4 823
Подписчики
Нет данных24 часа
-117 дней
-3730 день
Архив постов
[𝐌𝐏𝐏 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐋𝐊 𝟐.𝟎: 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐏𝐔𝐑𝐏𝐎𝐒𝐄: 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒, 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐈𝐃𝐄𝐍𝐂𝐄 & 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐂𝐓]
Assalamualaikum WBT,
MPP Global Talk is organised to empower students by providing valuable insights into leadership, self-confidence, and the essential soft skills needed to excel in academic, professional and personal development.
The programme details are as follows:
📆 Date: 12 July 2026
⏰ Time: 7.30 – 11.00 PM
🔗 Platform: MsTeams
Invited Panelists:
🧑🏻🎓1. Muhammad Suhayb Adil Nasrun Adil
Area of Expertise:
Student leadership, organisational management, and global student engagement.
👩🏻🎓2. Nurin Nashitah Nor Hasrim
Area of Expertise:
Communication skills, cross-cultural interaction, and student experience in international settings.
Registration Link:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfPCTxEKII4RNVE-o6Hoy5TrZ8dzC0aAqMwjAb8KDTw7sX40A/viewform?usp=publish-editor
EKSEKUTIF KORPORAT DAN PERHUBUNGAN LUAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
10 JULAI 2026 | 24 MUHARRAM 1448H
+1
[𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇: 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐔𝐓𝐎𝐑𝐈𝐓𝐈]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil maklum berhubung penularan maklumat tidak rasmi dan spekulasi berkaitan isu yang masih belum disahkan oleh pihak berautoriti.
Sehubungan dengan itu, MPP USIM menyeru seluruh mahasiswa/i agar sentiasa berhemah dalam menerima serta menyebarkan maklumat. Kekal bertenang dan rujuk hanya kepada saluran komunikasi rasmi USIM dan MPP USIM sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan.
MPP USIM sedang berhubung dengan pihak pengurusan universiti bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui platform media sosial rasmi MPP USIM.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
11 JULAI 2026 | 25 MUHARRAM 1448H
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 (𝐁𝐃𝐑) 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐈𝐌]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang menjalankan Soal Selidik Kajian Impak Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sistem BDR pada hari Khamis dan Jumaat.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar berkaitan aspek:
📌 Pengangkutan
📌 Penginapan dan fasiliti kolej kediaman
📌 Pelaksanaan aktiviti pelajar
📌 Cadangan penambahbaikan pelaksanaan BDR
📝 Pautan Soal Selidik: https://forms.gle/cAYpFueWKcVAU42z9
⏰ Tempoh Pengisian:
7/7/2026 - 15/7/2026
Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya akan digunakan bagi tujuan analisis kajian ini sahaja.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
07 JULAI 2026 | 21 MUHARRAM 1448H
+1
[𝐌𝐔𝐋𝐓𝐀𝐐𝐀’ 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐈 2026]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi akademik 2025/2026 akan menganjurkan Multaqa’ Siswi 2026 sebagai platform yang menghimpunkan semua wakil kepimpinan mahasiswi badan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memperkukuh kefahaman berkaitan kepimpinan, pembangunan sahsiah serta peranan wanita sebagai pemimpin yang berintegriti dan berwibawa.
Program ini akan menampilkan Sesi Talk Kepimpinan yang memberi pendedahan berkaitan nilai kepimpinan, komunikasi, pembangunan potensi diri serta peranan mahasiswi sebagai agen perubahan dalam komuniti dan universiti.
🗓️ Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
🕗 Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Galeri Pusat Hal Ehwal Pelajar, USIM
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
05 JULAI 2026 | 20 MUHARRAM 1448H
[𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍]
Assalamualaikum WBT,
Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin berkongsi kaedah pembayaran yuran yang betul bagi memudahkan urusan pelajar. Sehubungan itu, pelajar dinasihatkan agar menggunakan kaedah yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah atau kelewatan dalam rekod pembayaran yuran.
