ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 35 236 подписчиков, занимая 278 место в категории Маркетинг и PR и 899 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 35 236 подписчиков.

Согласно последним данным от 27 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -266, а за последние 24 часа — -15, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 8.65%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 0 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 28 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

35 236
Подписчики
-1524 часа
-767 дней
-26630 дней
Архив постов
Beberapa tahun lepas, saya pergi jumpa kawan lama. Beliau ada banyak bisnes tak popular. Contohnya beli hartanah dan sewakan di sana sini. Facebook beliau pun berhabuk tak ada update. Saya tanya dia 2-3 soalan tentang murahnya rezeki dia. Kerja tak sampai 10 tahun, namun selepas berhenti, terus buat bisnes, kencang bukan main. Dia beritahu saya beberapa benda sahaja yang dia buat. 1. Setiap minggu (setiap hari jumaat) dia akan transfer / bank in duit ke isteri dia sebagai hadiah. Buatlah belanja atau nak simpan. Apa-apalah. Masa kerja gaji RM1,600 dulu. Dia hanya boleh beri RM70 sahaja seminggu. 2. Dia juga buat benda yang sama untuk emak ayah dia dengan jumlah duit yang sama (waktu itu). Dia pegang pada pesanan gurunya, hadiah kepada yang tersayang dan terdekat ini akan memurahkan rezekinya sendiri. 3. Sentiasa beli lebih untuk agihkan kepada orang lain. Asal dia beli nasi untuk sarapan di pejabat, dia akan beli 2-3 lebih. Letak di pantry dan tulis ‘siapa cepat dia dapat’. Kadang-kadang beli kuih. 4. Masuk surau, masjid, mesti solat dua rakaat. Mesti. Jika nak ke tandas sekalipun, ambil wuduk, dan pergi solat sekejap. Biasanya itu adalah jemputan Tuhan. Waima masa nak ke tandas, kebetulan terjumpa surau / masjid. Dan kemudian, letaklah duit di tabung. 5. Setiap bulan, beliau beli 2 naskhah buku dan poskan ke sekolah-sekolah yang beliau cari alamat di sosial media. Belasah sahaja hantar atas nama perpustakaan. 6. Setiap kali keluar makan dengan keluarga dan kawan-kawan, dia kata dia akan berusaha pergi bayar. Melainkan masa itu memang tak berduit. 7. Tak boleh berkira. Awal bisnes, jika job yang dapat itu semurah RM50, ambil. Pelajaran lagi besar nilainya dari duit. Dulu, RM50, sekarang dah naik berpuluh kali ganda. 8. Baik sangka dengan Tuhan. Sekiranya ada sahaja ujian yang melibatkan habisnya wang. Ingat balik, adakah bulan / minggu / hari tersebut ada yang termiss beri hadiah atau sedekah. 9. Meminta-minta dengan Tuhan. Ini wajib. Mintalah setiap hari. Tak boleh jemu, tak boleh biar, tak boleh malas. Minta minta minta. Hari ini, beliau ada 4 buah kedai 3 tingkat yang disewa. Setiap satunya dapat dalam RM16,000/bulan. Kemudian ada beberapa rumah juga dijadikan sewaan. Nak kata beliau kaya raya, tidak juga. Masih ada hutang bangunan yang belum selesai. Namun, hutang peribadi dengan bank semua dah tak ada. Ada lagilah bisnes beliau yang nampak biasa-biasa dan tidak popular. Hari ini, pagi-pagi hantar anak sekolah, kemudian pergi minum dengan orang rumah. Cuti-cuti balik kampung tengok keluarga. Rasa cemburu pun ada. Pesan beliau kepada saya: “Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat. Mana kita tahu dia tak makan kerana tak ada duit, dan datang kerja setiap hari hanya minum air kosong. Aku pernah rasa semua itu. Jadi aku buat semula kepada orang lain. Dan hari ini, Allah balas satu demi satu dengan cukup tersusun dan bergaya. Alhamdulillah.” Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sejak semalam, berpusu-pusu orang tanya tentang kelas content. Ada yang teruja nak tarik 100,000 followers! Ada juga yang exc
Sejak semalam, berpusu-pusu orang tanya tentang kelas content. Ada yang teruja nak tarik 100,000 followers! Ada juga yang excited nak buat RM10,000 pertama di media sosial. Jujurnya semua itu memang boleh kita capai asalkan kita optimumkan media sosial kita ikut strategi influencer. Jadi, saya berbesar hati adakan webinar ini untuk menjawab semua persoalan kalian tentang dunia content dan media sosial. Jemput hadir ke Webinar Reset Media Sosial Gaya Influencer yang dibawa khas oleh saya bersama editor saya, Kapten Hamk. Kami akan bantu kalian selama 2 hari berturut-turut pada 15 & 16 Disember 2021. Ikutkan webinar ini harganya RM299. Namun kami buka terhad untuk 30 orang sahaja untuk dapat harga RM99. Lekas daftar di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591

