ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 291 подписчиков, занимая 285 место в категории Маркетинг и PR и 907 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 291 подписчиков.

Согласно последним данным от 21 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -382, а за последние 24 часа — -14, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 8.91%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.02% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 0 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 734 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 22 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 291
Подписчики
-1424 часа
-967 дней
-38230 день
Архив постов
Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. Hanya bangunkan posting di personal account sahaja. Semuanya menggunakan #content yang dibina dengan strategi berkesan. 10.00 pagi - Posting crowd. Susun dan rancang status yang orang akan klik butang share. Lalu dia sentiasa dapat follower baru setiap hari. Kadang dapat 20 orang, ada masa jika postingnya viral, dia akan dapat 200-400 orang 1 malam. 1.00 tengah hari - up iklan. Terus sahaja hard sell. Tak ada serabut nak buat ayat simpang siur selekoh sana sini. Direct sahaja menjual. Apabila crowd sudah naik, ikan sedang berkumpul, maka tebarlah jala. Kadang boleh dalam 1 orang klien, ada masa dapat lebih 10 orang hanya guna 1 posting sehari sahaja! Kemudian sekitar jam 5, up pula posting side. Sekadar nak beri engagement sahaja kepada wall sendiri. Selesai 3 posting sehari. 3 posting sehari kali 365 hari setahun, dapat 1,095 posting setahun. Dan dari sebanyak itu posting setahun, dapat sales RM1juta. Ianya bermula dari membina posting yang berkesan menggunakan content yang betul. Kita nak, kita buat betul-betul. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tahu dengan lebih lanjut, daftar ke webinar ini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Nak guna FbAds atau tak terpulang kepada kita. Ada orang kata FBads sangat slow sekarang, kena fokus ke tempat lain. Ada juga kata personal account pun gitu gini. Namun, ia tak berlaku kepada banyaknya syarikat kawan-kawan kami. Khairul Nidzam masih menggunakan FBAds dan ia menjadi punya power, sampai cecah 500k jualan beberapa jam sahaja. Hafizul Hakim relaks guna personal akaun, dan berjaya buat sales 5-6 angka dalam 1 minggu gitu je. 2-2 orang ini, guna content. Namun di medan berbeza. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Boring betul kalau ada kawan yang taksub pada 1-1 hal kemudian kata hal lain itu salah. Raikan kepelbagaian, semua ilmu boleh guna pada waktunya.

Hidup ini semua berkait. Ia tak mungkin sendiri dan bersifat tunggal. Lidah berkait dengan akal. Akal berkait dengan hati. Hati berkait dengan perut. Perut berkait dengan mulut. Semuanya ada sahaja kaitannya. Mula hari ini pastikan setiap kaitan itu sebaik-baik perkara. Nak bercakap (mulut) akan cerminkan otak dan hati. Nak makan (mulut) akan cerminkan tubuh dan perut. Nak rajin berbuat (tangan kaki) akan cerminkan akal dan hati. Kita sendiri nilai ke mana tubuh kita itu pergi setiap hari. Jika hati tak berhenti marah, gelisah, resah, kecewa, maka ubatnya ialah bermula dari mulut. Zikir sebanyak-banyaknya. Tenang dan relaks untuk dibawa ke hati. Jika kita ini lekas benar tak boleh terima pendapat orang, cepat betul melenting dan sebagainya, cuba-cuba berpuasa. Nampak seperti tiada kaitan, namun orang berpuasa biasanya sabarnya tinggi. Kawan-kawan, Kita sendiri boleh semak diri kita. Apa tubuh kita buat, apa organ yang berfikir dan apa isi badan kita lakukan setiap hari. Kereta tak boleh bergerak jika ia hanya ada enjin. Ia mesti ada tayar, ada pintu, ada stering bagai. Sama juga kita. Jika kita nak sampai ke destinasi dengan baik, maka semua elemen dari kepala hingga kaki, dari mata hingga jiwa semua kena sebaik-baik keadaan. Barulah kita dapat melintasi titian siratulmustaqim dengan selaju-lajunya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pesanan untuk diri sendiri juga.

