ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 355 подписчиков, занимая 285 место в категории Маркетинг и PR и 911 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 355 подписчиков.

Согласно последним данным от 17 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -383, а за последние 24 часа — -20, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.97%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 898 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 18 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 355
Подписчики
-2024 часа
-997 дней
-38330 день
Архив постов
Bermain dengan #Content mesti beri kesan (impact) kepada audien. Jika tidak, ia beri maksud apa yang kita up atau post tidak beri manfaat pun kepada mereka. Boleh jadi sebab itulah posting kita tidak diklik butang share. Maksud impak positif itu ialah: 1. Apabila kita tulis, orang faham. 2. Apabila kita tulis, orang buat terus. 3. Apabila kita tulis, orang beli terus. Nombor 1 dan 2 menjurus kepada posting #crowd yang mana ia termasuk dalam kategori To Educate, To Inform dan To Inspire. Susun matlamat posting supaya kita tahu ia untuk apa. Kemudian nombor 3 adalah untuk mereka yang menjual. Pastikan tulisan kita itu akan sebabkan orang membeli. Bukan sekadar main campak atau meleret yang bukan-bukan. Ia mesti kurang dari 30 saat semasa membaca, orang terus mahu tekan butang pembelian. Sekarang dapat sesuatu? Ok mari teruskan beri kesan baik kepada semua orang! Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berhenti dipuji-puji, teruskan memberi erti. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

10 tanda yang kalian akan dapat sekurang-kurangnya 25,000 orang pengikut (Follower) tahun ini. 1. Tahu topik apa yang kalian mahir untuk ditulis sebagai #content. 2. Faham yang topik tersebut mempunyai banyak persamaan dengan audien, tidak rare tidak juga terlalu janggal hingga susahnya audien mahu faham. 3. Konsisten menulis tentang hal tersebut sekurang-kurangnya 1 kali sehari. 4. Menyusun posting dengan sangat berstrategi, ada untuk dapatkan pengikut (#Follower) ada juga untuk dapatkan jualan (#Sales). 5. Tidak beranggapan 1 kali viral adalah sebuah kenaikan follower yang ramai, namun ia adalah proses yang perlu dibuat lagi dan lagi. 6. Memahami yang #Engagement itu terbentuk apabila kita berinteraksi dengan audien. 7. Menjadikan buku sebagai teman paling akrab kerana dengan hanya membaca kita dapat jumpa perkataan. Dari situ urusan mahu menulis dengan cermat, ringkas, padat dan berisi dapat dibuat. 8. Mengurangkan emosi yang tidak baik di media sosial. Teruskan fokus kepada content yang telah disusun. Sekali kita tulis perkara negatif, kita akan heret beribu orang untuk keluar dari zon kita. 9. Membangunkan 4-6 posting sehari. 10. Berinteraksi dengan posting orang lain sekurang-kurangnya 30-50 sehari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya buat 100,000 follower setahun.

Gaiss, stok warna putih ada 228 set sahaja. Warna charcoal pula ada 229 set sahaja. Harganya RM399. Mana nak kata sana sini h
+2
Gaiss, stok warna putih ada 228 set sahaja. Warna charcoal pula ada 229 set sahaja. Harganya RM399. Mana nak kata sana sini harga gitu gini, mohon jauhkan diri okeh. Saiz tak sama, material tak sama. Penat nak melayan memang saya block sahaja. Ready stok okeh. Periuk Raya. 1 set ada 4 unit. 32cm fying pan, 26cm frying pan, 24cm periuk dan 16cm saucepan. Semua bertutup dan siap ada sudip. Hanya RM399 kurier percumaaaa! Klik sini lekas esok terus kurier! https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome

5 Larangan dalam menulis #content: 1. Tidak mengajar-ajar. Elak gunakan ayat suruhan dan perintah seperti jangan. 2. Tidak menjerit-jerit. Elak gunakan simbol seperti !!!, ???, ^{%|>]?\?_!!. 3. Tidak menuju-nuju. Elakkan menulis sambil berharap seseorang itu baca. 4. Tidak tergantung. Elakkan menulis perkara yang anda seorang sahaja yang faham dan audien (pembaca) terpinga-pinga. 5. Tidak jadikan ia sebuah perbahasan. Elakkan menulis perkara yang buat pergaduhan di ruang komen. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Kadang-kadang terlepas juga.

