INFO SMKRPB
رفتن به کانال در Telegram
Ibu bapa / penjaga dijemput sertai channel telegram infosmkrpb untuk hebahan info /aktiviti sekolah.
نمایش بیشتر1 527
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-87 روز
-3330 روز
آرشیو پست ها
1 527
🌟 Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026 🌟
Seluruh warga SMK Raja Permaisuri Bainun mendoakan agar anak-anak INCENDIO diberikan ketenangan hati, ketajaman fikiran dan kekuatan semangat sepanjang menghadapi peperiksaan bermula 13 Julai hingga 7 Ogos 2026.
“Ya Allah, tenangkan hati anak-anak INCENDIO, lapangkan dada mereka, permudahkan urusan mereka dan terangilah fikiran mereka ketika menjawab setiap soalan. Jadikan segala usaha, pengorbanan dan doa mereka serta ibu bapa dan guru-guru sebagai asbab kejayaan yang membanggakan di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
Teruskan melangkah dengan yakin dan penuh tawakal. Semoga Percubaan SPM ini menjadi pembuka jalan kepada kejayaan yang lebih besar dalam SPM sebenar nanti.
#BainunRoadto1
#Minimum6A
#INCENDIO2026
1 527
Terima kasih barisan barisan Majlis Tertinggi Pengawas 2025/2026.
Selamat berbakti kepada lantikan baru Majlis Tertinggi Pengawas 2026/2027.
#BainunExcellent
#BainunRoadTo1
1 527
Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman semua, pihak sekolah kini telah mempunyai akaun TikTok Rasmi SMK Raja Permaisuri Bainun yang bertujuan menyebarluaskan pelbagai aktiviti, program serta pencapaian warga BAINUN, di samping memperluaskan capaian maklumat kepada generasi muda.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik rakan-rakan guru, ibu bapa, murid dan alumni untuk follow akaun TikTok rasmi sekolah sebagai tanda sokongan.
📱 TikTok Rasmi SMK Raja Permaisuri Bainun: https://www.tiktok.com/@smkrpb.official?_r=1&_t=ZS-97ncKpVbmaX
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.
1 527
🏆 TAHNIAH WARGA BAINUN! 🏆
Alhamdulillah, satu lagi kejayaan membanggakan berjaya dilakar oleh warga SMK Raja Permaisuri Bainun di pentas antarabangsa.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib serta semua ahli pasukan atas kejayaan cemerlang dalam Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.
🥇 GOLD AWARD 📌 A Structured Acronym-Based Cognitive Framework for Additional Mathematics Problem Solving
🥇 GOLD AWARD 📌 AeroSentinelle Mist
🥈 SILVER AWARD 📌 OPSTRA – Battle of Numbers
Kejayaan ini membuktikan bahawa budaya inovasi, kreativiti dan kecemerlangan akademik terus subur dalam kalangan warga Bainun. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berinovasi dan mengharumkan nama sekolah di persada kebangsaan serta antarabangsa.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan demi #BainunRoadto1. 💙💛
#BainunExcellent
#BainunRoadto1 #Minimum6A #BIICC2026
https://www.facebook.com/share/p/182TZq6MWt/
1 527
🌟 Tahniah & Syabas! 🌟
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib atas kejayaan meraih Anugerah Emas dalam Pertandingan Pembentangan Amalan Terbaik (Kategori Guru) Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Peringkat Daerah Kinta Utara.
Kejayaan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam memperkasa amalan terbaik pendidikan demi melahirkan generasi yang berkualiti.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berinovasi dan mengharumkan nama sekolah pada peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah sekali lagi dan semoga terus cemerlang! 💐🏆
#bainunroadto1
#bainunexcellent
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0YtQ15KKGF8BcJd5de5ZZFAJJwocnJhUQQjViH8A5Umshwf6dtvtfm3nZAkmXBkJ3l&id=100057851050512&mibextid=Nif5oz
1 527
+1
📌 Program Sistem Keluarga Asrama (SISKA) – Perjumpaan Kali Ke-3 dan Kali Ke-4
Tarikh : 25 Jun 2026 dan 2 Julai 2026
Tempat : Asrama Lelaki dan Perempuan
Masa : 7.30 pagi
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Raja Permaisuri Bainun telah mengadakan Program SISKA yang melibatkan semua murid asrama bersama ibu dan ayah angkat (guru mentor).
Program ini bertujuan memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga asrama, meningkatkan sahsiah dan disiplin murid serta mewujudkan persekitaran asrama yang harmoni dan kondusif.
Semoga program ini terus mengeratkan hubungan antara ibu dan ayah angkat dengan anak-anak angkat serta membentuk murid yang berdisiplin, bertanggungjawab dan saling prihatin.
