Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 233 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 900 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 233 名订阅者。
根据 28 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -261,过去 24 小时变化为 -7,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.65%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 29 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 233
订阅者
-724 小时
-707 天
-26130 天
帖子存档
35 223
Penting ke nak sangat orang share posting kita? Tonton live saya pagi tadi di sini:
https://bit.ly/3DCp3QW
35 223
Kita fokus tulis #content yang kita suka, kita minat dan kita mahir sahaja. Kita bina dan susun supaya orang tahu apa yang kita sering buat dan kerja.
1. Waktu pagi, bangunkan content crowd. Ikut falsafah Prof Chan (Penulis Blue Ocean Strategi), beri umpan di laut biru jauh lebih bagus dari memberi umpan di kolam atau tasik atau paya atau sungai.
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/susun-supaya-orang-tahu/
35 223
Rebut peluang buat copywriting power bersama Team saya, Kapten Hamk. Beliau akan bantu review dan baiki penulisan kalian 'on the spot' dalam workshop ini.
Kalian boleh hadir petang ini Jam 2.30 petang ataupun Jumaat Jam 8.30 malam.
Kelas dijalankan dalam Zoom Meeting. Yuran pendaftaran RM49.00 sahaja.
Terus tekan link di bawah:
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
35 223
Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini:
1. Tidak tidur selepas solat subuh. Lebih baik melakukan aktiviti lain seperti zikir, bersenam, membaca, mengaji, Al-mathurat dan sebagainya.
2. Minum satu atau dua gelas air masak. Ia akan menyegarkan badan dan membersihkan perut, melawas dan melancarkan usus. Semua ini akan berkait dengan cara berfikir. Oksigen bagus, badan cergas, minda pun cerdas!
3. Tetapkan diri mahu melakukan apa. Sediakan perancangan harian untuk buat semua benda pada hari tersebut. Duduk sekejap melihat diari dan berdoa semoga urusan hari itu dimudahkan Allah.
4. Keluar rumah dengan doa akan kembali ke rumah dalam keadaan baik seperti pada keluar awal pagi.
5. Biasakan diri bersarapan. Makanlah walau sedikit. Ia tanda kesyukuran rumah masih ada makanan. Ucaplah alhamdulillah sebanyak mungkin.
*
Jika boleh, mandi sebelum masuk waktu subuh. Ia akan beri kita kebersihan diri, keselesaan beribadah.
Kita tentukan bagaimana hidup kita pada hari tersebut. Jika ada ujian, hadap dengan hemah. Matangnya kita adalah apabila kita sambut dan sahut ujian itu dengan ketenangan.
Semua itu kita yang tentukan bagaimana kita nak berfikir dan bertindak. Kita yang kawal semuanya.
Yang tak boleh kita kawal ialah rezeki kita, namun kita boleh cari dan minta kepada Allah. Yang tak boleh kita kawal ialah kematian kita, itu kita boleh mohon semoga ia berakhir dengan sebaik-baik kematian.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat.
35 223
Kawan-kawan,
Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama manusia itulah yang menghidupkan.
Sebelum Tuhan tegur dengan bencana dan malapetaka, eloklah kita sendiri yang baiki dan perelokkan semuanya.
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kena-bersyukur-masih-ada-menegur/
35 223
Benda paling happy berniaga makanan kering ini ialah orang beli untuk dijadikan hadiah.
Hantar ke emak, ayah, adik beradik dan kawan rapat.
Ada sahaja hari-hari, alhamdulillah.
Kami bersyukur sangat dapat menjadi sebahagian dari jejak-jejak kalian mendapatkan pahala.
Kadang-kadang siap dapat call dan mesej dari ibu bapa siapa hantarkan biskut sana sini, kami sebut nama yang buat pesanan, mereka akan jawab "ohhh anak makcik tu."
Sebab dekat parcel hanya ada nama pengirim (kami) dan penerima (yang terima bungkusan).
Sekiranya kalian nak hantar biskut mazola ini kepada adik beradik, emak ayah dan rakan baik kalian, terus ke sini ya, hanya RM45 sahaja tau!
Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001
35 223
Belajar menulis di media sosial dan copywriting kalian akan dibaiki terus dalam workshop ini. Segala teknik dan cara saya menulis akan didedahkan dalam ini.
Ia dijalankan oleh team saya sendiri, Kapten Hamk.
Tempat terhad. Lekas daftar sekarang. Boleh pilih salah satu tarikh yang kalian free.
Daftar di sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw
35 223
Tips mudah nak menulis di wall masing-masing:
1. Tulis dengan ejaan betul tanpa kesilapan, tanpa singkatan, tanpa perubahan ejaan.
- ia memudahkan kefahaman.
- tidak ada skema atau baku. Ia hanya ejaan betul.
- rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat ejaan sebenar.
2. Menulis dengan beri impak positif.
- apabila orang baca, orang faham.
- apabila orang baca, orang boleh tiru / boleh buat juga.