Seorang penjual penapis air tak perlu gabung nama beliau dengan jenama penapis air tersebut. Seorang wakil hartanah, tak perlu gabung nama beliau dengan perkataan property dan sebagainya. Seorang usahawan kerepek, tak perlu gabung nama beliau dengan nama perusahaannya. Guna nama manusia, nama sendiri adalah lebih baik. Untuk beri orang kenal kalian, tulis #content yang tersusun di media sosial. Bahagikan kepada 3 jenis, untuk dapatkan #Crowd, untuk dapatkan #RM dan untuk naikkan #Engagement (disebut Side). Di situ orang akan kenali kalian. Jika kalian letak nama: Ahmad Coway, Linda Property, Pakcik Hensem Kerepek, Siti Madu, Shahrul Kedai Jam, Bukan sahaja orang takut nak add, nak accept, malah orang akan jauhkan diri dari kalian. Dari minda orang lain, mereka akan nampak kalian hanya nak menjual, jadi tak ada keseronokan nak berkawan dengan kalian di media sosial. Ingat, media sosial adalah medan berkawan, nak menjual, susun baik-baik supaya mereka tak rasa tak selesa. Sekali sahaja rasa merepek, rasa meluat, kalian hilang kawan, hilang jualan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks okey.

Salam semua. Jom buat duit raya dengan jual Periuk Rayaaaa. Daftar percuma sahaja. Kita jual periuk untuk income raya. Komise
Salam semua. Jom buat duit raya dengan jual Periuk Rayaaaa. Daftar percuma sahaja. Kita jual periuk untuk income raya. Komisen RM50/unit Daftar untuk jual periuk di sini: https://sdhomehq.onpay.my/affiliate/login Dah daftar terus join Group Telegram ini ya. Group khas ini untuk yang dah daftar dan nak menjual sahaja. Yang nak tiru dan berniat nak ambil apa apa ilmu tanpa nak join, jangan joinnn. Harammmm. Klik sini https://t.me/+WQxPqvX9f_9jNjA1

Sedang kita ada kekuatan sama, cuma mungkin kita malas nak sampai puncak, asik dengan telefon bercakap pun tidak, terus kawan kita lari ke atas, saat kita rasa tertinggal, kita pergi tuduh kawan kita tinggalkan kita. Lupa saat dia bercakap dengan kita, kita tak dengar kerana sibuk dengan main phone main game bagai. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukur pada setiap circle saya ada. ❤️

