ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 285 подписчиков, занимая 283 место в категории Маркетинг и PR и 907 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 285 подписчиков.

Согласно последним данным от 22 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -387, а за последние 24 часа — -16, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 9.02%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.02% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 0 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 734 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 23 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 285
Подписчики
-1624 часа
-947 дней
-38730 день
Архив постов
Kawan-kawan, Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama
Kawan-kawan, Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama manusia itulah yang menghidupkan. Sebelum Tuhan tegur dengan bencana dan malapetaka, eloklah kita sendiri yang baiki dan perelokkan semuanya. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kena-bersyukur-masih-ada-menegur/

Benda paling happy berniaga makanan kering ini ialah orang beli untuk dijadikan hadiah. Hantar ke emak, ayah, adik beradik da
Benda paling happy berniaga makanan kering ini ialah orang beli untuk dijadikan hadiah. Hantar ke emak, ayah, adik beradik dan kawan rapat. Ada sahaja hari-hari, alhamdulillah. Kami bersyukur sangat dapat menjadi sebahagian dari jejak-jejak kalian mendapatkan pahala. Kadang-kadang siap dapat call dan mesej dari ibu bapa siapa hantarkan biskut sana sini, kami sebut nama yang buat pesanan, mereka akan jawab "ohhh anak makcik tu." Sebab dekat parcel hanya ada nama pengirim (kami) dan penerima (yang terima bungkusan). Sekiranya kalian nak hantar biskut mazola ini kepada adik beradik, emak ayah dan rakan baik kalian, terus ke sini ya, hanya RM45 sahaja tau! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001

Belajar menulis di media sosial dan copywriting kalian akan dibaiki terus dalam workshop ini. Segala teknik dan cara saya men
Belajar menulis di media sosial dan copywriting kalian akan dibaiki terus dalam workshop ini. Segala teknik dan cara saya menulis akan didedahkan dalam ini. Ia dijalankan oleh team saya sendiri, Kapten Hamk. Tempat terhad. Lekas daftar sekarang. Boleh pilih salah satu tarikh yang kalian free. Daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw

Tips mudah nak menulis di wall masing-masing: 1. Tulis dengan ejaan betul tanpa kesilapan, tanpa singkatan, tanpa perubahan ejaan. - ia memudahkan kefahaman. - tidak ada skema atau baku. Ia hanya ejaan betul. - rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat ejaan sebenar. 2. Menulis dengan beri impak positif. - apabila orang baca, orang faham. - apabila orang baca, orang boleh tiru / boleh buat juga. - apabila orang baca, orang boleh beli terus. Sediakan semua maklumat terus. 3. Menulis tanpa elemen atau unsur tergantung. Kalau kita sahaja yang faham perkara itu, tak perlu tulis. Namun jika boleh beri kefahaman dan tunjuk ajar kepada yang lain. Ok tulis. 4. Pegang 5 matlamat menulis ini: - untuk didik orang (to educate) - untuk hebahan (to inform) - untuk inspirasi (to inspire) - untuk menghibur (to entertain) - untuk mendapatkan duit (to moneytize - hard sell atau soft sell). Jika tidak termasuk dalam 5 matlamat ini, jangan tulis posting. Simpan dalam hati sahaja. Senang tak? Nak lagi tips menulis percuma seperti ini, kalian terus ke Channel Telegram saya ya. Klik sini: https://t.me/ContentKHM Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Supaya akaun media sosial kita sentiasa beri pahala.

Suatu hari ada seorang lelaki miskin berdiri kesejukan di luar rumah seorang hartawan. Semasa hartawan itu pulang ke rumah da
Suatu hari ada seorang lelaki miskin berdiri kesejukan di luar rumah seorang hartawan. Semasa hartawan itu pulang ke rumah dan terserempak dengan orang tersebut. Beliau menegur sapa kepada si miskin “kamu kesejukan di luar, kasut tiada, baju tebal pun tiada. Hebatnya kamu! Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/percaya-kepada-lebih-banyak-kehidupan/

Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan: Pelaburan: Kelas, Buku, Travel, Networking. Akan dapat: Ilmu praktikal, Ilmu teori, Pengalaman, Perkongsian. Hasil: Berani buat keputusan, Tak takut gagal, Matang dan tenang, Kuat dan yakin. Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi. Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata, “Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat. Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.” * Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini. Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar. Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu. Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.