Tingkatkan income kalian melalui media sosial bermula RM1,000. Webinar ini sesuai untuk kalian susun strategi bagaimana nak b
Tingkatkan income kalian melalui media sosial bermula RM1,000. Webinar ini sesuai untuk kalian susun strategi bagaimana nak bina empayar sendiri dan raih pendapatan lumayan dengan bermain media sosial. Segalanya akan dikongsikan selama sehari pada Isnin hadapan. Kalian sertai dan jika tak berkesempatan, video rakaman akan disiarkan melalui group support. Lekas, daftar segera. Tekan link di bawah ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Awal waktu semasa sedang seronok mengambil kelas-kelas bisnes berbayar dalam 9-10 tahun lepas, saya ada sertai bengkel 2 hari 1 malam di sebuah resort. Bengkel ini di pendalaman Pahang, line telefon pun tak ada. Ada banyak aktiviti, boleh kata 80% adalah luar kelas. Yang selebihnya baru di surau dan dalam dewan. Dalam banyak-banyak modul, ada satu yang dipertikai iaitu: “Usaha dulu, baru doa.” Sala seorang peserta pertahankan kata, “Allah dulu, baru usaha.” Ustaz itu tenang sahaja. Dia senyum. Dia minta peserta itu bangun dan terangkan. Peserta itu pun cakap dengan ustaz itu, “jika saya bangun, saya tidak menghormati ustaz”. Ustaz sedang duduk (kami duduk di bawah - lantai) waktu itu. Jadi, peserta itu hanya mengubah posisi dari duduk bersila ke cara duduk antara dua sujud. Peserta itu cakap, “Ustaz, mak saya bukan orang pandai. Namun dia selalu cakap apa sahaja yang kita buat, letaklah Allah di hadapan. Kemudian buatlah sehabis baik. Doa ini senjata ustaz, bukan usaha. Senjata kita kena pegang kuat, mahir dan betul-betul boleh guna, manakala usaha itu pula adalah kemahiran, belajar dan bersungguh dalam peperangan itu. Jadi ustaz, saya minta maaf sangat, saya tak dapat nak setuju tentang usaha dulu baru doa. Doa adalah meletakkan Tuhan itu di hadapan sebelum, semasa dan selepas mengerjakan sesuatu kebaikan. Jadi kena doa dulu.” Ustaz itu senyum. Katanya, benar tak ada salahnya. “Nak doa dulu, bagus, nak usaha dulu pun bagus. Cuma saya suka sangat ayat letak Tuhan di hadapan untuk semua benda kebaikan itu.” Kami bersurai. Waktu makan, saya berusaha nak duduk sekali dengan peserta tadi. Saya tanya dia buat bisnes apa. Kahkah, baru nak berkenalan. Katanya hanya jual tudung (dari Thailand) sahaja. Namun, dengan letak Allah itu sentiasa ada di hadapannya, maka dia punya jualan (pada waktu itu) sekitar RM25,000-35,000 sebulan. Dia pesan kepada kami, “Jika kita sentiasa ada Allah, Allah juga sentiasa bersama kita. Dan sebab itulah tak boleh berhenti berdoa tentang rezeki, kebaikan dan keberkatan berniaga kita semua.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Alumni Bengkel Bisnes Sesudah Subuh 2011.

Anak-anak punya favourite gais! German Cookies ini dibuat dari tepung kentang. Rangup dan lazaaat. Hanya RM27.90 sahaja gais!
