؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛
Открыть в Telegram
٠ ﷽ ٠ Hari ini kamu berjuang menghafal al Quran، Di Akhirat al Quran berjuang untuk menyelamatkanmu. Bangkitlah wahai Huffaz! Kenanglah selalu masa-masa sulitmu ketika menghafaz al Quran agar dirimu menghargai setiap masa yang ada untuk terus mengulang!
Больше1 343
Подписчики
+124 часа
Нет данных7 дней
+230 день
Архив постов
Kita biasa dengar orang kata
“murajaah sampai mati, bukan sampai masyi”tapi bagi saya,
“mengulanglah sampai masyi, dan masyilah sampai mati”🍃kerana masyi itu, impian setiap orang yang menghafal القران, tetapi الله pilih hambanya yang betul2 bersungguh dengan القران untuk betul2 masyi ❤️🩹 Jadi sahabat, usahakanlah untuk mengulang sehingga masyi, dan berdoalah supaya الله bagi kita ingat القران sehingga mati 🤍 Kerana nikmat apa lagi yang lebih besar bagi seorang penghafaz القران selain masyi & mutqin dalam hafazannya ? - Semoga Allah rahmati penulis
Repost from The Garden of Al-Quran
Apa kaitan antara Surah Al-Kahfi dan Dajjal? Surah Al-Kahfi menceritakan 4 fitnah yang akan berlaku di akhir zaman.
Kisah Ashabul Kahfi : fitnah aqidah
Kisah Nabi Musa : fitnah ilmu
Kisah sahib Jannatain : fitnah harta
Kisah Raja Dzulqarnain : fitnah kepimpinan
Inilah fitan yang dibawa oleh Dajjal. Jadi bacalah surah Al-Kahfi sebagaimana Nabi saw menuntut kita. Moga dijauhi dari fitnah Dajjal.
#FawaidTadabbur
Repost from _UmmuAbiha_
Quran Surah As-Saff ayat 2—3.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لِمَ تَقُوْلُوْنَ مَا لَا تَفْعَلُوْنَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللّٰهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا لَا تَفْعَلُوْنَ
(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
HUKUM MENCURI NAFAS DLM BACAAN QURAN
Oleh DR. ABD RAUF
Mencuri nafas sewaktu bacaan alQuran adalah haram. Ini kerana dalam pembacaan alQuran akan melibatkan hanya 5 perkara sahaja sebagaimana yg diajarkan oleh ulamak ilmu tajwid iaitu:
1⃣ WASAL (menyambungkan bacaan).
2⃣ IBTIDA' (memulakan semula bacaan).
3⃣ WAQAF (berhenti bacaan dengan nafas baru dgn niat menyambungkan bacaan).
4⃣ QATA' (berhenti terus).
5⃣ SAKTAH (berhenti sebentar tanpa mengambil nafas baru dgn niat nak sambungkan bacaan).
Oleh itu jika seseorang itu menyedari ia akan kehabisaan nafas, wajib baginya mencari tempat waqaf yg sesuai dan dibenarkan utk berhenti.
Jika seseorang itu tidak menyedari yg dia kehabisan nafas atau terpaksa berhenti kerana kependekan nafas, maka harus baginya utk waqaf idditori (اضطر) (yakni wakaf kecemasan).
Inilah yg dikatakan oleh Imam al-Jazari:
وليس في القرآن من وقف وجب ولا حرام غير ما له سبب
Apakah punca seseorang mencuri nafas?Puncanya kerana ia telah kehabisan nafas tetapi ingin juga menyambungkan bacaannya. Pada saya yang menjadi haram dalam hal mencuri nafas ini ialah kerana ia boleh dikategorikan sebagai waqaf idditori (terpaksa berhenti kerana kehabisan nafas tetapi tidak kena caranya). Maka kaedahnya ialah kita hendaklah mengulang kembali ayat sebelumnya. Sedangkan dalam mencuri nafas ini, ia menyambung ayat selepasnya tanpa mengulang ayat sebelumnya. As-Sheikh Sa'id Abu Khalil dalam bukunya الجرجرية في ترتيل القرآن menyatakan: Syarat bagi waqaf idditori adalah mengulang kembali bacaannya pada kalimah atau perkataan yg diwaqaf, أنه عند استئنافه القراءة يعيد الكلمة التي توقف عليها إن صلح الابتداء بها وإلا رجع الى ما قبلها مما يصلح الابتداء به. Muhd Khalid Abd Aziz dlm bukunya الوسيط في علم التجويد menyatakan: أنه يقف على الكلمة التي اضطر الوقوف عليها ثم يبتدئ منها يصلها بما بعدها إن صلح البدء بها وإلا فيبتدئ بما يصلح البدء به Kesimpulannya jika kita terpaksa berhenti, kita mesti mencari tempat ibtida' bacaan yg dibenarkan dan elok dari sudut maknanya, bukan dengan mencuri nafas dan menyambung terus bacaan dengan ayat selepasnya. Ikhlas drpd: DR ABD RAUF TAN SRI HASSAN AL- AZHARY.