Sebarang pertanyaan berkaitan bayaran yuran atau lejar pelajar boleh dirujuk kepada Seksyen Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari USIM melalui:
📧 E-mel: kredit.bend@usim.edu.my
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
JABATAN BENDAHARI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
03 JULAI 2026 | 18 MUHARRAM 1448H
*[𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍]*
Assalamualaikum WBT,
Sukacita diingatkan kepada pelajar yang masih mempunyai tunggakan yuran pengajian termasuk yuran penginapan diminta menjelaskan bayaran selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2026 (Ahad) bagi mengelakkan sekatan akademik dan pentadbiran seperti:
• Akses kepada keputusan peperiksaan
• Pendaftaran semester baharu
• Tidak dibenarkan bergraduasi dan menghadiri Majlis Konvokesyen
• Sebarang urusan akademik atau pentadbiran lain yang tertakluk kepada syarat kewangan USIM
📌 Pelajar juga dinasihatkan untuk menyemak status kewangan masing-masing melalui Portal iStudent. Bagi pelajar yang menerima PTPTN, biasiswa, pinjaman pendidikan atau tajaan, sila pastikan tiada tunggakan bayaran yang masih belum dijelaskan.
Sekian, terima kasih.
"𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖"
JABATAN BENDAHARI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
03 JULAI 2026 | 18 MUHARRAM 1448H
[𝐍𝐎𝐓𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊𝐋𝐌 𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐒𝐄 𝐀𝐂𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐂𝐓𝐈𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍]
Assalamualaikum WBT,
Feeling overwhelmed with countless lecture slides, PDFs, research papers, and scattered study materials? It's time to simplify your learning experience with NotebookLM Enterprise, your AI-powered study companion designed to help you learn smarter, not harder.
Visit the Pop-Up Booth and complete all four (4) activities during the session to unlock your NotebookLM Enterprise access.
POP-UP BOOTH DETAILS
🗓️ Date: 06 – 10 July 2026
🕙 Time: 10:00 AM – 4:00 PM
📍Venue: Entrance Hall, Perpustakaan USIM
Don't have a license yet? Simply scan the QR code on the poster to register, and your account will be activated within 24 hours.
See you there!
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
03 JULY 2026 | 18 MUHARRAM 1448H
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐈𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) bakal melaksanakan inisiatif "MPP4U: SHUTTLE KLIA CARE"
Sehubungan itu, MPP USIM menjalankan tinjauan ini bagi mengenal pasti keperluan penyediaan perkhidmatan pengangkutan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) khusus bagi membantu pelajar pulang ke kampung halaman semasa cuti akhir semester.
📆 Tarikh Akhir Tinjauan: 19 Julai 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 11.59 malam
📍 Tempat: Kuala Lumpur International Airport 1 & 2
🔗 Link: https://forms.gle/M6hemgBxCM3HejRa8
Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh hubungi:
Mpp Masrurah : 013-3552406
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
01 JULAI 2026 | 15 MUHARAM 1448H
[𝐆𝐁𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐅𝐀𝐈𝐑 2026]
Assalamualaikum W.B.T.
We are pleased to inform you that TalentCorp Malaysia, in collaboration with GBS Malaysia and Asia Pacific University (APU), will be organizing the GBS Malaysia Internship Fair 2026.
This event aims to provide students with opportunities to secure internship placements, build professional networks, and engage directly with employers from leading companies in the Global Business Services (GBS) industry.
📅Date: 25th June 2026 (Thursday)
⏰Time: 8:00 AM – 3:00 PM
📍Venue: Asia Pacific University (APU), Kuala Lumpur
🔗 Registration Link:
https://forms.gle/4GnY3szU32f5k2uBA
Don't miss this opportunity to kick-start your career‼️
See you there!