Anak-anak punya favourite gais! German Cookies ini dibuat dari tepung kentang. Rangup dan lazaaat. Hanya RM27.90 sahaja gais! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Awal dulu semasa saya bermula membina kredibiliti di Facebook, saya buang semua hal yang ada kaitan dengan produk dan perkhidmatan di paparan view profile. Selepas itu, saya susun semua nilai kehidupan di cover picture, profile picture dan bio. Barulah saya bina content. Apabila posting saya viral, perkara pertama untuk orang lain nak klik butang follow kepada profile saya ialah melihat dahulu profilenya. Jika banyak nilai-nilai menjual, pasti orang akan berundur. Rugi besar. Bangunkan diri, lifestyle dan content. Profile juga mesti ada nilai sosial media. Apabila sudah dikenali (sekurang-kurangnya ada 25,000 pengikut), barulah saya up nilai RM tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jom reset media sosial kalian sebelum Tahun 2022 ini. Daftar ke webinar ini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Sekitar 7-8 tahun lepas, waktu itu saya masih aktif menyediakan kelas brownies, datang 3-4 orang peserta yang memang dari dunia bakeri. Untuk kali pertama jumpa, saya dikejutkan dengan tak habis-habis mereka bercerita tentang baker ini begitu, baker yang ini begini. Saya diamkan sahaja malas melayan. Boleh dikatakan, kelas berlangsung dengan sesi mengumpat tahap tinggi. Ada sahaja yang diceritakan. Semua orang ini saya terpaksalah add ke dalam ruang friend Facebook saya. Takdir Tuhan, selang beberapa minggu, baker-baker yang diburukkan itu pula datang belajar. Dan mereka ini fokus benar. Boleh kata itulah kelas agung yang saya idam-idamkan. Soalan, jawapan kepada masalah baking semua kami bincang baik-baik. Malah mereka siap beri contoh baker yang itu yang ini punya kelebihan tersendiri termasuk yang mengutuk mereka pun dipuji-puji. Semalam, saya terfikir nak lihat profile-profile orang ini. Yang kaki kutuk, sekarang dah pun tutup bisnes baking. Dah jadi dropshipper macam-macam produk. Manakala kumpulan yang ok itu, itu dia semakin ok. Siap sudah buka studio dan bakeri. Saya fikir, orang bisnes kena ada minda begini. Iya, ada masalah, namun tetap kena fokus kepada bisnes. Kadang-kadang sebab terlalu sibuk tengok masalah orang, sampai tak perasan diri sendiri pun buruk macam-macam. Sampai tak perasan nak repair bagai. Burukkan orang ini sebuah tragedi hati yang besar. Dan semestinya Tuhan kembalikan segala yang buruk itu kepada kita. Sama sahaja kawan, kau fikir baik, cerita benda baik dan fokus perkara kebaikan, maka kebaikan juga yang Allah pulangkan kepada kalian. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pernah pegang title Bapa Brownies Kebangsaan.

Masih ada stok gaisss. Dahlah susah dapat, time ada stok inilah kena berebut. Lekasss. Hanya RM19.90 sahaja! Klik sini ya: ht
Masih ada stok gaisss. Dahlah susah dapat, time ada stok inilah kena berebut. Lekasss. Hanya RM19.90 sahaja! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Rasa seronok benar apabila kita semua sekarang berkumpul dalam sebuah group Whatsapp. Rata-rata kita semua akan ada beberapa group yang memberi nilai berbeza. 1. Group keluarga sendiri. Group ini kita tak segan sangat nak bersembang kerana semua itu adalah adik beradik dan emak abah kita. 2. Group keluarga orang rumah. Yang ini sebagai ipar duai, kita biasanya suka baca sahaja. Nak komen beriya segan ya amat. Hihi. 3. Group keluarga besar sebelah ayah. Biasanya di dalam ini ada pakcik makcik kita, sepupu-sepupu kita dan semua anak-anak saudara. Di sini macam-macam berita, kisah, serta update kesihatan keluarga dan iklan pun ada. Kahkahkah. 4. Group keluarga besar sebelah mentua. Dan macam-macam group lagi. Apabila kita dah bersama dalam 1 group besar, kita semua rasa semua orang ini boleh terima apa sahaja hantaran kita. Di dalam itu ada pakcik makcik kita yang sama macam kita membaca apa sahaja yang kita tulis. Kawan-kawan semua, oleh kerana adanya orang yang lebih tua, dan dalam hal-hal keluarga ini, ambillah jalan yang kena kerja sedikit berbanding sekadar melepaskannya begitu sahaja di medan group tersebut. Contohnya bab menjemput hadir perkahwinan. Dengan sepupu sepapat bolehlah nak kasi paste sahaja gambar kad jemputan, namun dengan pakcik makcik, kasilah telefon sepatah dua kata. Kita ini hidup dengan kebaikan mereka semasa kecil, apabila dah besar, teknologi semakin pesat, kita berharap mereka yang sudah berumur ini faham seperti mana yang kita faham. Tidak kawan. Mereka akan rasa sedikit kecewa. Orang lama, jemputan hadir kenduri merupakan sebuah adab dalam adat yang cukup besar. Memang iya, ia semakin dilupakan. Namun selagi adanya pakcik makcik kita yang semakin berusia ini, santunilah dengan sebaiknya. Tolonglah tidak main letak dan buat ayat di dalam group whatsapp. Di group itu, kita bersembang, update sana sini, merapatkan ahli keluarga. Namun bab adab dan menghormati ibu bapa, pakcik makcik, tetap kita kena dahulukan. Mereka adik beradik kepada ibu bapa kita. Yang semasa kita kecil, mereka ini yang sama bergembira apabila kita lahir. Dukung kita, cium dan peluk kita sepuasnya. Entah-entah, doa mereka juga yang sering bersama kita. Jadi, kita balaslah dengan sedikit hormat sesekali sekala untuk kenduri kendara. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Teguran untuk saya juga.