Masa kena hina, kau kena kata kepada diri kau "ya aku manusia hina. Cuma aku takkan selamanya di tempat ini." Kemudian kau ba
Masa kena hina, kau kena kata kepada diri kau "ya aku manusia hina. Cuma aku takkan selamanya di tempat ini." Kemudian kau bangun dan senyum. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bangun-dan-senyum/

Jangan lupa pula temujanji kita malam ini di Page EK ya! Jam 9 malam di sini https://www.facebook.com/EnKhairulClosing/
Jangan lupa pula temujanji kita malam ini di Page EK ya! Jam 9 malam di sini https://www.facebook.com/EnKhairulClosing/

Malam ini akan diadakan Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book. Kapten Hamk akan kongsikan teknik dan tips untuk menulis E
Malam ini akan diadakan Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book. Kapten Hamk akan kongsikan teknik dan tips untuk menulis E-Book dengan cara mudah. Lekas daftar segera di sini. Seat terhad ya amat : https://bykhm.onpay.my/order/form/kb10kde/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/kb10kde/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/kb10kde/591

Saya ada 45,662 subscriber di sini. Teringin nak berkenalan dengan semua orang. Saya tahu 90% kalian adalah silent reader. Namun jauh di sudut hati kita saling mendoakan sesama kita kan? Salam perkenalan semua. Saya sangat hargai semua orang. Kasi saya love atau beri smiley senyum sebagai tanda persahabatan kita boleh? Saya mulakan dulu, sambut ya, naaahhhh ❤️❤️❤️.

Jom gais. Saya nak bongkar dan ceritakan semuanya esok. Sesi ini diadakan pada 10 pagi hingga 12.30 tengah hari secara live. Sekiranya kalian kerja ke atau ada hal pada waktu tersebut, kalian boleh tonton rakaman okeh. Harga pendaftaran hanya RM99. Jumpa esok ya. Bismillah. Tempah tiket kalian sekarang di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp/591

Panggilan terakhir! Kelas esok gaisss! [Bagaimana Saya Bina OneCookies Semasa Pandemik?] Ini soalan yang paling kerap ditanya
Panggilan terakhir! Kelas esok gaisss! [Bagaimana Saya Bina OneCookies Semasa Pandemik?] Ini soalan yang paling kerap ditanya sepanjang dua tahun ini. Biasanya saya hanya jawab ringkas sahaja. Kali ini saya betul-betul nak cerita bagaimana ia bermula. ✅ Bagaimana dari 1 balang menjadi 100,000 balang. ✅ Bagaimana dari 1 orang pelanggan kepada lebih 30,000 pelanggan. ✅ Bagaimana dari 1 orang dropship kepada lebih 20,000 orang dropship. ✅ Bagaimana dari 9 orang team kepada lebih 60 orang team. ✅ Bagaimana dari jualan RM20 sebalang kepada alhamdulillah mencecah RM4juta jualan. Semua saya nak ceritakan kepada kalian. Saya nak kalian juga buat bisnes sama seperti saya. Bolehlah kita sama-sama: ❤️ Bantu keluarga ❤️ Bantu ibu bapa ❤️ Bantu adik beradik ❤️ Bantu masyarakat ❤️ Bersedekah dan bayar zakat sebanyak-banyaknya.