Ada yang kata apabila dah "kaya", dia akan tinggalkan kawan-kawan "miskin" dia. Atau apabila dia tengok kawan dia semakin kaya, dia undurkan diri jadi malu untuk berkawan sebab dia masih di tahap yang sama. Kawan-kawan, tahap berfikir kita semua tak sama. Ia dinamakan sebagai circle. - Ia terbentuk apabila kita mahu menghasilkan sesuatu. Orang nak buat hal kemanusiaan, akan bercakap, bincang dan bersembang tentang dunia itu. - Orang nak buat bisnes, akan bercakap, bincang dan bersembang tentang dunia itu. - Orang bekerja makan gaji, akan bercakap, bincang dan bersembang tentang dunia itu. Berkawan ini pilihan. Sungguhpun kita kenal 10 atau 20 tahun lalu, namun tak semestinya ia berada dalam circle sama. Ia normal apabila kita berkawan baik pada 1 tahap, kemudian perlahan-lahan ia sekadar bertanya khabar. Saling mendoakan dan sentiasa mengharap dapat jumpa sembang sejam dua kemudian masing-masing pulang kepada kehidupan masing-masing. Tak normal apabila kita ada rasa sangkut dalam hati. Kita melihat dia makin kaya, kemudian kita cakap dia dah lupa kawan. Kita cakap orang kaya memang begitu, yang sentiasa mendahului kawan-kawan langitnya, sedang dia dulu sangat rapat, sangat akrab. Kawan-kawan, semua itu tak sama. Mendahului rakan se-circle ini ada banyak alasannya. Orang kaya, berjaya dan hebat mereka bercakap tentang idea, mereka bersembang tentang bagaimana nak bantu lebih ramai orang. Lebih dari itu kesibukan mereka dah berbeza. Jika dulu boleh lepak sampai jam 3.00 pagi. Kini semua itu dah tak berlaku. Jam 10-11 malam dah mula mengantuk kerana nak bangun awal pagi. Nak selesaikan checklist nak siapkan diri mengadap Allah, nak luah kesyukuran sebanyaknya. Kita ingat, kita nampak, kita rasa, orang-orang kaya ini selalu lupa kawan-kawan yang pernah bersembang sama-sama di kedai cendol tepi jalan. Jujurnya, kadang-kadang mereka juga segan nak tegur kawan-kawan lama. Kerana asal berjumpa akan kena bahan, kena bantai, sedangkan mereka sangat jaga minda mereka dan elak dari hal toksik. Sangat-sangat menjaga! Sudahlah bekerja keras, awalnya dulu tidur pun tak cukup, dengan keluarga pun masa tak ada. Apabila dah berjaya ramailah yang claim bukan-bukan. Nak free itu, nak free ini, nak minta itu nak minta ini. Ramailah yang kata kita tak support, kita dah tak ingat kawan lama dan sebagainya. Namun waktu kita suffer, kita struggle, manalah mereka peduli, lagi time ajak kita makan pun kita yang nak kena keluarkan duit. Waktu kita dah berjaya, dibantainya kita pula dengan perkataan bukan-bukan. Circle berubah kawan-kawan. - dah tak rapat tak bermakna dah tak berkawan. - dah tak keluar makan bersama tak bermakna dah terputus silaturrahim. - dah tak melepak sama-sama tak bermakna saling tak mendoakan. Saya secara peribadi ada ramai kawan-kawan yang sudah berjaya ke tahap multi-jutawan. Namun masih boleh berjumpa alhamdulillah. Alasannya mudah sahaja, kami masih bersembang tentang idea. Minum kopi cerita tentang strategi. Sedang ada rakan yang asal berjumpa, masih nak bercakap tentang keburukan yang itu keburukan yang ini. Ia menakutkan, ia merosakkan, ia menghancurkan minda yang dah diset dengan banyaknya kebaikan. Kadang-kadang, kita rasa kita betul dengan menambah kebencian apabila melihat kawan berjaya. Kita kata dia lupa kita, sedangkan kita tak tahu apa dia lalui, apa dia buat, apa dia sentiasa luah dan harap kepada Allah. Kena letak dalam kepala, kejayaan dia itu mesti ada punca. Walau kita berkawan, kenapa Allah pilih dia bukan kita. Dan kenapa apabila dia dah berjaya, dia keluarkan kita dari circle dia. Untuk dapat balik circle itu apa kita perlu buat. Fikir sebaiknya, boleh jadi ia tentang kita. Kita yang tak nak berubah. Kita yang tak mahu nak melangkah. Kita nak duduk di tempat sama. Sedang kawan kita dah naik 100 tangga. Jika dulu berjalan bersama, boleh sembang dekat-dekat. Ini dia dah jauh di hadapan, suara pun dah tak dengar.

Saya ada bina circle saya sendiri. Kami namakan KHM Business Circle. Di sana saya berkongsi tips tips sebenar menjadi usahawa
+1
Saya ada bina circle saya sendiri. Kami namakan KHM Business Circle. Di sana saya berkongsi tips tips sebenar menjadi usahawan. Yang ini ada fee, RM65 sahaja seumur hidup. Duduk situ berkumpul para usahawan. Jom kita, klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc

Orang yang tak pernah merasa RM1,000 akan rasa RM100 sangat banyak. Orang yang tak pernah merasa RM10,000 akan rasa RM1,000 sangat besar. Orang yang tak pernah merasa RM100,000 akan rasa RM10,000 terlalu kaya. Orang yang tak pernah merasa RM1,000,000 akan rasa RM100,000 itu tersangat mewah. Kawan-kawan, cara kita berfikir tak sama dengan semua orang berfikir. Ada orang, dia dah terbiasa belanja banyak. Bagi dia biasa untuk makan tengah hari sahaja pun cecah RM500 sekali makan berdua. Ada orang, itu semua normal. Yang belum rasa akan cakap membazir. Yang belum kecap akan cakap "ala boleh je makan di gerai, sama je, sedap je." Sama juga orang akan cakap, "ala bawa Myvi pun sampai balik kampung kenapa nak beriya beli Mustang? Poyo je lebih." Semua itu betul. Tak ada salah. Namun kita semua boleh berfikir begini. - semua orang menjana ekonomi mengikut cara pendapatan mereka. - yang bergaji kecil, menjana ekonomi mengikut berapa dia ada, berapa dia belanja. - yang bergaji besar, menjana ekonomi mengikut apa dia ada, berapa dia belanja. - jika sebuah majlis berharga RM1 juta dibandingkan dengan majlis berharga RM10,000. Ia bukan perbandingan oren dengan oren. Ia salah. Majlis RM1juta boleh jadi menggunakan khidmat chef terkemuka, dewan dan persediaan berbeza, kelengkapan, pakaian, jenis kain, jenis alat semuanya boleh jadi tinggi nilainya. Manakala majlis RM10,000 boleh jadi ia adalah rewang keluarga dan ada kebahagiaan yang berbeza di situ. - membazir bermaksud kita membayar sesuatu perkara tanpa kita habiskan atau kita biarkan ia rosak begitu sahaja. Sebagai contoh, kita buat parti hari lahir anak kita, kita jemput 10 orang namun kita tempah kek 5 tingkat yang sepatutnya dimakan oleh 100 orang. Itu membazir. - kalau majlis RM1juta, tiada sesen dibuang malah siap ada yang kutip ambil bawa balik, ia bukan membazir. Ia menaikkan ekonomi. - kita tidak mengetahui nilai sesuatu perkara, maka kita terus bantai ia adalah membazir. Tidak kawan-kawan, ia taklah semudah itu. Semua benda ada harganya di dunia ini. Kita adalah apa kita fikir. Saya pernah alami tak faham-faham maksud kenapa orang sanggup membayar lebih untuk makan di hotel. Sedangkan makan di mana-mana sama sahaja. Apabila saya masuk ke level itu, baru saya sedar, view berbeza, cara bincang beza, cara memberi gambaran serta keseronokan untuk mendapat ROI juga berbeza-beza. Sekiranya kita tak pernah capai tahap itu, berdoalah baik-baik supaya kita akan dapat kecap kemanisan memberi pulangan ekonomi secara skala besar. Ia bukan sahaja tentang duit, namun tentang memberi peluang orang masih bekerja, orang masih menjana kewangan di tempat kita mengambil perkhidmatan dan job mereka. Begitulah kawan-kawan, tetapkan mindset untuk jadi orang berjaya. Yang berfikir bukan sekadar logik akal dan hati, ia mesti didahului dengan siasah ilmu dan kebahagiaan jiwa sendiri. Ingat ini, orang bahagia ialah yang bahagia melihat orang lain bahagia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Gaissss, support jommm! Bisnes orang kita gais. Mereka buat dodol orang dulu-dulu. Sedap ya amat. Saya dah letak beg kuning d
Gaissss, support jommm! Bisnes orang kita gais. Mereka buat dodol orang dulu-dulu. Sedap ya amat. Saya dah letak beg kuning dah, kasi perabih stoknya ya! Klik sini https://vt.tiktok.com/ZGJaeU8y6/

1. Sedekah RM1 sehari ialah RM365 setahun. 2. Membaca 10 muka surat sehari ialah 3,650 muka surat setahun (15-20 buku). 3. Berlari 3km sehari ialah 1,095km setahun. 4. Jadi 1% lebih baik dari hari semalam ialah 365% lebih baik setahun. 5. Lebih awal seminit sehari ialah awal 365 minit setahun (awal 6 jam). 6. Membantu seorang setiap hari ialah membantu 365 orang setahun. 7. Beri 2 orang makan setiap hari ialah memberi 730 orang setahun. 8. Menyimpan RM25 sehari ialah RM9,125 setahun. 9. Merasa kesyukuran setiap hari ialah 365 hari bersyukur, berzikir 100x sehari selawat atau puji-pujian kepada Allah ialah 36,500 kali setahun. 10. Menulis sehelai sehari ialah 365 helai setahun 730 muka surat (3-4 buah buku). * Kawan-kawan, Jangan sesekali memperkecilkan amalan kecil. Ia sangat powerful. Jika dibuat setiap hari, maka ia akan membukit. Ia akan membuahkan hasil. Nampak sikit, nampak kecil, namun ia memberi sebuah keindahan yang sukar nak dibayangkan. Ia sebuah "simpanan". Buat sahaja kawan-kawan, pedulikan apa kata orang. Konsisten setiap hari buat. Dan selepas itu lihatlah perlahan-lahan kalian akan dapat "hadiah" dari Allah. Mula terus hari ini ya! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Mana yang duk tanya nak masuk circle saya tu, ada dekat sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/khmbc