- apabila orang baca, orang boleh beli terus. Sediakan semua maklumat terus.
3. Menulis tanpa elemen atau unsur tergantung. Kalau kita sahaja yang faham perkara itu, tak perlu tulis. Namun jika boleh beri kefahaman dan tunjuk ajar kepada yang lain. Ok tulis.
4. Pegang 5 matlamat menulis ini:
- untuk didik orang (to educate)
- untuk hebahan (to inform)
- untuk inspirasi (to inspire)
- untuk menghibur (to entertain)
- untuk mendapatkan duit (to moneytize - hard sell atau soft sell).
Jika tidak termasuk dalam 5 matlamat ini, jangan tulis posting. Simpan dalam hati sahaja.
Senang tak?
Nak lagi tips menulis percuma seperti ini, kalian terus ke Channel Telegram saya ya. Klik sini:
https://t.me/ContentKHM
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Supaya akaun media sosial kita sentiasa beri pahala.
35 223
Suatu hari ada seorang lelaki miskin berdiri kesejukan di luar rumah seorang hartawan. Semasa hartawan itu pulang ke rumah dan terserempak dengan orang tersebut.
Beliau menegur sapa kepada si miskin “kamu kesejukan di luar, kasut tiada, baju tebal pun tiada. Hebatnya kamu!
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/percaya-kepada-lebih-banyak-kehidupan/
35 223
Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan:
Pelaburan:
Kelas,
Buku,
Travel,
Networking.
Akan dapat:
Ilmu praktikal,
Ilmu teori,
Pengalaman,
Perkongsian.
Hasil:
Berani buat keputusan,
Tak takut gagal,
Matang dan tenang,
Kuat dan yakin.
Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi.
Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata,
“Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat.
Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.”
*
Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini.
Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar.
Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu.
Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.
35 223
Harap menjawab soalan semua bagaimana saya susun jadual.
Maaf belaka mana yang kurang. Semoga kalian dapat ikuti. Kita tak ada kuasa, Allah sahaja ada kuasa. Kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam.
Mind set kena kuat untuk berjaya. Minta dari Allah, Allah akan beri sesiapa yang berkehendak.
Bismillah!
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bagaimana-rutin-harian-saya/
35 223
Berita baik untuk semua. Tahniah kawan-kawan, tetap kena jaga SOP ya! Selamat pulang ke kampung, doakan ibu bapa kita terus sihat dan dilindungi Allah ya.
35 223
Nak tenang tanpa gangguan scammer atau haters di media sosial ini senang sahaja. Tulis #content yang:
1. Non judgement. Berhenti bersikap-sikap dengan orang sana sini, tulis perkara betul dan tidak membawa kepada mana-mana permusuhan.
2. Berhenti membuat perbandingan. Fokus kepada 1 subjek sahaja tanpa banding dan buat perbezaan. Fokus kebaikan dan keistimewaan sahaja.
3. Digital Detox. Ha ini best, unfollow atau unfriend atau block sahaja terus mereka yang mengganggu atau mengusik atau menyebabkan kita rasa tak selesa.
4. Berhenti complain. Tulis solusi, teknik, tip, kaedah yang memberi banyaknya manfaat kepada audien.
5. Berhenti berpolitik, ia tetap buat orang bergaduh di ruangan komen. Biar orang politik berpolitik, kita orang awam yang mahu buat bisnes dan bina empayar. Fokus dan konsisten.
6. Tetapkan topik apa, maksimum 5. Kemudian konsisten. Hanya susun sahaja topik mana yang perlu hari ini, esok, jam berapa dan sebagainya. Saya sendiri
- menulis tips content.
- memasak.
- mengembara.
- kemanusiaan.
- kisah kejayaan.
7. Jika mahu tulis isu atau perkara yang bersifar ad-hoc, ambil masa rasional dahulu sebelum tulis. Biasanya terlalu teruja akan buat orang rasa rengsa atau rimas atau menyampah dengan kita.
8. Tak perlu serius setiap masa. Ada content yang serius, ada yang perlu berhubung baik dengan audien. Sesekali selfie, buat lawak dan jenaka. Okey sahaja.
Ha begitulah. Ini media sosial kawan-kawan. Sifatnya seperti pisau. Waktu nak guna, kita guna. Waktu tak perlu, kita simpan jauh-jauh.
Tersalah guna, boleh luka diri sendiri, terlebih guna, boleh jadi orang lain pula luka. Hati-hati okey.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM
35 223
Insya-Allah, akan dibuka beribu pintu, disediakan jutaan kunci. Tinggal diri kita sahaja mampu capai atau sekadar lihat orang lain yang membuka pintu tersebut.
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/13-perbuatan-buat-rezeki-mencurah-curah/
35 223
Soalan: Tuan, saya tak ada "minat" yang boleh dikongsikan di media sosial. Saya suri rumah, kerja saya ialah bangun setiap pagi, siapkan sarapan suami, buat bekal untuk anak-anak. Kemudian apabila semua dah keluar, tinggal saya dengan baby. Sempatlah saya kemas rumah.