Soalan: Betul ke apabila kita rajin komen, kita punya engagement kepada tuan punya posting itu jadi lebih tinggi? Kita akan s
Soalan: Betul ke apabila kita rajin komen, kita punya engagement kepada tuan punya posting itu jadi lebih tinggi? Kita akan selalu nampak dia punya post. Jawapan: Ya. Cuma kawan, takkanlah semua post dia kau nak komen. Itu lagi menjengkelkan. Apa yang kau perlu lakukan ialah set see first. Itu jauh lebih baik. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/rajin-komen-posting-orang/

Lekas rebut peluang ini! Workshop ini telah berjaya mengubah ramainya orang untuk pandai menulis copywriting. Kelas akan dija
Lekas rebut peluang ini! Workshop ini telah berjaya mengubah ramainya orang untuk pandai menulis copywriting. Kelas akan dijalankan pada malam ini sekitar Jam 8.30 sehingga 11.00 malam. Terus daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591

Awal tujuh pagi itu hari, saya keluar dari rumah bawa sebakul pakaian untuk ke LaundryBar. Sampai sahaja ada seorang pakcik dan cucu-cucunya juga memunggah dua tiga bakul. Kami menukar wang menjadi token. Untuk cucian 14kg pakaian, hanya RM7. Tambah pengering RM4. Siap memulakan mesin, kemudian ke kedai berdekatan memesan roti canai dan kembali ke kedai dobi layan diri ini. Saya pun mengambil mana-mana majalah yang ada dan duduk di satu sudut. Pakcik tadi kemudiannya juga mengambil satu buah majalah dan duduk disebelah saya. Kami bertegur sapa. Dia kata, suka betul tengok teknologi zaman sekarang. Semua tersedia. Kalau kita ini suka aktiviti keluarga, teknologi sebeginilah yang akan bantu merapatkan hubungan. Wah kagum pula saya, saya tak nampak 'angle' yang pakcik ini nampak. Ada 'blind side' yang agak besar. Katanya, pengusaha pusat dobi layan diri ini pastinya beroleh banyak pahala dalam satu hari. Saat kita boleh mendobi, ada lebih kurang 30 minit - 1 jam. Jadi pakcik ini beri hujah yang best, antaranya ialah: 1. Jika pada waktu pagi, bawa pakaian ini kemudian cuci di dobi layan diri kemudian bawa keluarga pergi joging. Tinggalkan sahaja semua pakaian tersebut. Selesai joging, ambil pakaian tadi, masukkan pula ke dalam pengering, boleh pergi sarapan pula. Selesai cuci baju, dapat pula beraktiviti keluarga. Jika semua ini dibuat dirumah pada waktu cuti, para isteri belum sempat mandi pun kena sediakan sarapan, basuh baju, sidai baju, kemas rumah, basuh berak anak dan sebagainya. Paling kurang dobi layan diri ini membantu serba sedikit penat lelah para ibu dan isteri yang super rajin di rumah. Cuma, suamilah kena tolong ya. 2. Cucian pada waktu malam, terutamanya yang masih belum ada anak, waktu ini hantar cuci dan pergilah makan sama-sama. Sesekali orang rumah ni perlu dibelai, diajak keluar dari terperuk kena buat kerja di rumah sedang di pejabat pun macam-macam kerja nak dibuat. Zaman ini zaman orang sibuk-sibuk, jadi menyediakan teknologi sebegini memang membantu memudahkan orang ramai. Ini barulah namanya bisnes. Bisnes = memudahkan orang = untung = pahala = syurga. Wah. Saya angguk setuju dan terus ting! Di kepala. Keluar macam-macam idea. Wakaka. Kawan-kawan, Jika ada duit lebih sikit, buat 3-4 kali seminggu aktiviti mencuci sambil berkeluarga ini pastinya akan jadi ohsem. Dapat baju bersih, jiwa pun suci dan bahagia merapatkan keluarga. Cewah. Khairul Hakimin. Muhammad, Sentiasa cari peluang beri manfaat pada orang lain melalui bisnes. Hihihi.