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting iklan. 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x RM350 jualan = RM191,625, setahun. Jika kalian dapat 30% dari jualan ini, maka: bersih kalian dapat ialah RM54,487.50 setahun. Bahagi 12 bulan, RM4,790.60 sebulan bersih kalian terima. Itu jika jualan hanya RM350 sahaja per posting. Bayangkanlah jerung-jerung online yang ramai follower itu berapa hasilnya walau sekali sahaja up posting jualan seminggu. Sebab itulah susun #posting supaya: 30% posting #content naikkan follower. 30% buat iklan. 40% naikkan engagement. Jika hanya buat salah satu dari perkara ini, kalian hilang 2 perkara. Kena buat 3-3 supaya kalian dapat apa yang kalian nak. Fokus, konsisten dan sabar. Tak buat, memang takkan menjadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar sendiri weh!

Lama tak up resipi. Okeh ini ada resipi baru di Tiktok untuk sahur. Hihi klik sini ya https://vt.tiktok.com/ZGJ5KncpH/
Lama tak up resipi. Okeh ini ada resipi baru di Tiktok untuk sahur. Hihi klik sini ya https://vt.tiktok.com/ZGJ5KncpH/

Adakah anda tahu yang sekiranya kalian punya kawan Facebook yang kerap memuat naik kata-kata pujangga, kata-kata hikmah serta bicara renungan yang bersifat menuju-nuju kepada orang itu orang ini, mereka itu jujurnya sedang mengalami kemurungan (sama ada dalam keadaan sedar atau tak). Tenang sahaja. Tak perlu berkecil hati, biarkan mereka melepaskan apa yang mereka rasa. Teruskan berbuat baik juga layanlah mereka seperti biasa. Hari ini, media sosial memang jadi pusat meluah perasaan. Jika kita rasa tidak selesa, tekan unfollow. Memarahi mereka, menegur kesilapan mereka, berpesan serta memberi nasihat kepada mereka ini boleh jadi ia akan bertukar kepada permusuhan. Tenang. Kita yang normal dan tidak mengalami masalah begitu, kena lebih rasional. Doakan mereka supaya kembali baik-baik sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Selamat malam semua. Ada salah silap, saya minta maaf.

Infaq ramadan gais. Awal pagi kita mula terus berbuat baik. Klik sini ya https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-promo/93 saling bantu saudara kita yang jauh di sana. Mereka perlukan bantuan kita semua.

Mana yang belum daftar Tiktok, daftarlah ya. Seronok kat sana banyak konten best-best. Masa daftar masukkan kod ni: BE7344074, ini link daftar Klik sini https://vt.tiktok.com/ZS8gjL63u/

"Pernah tak berlaku dalam hidup Khairul perkara begini, Khairul nak makan sesuatu, contohnya nasi goreng USA. Namun Khairul tak ada duit. Tapi di dapur ada sahaja bahan nak masak dan boleh sahaja jadi nasi goreng USA itu. Disebabkan tak ada duit, Khairul sanggup berlapar dan tak apalah tunggu sahajalah esok kot kot ada sesiapa belanja makan, pernah?" Saya jawab "ha ah pernah." "Itulah teruknya mindset orang tak bersyukur. Kita layan perangai malas, kita boleh layan perasaan bodoh, sikap bodoh semata nak juga makan di luar. Sedangkan Allah dah beri rezeki depan mata. Yang kita kena buat ialah Google sahaja resipi, masuk dapur, dan cuba! Apabila kita cuba. Kita masak, kita berpeluh bagai, penat ya amat buat itu buat ini, tangan kita luka masa potong bawang, melecur sikit terkena minyak panas, dan apabila dah siap, kita tak rasa ia sesedap di restoran. Kita pun cakap dalam hati - Ya Allah dapat juga aku masak, dapat juga aku makan, syukur Ya Allah. Pelajarannya ialah aku berjaya buat sesuatu yang kepala aku, jiwa aku, badan aku, mulut aku, perut aku bersatu untuk bersyukur dengan apa yang aku ada Ya Allah. Nampak tak Khairul? Isunya ialah kita kena bersyukur. Orang bersyukur, dia kena tahu, dia kena faham, dia kena paksa diri dia melakukan sesuatu yang dia nak mengikut apa yang dia ada. Kalau ada bahan, buat. Kalau tak ada bahan, tengoklah apa yang ada. Kalau tak ada juga, memang tak ada apa-apa dia dapur, maka keluarlah cari. Mintalah tolong. Orang bersyukur dia akan minta bantuan dari keluarga. Dia buang malu, dia buang segan, dia cakap sahaja dia sedang dalam kesusahan. Orang bersyukur dia tak ego. Orang bersyukur dia buang bongkak dia. Itu orang bersyukur. Kau faham Khairul?" "Faham Tan Sri. Terima kasih banyak-banyak. Saya hargai sangat nasihat macam ni. Kadang-kadang kita lost tak tahu nak buat apa sedangkan menda tu ada ja di tangan kita." ** Beberapa bulan lepas, inilah permulaan OneCookies. Saya hanya buat apa saya pandai. Saya tahu. Saya reti. Iaitu memasak. Jadi, kita buat biskut. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Rupanya kita tak sedar, kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini. Apabila kita guna benda itu, kita bersyukur, kita yakin Allah beri itu untuk kita kongsi dengan ramai orang, rupanya Allah mudahkan. Ujian memang tetap ada. Namun syukur ia adalah ujian yang masih boleh dihadap. Semoga ujian mendatang juga begitu. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur.