Harap menjawab soalan semua bagaimana saya susun jadual. Maaf belaka mana yang kurang. Semoga kalian dapat ikuti. Kita tak ad
Harap menjawab soalan semua bagaimana saya susun jadual. Maaf belaka mana yang kurang. Semoga kalian dapat ikuti. Kita tak ada kuasa, Allah sahaja ada kuasa. Kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. Mind set kena kuat untuk berjaya. Minta dari Allah, Allah akan beri sesiapa yang berkehendak. Bismillah! Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bagaimana-rutin-harian-saya/

Berita baik untuk semua. Tahniah kawan-kawan, tetap kena jaga SOP ya! Selamat pulang ke kampung, doakan ibu bapa kita terus s
Berita baik untuk semua. Tahniah kawan-kawan, tetap kena jaga SOP ya! Selamat pulang ke kampung, doakan ibu bapa kita terus sihat dan dilindungi Allah ya.

Nak tenang tanpa gangguan scammer atau haters di media sosial ini senang sahaja. Tulis #content yang: 1. Non judgement. Berhenti bersikap-sikap dengan orang sana sini, tulis perkara betul dan tidak membawa kepada mana-mana permusuhan. 2. Berhenti membuat perbandingan. Fokus kepada 1 subjek sahaja tanpa banding dan buat perbezaan. Fokus kebaikan dan keistimewaan sahaja. 3. Digital Detox. Ha ini best, unfollow atau unfriend atau block sahaja terus mereka yang mengganggu atau mengusik atau menyebabkan kita rasa tak selesa. 4. Berhenti complain. Tulis solusi, teknik, tip, kaedah yang memberi banyaknya manfaat kepada audien. 5. Berhenti berpolitik, ia tetap buat orang bergaduh di ruangan komen. Biar orang politik berpolitik, kita orang awam yang mahu buat bisnes dan bina empayar. Fokus dan konsisten. 6. Tetapkan topik apa, maksimum 5. Kemudian konsisten. Hanya susun sahaja topik mana yang perlu hari ini, esok, jam berapa dan sebagainya. Saya sendiri - menulis tips content. - memasak. - mengembara. - kemanusiaan. - kisah kejayaan. 7. Jika mahu tulis isu atau perkara yang bersifar ad-hoc, ambil masa rasional dahulu sebelum tulis. Biasanya terlalu teruja akan buat orang rasa rengsa atau rimas atau menyampah dengan kita. 8. Tak perlu serius setiap masa. Ada content yang serius, ada yang perlu berhubung baik dengan audien. Sesekali selfie, buat lawak dan jenaka. Okey sahaja. Ha begitulah. Ini media sosial kawan-kawan. Sifatnya seperti pisau. Waktu nak guna, kita guna. Waktu tak perlu, kita simpan jauh-jauh. Tersalah guna, boleh luka diri sendiri, terlebih guna, boleh jadi orang lain pula luka. Hati-hati okey. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Insya-Allah, akan dibuka beribu pintu, disediakan jutaan kunci. Tinggal diri kita sahaja mampu capai atau sekadar lihat orang
Insya-Allah, akan dibuka beribu pintu, disediakan jutaan kunci. Tinggal diri kita sahaja mampu capai atau sekadar lihat orang lain yang membuka pintu tersebut. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/13-perbuatan-buat-rezeki-mencurah-curah/

Soalan: Tuan, saya tak ada "minat" yang boleh dikongsikan di media sosial. Saya suri rumah, kerja saya ialah bangun setiap pagi, siapkan sarapan suami, buat bekal untuk anak-anak. Kemudian apabila semua dah keluar, tinggal saya dengan baby. Sempatlah saya kemas rumah. Dalam tengah hari anak-anak balik, makan tengah hari saya dah prepare siap-siap. Petang suami balik. Dia nak rehat, jadi saya buat bodoh jelah sampai dia kata dia lapar baru saya hidang makanan. Saya nak cerita apa tuan di media sosial kalau hidup saya begini? Saya tak travel, saya tak pergi restoran mahal, saya juga tak ada minat macam orang lain. Hidup saya dekat rumah sahaja. Jawapan: Semua dah ada dalam apa yang Puan tulis. Puan kata, puan konsisten siapkan sarapan suami. Jadi ambil gambar, kongsikan resipi. Puan juga kata puan konsisten siapkan bekal anak-anak. Jadi ambil gambar dan kongsikan idea bekal anak-anak. Puan juga jaga bayi. Boleh juga kongsikan tips bagaimana nak handle bayi sambil boleh kemas rumah. Puan kata juga yang makan tengah hari sentiasa tersedia. Jadi ambil gambar dan kongsi. Ingat, buat bank penulisan. Ambil gambar dulu. Apabila sudah free, tulis di microsoft word. Kemudian emelkan kepada diri sendiri dan buat posting di Facebook dengan tersusun. Puan akan mula dapat crowd. Percayalah. Khairul Hakimin Muhammad, #RahsiaPenulisanBerpengaruh.