Semua pelajar webinar sedang teruja lihat banyak perancangan bisnes boleh dibuat dengan hanya membina content mapping. Semuan
Semua pelajar webinar sedang teruja lihat banyak perancangan bisnes boleh dibuat dengan hanya membina content mapping. Semuanya didedahkan di dalam Webinar Kejar RM1,000 Pertama Di Media Sosial. Kelas berlangsung sehingga 5 petang ini. Pendaftaran masih dibuka dan kalian berpeluang tonton rakaman selepas ini. Terus tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Sedang berlangsung Webinar Kejar RM1,000 Pertama Di Media Sosial. Kelas berlangsung sehingga 5 petang ini. Pendaftaran masih
Sedang berlangsung Webinar Kejar RM1,000 Pertama Di Media Sosial. Kelas berlangsung sehingga 5 petang ini. Pendaftaran masih dibuka dan kalian berpeluang tonton rakaman selepas ini. Terus tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Antara benda yang ubah minda saya semasa bermula berniaga online ini ialah kena set dalam kepala ayat ini, “Rezeki Allah tak ada limit.” Jadi setiap kali saya usahakan sesuatu, saya letak target yang saya boleh capai melalui perkara yang saya rancang. Kita selalu sebut dalam hati, “Boleh ke nak buat sales banyak ni?” “Macam tak lepas je ni.” “Mmm, tak yakinlah sales boleh pergi banyak macam ni.” Jujurnya, itu bukan tak yakin ke diri sendiri. Kita tak yakin dengan Kekuasaan Allah. Allah kan Maha Pemberi Rezeki, dan Allah boleh beri apa sahaja yang kita nak, kita minta, kita mohon. Masalahnya ialah apa yang kita nak dan usahakan itu sering tak sama. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang ahli perniagaan ini, kata beliau, “Nak duit banyak, kena minta dari Allah. Saya sendiri pun ada 2 kilang baju ready made dan 1 kilang buat barang plastik bukannya tiba-tiba masuk order. Semua itu kena minta. Dan adab meminta serta keseluruhan perangai kita itu sepadan dengan apa yang kita nak. Hati kita, jiwa kita, tubuh kita, otak kita semua selari. Tak ada tipu sana tipu sini. Ramai orang berniaga, dengan diri sendiri pun dia nak menipu. Contohnya: dia cakap dia berniaga nak tolong orang. Namun dia tak habis-habis joli duit dengan kemewahan, sedangkan dia duk sembang merata nak bantu sana sini. Macam mana Allah nak teruskan buka pintu rezeki “tolong orang” itu kepada dia? Itu dah tertutup 1 pintu. Ada banyak pintu rezeki yang Allah sediakan untuk semua orang, Pintu sedekah, Pintu hadiah, Pintu niat, Pintu istighfar, Pintu selawat Pintu jaga hati emak ayah, Pintu jaga hati adik beradik, Pintu menyantuni orang, Pintu senyum, Pintu berbaik dengan anak dan keluarga, Pintu kebaikan dengan kakitangan, Pintu kebersihan, Pintu kekemasan, Pintu baik dengan mentua, Pintu kebajikan jiran, Pintu sedekah hari jumaat, Pintu memberi saat susah, Rezeki berkawan, Ada banyaaaaaaaak lagi! Dan kita kena jaga semua pintu ini baik-baik supaya rezeki kita masuk tanpa henti-henti. Kau nampak sekarang? Sebab itu rezeki Allah tak ada limit. Kita yang pergi hadkan dia. Nak usaha buat ini, kau tak jaga hati staff, kau lupa tanggungjawab emak ayah. Kau begitu kau begini, dan sales tak capai kau kata Allah tak kasi kau rezeki. Heh, tengok diri sendiri dulu ya nak! Saya beli BMW pertama pun umur saya 47 tahun. Selepas saya berniaga 8 tahun. Sebelum itu, masih pakai kereta itu (beliau tunjukkan Hiluxnya). Dulu sales saya RM1.5 juta ke RM1.8 juta sebulan. Sekarang bolehlah dalam RM34-40 juta sebulan. Bergantung. Alhamdulillah.” Kawan-kawan, Ramai yang duk set limit dalam kepala sebab kita sendiri sentiasa ada had nak lakukan sesuatu. Jujurnya, Allah boleh beri apa sahaja. Cuma, kita ini banyak sangat pintu yang kita belum buka. Cuba buka satu demi satu, dan kalian akan rasai keindahan berniaga atau bekerja itu sebuah kepuasan. Datangnya rezeki sihat, rezeki ujian yang kita boleh hadap dan tentunya rezeki bayar hutang sampai habis, dapat tunaikan umrah dan haji serta dapat hidup bekeluarga dengan bahagia dicapai. Kita yang pegang kunci-kunci tersebut, nak buka atau tutup, bergantung kepada kita. Dan, Allah tahu semua itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rezeki Allah tak ada limit, kita yang hadkan dengan perbuatan kita dan hati kita.

