cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

𓂆 يَــا مُقَلِّـبَ الْقُلُوبــــ 𓂆

Typography • Quotes Ulama • Sharing #TidakPerluMintaIzin ⚠️ PENANGGUHAN CHANNEL SEMENTARA ⚠️

Больше
Рекламные посты
916
Подписчики
Нет данных24 часа
-27 дней
-1130 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ PEMBERITAHUAN , Facebook Page Rasmi pondok telah bertukar kepada PONDOK SYATARIYYAH & PONDOK SYATARIYYAH PORT DICKSON Nombor Akaun Rasmi pondok adalah : SYATARIE ANSORULLAH MAYBANK 555108378573 Sebarang sumbangan & infaq kepada Pondok Syatariyyah boleh di salurkan ke nombor akaun berkenaan . Sumbangan kepada TUAN GURU dan pelajar boleh disalurkan ke akaun : NORHAYATI BINTI DON BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 12074022159035 Dengan itu , FACEBOOK PAGE & TELEGRAM dibawah nama PONDOK ASH SYATTARIYYAH LINGGI INSTAGRAM @PondokAshSyattariyyah SHOPPEE BERKAT HIDAYAH & NOMBOR AKAUN BERKAT HIDAYAH telah terbatal dengan sendirinya dan tiada kaitan lagi dengan Pondok Syatariyyah . Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pondok , boleh berhubung terus dengan mudir pondok di nombor tertera di bawah : WWW.wasap.my/60133334697
Показать все...
2
TAUSIYAH HABIB MUSA KADZIM ASSEGAF : NASIHAT BUAT ISTERI YANG BEKERJA DILUAR ✍🏻 Catatan Oleh : Ahlia Rizuan II " Jangan jadi seorang perempuan yang kerjayanya diluar nampak berjaya. Akan tetapi sangat rosak & tak berfungsi dalam tugasnya sebagai seorang isteri kepada suaminya. Bukan hanya dengan suami bahkan dengan ibu bapa juga, bukanlah kejayaan seseorang perempuan dalam kerjaya nya , dalam pengajiannya di universitinya, tetapi dia merosakkan hubungan dengan suami serta ibubapanya, hendaklah diberi perhatian hal ini. Jangan jadi perempuan yang di tempat kerja baik akhlak dengan semua orang tapi hubungan dirumah tangga dengan suami, ibu bapa rosak . Isteri / perempuan begini ibarat seorang pelajar yang gagal semua subjek pelajaran yang asas, akan tetapi dia berjaya di subjek yang tidak diperlukan. Maksudnya disini bekerja diluar itu perkara yang kecil sahaja buat isteri contoh kerja dipejabat, di hospital , sekolah dan lain-lain tapi menjadikan si perempuan itu rugi ialah mengabaikan perkara yang besar seperti tanggungjawabnya dan tugas dia sebagai seorang isteri, akhlak yang mulia, dan amal solehnya . Kemuliaan yang sebenar bagi seorang wanita itu dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang Allah سبحانه وتعالى dan islam ajarkan kita. Bukannya kemuliaan seseorang wanita itu dengan sijil yang ia miliki atau jumlah gaji yang dia terima , perkara tersebut tidak memberi manfaat sekalipun pada batin seseorang itu melainkan dengan niat yang baik . Sijil dan gaji bukan lah menetapkan darjat atau kemuliaan seseorang perempuan disisi Allah سبحانه وتعالى akan tetapi yang menjadikan ia mulia disisi Allah dengan akhlak yang mulia , mentaati suaminya dan memberi tarbiah yang baik kepada pada anaknya. 🍃Habib Kadzim Bin Jaafar Assegaf 🍃 Majlis Muslimat | Fitnah Akhir Zaman : Peranan Muslimah | 04/05/2024 | Tawfiq Sg Penchala
Показать все...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

17👍 1💯 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Показать все...
Barangsiapa yang mengamalkan ENAM sunnah ini akan mendapatkan segala manfaat pada hari Jumaat: 1. Membersihkan badan dan mandi, juga dengan niat membersihkan hati, sesungguhnya badan ini akan kembali ke tanah, kerana ia datang dari tanah. 2. Pakai pakaian yang bersih, putih, pakai minyak wangi, pergi ke solat Jumaat mengikut sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. 3. Sangat penting: Datang awal ke solat jumaat, sebelum khatib naik ke atas mimbar. 4. Baca surah Al-Kahf pada hari Jumaat. 5. Selepas habis solat jumaat, sebelum menggerakkan kaki selepas solat, baca Al-Fatihah 7 kali, Al-Ikhlas 7 kali, Al-Falaq 7 kali, Al-Nas 7 kali. Sesiapa pula yang ada hutang, maka bacalah 70 kali: اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Allahummakfinii bihalaalika ‘an haraamika wa aghninii bifadhlika ‘amman siwaak. 6. Melakukan 80 kali selawat ke atas Rasulullah ﷺ pada waktu selepas Asar di hari Jumaat. Habib Kadzim juga mendoakan Allah subhana wa taala memberi berkat kepada pelajar semua, dan berpesan kepentingan bersiwak. Sumber : Tadika & Madrasah Al Mustofa House
Показать все...
8🥰 3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Habib Musa Kadzim Assegaf menyampaikan manfaat dari guru mulia kita الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar yang kini di Uzbekistan :
Показать все...
Repost from InfoMaulid
Фото недоступноПоказать в Telegram
SELAMAT DATANG KE MALAYSIA WAHAI HABIB. أهلا وسهلا ومرحبا بكم سيدي الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar Perincian jadual akan menyusul..insyaAllah.. Terus bersama kami..
Показать все...
7🥰 2
Фото недоступноПоказать в Telegram
Begitu juga bagi pelajar banat/akhwat/muslimat di Pondok. Kalau pondok ajarkan kesederhanaan dalam pemakaian, begitu jugalah kita diluar Pondok. Kalau pondok ajar kita tutup betul-betul tepati syariat seperti labuh tepi, depan dan belakang..begitulah kita diluar. Jangan dalam pondok kita pakai sopan, diluar pondok kita pakai mengikut fesyen luar syariat atau kurang telus syariat. Kita keluar bawa imej pondok sekaligus imej guru. Tambah-tambah zaman sekarang pandangan masyarakat terhadap orang agama sudah skeptikal dan mendatangkan fitnah. Kena ingat kita belajar pondok, kita menuntut akan risalah Baginda Nabi Muhammad ﷺ. Tatkala kita keluar pondok, kita turut membawa akhlak guru kita serta akhlak Baginda Nabi Muhammad ﷺ. Jangan cemarkan dengan kelakuan yang tidak baik.
Показать все...
10