Jom reset media sosial kalian dan temui peluang jana pendapatan bermula dari RM1,000 sehingga jutaan ringgit! Webinar ini aka
Jom reset media sosial kalian dan temui peluang jana pendapatan bermula dari RM1,000 sehingga jutaan ringgit! Webinar ini akan dedahkan segala-galanya idea dan persiapan luar biasa untuk kalian ubah kehidupan Tahun 2022 nanti. Lekas, daftar segera! Seat terhad ya amat: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Lalu semua jadi diam dan tersipu sendiri. Hari semalam, kita mungkin jadi orang paling hebat untuk dunia. Dan apabila kita sudah tidak berdaya, boleh jadi suara kita juga tenggelam dalam umur yang semakin menua. Namun kawan, tidaklah kita memandang yang bantah, bangkang itu serupa dengan benci dan hina. Mereka ini sekadar bangkang. Cuma yang kita perlu bezakan antara kita dengan mereka ialah adanya adab dan kita mendepani sopan dan santun. Dua benda ini jarang kita belajar di sekolah. Semua itu mesti bermula dari rumah. Jika adab dengan orang yang bercakap, kita tidak ajar dari kecil. Tidaklah kalian berharap sesudah menjadi ibu kepada anak-anak yang bijak, kalian akan rasa benda itu penting. Dan secara tak sedar, kalian masih berbuat begitu kepada orang yang lebih tua di hadapan semua orang. Kalian memalukan diri sendiri dengan umur kalian waktu itu. Pada masa itu, tidaklah kalian berharap segala jawatan yang kalian ada itu orang akan pandang tinggi. Tak payah. Jadi, guru manis tadi menyudahkan semuanya. Kata-kata sopan beliau mengatasi adab buruk. Dan ia sebuah kemenangan dalam hal-hal bangkang, bantah dan bahas. Ingat kawan, Di media sosial atau di mana sahaja, bangkang, bantah dan bahas kena lalui dengan sehemah mungkin. Itu akan jadi sebuah kewajaran untuk kalian dipandang tinggi oleh manusia, juga disayangi oleh Tuhan yang maha segala-galanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semanis cikgu. Muah.

Oleh kerana ghairah sangat nak mencari story, beberapa tahun lalu saya kerap menyelinap masuk ke mesyuarat PIBG sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi. Hanya sekadar nak dengar bagaimana ibu bapa ini berbincang tentang hal sekolah anak-anak. Waktu itu saya belum dikenali. Duduk sebelah orang sana sini tak ada yang kenal. Dalam banyak-banyak mesyuarat yang saya pergi, ada sebuah yang saya ingat bagaimana seorang guru ini kawal majlis supaya semuanya menang. Kisahnya seorang lelaki bangun, katanya anak beliau di sekian-sekian. Dan beliau memperkenalkan diri sebagai professor sekian-sekian. Prof ini memberi idea bagaimana wang yang diambil dari ibu bapa ini boleh digunakan sebagai medium pembangunan anak-anak disamping membuat aktiviti lawatan, ilmiah dah sebagainya. Saya antara yang suka dengan hujah Prof ini, katanya semasa belajar di Universiti luar negara, kaedah pembelajaran di dalam kelas memang memenatkan. Jadi, setiap kali guru mahu mengutip wang untuk aktiviti pelajar, eloklah dibuat dengan tersusun dan berstrategi, supaya perkara itu boleh digunakan lagi dan lagi. Contohnya membeli atau membina kayu-kayan untuk dibuat big-puzzle, membeli batu-bata atau kiub untuk dijadikan sebagai lego besar, atau menggunakan beberapa sudut padang sebagai taman ‘mind-games’ untuk anak-anak. Sekolah perlu ada semua aktiviti ini, bukan