkara baik. Nak hidup hati tenang, cari content yang dapat lindung diri dari buat jahat. Telefon bimbit adalah penghubung kepada "content" yang kita lihat, cari, tengok, tonton, baca, sembang dan dengar. Jika "circle" yang ini tak dijaga, sedang kita nak jadi baik, maka kita tetap akan terjerumus ke dalam lembah hina tersebut. Boleh jadi kita tak sedar, hanyut dalam kebencian orang, hati-hati dan masih ada masa untuk berubah. Jadikan telefon sebagai penyumbang pahala, bukan dosa di saat sendirian. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Katakan tidak kepada content perosak.

Bagaimana Puan F berjaya buat jualan RM1,000,000 setahun hanya menjadi dropship, ejen, pengedar produk orang? 1. Beliau setkan WAJIB dapat jualan minima RM2,740 sehari. RM2,740 x 365 hari setahun = RM1,000,100. 2. Beliau susun #content. Ini yang beliau buat: Isnin: Family, Iklan periuk, family. Selasa: Masak, iklan ebook, family. Rabu: anak, iklan produk, renungan, iklan kosmetik, anak. Khamis: family, iklan periuk, family. Jumaat: masak, iklan ebook, family. Sabtu: masak, iklan periuk, makan luar. Ahad: masak, iklan produk, iklan kosmetik, jalan-jalan. 3. Beliau berjaya memiliki 9,127 follower selepas 6 bulan hadir kelas saya pada bulan Mac tahun lepas. Kini follower beliau hampir 15,000 orang. Dan beliau terus susun semuanya dengan cukup berstrategi. 4. Hampir semua postingnya adalah #posting tersusun. Iaitu beliau tulis dahulu di Ms Word kemudian hanya susun ikut timing yang beliau kehendaki. Ia kerana beliau perlu urus anak, makan minum, kemas sana sini di dalam rumah. 5. Beliau sentiasa hadir kelas online saya untuk tambah dan terus baiki mana yang silap. Hanya sekali hadir masterclass di Bangi. Setiap kali live, beliau memang akan bertanya banyak perkara. Hari ini, jualan beliau sudah mencecah RM1,000,000. Dan saya bangga dengan beliau. Katanya, purata keuntungan bersih ialah 28%. Bermaksud setahun beliau dapat cash sebanyak RM280,000. Itu kalau dibahagikan dengan 12 bulan, ianya berjumlah RM23,333 sebulan. Mungkin lebih tinggi dari gaji seorang pengurus. Kawan-kawan, Allah bantu orang yang berusaha. Beliau ini antara contoh besar orang yang fokus dan buat betul-betul di media sosial. Ada orang main-main dan tak peduli sangat. Beliau, buat sampai jadi dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Tahniah Puan F. Dan terima kasih beri keizinan untuk saya tulis di sini. Nak reveal siapa dia, bahaya. Nanti ada lembaga kejar. Haha. Begitulah kisah pagi ini. Semoga memberi inspirasi. Khairul Hakimin Muhammad, Biar kecil asal menjadi. Dapatkan ebook Personal Branding di sini segera https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb

Jika kita dalam kesulitan, ingat 2 perkara ini: 1. "Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12) 2. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah) * Dengan kata mudahnya, kita dalam kesusahan, kegusaran, kegelisahan, kesukaran, istighfarlah sebanyak-banyaknya. Bangun pagi, selepas setiap solat, semasa pergi kerja (tutup radio semua), sampai di tempat kerja, dah duduk di kerusi, mula kerja, balik kerja, masuk rumah, sebelum tidur, semuanya kita beristighfar. Akan ada jalan keluar, akan ada rezeki yang mencurah. Itu janji Allah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Istighfar.

Nak murah rezeki, 1. Banyak-banyak melawak dengan emak ayah, lagi banyak mereka senyum dan gembira, gembira juga berkat dan syafaat untuk kita. 2. Menggembirakan emak ayah seperti menyentuh, memeluk, bersalam apabila berjumpa dan nak ke mana-mana adalah sebuah istimewa buat mereka. Tanda anak-anak sentiasa kenang dan ingat. 3. Kerap telefon bertanya khabar, sekadar bersembang kosong dan bercakap. Ibu dan ayah biasanya memang rindu suara anak-anak walau mereka sudah dewasa. 4. Tak perlu cerita masalah kita kepada mereka, hanya khabarkan perkara gembira dan bahagia, sedetik mereka gelisah boleh jadi ia akan membawa susah. 5. Banyak-banyak berdoa supaya mereka berdua diampuni Allah segala dosa, disantuni Allah dari segala serba serbi kehidupan dan menjaga mereka dengan sebaik-baik jagaan seperti kita masih kecil dulu. 6. Banyak-banyak pandang wajah mereka, semasa bercakap semasa mereka bercakap, itu semua pahala. 7. Semasa bersama mereka, kurang bermain telefon. Huhu itu akan menjejaskan emosi mereka kerana setiap anak-anak yang ada di hadapan mata adalah untuk mereka berbual, bertanya itu ini dan mereka mahu anak-anak juga melayan perbualan mereka. 8. Jika ada kerosakan di rumah mereka, baiki segera. 9. Pasang air tapis, mudahkan urusan mereka seharian. Memberi orang tua minuman memang pahala besar. 10. Tak perlu tunggu emak ayah pesan untuk balik kemas rumah atau jika sudah ada di kampung, lekas bangun pagi siapkan sarapan, kemas dapur dan buatlah untuk mereka rehat semasa kita pulang. Waktu kita kecil dahulu itulah kerja emak melayan kita, kini kita pula membalasnya. Kadang-kadang, kita tak sedar, kita selalu menyusahkan orang tua, oleh sebab itu rezeki kita kacau bilau. Banyak-banyak mempermudahkan, Allah akan buka pintu gerbang sebesar-besarnya untuk rezeki masuk ke rumah kita. Ingat kawan-kawan, menggembirakan emak ayah adalah menggembirakan Tuhan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menyayangi.