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
23 JUN 2026 | 08 MUHARRAM 1448H
*[𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐓𝐈𝐙𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀) 2026]*
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) 2026, sebuah program peringkat kebangsaan yang menghimpunkan para asatizah muda dari seluruh negara.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
🕢 Masa: 7.30 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
Program ini akan disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Sekiranya anda berminat untuk hadir, sila lengkapkan maklumat melalui pautan pendaftaran berikut:
https://forms.gle/mrhYHH7NPpoEkZYe6
Sekian , terima kasih
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
23 JUN 2026 | 08 MUHARRAM 1448H
[𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎 𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐒𝐈𝐌 !]
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar USIM (MPP USIM) dengan kerjasama ETicketing.my menawarkan kemudahan tempahan tiket bas secara dalam talian beserta kod promosi eksklusif kepada seluruh warga USIM yang ingin pulang ke kampung halaman.
✨KELEBIHAN UNTUK WARGA USIM:
• Diskaun sehingga RM2 bagi semua laluan bas.
• Tiada caj tambahan dikenakan.
• Tempahan tiket secara dalam talian yang mudah, cepat dan selamat.
• Sistem pembayaran yang diyakini dan terjamin keselamatannya.
• E-tiket diterima serta-merta selepas pembayaran berjaya.
• Platform tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
🎟️ CARA MENDAPATKAN DISKAUN:
1. Muat Turun Aplikasi ETicketing.my
2. Masukkan kod promosi:
Kod Promosi: MPPUSIM26
📌 Tertakluk Terma dan Syarat.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
22 JUN 2026 | 08 MUHARRAM 1448H
[𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎 𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐒𝐈𝐌 !]
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar USIM (MPP USIM) dengan kerjasama ETicketing.my menawarkan kemudahan tempahan tiket bas secara dalam talian beserta kod promosi eksklusif kepada seluruh warga USIM yang ingin pulang ke kampung halaman.
✨KELEBIHAN UNTUK WARGA USIM:
• Diskaun sehingga RM2 bagi semua laluan bas.
• Tiada caj tambahan dikenakan.
• Tempahan tiket secara dalam talian yang mudah, cepat dan selamat.
• Sistem pembayaran yang diyakini dan terjamin keselamatannya.
• E-tiket diterima serta-merta selepas pembayaran berjaya.
• Platform tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
🎟️ CARA MENDAPATKAN DISKAUN:
1. Muat Turun Aplikasi ETicketing.my
2. Masukkan kod promosi berikut semasa membuat tempahan:
Kod Promosi: MPPUSIM26
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
22 JUN 2026 | 08 MUHARRAM 1448H
[𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka kutipan derma bagi waris keluarga Almarhum Muhammad Afiq Umar bin Rahmat, pelajar tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Jun 2026.
Sehubungan dengan itu, MPP USIM membuka kutipan derma dan sumbangan bagi membantu urusan waris keluarga Almarhum. Tempoh kutipan adalah seperti berikut:
Kutipan dibuka: 22 Jun 2026
Kutipan ditutup: 06 Julai 2026
Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa manfaat dan kesejahteraan buat mangsa dan waris keluarga.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
22 JUN 2026 | 07 MUHARRAM 1448H
[𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 𝐃𝐀’𝐖𝐀𝐇 & 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Da’wah and Islamic Management Committee (DIMAC) dan Rakan Siswa Yadim (RSY) akan mengadakan program Street Da’wah & Santuni Gelandangan seperti ketetapan berikut:
📍 Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman, Pusat Bandar Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 19 Jun 2026 (Jumaat)
🕘 Masa: 9.00 Malam – 2.00 Pagi
Marilah bersama-sama menyemai nilai keprihatinan, kesukarelawanan dan dakwah kepada masyarakat.
Ayuh sertai dan jadilah sebahagian daripada perubahan!