sekadar dalam kelas, kemudian buat Pendidikan Jasmani. Ianya mesti lebih terjurus ke arah pembangunan otak anak-anak. ia perlu dilaras dengan aktiviti tangan, kaki dan juga kepala. Sedang Prof itu bercakap, bangun seorang ibu. “Maaf, maaf. Saya Prof Dr **, Saya bukan tak setuju, tapi semua ini merepek. Ingat cikgu-cikgu ada masa ke nak fikir tentang semua ini? Mereka pun banyak kerja, sorryla Prof, saya bukan nak potong, tapi kita tak ada masa dengan cadangan begini, lambat habis lambatlah kita semua balik.” Gulp. Prof itu meminta maaf, dan terus duduk sahaja. Bangun pula seorang ibu lain, “Sepatutnya beri Prof tadi habis cakap dulu, itukan idea, buat tak buat itu cerita lain. Saya dengar, saya teruja, rasa nak buat di rumah.” Ibu yang mula-mula tadi bangun semula dan bantah lagi dengan keras. Kahkahkah. Gila. Kemudian, datanglah seorang guru dan kemudian mengambil microphone. “Bertenang semua ibu bapa yang penyayang. Yang baik, yang hebat dan yang cerdik pandai. Hari ini kita ada masa 1 hari nak dengar, nak sembang dan nak bincang tentang anak-anak kita semua. apalah sangat dengan 1 hari untuk hari ini berbanding kalian sudah ada 364 hari dengan keluarga, dengan pejabat, dengan duit dan dengan percutian kalian. Kita sudah beri borang dari awal, sudah semuanya letak nama. Jadi kita salinglah menghormati antara satu sama lain. Mesyuarat sehari ini untuk masa depan anak-anak yang akan hidup lagi 30-100 tahun lagi. Kita mungkin tak sampai waktu itu.” Wah, sukanya saya dapat dengar ayat-ayat ini. Guru tadi menyerahkan kembali microphone tersebut kepada Prof tadi. Prof itu bangun kembali dan bercerita semula semuanya. Kawan-kawan yang baik, Saya rakam suara mereka ini untuk saya dengar semula. Jika semua ini divideo dan dimasukkan ke dalam media sosial, ibu garang tadi pastinya akan dapat malu, manakala Prof itu pula diangkat-angkat setinggi Gunung Kinabalu. Itulah media sosial. Saya melihat kejadian ini untuk saya belajar. Saya pernah jadi ibu garang tersebut dalam beberapa mesyuarat. Malas nak dengar, malas nak sembang, saya nak kerja saya segera dilunas dan mahu pulang ke rumah. Akibatnya, saya menyesal sendiri. Hari ini, saya bakal jadi orang yang akan bangun untuk sembang pengalaman dan perkara yang saya tahu. Jadi mungkin Tuhan hantar kepada saya orang yang akan bangkang depan-depan wajah saya. Dan waktu itu saya kena putuskan mahu teruskan atau mahu merajuk terus memeluk diri sendiri yang sudah buruk, tua dan tidak diperlukan lagi. Elok Tuhan hantarkan guru yang manis tersebut. Manis itu diluah dengan lembutnya Bahasa yang beliau gunakan.

Awal pagi itu hari semasa dalam perjalanan ke Mentakab, saya duk dengar Sinar Fm. Ada yang saya kagumi lagi hormati, Dato Dr. Haji Fadhilah Kamsah (DMFK) bersama dengan para deejay. Selang seli mereka bersembang, ada satu panggilan dari seorang wanita. Beliau berkata yang hidupnya stress kerana perangai ayahnya sendiri. Ayah sudah terbaring, sakit dan beliau bersama adik dan keluarga menguruskan ayahnya. Namun ada seperkara lagi yang beliau tak tahan, iaitu ayahnya suka marah-marah dan memaki beliau. Nak uruskan najis, makan pakai, semuanya beliau buat, namun bersama dengan suara bingit ayah yang marah itu ini. Beliau stress. Kerja lebih 3 jam sehari berhadapan