Emak ayah adalah perkara yang “percuma” sahaja kita dapat. Dan itu antara hal yang kita sering terlepas pandang. Nak cakap, lupa mereka senang berkecil hati. Nak luah, tak perasan mereka boleh kecewa dengan mudah. Lama tak balik, tak perasan mereka rindu bau kita, wajah kita, suara kita, Lama tak telefon, tak teringat kerja banyak sangat. Benar, benda percuma, manalah kita nak hargai beriya. Lainlah kereta mahal, rumah besar. Semua pasang sekuriti tahap tinggi. Takut hilang, takut sana sini. Yang percuma begitu, siapalah yang terfikir akan jadi itu ini. Kan? Begitulah kawan-kawan, merungut rezeki kecil, tak masuk sana sini, namun kita lupa, yang percuma pun kita tak peduli, takkanlah Allah nak beri yang mahal-mahal dengan mudah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 😢

Kita buka penyertaan kelas Oktober! RM65 sahaja! Daftar sini sekarang https://onecookies.onpay.my/order/form/kcp-oct

photo content
+1

Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini: 1. Tidak tidur selepas solat subuh. Lebih baik melakukan aktiviti lain seperti zikir, bersenam, membaca, mengaji, Al-mathurat dan sebagainya. 2. Minum satu atau dua gelas air masak. Ia akan menyegarkan badan dan membersihkan perut, melawas dan melancarkan usus. Semua ini akan berkait dengan cara berfikir. Oksigen bagus, badan cergas, minda pun cerdas! 3. Tetapkan diri mahu melakukan apa. Sediakan perancangan harian untuk buat semua benda pada hari tersebut. Duduk sekejap melihat diari dan berdoa semoga urusan hari itu dimudahkan Allah. 4. Keluar rumah dengan doa akan kembali ke rumah dalam keadaan baik seperti pada keluar awal pagi. 5. Biasakan diri bersarapan. Makanlah walau sedikit. Ia tanda kesyukuran rumah masih ada makanan. Ucaplah alhamdulillah sebanyak mungkin. * Jika boleh, mandi sebelum masuk waktu subuh. Ia akan beri kita kebersihan diri, keselesaan beribadah. Kita tentukan bagaimana hidup kita pada hari tersebut. Jika ada ujian, hadap dengan hemah. Matangnya kita adalah apabila kita sambut dan sahut ujian itu dengan ketenangan. Semua itu kita yang tentukan bagaimana kita nak berfikir dan bertindak. Kita yang kawal semuanya. Yang tak boleh kita kawal ialah rezeki kita, namun kita boleh cari dan minta kepada Allah. Yang tak boleh kita kawal ialah kematian kita, itu kita boleh mohon semoga ia berakhir dengan sebaik-baik kematian. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat.

Saya tak ada tulis tentang mereka ini di ebook Personal Branding saya. Cuma saya kenali waktu mereka belum ada apa-apa. Semua bermula dari kosong dan berusaha belajar sesuatu untuk mereka bangunkan diri di media sosial. Alhamdulillah, saya ada testimoni kejayaan begini dah cukup buat saya rasa puas mengajar tentang dunia content dan personal branding. Bukan mudah namun ia boleh dibuat. Syukur alhamdulillah. Dalam kelas kami tiada disuruh buat gimik. Juga tiada bad marketing atau stupid marketing atau apa-apa sahaja yang berlanggar dengan syariah. Langsung tiada. Ia solid tentang content bagus-bagus di media sosial. Kita boleh lihat bagaimana setiap seorang yang ada di situ ada topik mereka yang tersendiri. Kemudian mereka bijak menggunakan platform mengikut kehendak platform itu sendiri. Bukan dengan 1 content terpaksa pergi guna di semua platform. Ia berbeza-beza mengikut features platform tersebut. Kawan-kawan, Saya ceritakan tentang personal branding ini di Ebook terbaharu saya, Personal Branding - How To Start. Hanya RM99, kalian boleh fahami dan didik hati bagaimana nak bangunkan diri sendiri di media sosial tanpa usik sesiapa. Tanpa guna sesiapa juga tanpa memperbodohkan sesiapa. Kita bangunkan content sendiri dengan apa yang ada di tangan kita. Barulah branding diri tercipta. Klik sini ya, hingga hujung bulan ini sahaja harganya RM99. Bermula 1hb November, ia kembali ke harga asal RM199. https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb https://onecookies.onpay.my/order/form/plepb