Ini senarai contoh sahaja kawan-kawan. Kita ini suka nak setkan dalam kepala nak positif, namun Allah bergurau dengan kita de
Ini senarai contoh sahaja kawan-kawan. Kita ini suka nak setkan dalam kepala nak positif, namun Allah bergurau dengan kita dengan beri banyaknya ujian comel-comel. Nak tengok kita kalis tak dengan apa yang kita set tadi. Tenang gais, semua Allah beri. Seronok apabila kita dah diberi ujian atas apa yang kita kerjakan. Kita dapat rasa “sentuhan” Allah itu kepada kita. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/alami-kebahagiaan-dan-kedamaian-hati/

Soalan: Bagaimana nak tahu topik yang kita pilih itu orang suka? Jawapan: Oh mudah sahaja. Tengok apa yang kita sendiri suka atau memang kena suka atau memang kena buat setiap masa / setiap hari. Contohnya: Makan, Solat, Kerja, Bersembang, Main telefon, Travel, Hobi, minat, Benda yang kita mahir, Sukan, Permotoran, Fesyen, Kosmetik, Beg, kasut, Anak-anak, Hal pasangan, Keluarga, Ibu bapa, Adik beradik, Buku, Kisah inspirasi, Hal agama, Masjid / surau, Kesihatan, Keselamatan, Berkebun, Shopping, Dan banyaklah lagi. Semua ini benda normal sahaja dalam kehidupan. Dan itulah maksud “titik persamaan” tersebut. Di media sosial, tak perlu beriya nak tulis benda “rare”, apabila sukar nak beri kefahaman, orang akan mula mencari benda lain untuk dibaca. Ingat, mudahkan sahaja. Janji tulis dalam bentuk #content yang tersusun. Buat mapping dan tengoklah beribu posting boleh dibina. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jimat RM3 + Free kurier! Kalau orang sekitar Bandar Baru Bangi, boleh self pick up okeh. Tortilla Nachos Balado ini tersangat
+1
Jimat RM3 + Free kurier! Kalau orang sekitar Bandar Baru Bangi, boleh self pick up okeh. Tortilla Nachos Balado ini tersangatlah sedap! Sebalang tak cukup! Hanya RM22 okeh. Bergilir makan dengan Ubi Spicy kami. Sedaaaap! Anak-anak pun suka. Tak pedas sangat! Okeylah untuk sekeluarga. Pun sama RM22 sahaja! Klik sini segera ya! Lekas order tau! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Jika ada kawan-kawan kau perli yang bisnes kau ini masih kecil dan tak beri impak kepada ekonomi sangat, kau sebutlah ayat ini kepada diri kau sendiri: “Samsung bermula 1938 dari pasar yang menjual buah kering, mee segera serta produk makanan lain dan kemudiannya mengeksport barangan itu ke China. Hari ini Samsung menjadi pesaing paling besar syarikat gergasi Amerika iaitu Apple dan produknya diguna di seluruh dunia.” Kawan-kawan, Mula sahaja walau kecil, belajar dan sentiasa baik pulih syarikat dengan daya kreativiti. Sentiasa reka cipta peluang dan terus cergas membina empayar. Lantak orang nak kata apa, bukan mereka yang bayar bil kita, kita jalan terus, kerja keras dan enjoy setiap ujian dan halangan. Dengan orang yang bising, kau diam sahaja. Buktikan yang kita berjaya bukan sembang seperti dia, tunjuk hasil dari berlawan cakap. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu sempat jual nasi lemak tepi jalan dengan emak. Alhamdulillah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kawan-kawan, Jaga hati, kita nak besar, kita nak hebat, kita nak dihormati dan disayangi, maka kita raikan setiap apa kita ju
Kawan-kawan, Jaga hati, kita nak besar, kita nak hebat, kita nak dihormati dan disayangi, maka kita raikan setiap apa kita jumpa. Hormat dulu sebelum orang lain hormat kita. Jika tidak kita akan persoal diri kita pula kenapa kita begitu kenapa kita begini. Sedangkan kita yang kawal diri kita. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/fokus-hari-ini-berhenti-persoal/