dengan trafik jem, balik rumah perlu uruskan anak dan ayahnya juga. Beliau menangis meminta bantuan sedikit pesanan, nasihat dan kata-kata hikmah dari DMFK. Saya bersetuju dengan DMFK apabila kita sebagai seorang anak, kena tahan dengan perangai ayah. Dan kita sebagai anak, kena berusaha untuk ayah solat, kerana solat itulah yang menghalang ayah berperangai yang bukan-bukan. Saya gembira DMFK memberi nasihat begitu. Dan saya juga terfikir, kita selalu memandang kepada masalah. Kita tak mahu melihat diri kita sendiri. Dalam hal ini, saya belajar dari kawan baik saya sendiri yang menguruskan ayahnya juga. Hampir sama. Beliau sampai ke tahap berhenti kerja dan buka kedai beger di hadapan rumahnya hanya kerana nak jaga ayah. Emak dah lama meninggal dunia. Isteri dan 3 anak beliau, duduk bersama. Oleh kerana adik beradik lain tak tahan dengan perangai ayah yang tak sabar kerana nak urus najis, nak urus makan pakai, maka semua adik beradik tak mahu jaga ayah. Jadi dialah yang bantu. Dia sediakan bilik utama (master bed room) untuk ayahnya kerana ayah memerlukan tandas sendiri. Isterinya akur sahaja. Saya pernah pergi beraya ke rumahnya dan dengar sendiri ayahnya maki hamun anaknya ini (kawan saya ini) dengan perkataan babi, bodoh, keldai dan sebagainya kerana lambat naik ke atas. Beliau hanya senyum sahaja. Kawan saya ini serap sahaja segalanya. Tadi, saya terus mesej dia, teringat kisahnya. Saya tanya pendapat, Kata dia, “Allah uji kita dengan ujian yang berbeza. Inilah ayah aku. Aku hadap segalanya. Dia kata aku begitu begini, aku ok. Sebab dia ayah aku. Kita kena tengok diri kita, tak payah stress. Aku boleh ja bergaduh dengan adik beradik aku. Tak tahan bau tahi. Tak tahan nak urus ayah sendiri. Tapi aku malaslah. Aku ambil jelah sebagai tanggungjawab. Dan bila aku dah genggam, aku hadam semuanya. Kau pun kena macam tu. Jagalah bapak sendiri. Kita tak tahu kita nanti macam mana. Ayah aku dah takda, tapi aku puas dapat jaga dia. Alhamdulillah.” Kadang-kadang. Kita hanya nampak benda yang bawa masalah dalam hidup kita. Kita rasa itu punca kita stress dan sebagainya. Namun jika kita tengok diri kita, entah-entah kita yang kena berubah. Dari duk melawan, baik kita terima dan hadam. Kita kena jadi kuat. Allah takkan bebankan kita semudah itu. Itukan keluarga. Boleh nak menangis, boleh nak bersedih, namun segala itu ada ganjarannya dan kena percaya bab-bab begini. Ini hal Tuhan. Ayah kita, emak kita, bab ujian, kita kena hadap perlahan-lahan. Banyaknya ujian yang datang adalah untuk kita terima. Memang ya, berbeza, kenapalah itu kenapalah ini, namun itulah segalanya. Tak ada ganti, tak ada boleh dicari dan dibeli. Hari ini kita dimaki oleh ayah yang tidak berdaya, hanya kerana marah dan sedih dengan tidak upaya dirinya sendiri. Kita yang bijak, boleh kerja, boleh bangun dan hidup bebas ini, pasti lebih kuat. Tahanlah, demi ganjaran yang Allah akan beri. Buat puan tersebut, cubalah ambil sedikit waktu untuk bertenang. Take 5 kata orang. Rehat dan ambil nafas sekejap. Isi kembali tenaga dan kembali berjuang demi ayah yang tersayang. Ini sahaja yang kami mampu berharap dan berdoa buat puan yang baik. Kami yakin, Puan mampu hadapinya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tabahkan puan itu, Ya Allah.

