ru
Feedback
INFO SMKRPB

INFO SMKRPB

Открыть в Telegram

Ibu bapa / penjaga dijemput sertai channel telegram infosmkrpb untuk hebahan info /aktiviti sekolah.

Больше
1 553
Подписчики
Нет данных24 часа
-67 дней
-1830 день
Архив постов
5_6161208350789870722.pdf4.15 KB

photo content

JADUAL DUTY WARDEN JUN 2026.png3.39 KB

photo content

JADUAL BALIK WAJIB SESI 2026 (TERKINI).pptx2.85 KB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jadual balik wajib bagi bulan Jun adalah pada 26 Jun 2026. Pihak tuan/puan diminta untuk merujuk jadual terbaharu yang disediakan untuk maklumat. Selamat Kembali ke Sekolah buat semua murid. Semoga terus bersemangat untuk menuntut ilmu! Terima kasih atas kerjasama anda.

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Perkampungan Ilmu KSIB untuk anak-anak Ting 5 tahun 2026, batch Incendio. Terima kasih dan Tahniah.

Selamat datang Pn Pengetua ke group INFO SMKRPB

Photo from Normaria😍
Photo from Normaria😍

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Kali Ke-42 berlangsung dengan penuh meriah, gemilang dan penuh makna buat seluruh warga BAINUN. Tahniah kepada semua murid cemerlang yang diraikan atas segala usaha dan kejayaan yang membanggakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin atas kesudian hadir merasmikan majlis ini. Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna kepada seluruh warga sekolah. Dalam ucapan Pengetua Cemerlang, Datin Hajah Khalilah binti Za’aba turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa berganding bahu dalam memastikan kecemerlangan BAINUN terus terserlah. Beliau menegaskan bahawa kejayaan ini bukan hasil usaha satu pihak sahaja, tetapi lahir daripada kerjasama erat guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang sentiasa komited dan berusaha bersama. Beliau berharap misi #BainunRoadTo1 dapat diteruskan hingga mencapai kejayaan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sehingga berjalan dengan lancar dan penuh bermakna. Semoga BAINUN terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. ✨ #BainunExcellent #BainunRoadTo1 #MajlisApresiasi42 https://www.facebook.com/share/1GizhqrSwz/

photo content

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera MAKLUMAN : BALIK WAJIB Balik Wajib  bagi semua murid adalah pada: Tarikh : 22 Mei 2026 (Jumaat) Masa : 12:30 tengah hari - 2:30 petang (perempuan) Lepas Jumaat - 4:30 petang (lelaki) Semua murid wajib kembali semula ke asrama pada 7/6/2026 (Ahad) seperti berikut: 🕑 Tingkatan 4 & 5 Pulang ke asrama antara 2.00 – 4.00 petang 🕓 Tingkatan 1, 2 & 3: Pulang ke asrama antara 4.00 – 6.00 petang Bagi mengelakkan kesesakan, mohon semua murid mematuhi masa yang ditetapkan. 🔹 Kod pemakaian ketika kembali ke asrama: ✔️ Baju: T-shirt outing sekolah ✔️ Seluar: Slack hitam ✔️ Tudung: Hitam (bagi murid perempuan) ✔️ Kasut: Hitam 🔹 Kehadiran ke asrama: ✅ Murid wajib thumbprint sebaik tiba di asrama atau sebelum jam 6.00 petang ✅ Pintu pagar utama akan ditutup tepat jam 6.00 petang. Murid yang lewat perlu berjalan kaki masuk ke asrama. Mohon kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran pergerakan murid. Terima kasih.

Selamat Hari Guru 2026 “Guru Bitara, Nadi Negara” Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluru
Selamat Hari Guru 2026 “Guru Bitara, Nadi Negara” Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik SMK Raja Permaisuri Bainun atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah pembina sahsiah, pencetus inspirasi dan pemangkin kejayaan generasi masa depan. Terima kasih warga BAINUN kerana terus melangkah sederap merealisasikan kecemerlangan #BainunRoadTo1 demi anak-anak didik tercinta. Semoga semua guru dan staf terus dikurniakan kesihatan, kekuatan serta semangat untuk meneruskan amanah yang mulia ini. Terima kasih cikgu, jasamu sentiasa dikenang. #SelamatHariGuru2026 #TerimaKasihCikgu #BainunExcellent #BainunRoadto1

Program Motivasi Kerohanian Murid bersemlana Majlis Bacaan Yaasin Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026 di Masjid Nege
+3
Program Motivasi Kerohanian Murid bersemlana Majlis Bacaan Yaasin Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026 di Masjid Negeri Perak.