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
19 JUN 2026 | 03 MUHARRAM 1448H
[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar USIM dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar akan melaksanakan pengagihan makanan menerusi program “DinnerforStudent”. Program tersebut akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 15 Jun 2026
⏰Masa: 8.00 malam
📍Tempat: KKSI & KKNC
Diharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan harian para pelajar di samping memastikan kebajikan serta keperluan asas mahasiswa terus diberi perhatian dan dipelihara.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
15 JUN 2026 | 29 ZULHIJJAH 1447H
[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈: 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 (𝐁𝐃𝐑) 𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌]
Assalamualaikum WBT,
Dimaklumkan kepada seluruh mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bahawa pihak perpustakaan telah mengeluarkan makluman berkenaan waktu operasi perpustakaan sepanjang tempoh pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) di USIM.
📌 Sehubungan itu, para pelajar disarankan untuk mengambil perhatian terhadap perubahan waktu operasi yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan pembelajaran, rujukan akademik dan penggunaan kemudahan perpustakaan.
📍 Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk maklumat lanjut berkaitan waktu operasi tersebut.
Kerjasama dan perhatian daripada semua mahasiswa amat dihargai.
"𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖"
EKSEKUTIF AKADEMIK DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
12 JUN 2026 | 26 ZULHIJJAH 1447H
+1
[𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐤𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-12 𝐁𝐈𝐋.5/2026]
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan kepada semua kelab dan persatuan USIM yang berdaftar bahawa garis masa permohonan kelulusan aktiviti/program bagi sesi 2025/2026 telah ditetapkan.
Sehubungan itu, semua kelab dan persatuan diminta untuk merujuk dan mematuhi tarikh-tarikh penting yang merangkumi proses penghantaran kertas kerja, semakan dan pembetulan, kelulusan permohonan serta pengeluaran surat kelulusan.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti dan program mahasiswa.
📎 Rujuk poster untuk maklumat lanjut.
📌 Tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
09 JUN 2026 | 23 ZULHIJJAH 1447H
Repost from Info@HEP.USIM
[HEBAHAN SENARAI NAMA PELAJAR YANG DITAWARKAN SEBAGAI PEMBANTU URUS SETIA (PU) HARI TAARUF PELAJAR BAHARU TAMHIDI SESI AKADEMIK 2026/2027]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Penyelaras Jawatankuasa Aktiviti/Latihan Pembantu Urus Setia Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2026/2027 menguar-uarkan senarai pelajar yang berjaya dipelawa sebagai Pembantu Urus Setia (PU) bagi Hari Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2026/2027.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih. Diharapkan para Pembantu Urus Setia dapat memberikan komitmen, kerjasama dan semangat yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan demi memastikan kelancaran perjalanan program.
Senarai nama pelajar yang berjaya adalah seperti yang dilampirkan.
Untuk makluman, pihak urus setia akan menghubungi para pelajar yang terpilih dalam masa terdekat bagi urusan hebahan dan penyelarasan lanjut. Oleh itu, para pelajar dimohon untuk sentiasa peka terhadap sebarang mesej atau panggilan yang diterima.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada:
📞 Saudara Syazwan: 018-3523090
📞 Saudari Syawal: 013-6174171
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan oleh:
Penyelaras Jawatankuasa Aktiviti/Latihan Pembantu Urus Setia
Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi
Sesi Akademik 2026/2027
Universiti Sains Islam Malaysia
+1
[𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi akademik 2025/2026 akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Media 2026 sebagai medium latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mahasiswa/i dalam pengurusan media, multimedia, kandungan digital serta media dan perhubungan awam.
Sehubungan itu, mahasiswa/i yang berminat dijemput untuk mendaftar melalui pautan/QR kod yang disediakan.
🗓️ Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Bilik Seminar Perpustakaan USIM
📌 Terhad kepada 50 orang pelajar sahaja
🔗 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/hsuhStbuQKgg7sLu8
✅ Markah GIINA direkodkan
Sebarang pertanyaan:
📞 MPP Naurah: 013-8117170
📞 MPP Hakimi: 017-8509664
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
08 JUN 2026 | 22 ZULHIJJAH 1447H