“Syaitan suka kamu meninggalkan al-Quran. Dia tidak akan berhenti hingga kamu menangguhkan (membacanya) ke hari esok, kemudian ke hari berikutnya… sehingga hati menjadi mati dan al-Quran terasa berat baginya, lalu dia pun meninggalkannya.”
Repost from The Garden of Al-Quran
Perasan tak, masa hari raya baru-baru ini.
Kita mudah terikut dan teringat kepada lagu-lagu trend hari raya di Tiktok, IG dan sebagainya. Ataupun mana-mana lagu trend di Tiktok. Terus melekat di kepala kita.
Sebab ia sering berulang dan sering dibudayakan.
Swipe, lagu raya. Swipe lagi, lagu raya lagi. Swipe, lagu trend. Swipe, trend lagi.
Terkadang kita tidak hafal pun, tidak cari pun liriknya, tapi teringat secara automatik.
Pernah tak benda ni terjadi?
Sebab perkara yang diulang, akan mudah menetap dalam minda kita.
Jadi, sangat baik jika kita menetapkan al-Quran di minda dan di hati kita, kita sering dengar al-Quran.
Apabila dengar sentiasa, selalu bergaul dengan orang yang bercerita dan berkongsi tentang al-Quran, minda kita mudah menangkap manfaatnya.
Ini kaedah yang ulama' sebutkan:
إذا تكرر تقرر
"Apabila diulang-ulang, ia akan menetap"
Sama sahaja konsepnya dengan iklan di radio atau TV.
Terkadang kita rasa jengkel dengan iklan itu. Benci, bahkan. Tapi tetap juga apabila 'trending', kita jadi ingat tanpa kita usahakan untuk menghafal.
Kerana ia sering diulang siar. RAmai orang share, orang repost dan seumpamanya.
Maka, jika al-Quran dijadikan bahan untuk kita selalu repost, share, maka juga berpotensi menjadi bahan yang menetap di minda.
Tidak salah kita mencuba bukan?
Mulai sekarang, cuba gantikan serba sedikit lagu, muzik dengan al-Quran.
Banyakkan dengar al-Quran sambil fokus.
Insya Allah, walaupun mungkin kita tidak ingat dengan ayat-ayatnya, tetapi akan menambah minat kita terhadap al-Quran.
Dengar, sudah dapat pahala.
Moga bermanfaat.
#MotivasiQuran
Firman Allah SWT:
وَإِذا قُرِئَ القُرءآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا لَعَلَّكُم تُرحَمونَ
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah.
(Surah Al-A'raf: Ayat 204)
Semoga kita dalam kalangan mereka yang mendapatkan kelazatan dalam ibadah serta mereka yang disebut sebagai Ahlul Quran; Ahlullah.
Repost from Iwana Aisyah Ab Halim
Bulan ramadan ini adalah bulan al-Quran tetapi setiap orang berbeza perjalanannya cara mendekati al-Quran :
1) Ada orang, dia baru nak kenal huruf hijaiyah. Jadi ramadan ini sebagai permulaan dia nak kenal huruf-huruf al-Quran.
2) Ada orang, dia baru bertatih nak baca al-Quran. Jadi ramadan ini, dia nak konsisten baca al-Quran setiap hari walaupun satu muka surat.
3) Ada orang, dia sudah lancar baca al-Quran. Jadi ramadan ini, dia nak khatam al-Quran sebab bulan lain sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
4) Ada orang, dia nak khatam tadabbur al-Quran. Jadi ramadan ini, dia masuk kelas untuk fokus khatam tadabbur al-Quran.