💜 “We Care, We Listen, We Love”
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02eDTfWQgCFxEq96TGB2wjsjTrkNJmSoyVh7qncsA9BVgTUmMWRzbCNUP6oDAVEoTNl&id=100057851050512&mibextid=Nif5oz
1 527
Sekalung tahniah diucapkan kepada anakanda Muhammad Aidil bin Nazzaily atas lantikan sebagai Jaawatankuasa Negeri Perak, Majlis Pemimpin Murid Malaysia.
Semoga ini menjadi batu loncatan kepada semua murid BAINUN yang lain dalam mengejar kecemerlangan dalam kepemimpinan.
#bainunexcellent
#bainunroadto1
https://www.facebook.com/share/p/1HDmMkpczs/
1 527
🌟 PROGRAM MOTIVASI: FOKUS, PECUT DAN CEMERLANG 🌟
Alhamdulillah, pada 3 Julai 2026 (Jumaat) telah berlangsung Program Motivasi: Fokus, Pecut dan Cemerlang yang melibatkan semua murid Tingkatan 5 SMK Raja Permaisuri Bainun.
Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat, meningkatkan motivasi serta membina fokus dalam kalangan calon SPM 2026 agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan percubaan dan SPM yang sebenar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Sharimi bin Shaharudin atas perkongsian yang penuh inspirasi dan bermanfaat. Terima kasih juga kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKRPB, barisan pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu, nasihat dan motivasi yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak-anak Batch Incendio 2026. Teruskan melangkah dengan fokus, berusaha tanpa jemu dan yakin bahawa kejayaan adalah milik mereka yang istiqamah.
#BainunExcellent
#BainunRoadTo1
https://www.facebook.com/share/p/17cxpm3tZg/
1 527
📚 PROGRAM ENRICHMENT CLASS – BATCH INCENDIO 🔥
Dalam usaha memastikan calon-calon SPM Batch INCENDIO benar-benar bersedia menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dan seterusnya SPM sebenar, Program Enrichment Class terus dilaksanakan secara konsisten.
Kelas ini diadakan setiap petang, setiap malam pada setiap hari persekolahan, serta diteruskan pada setiap hari Sabtu. Program ini memberi ruang kepada para pelajar untuk memperkukuh penguasaan mata pelajaran, membuat ulang kaji secara berfokus dan meningkatkan keyakinan menjelang peperiksaan.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil yang cemerlang. Semoga semua calon Batch INCENDIO dikurniakan kejayaan yang membanggakan dalam Peperiksaan Percubaan SPM dan seterusnya SPM 2026.
🔥 INCENDIO – Menyala Dengan Ilmu, Melakar Kejayaan.
#bainunroadto1
#bainunexcellent
https://www.facebook.com/share/p/1EHEFQsd7C/
1 527
MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA & PENJAGA MURID
Demi memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan disiplin anak-anak sepanjang berada di asrama, pihak Pengurusan Asrama ingin mengingatkan beberapa perkara penting sebelum anak-anak pulang semula ke asrama:
1️⃣ Baju Outing: Sila pastikan anak membawa balik baju outing untuk dipakai semasa mendaftar masuk semula ke asrama.
2️⃣ Kekemasan Diri: Anak-anak mesti pulang dengan rambut pendek (lelaki), kuku dipotong rapi, dan memakai pakaian yang sepatutnya.
3️⃣ Perekodan Masa: Sila pastikan anak merekod waktu keluar melalui kaedah imbasan (scan) Kad Murid di Bilik Warden.
4️⃣ Barang Larangan: Pastikan anak tidak membawa sebarang barang larangan (seperti vape, rokok elektronik, pemetik api, atau senjata tajam) semasa pulang ke asrama.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai demi kecemerlangan dan sahsiah terpuji anak-anak kita.
Terima kasih.
1 527
📚 MAJLIS JAYA WARIS 2026
Alhamdulillah, Majlis Jaya Waris 2026 telah berlangsung dengan lancar pada 26 Jun 2026 (Jumaat) di SMK Raja Permaisuri Bainun.
Majlis dijalankan mengikut kelas masing-masing bagi memastikan sesi pertemuan antara ibu bapa/penjaga dan guru kelas berlangsung dengan lebih teratur dan kondusif. Dalam sesi ini, ibu bapa berpeluang berbincang secara langsung dengan guru kelas mengenai prestasi akademik, sahsiah serta perkembangan anak-anak masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan kerjasama dan komitmen yang amat baik. Semoga jalinan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang cemerlang.
#BainunRoadTo1
#bainunexcellent
https://www.facebook.com/share/p/18y7uL4qCu/
1 527
+9
Program Motivasi : Fokus,Pecut & Cemerlang SPM 2026
Tarikh: 3/7/2026
Masa: 8.30 pg - 10.30 pg
Tempat : Surau
Sasaran : Tingkatan 5