Jom reset media sosial kalian dan temui peluang jana pendapatan bermula dari RM1,000 sehingga jutaan ringgit! Webinar ini akan dedahkan segala-galanya idea dan persiapan luar biasa untuk kalian ubah kehidupan Tahun 2022 nanti. Lekas, daftar segera! Seat terhad ya amat: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

20 cara bagaimana suri rumah boleh hasilkan content yang bagus: 1. Tips menguruskan baju sendiri, anak dan suami dalam masa 1 jam. 2. Cerita deko dalam rumah, luar rumah. 3. Bangunkan resipi sarapan, makan tengah hari, bekal anak dan suami, makan malam. 4. Tips beli barang dapur. 5. Tips organize barang di dapur. 6. Tips susun atur mainan anak. 7. Bagaimana ajar dan didik anak-anak belajar. 8. Menyusun atur waktu solat, mengaji dan belajar. 10. Diet anak, suami dan sendiri. 11. Hal riadah, bersukan dan hobi anak dan suami. 12. Tips putihkan baju, bersihkan itu ini, lajukan buat itu ini. 13. Bagaimana membuat duit semasa anak ke sekolah dan suami bekerja. 14. Susun atur peti sejuk. 15. Deko dapur, ruang tamu dan bilik tidur anak. 16. Berkebun dalam dan luar rumah. 17. Tips ada bibik di dalam rumah. 18. Bagaimana nak travel dengan anak dan suami. 19. Tips Menjadi suri rumah paling agung. 20. Tips jimat, menyimpan dan pelaburan seorang suri rumah. Begitulah. Semoga memberi kalian idea! Khairul Hakimin Muhammad, Nak lebih idea dan strategi, elok kalian sertai webinar ini, https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Pagi begini saya tengok kembali nota kelas sosial media yang saya hadir di London bulan 4 tahun lepas, ada yang saya catat begini: 1. Sekiranya bergambar duduk di atas katil, atau di dalam bilik tidur (atau hotel) dan dijadikan sebagai gambar cover atau gambar profile atau ke dua-duanya, ia adalah tanda orang itu pekerja seks sosial. Ia adalah promosi secara tidak langsung (atau memberi signal kepada mereka yang mahu). 2. Di Eropah, hampir semua scammer (penipu) akan “secretkan” ruangan profile. 3. Mereka yang memakai pakaian formal (blazer, kot, bertali leher, mengambil gambar di studio) kemudian meletakkan di ruangan cover atau profile, akan sedikit lambat mendapatkan follower berbanding orang lain yang meletakkan gambar biasa-biasa dan santai. Di media sosial, gambar formal adalah tanda anda seorang salesman yang akan selalu buat posting iklan iklan iklan iklan iklan. 4. Posting #story (cerita) yang bagus ialah yang berkisar kehidupan seharian kita sahaja. 5. Posting #content yang bagus pula ialah yang menerangkan sesuatu dengan ringkas, padat dan mudah faham. 6. Sosial media adalah tentang persepsi. Jika kita banyak melawak, maka orang anggap kita ceria. 7. Posting perlu berlawan dengan posting juga. Ruang komen bukan medan untuk bergaduh. 8. Kebanyakkan golongan professional di Eropah (doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya) menggunakan media sosial menyampaikan maklumat dengan tertib dan disukai ramai. 9. Menulis dengan ejaan yang betul akan menjadikan posting kita semua bersifat global, ini kerana Facebook sudah boleh terjemah lebih ratusan bahasa di dunia. 10. Semua gambar, video, lagu, teks yang telah dimuat naik di mana-mana di dalam ruangan internet, telah diregister oleh Facebook dan mereka kenal pasti dimana ianya diambil untuk elak plagiat, penipuan serta salah guna. Begitulah. Ada banyak lagi. 10 jelah. Penat nak taip semula. Haha. Khairul Hakimin Muhammad, Tak sabar nak terbang semula ke sana.

Selama 10 tahun bermain Facebook, berapa income yang kalian sudah terima? Jika 1 posting iklan boleh jana RM200. Setahun ada 365 hari dan buat iklan 2 kali sehari, maka kalian boleh dapat: RM200 x 365 x 2 = RM146,000/tahun. Kali 10 tahun = RM1,460,000. Ada dapat? Ha tepukkkkk! Lekas hadir ke kelas ini, segala-galanya dikongsi di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms

Tanda #hati kita bersih ialah: 1. Apabila kita beri lebih, kita tidak pertikai orang beri sedikit. 2. Apabila kita bahagia, kita juga rasa bahagia melihat orang lain bahagia. 3. Apabila kita bijak, kita tidak memperbodohkan orang lain. 4. Apabila kita tahu, kita tidak memperkecilkan yang tidak tahu. 5. Apabila kita sedang marah, kita tidak meluah dengan bahasa cela, maki, carut serta kasar. 6. Apabila kita sedang gembira, kita akan gembira bersama-sama. 7. Apabila kita meminta pertolongan, kita berasa syukur orang bantu, dan tidak merasa resah gelisah serta sedih apabila mereka tidak. 8. Apabila kita hebat. Kita membantu mereka yang lemah. 9. Apabila kita lebih berharta, kita menghulur mereka yang perlu. 10. Apabila kita ada jawatan, ada pangkat, ada semua, maka kita juga akan merendah diri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga aku juga ikut pesanan ini. Huhu.