Haa Makcik Ani pun dah posing! Lekas hari ini promo Makcik Ani Selection gaissss! Ada kek buah, Ada kuah kacang segera dan ad
Haa Makcik Ani pun dah posing! Lekas hari ini promo Makcik Ani Selection gaissss! Ada kek buah, Ada kuah kacang segera dan ada acar buah! Semua ada diskaun. Semua akan berakhir jam 11.59 malam ini gaiss! Dapatkannya di sini yaaa: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Dalam menulis #content, fokus kepada perkara biasa atau kecil sahaja berbanding nak menulis yang hebat dan besar-besar. Di media sosial, orang mahu info, maklumat, ilmu dan perkongsian yang kena dengan diri mereka. Contohnya: 1. Resipi. 2. Tips menggosok baju. 3. Menyediakan bahan memasak. 4. Tips tidurkan anak. 5. Tips lipat baju cepat. 6. Bagaimana buang kotoran di baju. 7. Cara nak basuh singki. 8. Nak kasi bau wangi dalam rumah. 9. Organizer dapur, tandas dan bilik tidur. 10. Cara kemas rak kasut. 11. Cara buat muka kelihatan berseri. 12. Tips kusyuk solat. 13. Cara hafal bacaan Quran. 14. Bagaimana mudahnya mendapat rezeki. 15. Cara bisnes dropship. 16. Teknik belajar bersama anak. 17. Parenting zero to hero. 18. Deko rumah luar dan dalam. 19. Teknik mudah hafal dan faham hadith. 20. Hilangkan kotoran barangan di dapur. 21. Cara siapkan melipat baju. 22. Teknik memahami tulisan dalam whatsapp. 23. Kisah keluarga, ibu ayah dan ahli yang beri inspirasi. 24. Bagaimana susun atur jadual keluarga semasa travel. 25. Bagaimana menyimpan duit. 26. Khasiat pemakanan. 27. Hal diet dan nak sihat. 28. Lokasi menarik riadah. 29. Jenis senaman dan kesan baik. 30. Fesyen, kosmetik, teknik, tutorial guna. Ini antara 30 perkara mudah nak tulis di media sosial. Semuanya boleh dibangunkan menggunakan content biasa. Ingat, titik persamaan yang besar adalah kunci kepada sukanya orang membaca apa yang kita tulis. Ia adalah benda yang boleh difahami dan dihadam dengan mudah. Tulis biar beri manfaat, kecil besar itu bukan kriteria bagus. Yang penting, beri kesan baik kepada pembaca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Dulu ketawakan kita, Sekarang sibuk nak kerja dengan kita. Dulu benci kita, Sekarang beriya nak kerjasama dengan kita. Itulah dunia kawan-kawan. Layan sahaja. Buat baik sahaja. Nak kerja, silakan. Nak kerjasama, mari. Nadi tak tentu berhenti bila. Entah hari ini, entah malam ini, entah esok hari. Yang penting kita tak sama seperti mereka. Saat kita susah mereka gelak jenaka, saat mereka pula susah, kita hulur tangan ajak duduk sama-sama makan sedulang. Aku kasi kau ayam, kau kuis nasi tolak ke aku, biar sama rata dapat. Biar sama-sama isi perut. Setia kepada perubahan adalah sebuah keindahan. Tak ramai yang sanggup balas perbuatan jahat kepada hal baik. Tak selalu kita dengar, tak ramai yang setuju, namun cubalah hari ini. Lihatlah sedapnya rasa hati, leganya jiwa, tenangnya nak lelap dan segarnya rasa bahagia setiap hari. Allah beri keindahan itu pada hati. Saya takkan lupa pesanan Almarhum Tok Guru kami semua, Beliau cakap “kita takkan sama seperti Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Sayangnya Allah kepada Nabi itu sangat tinggi. Nabi juga ada akhlak yang sangat tinggi. Kita takkan sama macam baginda. Namun kita boleh jadi seperti dia, contohi dia, buat seperti dia, rasai kenikmatan semua itu. Rasa, rasa! Puasnya Ya Allah.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 🥰