[Bagaimana Saya Bina OneCookies Semasa Pandemik?] Ini soalan yang paling kerap ditanya sepanjang dua tahun ini. Biasanya saya hanya jawab ringkas sahaja. Kali ini saya betul-betul nak cerita bagaimana ia bermula. ✅ Bagaimana dari 1 balang menjadi 100,000 balang. ✅ Bagaimana dari 1 orang pelanggan kepada lebih 30,000 pelanggan. ✅ Bagaimana dari 1 orang dropship kepada lebih 20,000 orang dropship. ✅ Bagaimana dari 9 orang team kepada lebih 60 orang team. ✅ Bagaimana dari jualan RM20 sebalang kepada alhamdulillah mencecah RM4juta jualan. Semua saya nak ceritakan kepada kalian. Saya nak kalian juga buat bisnes sama seperti saya. Bolehlah kita sama-sama: ❤️ Bantu keluarga ❤️ Bantu ibu bapa ❤️ Bantu adik beradik ❤️ Bantu masyarakat ❤️ Bersedekah dan bayar zakat sebanyak-banyaknya. Jom gais. Saya nak bongkar dan ceritakan semuanya! Sesi ini pada RABU 1hb Disember 2021. 10 pagi hingga 12.30 tengah hari secara live. Sekiranya kalian kerja ke atau ada hal pada waktu tersebut, kalian boleh tonton rakaman okeh. Harga sekarang hanya RM79. Baik rebut sebelum naik ke RM99. Jumpa rabu ini ya! Bismillah. Tempah tiket kalian sekarang di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp

Waktu ambil degree, tak ada duit sangat. Boleh kata ramai adik beradik pun berada di Universiti, jadi emak abah memang tak dapat nak tolong banyak. Lagipun abah kerja cikgu, emak suri rumah, berniaga dari rumah ja bawa sana sini katalog pinggan dan buat kuih. Saya ambil part time potong ayam awal pagi sebelum kelas. Siangnya tolong katering, serve di Pejabat SUK Shah Alam sampailah ke meja Pejabat Menteri Besar waktu itu. Hujung minggu jadi bentara kenduri kahwin. Asyik gais, boleh tampung duit buku terus. Proses itu adalah proses menyakitkan. Penat jangan ceritalah. Belajar memang penuh dengan kuiz, assignment bagai. Namun tak tahu alik mana jadi okey. Ikutkan memang pagi petang siang malam tak ada waktu nak pi duduk study group bagai. Hahaha. Tak adanya aku nak study lewat malam ke apa. Result alhamdulillah baik-baik sahaja. 2 kali naik pentas kerana dapat lebih 3.5 CGPA. Selepas 20 tahun meninggalkan zaman Universiti, badan pun kemain berisi ya amat sekarang, saya hanya boleh cakap saya juga pernah gagal. Pernah dibuang kolej, pernah melalui momen tak best. Orang pandang sana sini semua tak ok sahaja. Waktu beberapa bulan dipandang sebagai orang tak pandai, orang malas, orang begitu orang begini, memang kena kental. Memang kena pekakkan telinga. Namun untuk hari esok, kena buat sesuatu. Kalau tak buat, kita sendiri yang rugi. Masa akan merawat segalanya. Proses ini adalah proses menyakitkan namun banyak perkara akan best-best berlaku. Ya sungguh. Kebanyakan orang pernah gagal, apabila bangkit, ia mengatasi sesiapa. Berhati-hati dengan mulut kalian, mungkin hari ini kalian perlekeh dia, esok lusa entah-entah kalian hantar anak kalian bekerja dengan dia. Jaga-jaga. Iya kawan-kawan, saya pegang pepatah ini, "fall 7 times, stand up 8." Begitulah, Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Tahun 1999, saya gagal kolej. Tak habis belajar. Kemudian saya kerja McD beberapa bulan di Mentakab. Kemudian dapat sambung K
Tahun 1999, saya gagal kolej. Tak habis belajar. Kemudian saya kerja McD beberapa bulan di Mentakab. Kemudian dapat sambung KUSZA. Saat kawan-kawan dah banyak sem di Universiti ambil degree, saya baru nak masuk kelas. Saya lantakkan sahaja semua itu. Belajar dan fokus. Habis di KUSZA, terus sambung Degree di KUTPM (sekarang MSU), ambil kos payah ya amat, entah-entah dah pupus agaknya, Decision Science (Sains Pemutusan, cara nak buat keputusan melalui sains matematik).

2 hari sahaja lagi! Isnin ini, saya dan Kapten Hamk akan kongsikan semua topik ini untuk kalian jana pendapatan di media sosi
2 hari sahaja lagi! Isnin ini, saya dan Kapten Hamk akan kongsikan semua topik ini untuk kalian jana pendapatan di media sosial. Daftar segera. Yang tak sempat hadir, boleh tonton rakaman di group support nanti. Cepat tekan link ini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms/591

Jika kita letak dalam kepala kita tak takut dihina, kita boleh buat apa sahaja. Saya dari kecil terbiasa dihina sebab emak kami bukan berbangsa Melayu. Dari sekolah sampai ke tempat kerja. Ada sahaja. Namun buang tepi, mulut orang kita tak boleh tutup, yang kita boleh buat ialah setkan dalam kepala kita kalis marah, kalis benci, kalis sakit hati. Apabila kena hina, kemudian kita senyum, mereka akan terus keliru. Saya ingat lagi dulu, orang cakap ke saya "mak kau **, sebab tu muka kau hitam!" Kemudian mereka ketawa ramai-ramai "hahahahahaha" sekuat-kuatnya. Kalian tahu apa yang saya diajar untuk saya buat? Saya juga ketawa sekuat-kuatnya, lagi kuat dari mereka "hahahahhahahahahahhahahahahaha!" Sampai mereka akhirnya rasa saya menjengkelkan dan mereka tak buat lagi perkara tersebut. Gais, orang ketawa kalian sekarang bisnes kecil, kita ketawa sahaja sama-sama. Enjoyyy! Tak payah ambil hati. Kita terus duduk, rancang, buat persediaan untuk jadi lebih power lagi. Nanti apabila kalian dah bina empayar, pergi hulur bantuan kepada mereka. Jangan buat apa yang mereka buat kepada kalian. Balas dengan buah, makanan, hadiah dan penuh kebaikan. Itu membezakan kita dengan mereka. Begitulah! Khairul Hakimin Muhammad, Buang takut dihina. Berani hadap! Bismillah.