5) Ada juga orang yang dia sudah hafaz al-Quran. Jadi ramadan kali ini dia nak ulang al-Quran dengan sebaiknya dan ingat al-Quran dengan cair.
Semuanya menuju matlamat yang sama iaitu mendekati al-Quran cuma cara yang berbeza. Jadi kita tak perlu bandingkan proses kita dengan orang lain.
Apa yang penting kita dapat konsisten dengan al-Quran hingga ke hujung hayat kita. Teruskan mendekati al-Quran dengan pelbagai cara.
@iwanaaisyah
Selangkah mendekati al-Quran
Amalan memperbanyakkan bacaan dan mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan juga merupakan adat kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulama salaf. Contohnya:
- khatam 2 malam sekali:
Seorang tabi’in iaitu al-Aswad Ibn Yazid mengkhatamkan al-Quran pada setiap dua malam pada bulan Ramadan.
- khatam 3 hari sekali:
Qatadah apabila tiba bulan Ramadan beliau mengkhatamkan dalam masa tiga hari. Dan apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan, beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.
- khatam setiap malam sekali:
Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali pada setiap malam di bulan Ramadan.
- khatam 60 kali:
Imam al-Syafie pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di dalam bulan Ramadan.
Ramadan ini bulan kita mengumpul sebanyaknya amalan sir yang hanya antara kita dengan Allah tahu.
**Pesanan jua buat para wanita yang keuzuran haid, adalah sangat rugi kalau tidak pulun untuk menghabiskan keseluruhan masa yang ada ketika suci dengan tidak membaca al-Quran.
- semoga Allah merahmati penulis dan orang yang berkongsi.
Assalamualaikum setakat ni macam mana progression? Sudah ada yang khatam? Vote juga ya sama ada baca sorang² atau tadarus.
.
Admin nak ucapkan tahniah semua yang sudah berjaya capai target! 🤍 Jangan lupa perbanyakkan selawat hari ini.
Repost from 𓂆 يَــا مُقَلِّـبَ الْقُلُوبــــ 𓂆
PERBANYAKKAN NIAT YANG BAIK SEBELUM MEMASUKI BULAN RAMADAN
Agar Aktiviti Ibadah kita selari dengan Niat kita serta berpanjangan keberkatan didalam Bulan Ramadan
Niat yang diajarkan Al Marhum Mufakkir Islam Habib Abu Bakar Al Adni Al Masyhur Rahimahullah Ta'ala didalam kitabnya Mukhtasor Tartib Ad'iyyah Layali Ramadan
Repost from 𓂆 يَــا مُقَلِّـبَ الْقُلُوبــــ 𓂆
+2
JADUAL KHATAM AL-QUR'AN BULAN RAMADAN
1x KHATAM SELAMA 1 HARI
1x KHATAM SELAMA 3 HARI
1x KHATAM SELAMA 5 HARI
1x KHATAM SELAMA SEMINGGU
1x KHATAM SELAMA SEBULAN
Dibawah Versi PDF & Versi Gambar
Jadual ini saya dedikasikan kepada Al Marhumah Ustazah saya yang pernah berpesan agar cuba untuk khatam lebih 1x didalam Bulan Ramadan. Rakan-rakan semua sudilah hadiahkan Al Fatihah dan Bacaan Al Qur'an kalian di Bulan Ramadan kepada Beliau - Ustazah Samiah binti Tuan Guru Haji Hussin 🤲🏻
t.me/nsabrinzahro
Penghafal Al-Quran mesti punya waktu khusus untuk murajaah, walau hanya 30 minit sehari. Kerana hafalan terjaga bukan dengan banyak masa, tetapi dengan istiqamah.
Al-Quran tidak hilang kerana kurang hafal, tetapi kerana kurang diulang.
Tetapkan satu waktu, jaga konsistensi, nescaya Al-Quran setia di dada.
Ulang dan beramal isi Quran sampai kita mati💪
#MBZ
Repost from The Garden of Al-Quran
Al-Quran bukan bersifat bakat, awak berbakat maknanya awak boleh baca, kalau awak tak berbakat maknanya awak tak boleh baca. Bukan begitu.
Tapi al-Quran bersifat usaha. Sesiapa yang berusaha belajar, maka dia boleh baca.
Semua orang mampu mahir al-Quran, harganya adalah usaha.
#MotivasiQuran
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