Dalam tengah hari anak-anak balik, makan tengah hari saya dah prepare siap-siap. Petang suami balik. Dia nak rehat, jadi saya buat bodoh jelah sampai dia kata dia lapar baru saya hidang makanan.
Saya nak cerita apa tuan di media sosial kalau hidup saya begini? Saya tak travel, saya tak pergi restoran mahal, saya juga tak ada minat macam orang lain. Hidup saya dekat rumah sahaja.
Jawapan: Semua dah ada dalam apa yang Puan tulis.
Puan kata, puan konsisten siapkan sarapan suami. Jadi ambil gambar, kongsikan resipi.
Puan juga kata puan konsisten siapkan bekal anak-anak. Jadi ambil gambar dan kongsikan idea bekal anak-anak.
Puan juga jaga bayi. Boleh juga kongsikan tips bagaimana nak handle bayi sambil boleh kemas rumah.
Puan kata juga yang makan tengah hari sentiasa tersedia. Jadi ambil gambar dan kongsi.
Ingat, buat bank penulisan.
Ambil gambar dulu. Apabila sudah free, tulis di microsoft word. Kemudian emelkan kepada diri sendiri dan buat posting di Facebook dengan tersusun.
Puan akan mula dapat crowd. Percayalah.
Khairul Hakimin Muhammad,
#RahsiaPenulisanBerpengaruh.
35 223
Ini senarai contoh sahaja kawan-kawan. Kita ini suka nak setkan dalam kepala nak positif, namun Allah bergurau dengan kita dengan beri banyaknya ujian comel-comel.
Nak tengok kita kalis tak dengan apa yang kita set tadi.
Tenang gais, semua Allah beri. Seronok apabila kita dah diberi ujian atas apa yang kita kerjakan. Kita dapat rasa “sentuhan” Allah itu kepada kita.
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/alami-kebahagiaan-dan-kedamaian-hati/
35 223
Soalan: Bagaimana nak tahu topik yang kita pilih itu orang suka?
Jawapan: Oh mudah sahaja. Tengok apa yang kita sendiri suka atau memang kena suka atau memang kena buat setiap masa / setiap hari. Contohnya:
Makan,
Solat,
Kerja,
Bersembang,
Main telefon,
Travel,
Hobi, minat,
Benda yang kita mahir,
Sukan,
Permotoran,
Fesyen,
Kosmetik,
Beg, kasut,
Anak-anak,
Hal pasangan,
Keluarga,
Ibu bapa,
Adik beradik,
Buku,
Kisah inspirasi,
Hal agama,
Masjid / surau,
Kesihatan,
Keselamatan,
Berkebun,
Shopping,
Dan banyaklah lagi. Semua ini benda normal sahaja dalam kehidupan. Dan itulah maksud “titik persamaan” tersebut.
Di media sosial, tak perlu beriya nak tulis benda “rare”, apabila sukar nak beri kefahaman, orang akan mula mencari benda lain untuk dibaca.
Ingat, mudahkan sahaja. Janji tulis dalam bentuk #content yang tersusun. Buat mapping dan tengoklah beribu posting boleh dibina.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 223
Jimat RM3 + Free kurier!
Kalau orang sekitar Bandar Baru Bangi, boleh self pick up okeh.
Tortilla Nachos Balado ini tersangatlah sedap! Sebalang tak cukup! Hanya RM22 okeh.
Bergilir makan dengan Ubi Spicy kami. Sedaaaap! Anak-anak pun suka. Tak pedas sangat! Okeylah untuk sekeluarga. Pun sama RM22 sahaja!
Klik sini segera ya! Lekas order tau!
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
35 223
Jika ada kawan-kawan kau perli yang bisnes kau ini masih kecil dan tak beri impak kepada ekonomi sangat, kau sebutlah ayat ini kepada diri kau sendiri:
“Samsung bermula 1938 dari pasar yang menjual buah kering, mee segera serta produk makanan lain dan kemudiannya mengeksport barangan itu ke China.
Hari ini Samsung menjadi pesaing paling besar syarikat gergasi Amerika iaitu Apple dan produknya diguna di seluruh dunia.”
Kawan-kawan,
Mula sahaja walau kecil, belajar dan sentiasa baik pulih syarikat dengan daya kreativiti. Sentiasa reka cipta peluang dan terus cergas membina empayar.
Lantak orang nak kata apa, bukan mereka yang bayar bil kita, kita jalan terus, kerja keras dan enjoy setiap ujian dan halangan. Dengan orang yang bising, kau diam sahaja. Buktikan yang kita berjaya bukan sembang seperti dia, tunjuk hasil dari berlawan cakap.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu sempat jual nasi lemak tepi jalan dengan emak. Alhamdulillah.
35 223
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