Cuba tengok diri sendiri pagi ini, kita ada mindset bagus atau kita ada mindset lemah. Senang sahaja nak tahu: 1. Jika sesiapa beritahu tentang kekurangan kita: - jika kita konsisten defensive, kita sering jawab dan pertikai, maka mindset kita lemah. - jika kita terima, dengar, relaks, kita tahu mana perlu repair mana perlu teruskan, maka mindset kita bagus. Kita jadi defensive apabila melibatkan prinsip kita diusik sahaja. Itu bagus. 2. Apabila kita ada masalah: - kita jadi obses kepada masalah tersebut. Setiap saat fikir sampai tak boleh buat apa. Sentiasa runsing, penat, nak tidur, tak mahu keluar rumah, tak mahu jumpa sesiapa, itu tanda kita punya mindset lemah. - kita tahu masalah tersebut, kita tak berhenti berdoa, berharap, cari jalan dan sentiasa berusaha serta yakin Allah akan beri kesenangan selepas itu. Ini tanda kira ada mindset bagus. 3. Apabila kita dapat ilmu baru: - kita tak nak terima, kita rasa diri kita lebih bagus. Sentiasa ada jawapan untuk perkara baru kita jumpa. Ini petanda kita ada mindset lemah. - kita akan buka ruang untuk dengar. Sama ada ia digunakan atau tidak, kita bersyukur kita dapat ilmu itu pada waktu tersebut. Ini tanda besar mindset kita berkembang dengan baik. 4. Apabila berlaku konflik: - kita akan menjurus kepada personal objective. Rasa nak selamatkan diri sendiri sahaja berbanding keseluruhan team. Kita akan sangat jadi personal dan mudah lari. Ini tanda mindset kita sangat kecil dan sangat tertutup. - kita akan pertahankan team, akan teruskan team punya objective. Berusaha sama-sama dalam sebuah kumpulan yang berkesan. Mindset begini akan buat kita lebih kemas dalam ujian mendatang. 5. Apabila senang, kaya dan berharta: - kita akan terlalu nak tunjuk kepada semua orang kita ada itu kita ada ini. Selagi tak tunjuk selagi itu kita resah. Petanda matlamat kita nak cari hasil di dunia ini sekadar sebuah perhatian. Sayang benar mindset begini akan buat kita hancur jika kita diundang masalah. - kita akan bantu lebih ramai lagi dan lagi. Kita tahu kita ada kesenangan hari ini adalah untuk beri manfaat kepada orang lain. Ini tanda mindset besar yang kita boleh kembangkan lagi dan lagi. * Jangan bimbang gais, jika hari ini mindset kita tak betul, mindset kita lemah, mindset kita salah, kita masih boleh betulkan. Tenang tenang ja. Kita manusia bukan lembu yang terpaksa kena cucuk hidung dan ikut sahaja. Kita yang nak tentukan hidup kita bagaimana, jadi kita yang kena berusaha. Ubah kepada lebih baik, syukur. Ubah kepada lebih teruk, lekas bertaubat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